JOM KURUS
Turunkan berat badan dengan cara yang betul dan tak perlu dalam keadaan stress. Mudah dan senang bila kita mempunyai ilmu pemakanan yang betul.
Dalam nak turunkan berat perlu di ketahui 80 % adalah pemakanan dan 20% itu adalah senaman.
07/09/2021
Buah ? Bagus ataupun tidak?
Ramai orang bila nak kurus mesti akan tinggalkan nasi, makanan yang berminyak menggantikan kepada buah-buahan, Namun begitu, buah apakah yang sesuai untuk proses penurunan berat badan?
Buah yang banyak mengandungi GULA yang adalah musuh kepada diet anda. Buah bagus menbekalkan sumber fiber dalam makronutrien yang diperlukan dalam seharian.Malah buah yang mengandungi rendah GI (GLYCAMIC INDEX).
Info Pengambilan Buah,
1. Bajet kalori 100-200 kalori
2. Epal, pisang, pear, jambu boleh diambil per snacktime (low GI)
3. Betik, ambil sepotong sebab (sederhana GI)
4. Buah tinggi GI makan sekali sekala sahaja
30/08/2021
Mengapa sarapan pagi sangat penting !
Lazimnya, ramai yang mengabaikan sarapan pagi disebabkan tuntuan waktu dan masa. Seperti tidak mempunyai banyak waktu, keluar rumah terlalu awal dan mungkin juga kurang selera diawal pagi. Namun begitu, sebenarnya sarapan pagi bertindak sebagai membertiahu tubuh badan terdapat beberapa kalori lagi yang perlu diambil pada hari tersebut.
Satu kajian mendapati individu yang tidak mengambil sarapan akan mendorong memiliki BMI yang lebih tinggi. Dengan itu, pengambilan sarapan pagi akan cenderung untuk kurang mengambil makan-makan yang kurang sihat sepanjang hari yang mana dilakukan dalam keadaan lapar.
5 Manfaat sarapan pagi buat anda :
1. Mempunyai nilai indeks j***m badan atau BMI yang rendah
Pengambilan lemak yang lebih sedikit sepanjang hari
2. Memenuhi saranan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran
3. Mempunyai pengambilan kalsium harian yang lebih tinggi
4. Mempunyai pengambilan serat harian yang lebih tinggi
5. Mempunyai prestasi yang lebih baik seperti memori dan penumpuan bagi kanak-kanak sekolah
29/08/2021
3 Cara menghilangkan perut buncit dengan mudah
Menghilangkan lemak pada bahagian perut menjadi salah satu impian mereka yang nak kurus. Tapi perut salah satu bahagian yang cukup mencabar menghilangkan perut buncit. Namun begitu, realiti sebenar tiada yang mustahil sekiranya tahu bagaimana cara untuk melakukannya.
1. Kurangkan tekanan
- Usia yang semakin meningkat menyebabkan pelbagai cabaran dalam hidup seperti masalah peribadi.
- Dalam fasa ini sekiranya tidak menjaga kesihatan mental akan menjadikan penyebab utama kenaikan berat badan yang mendadak
- Melakukan aktiviti keluarga mampu mengawal emosi tekanan dan menyebabkan fikiran menjadi lebih tenang.
2. Rutin harian
- Ketika usia semakin meningkat, kesibukan bekerja dan tuntuan harian menyebabkan senaman 30 minit semakin dilupakan.
- Rasa malas dan tidak produktif seharian boleh menyebabkan lemak akan menempel termasulah dibahagian perut.
- Kesan kurangnya senaman semakin meningkat usia menyebabkan pelbagai penyakit seperti jantung, diabetes, kolestrol dan darah tinggi.
3. Pemakanan sihat
- Perut yang buncit pastinya akan memerlukan usaha yang sangat gigih.
- Seperti yang korang tahu,makan yang di makan adalah penyumbang kepada bentuk badan. Jadi rajinkanlah untuk pengambilan protein berbanding karbohidrat. Jangan fikir untuk kenyang tapi ingat misi kita untuk menghilangkan perut buncit.
- Protein sebenarnya bertindak sebagai menyeimbangkan gula dalam darah dan menurunkan kadar insulin.
-Sebab itula protein itu sangat penting dalam pemakanan harian
Semoga share yang suri berikan membantu mereka untuk kurangkan perut buncit.
