SIHAT Dengan Habbatus SAUDA
“ BADAN SIHAT, MINDA CERGAS “
🧕🏻 AFYAA Health Consultant by @drsheikhmuszaphar
POSTAGE & C
28/10/2021
Tahukah anda penyakit jantung merupakan salah satu penyebab utama kematian di Malaysia 😵!
Penyakit ini memang sinonim dengan rakyat Malaysia yang menyebabkan kegagalan jantung.
Jadi sempena Hari Jantung Sedunia 🫀 jom lakukan beberapa perkara ini untuk pastikan jantung kita sihat. Pertama, dapatkan tidur yang cukup 🛌, kedua ubah diet 🍇🥦 dan gaya hidup anda agar lebih sihat ✊. Akhir sekali, semestinya kena amalkan AFYAA Hayyiba untuk tubuh badan yang lebih cergas 💙
Mari sama-sama amalkan perkara ini kita agar badan kekal sihat.
28/10/2021
Anda yang mana satu, A atau B?🤔 Kalau A, tahu tak AFYAA Hayyiba ni kaya dengan ramuan yang boleh membantu untuk meningkatkan tenaga 💪. Salah satunya ialah vitamin B-kompleks, nutrien penting yang membantu dalam penghasilan tenaga.⚡
Untuk hari yang lebih cergas, amalkan AFYAA Hayyiba setiap hari!😃
28/10/2021
Haa masih tak tahu nak masak apa hari ni ? Jom wawa share masak lemak telur itik ! Sedap makan nasi panas-panas ni . hehe
Masak Lemak Telur Itik
BAHAN-BAHAN
Bahan A
4-5 biji telur itik
1 kotak santan
Garam dan gula (sesedap rasa)
1 helai daun kunyit dihiris halus
Bahan B (kisar)
Segenggam cili padi
1 inci kunyit hidup
1 batang serai
Bawang besar
4 ulas bawang putih
Serbuk kunyit
CARA PENYEDIAAN
Kisar semua bahan B,
Kemudian didihkan sehingga menggelegak (masukkan sedikit air untuk kuah.
Masukkan garam dan gula (sesedap rasa)
Masukkan sekotak santan
Masukkan telur itik satu per satu. (pastikan telur yang di dalam periuk dah mengeras baru masukkan telur yang lain)
masukkan daun halia
SIAP! Sedia untuk dihidang.
28/10/2021
Keuntungan Makan Buah Sebelum Makan
Makan buah sebelum atau sesudah makan sebenarnya sama-sama bermanfaat. Hanya saja, makan buah sebelum makan dapat mengurangi keinginan Anda untuk mengonsumsi makanan yang tinggi kalori. Hal ini karena buah termasuk makanan yang mengenyangkan, dan efek kenyangnya juga dapat bertahan lama sehingga Anda tidak cepat lapar.
Selain itu, kebiasaan makan buah sebelum makan bisa mencegah Anda makan terlalu banyak. Dengan begitu, risiko Anda untuk mengalami kenaikan berat badan akan lebih kecil. Dalam jangka panjang, kebiasaan ini juga bermanfaat untuk mengurangi risiko terkena berbagai penyakit, seperti diabetes, penyakit jantung, dan stroke.
Di samping membiasakan diri makan buah sebelum makan, biasakan juga untuk minum sebelum makan. Minum air putih sebanyak 500 ml atau sekitar 2 gelas sekitar 30 menit sebelum makan bisa membantu menurunkan berat badan. Minum air putih sebelum makan akan membuat Anda merasa lebih kenyang, sehingga makin menekan keinginan Anda untuk makan berlebihan.
Berbagai Manfaat Konsumsi Buah
Mengonsumsi buah secara rutin, baik sebelum maupun sesudah makan, akan memberikan beragam manfaat untuk kesehatan. Berikut ini adalah beberapa di antaranya:
Buah kaya akan kandungan serat, sehingga konsumsi buah secara rutin dapat membantu mencegah sembelit dan masalah pencernaan lainnya.