29/08/2021
Tidur yang cukup mempngaruhi penurunan berat badan.
Biasanya tidur adalah faktor yang diabaikan dalam proses untuk kurus. Sebenarnya tidur salah satu faktor yang perlu diambil kira, penyelidikan telah menunjukkan tidur yang kurang dikaitkan dengan lemak yang semakin besar dan penyumbang kepada kegemukan.
Jadi, dekat sini suri akan salah satu kajian mendapati tidur 5.5 jam seharian semasa menjalani diet kalori akan kehilangan lemak yang berkurang berbanding dengan tidur sebanyak 8.5 jam setiap malam. Jadi dekat sini pun kita boleh nampak kepentingan tidur dalam proses kurus.
Selain itu juga, tidur yang terlalu pendek boleh mempengaruhi metabolisme dan selera makanan. Tidur akan menghasilkan dua hormon iaitu leptin iaitu horman mengurangkan selera makan dan ghrelin yang merangsang selera mkan. Dimana satu kajian mendapati, tidur yang pendek akan meiningkatkan ghrelin dan lebih rendah leptin. Jika kerap tidur yang lewat akan menyebabkan hormon ghepin lebih aktif berbanding leptin.
Dengan, share ringkas berkaitan tidur ini korang sendiri dah boleh tahu betapa pentingnya tidur yang cukup untuk kurus betul ta?. bukan sahaja pemakan dan senaman tapi tidur juga sangatlah penting.
Semoga share yang suri berikan ini akan memberi manfaat kepada korang semua.
29/08/2021
3 Cara kuruskan badan dengan mudah dan cepat.
1. Kawal kalori harian
- Bagi seorang wanita kalori yang diperlukan dalam seharian 1500 kalori
- Bagi seorang lelaki kalori yang diperlukan dalam seharian 2000 kalori
- Pastikan kalori ini tidak melebih setiap hari. Bagaimana untuk mengira kalori, bolehlah install apss seperti calorie counter-FitnesPal, calorie counter - MyNetDiary ataupun Calories in Food.
2. Pilihan makanan.
- Untuk kurus elakkan makanan yang bergoreng dan berkuah.
- Pili makan yang bergrill, dikukus dan dibakar
- Kurangkan gula dan garam dalam masakan
-Lebihkan sayuran dna buah-buahan
3. Portion Makanan
- Nak kurus pastikan korang janganlah makan macam sebelum nie, nasi berpinggan-pinggan
- Disipkan diri jangan fikir tak kenyang tapi fikir nak kurus.
- Lepas makan boleh cuba minum teh hijau tanpa gula.
29/08/2021
Makanan tengahari adalah makanan yang sangat dititik beratkan untuk kurus. Ramai yang beranggapan bila kurus pasti menggunakan konsep "NO RICE". Tahukah anda kesalahan besar ramai orang adalah skip untuk makan nasi tapi lebihkan buah sahaja.
Strategi makan, perlu di ingatkan guna konsep sangat baik nak kurus. Jadi dekat sini suri share salah satu konsep portion yang betul ketika makan tengahari.
Nampak tak, nasi sangat kurang berbanding sayur dan juga ikan. Betul inilah konsep yang betul kurangkan karbohidrat tapi lebihkan serat dan protein dalam pemakanan barulah nak turunkan berat tue tak kan adalah lebihan kalori dalam sehari.
Dapat sesuatu tak?
Semoga perkongsian suri ini akan memberikan info yang jelas bagi mereka yang sedang merancang untuk kurus.
28/08/2021
Senaman? ramai diluar sana memilih senaman adalah cara yang terpantas untuk turunkan berat badan betul tak? Namun begitu,ramai yang beranggapan senaman seperti jogging adalah senaman yang sangat sesuai untuk kuruskan.
Ramai yang tidak mengetahui jogging sebenarnya bukanlah senaman yang lebih sesuai untuk turunkan berat badan sebab dalam kategori senaman jogging dikira intensiti rendah-sederhana.
Bagi yang sebetulnya, kita perlu membuat senaman intensiti yang tinggi iaitu senaman yang membuat korang termengah-mengah, contohnya seperti turun naik tangga yang tinggi yang akan menyebabkan jantung degup lebih kencang dan malah kaki pun akan rasa terbakar.
Diantara jogging dan juga naik turun tangga yang tinggi sebenarnya naik turun tangga itu lebih bagus untuk membakar lemak dan kalori dalam badan kita yang mampu membakar kalori selepas bersenam selama 72 jam! inilah yang dinamakan"after effectburn".
Jadi bila korang rajin senaman kardo akan cepat turunkan berat badan. Dekat bawah suri kongsikan senaman kardo yang boleh korang lakukan.
Semoga bermanfaat bagi mereka yang inginkan kurus dan sihat.
#
28/08/2021
Ramai yang mengetahui saranan kerajaan menggunakan tips dalam kehidupan harian kita untuk gaya hidup yang lebih sihat.
Jom sury kongsikan maksud sebenar nie. Hanya menggunakan 3 bahagian saja dalam pinggan kita. Ramai orang yang nak turunkan berat pasti menggunakan kaedah ini untuk memudahkan proses mereka untuk kurus.
Apa yang perlu korang sediakan hanyalah pinggan yang berukuran 10 inci. Suku pinggan yang pertama kita isikan karbohidrat contohnya nasi mi dan roti, sumber ini adalah sumber utama tenaga buat tubuh badan kita. Anggaran bagi untuk sumber karbohidrat ini size genggaman tangan kita sahaja.
Seterusnya, suku pinggan yang kedua ialah protein macam yang kita tahu ikan daging ayam dan kekacang ialah untuk tumbesaran tubuh badan kita, memberikan antibodi dan juga membentuk enzim dan hormon. Di ukur menggunakan telapak tangan sahaja kuantiti yang diperlukan dalam badan
Yang terakhir ialah suku pinggan yang terakhir ialah buah-buahan dan sayuran-sayuran yang mempunyai serat dan kaya dengan serat dan mineral. Dengan adanya sayuran dan buah-buahan ini mampu menjaga usus dan mengelakkan masalah pencernaan. Saiz yang biasa disarankan menggunakan cekup tangan seperti gambar rajah di bawah.
Semoga share ini bermanfaat bagi mereka yang nak turunkan berat badan tanpa skip makan nasi.
28/08/2021
7 Tips mudah untuk ubah pemakanan anda yang lebih sihat.
1. Amalkan minum air kosong atau air bersama perahan limau bagi menggantikan air bergula
2. Jangan skip sarapan pagi anda kerana sarapan pagi adalah waktu makan paling penting setiap hari
3. Banyakkan makan sayuran dan juga buah-buahan
Amalkan gaya hidup yang aktif seperti bersenam dan kerap berjalan kaki
4. Kawal jumlah makanan anda. Makanan yang sihat tanpa pengawalan jumlah yang diambil juga adalah sia-sia
5. Elak snek yang tidak sihat seperti kerepek, minuman berkarbonat dan kek yang manis dan bergula
6. Banyakkan pengambilan sumber protein dan kurangkan pengambilan sumber karbohidrat
7. Elakkan makanan yang tinggi kandungan lemak tepu
Semoga bermanfaat bagi mereka yang ingin mengubah gaya hidup sihat.
28/08/2021
Adakah anda berada di keadaan sekarang iaitu GEMOK?
Dari gemok ke kurus apa yang perlu kita lakukan?
Sebenarnya gemok adalah pilihan kita sendiri.
Berbadan besar menjadikan kita kurang keyakinan, orang yang melihat pun gerun, dan banyak lagi yang negatif akan terlihat.
Jadi bila tak nak diejek,tak nak diperli dan tak nak rasa mengah bila bergerak kenalah ubah cara makan harian kita, apa yang badan kita akan serap akan memperlihatkan tubuh badan kita. Jom kita ubah bersama-sama. Apa yang perlu kita ubah adalah pemakanan kita dari makan makanan yang menyumbang kepada kegemukan, ubah kepada pemakanan yang lebih sihat dan tidak mengemukan.
Dekat bawah nie SURY share gambaran yang boleh dijadikan sebagai langkah untuk kita lebih sihat dan mengelakkan kegemukan.
Semoga bermanfaat bagi mereka yang sedang ikhtiar ubah pemakanan menjadi lebih sihat.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Address
KAJANG
Kajang
43000