Kosumsi buah secara rutin juga dapat membantu mengontrol kadar gula darah. Hal ini karena ada berbagai macam nutrisi yang terkandung dalam buah.
Makan buah, khususnya buah beri, lemon, dan jeruk, baik untuk kesehatan kulit.
Kandungan serat yang terdapat dalam buah tidak hanya mampu mengatasi sembelit, tetapi juga dapat membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah.
Buah-buahan, seperti stroberi, anggur, salak, mangga, apel, semangka, jeruk, kiwi, dan alpukat, memiliki kandungan antioksidan yang mampu melindungi tubuh dari efek radikal bebas yang berbahaya bagi kesehatan.
Makan buah sebelum atau sesudah makan sama-sama bermanfaat. Tapi bagi Anda yang ingin menurunkan atau mengendalikan berat badan, biasakanlah makan buah sebelum makan.
Selain buah, konsumsi juga beragam jenis makanan sehat dengan gizi yang seimbang. Jangan lupa, lakukan olahraga secara rutin, agar tubuh Anda lebih bugar dan tidak mudah terserang penyakit.
28/10/2021
Apakah itu Habbatus Sauda?
Habbatus sauda atau jintan hitam dengan nama saintifiknya Nigella Sativa ialah sejenis tumbuhan berbunga yang berasal dari Asia Selatan dan Asia Barat Daya. Kini, ia boleh didapati di kebanyakan negara Eropah, Selatan Afrika dan utara Myanmar.
Habbatus sauda telah digunakan dalam dunia kesihatan sejak berkurun lama dahulu sebagai rawatan alternatif. Sehingga kini, kebaikannya terhadap kesihatan masih dikaji. Habbatus sauda dikatakan mengandungi beberapa bahan aktif dan antioksida yang mampu memberi manfaat pada kesihatan.
Dan tuan puan tahu tak, ramuan utama yang ada dalam Afyaa Hayyiba adalah Habbatus sauda!
Berminat nak tahu lebih lagi ? Boleh PM wawa untuk maklumat lanjut!
27/10/2021
Assalamualaikum 🥰🥰
27/10/2021
Jangan risau! Penerbangan AFYAA Airlines 🛩️ ke Pulau Langkawi 🏝️ masih belum berlepas!
Masih ada masa untuk anda semua tempah tiket eksklusif 🎫 melalui peraduan Impian Bercuti Bersama AFYAA Hayyiba. Tarikh tutup penyertaan telah dilanjutkan hingga 3️⃣1️⃣ Oktober 2021. Jadi sila hantarkan penyertaan anda sekarang kalau nak menang!
Cara penyertaan:
Langkah 1️⃣: Ambil gambar 📸 bersama AFYAA Hayyiba dan kongsikannya di Facebook ataupun Instagram
Langkah 2️⃣: Kongsikan percutian idaman anda di ruangan kapsyen 🤳 (tidak melebihi 200 patah perkataan)
Langkah 3️⃣: Tag AFYAA dan sertakan hashtag ( #):
Tertakluk pada Terma&Syarat: https://forms.gle/AupWgVr3BEUETeAY9
26/10/2021
Alhamdulillah ! Jom kita tengok antara Feedback customers yang telah cuba Afyaa Hayyiba.
Semoga terus bermanfaat untuk semua, ada lagi yang nak cuba Afyaa Hayyiba? Boleh PM wawa untuk maklumat lanjut!
26/10/2021
Balik kampung Ho-ho-ho, balik kampung 🏡.
Hati girang! 🤩 Ha mesti semua dah excited kan nak pulang ke kampung halaman masing-masing kan. Okay bagi semua yang merancang untuk merentas negeri 🛣️ tu, Mas ada pesanan sikit ni. Pastikan anda semua memandu 🚗🚙🚘 dengan berhati-hati di jalan raya. Dan paling penting untuk imuniti 🛡️ dan tenaga 💪 yang lebih mantap, jangan lupa bawa AFYAA Hayyiba bersama!
26/10/2021
Kelebihan solat sunat sebelum dan selepas Zohor 4 rakaat
Solat sunat qabliah dan ba'diah Zohor empat rakaat mempunyai banyak kelebihannya.
1. Akan dibina rumah dalam syurga.
Ummu Habibah r.ha telah meriwayatkan sebuah hadith tentang keutamaan solat sunnah rawatib, dia berkata: saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, “Barangsiapa yang solat dua belas rakaat pada siang dan malam, maka akan dibangunkan baginya rumah di syurga, iaitu empat rakaat sebelum Zohor, dua rakaat sesudahnya, dua rakaat selepas Maghrib, dua rakaat selepas Isya dan dua rakaat sebelum Subuh" (Tirmidzi)
2. Pahala seumpama memerdekakan hamba seorang hamba dari keturunan Nabi Ismail.
Di dalam kitab Hidayatussalikin dinyatakan sebuat riwayat,
"Barangsiapa yang solat sebelum Zohor empat rakaat, seolah-olah mendapat pahala memerdekakan seorang hamba dari kalangan Bani Ismail" (At Thabrani)
3. Diampun dosa pada hari tersebut.
Di dalam sebuah riwayat dari Al Katib;
"Barangsiapa solat empat rakaat dahulu daripada Zohor, diampun dosa-dosanya pada hari itu".
4. Diharamkan dari neraka.
Ummu Habibah r.ha berkata: saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa yang menjaga (solat) empat rakaat sebelum Zohor dan empat rakaat sesudahnya, Allah haramkan baginya api neraka“. (Ahmad, Abu Dawud, At-Tarmidzi, An-Nasa’i, Ibnu Majah)
Empat dengan dengan Sekali Salam atau Dua Kali Salam?
As-Syaikh Muhammad bin Utsaimin rahimahullah berkata: “Sunnah Rawatib terdapat di dalamnya salam, seseorang yang solat rawatib empat rakaat maka dengan dua salam bukan satu salam, kerana sesungguhnya nabi bersabda: “Solat (sunnah) di waktu malam dan siang dikerjakan dua rakaat salam dua rakaat salam”. (Majmu’ Fatawa As-Syaikh Al-Utsaimin 14/288)
Berusahalah untuk mendapatkan kelebihan-kelebihan ini. Agak susah untuk istiqomah, namun dengan sesikit mujahadah, InsyaAllah ia akan melekat menjadi amalan kita.
Hj Jafri bin Abu Bakar Mahmoodi
Kuliah Dhuha
Kitab Amalan Mengangkat Darjat
KWSP Pulau Pinang
2 Ogos 2018
26/10/2021
Diabetes adalah penyakit yang serius. Walaupun penghidap perlu mematuhi pelan rawatan yang memerlukan komitmen penuh, namun usaha itu sangat berbaloi. Penjagaan teliti mampu mengurangkan risiko serius termasuk komplikasi yang mengancam nyawa.
Dalam kalangan penghidap diabetes Jenis 2, pankreas yang menghasilkan insulin masih berfungsi namun tidak secekap seperti yang sepatutnya. Ini bermaksud tubuh mereka sedang membina kerintangan insulin yang menyebabkan tubuh badan tidak berupaya menukar glukosa daripada makanan kepada tenaga dan mengakibatkan terlalu banyak gula kekal dalam darah.
Diabetes Jenis 2 boleh diuruskan dengan mengubah gaya hidup termasuk pemakanan sihat, senaman tetap dan mengawal aras glukosa dalam darah. Makan dengan baik membantu menguruskan aras glukosa darah dan berat badan kita, manakala bersenam membantu insulin menjalankan fungsinya dengan lebih cekap, menurunkan tekanan darah dan mengurangkan risiko sakit jantung.
Matlamat pengurusan diabetes adalah mencapai kawalan glukosa darah yang optimum kerana ini akan membantu mencegah komplikasi jangka panjang dan pendek. Oleh itu, ujian pemantauan glukosa darah yang berkala memberitahu sama ada rawatan yang diikuti mencukupi untuk mengawal aras glukosa darah atau pesakit perlu mengubah rawatan mereka.
Gaya hidup sihat yang disyorkan termasuk melakukan aktiviti fizikal sederhana sekurang-kurangnya dua jam setengah setiap minggu atau satu jam 15 minit senaman berintensiti tinggi.
Aktiviti fizikal sederhana adalah seperti berjalan, berbasikal, senaman aerobik, jejak denai dan memotong rumput, manakala aktiviti memerlukan penggunaan lebih tenaga seperti joging, berbasikal bukit dan bermain bola sepak.
Melakukan pengurangan berat badan beransur-ansur bagi mencapai j***m berat badan (BMI) yang sihat. Mengganti karbohidrat halus kepada makanan bijirin penuh dan meningkatkan pengambilan sayuran dan makanan lain yang tinggi serat. Pesakit diabetes juga dinasihatkan mengurangkan pengambilan lemak tepu dalam pemakanan.
Mereka yang mempunyai berat berlebihan disyorkan mengurangkan berat beransur-ansur sehingga mencapai BMI sihat iaitu antara 18.5 hingga 24.9 dengan sasaran pengurangan sebanyak lima hingga 10 peratus setahun.
Pengurangan berat membantu mengurangkan risiko mendapat diabetes, malah membolehkan pesakit diabetes mengawal glukosa darah dengan lebih baik. Jika BMI melebihi bacaan 30, anda mungkin dirujuk untuk mendapatkan kaunseling pemakanan dan menyertai program pengurangan berat berstruktur, manakala mereka yang tidak berupaya mengurangkan berat menerusi perubahan gaya hidup mungkin perlu mengambil ubatan untuk menurunkan berat.
Objektif pengurusan pemakanan untuk mengekalkan paras gula pada tahap normal, mengurangkan paras kolesterol dalam darah dan mengelakkan komplikasi diabetes. Ada tiga kumpulan makanan dalam pengurusan pemakanan untuk pesakit.
1. Kumpulan makanan yang perlu dielakkan
• Semua jenis gula: Gula putih, gula perang, gula Melaka, gula batu, madu
• Minuman manis: Minuman berkarbonat, kordial, sirap
• Sapuan: Jem, kaya, marmalad (jem limau)
• Makanan manis: Gula-gula, kuih manis, kek, coklat, ais krim, susu pekat manis, yogurt manis, lassi manis
• Pencuci mulut: Buah dalam tin yang ditambah sirap, agar-agar, jeli
2. Kumpulan makanan yang diambil mengikut sukatan
• Bijirin dan hasil bijirin
• Nasi
• Roti, biskut, kuih yang tidak manis
• Pasta, makaroni, spageti, mi, bihun, kuetiau, laksa
• Capati, roti canai, tosai
• Ubi kentang, ubi kayu, keladi, keledek
• Kekacang
• Susu dan hasil tenusu
• Buah-buahan
3. Kumpulan makanan yang boleh diambil secara bebas
• Semua jenis sayur-sayuran: Bayam, parsli, kailan, kubis, sawi, terung, kacang panjang, tomato, timun dan lain-lain
• Sayur-sayuran berkanji: Lobak merah, lobak putih, labu, boleh diambil mengikut sukatan
• Semua minuman tanpa gula: Teh Cina, air kosong, barli tanpa gula, kopi dan teh tanpa gula
• Rempah-ratus dan herba: Serbuk cili, serbuk kari, kayu manis, bunga cengkih, ketumbar, halia, serai, jintan, lada hitam, asam jawa, kunyit
• Semua daging tanpa lemak, ayam tanpa kulit dan lemak, tauhu, telur, ikan, ikan bilis
25/10/2021
Selamat malam. 🥰
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Website
Address
Kajang
Kajang
43000
