Dr Anne Skincare

Dr Anne Skincare

Share

Hi! Thank you for visiting Dr Anne Skincare. We Provide The Best Solution For All Skin Types.

Photos from Dr Anne Skincare's post 03/06/2026

Dr Anne Skincare kini melangkah ke fasa baru, menghasilkan produk di kilang sendiri.

Kilang yang telah mengambil masa setahun setengah untuk mendapatkan kelulusan Halal dan juga GMP, menjadikan produk-produk Dr Anne Skincare dapat memilih bahan-bahan yang berkualiti dan sudah pastinya diyakini halal.

Doakan semoga amanah ini dijagai sebaik-baiknya oleh barisan ahli kimia, jurutera dan operator yang baik.

Ya mereka ini adalah barisan yang orang tidak nampak di hadapan, tetapi diberikan kepercayaan yang sangat penting untuk memastikan kualiti dan kapasiti produk-produk Dr Anne Skincare berada pada tahap terbaik, supaya produk Dr Anne Skincare dapat dijual dengan yakin dan selamat kepada pengguna.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada team DASC Group Sdn. Bhd.

Photos from Dr Anne Skincare's post 02/06/2026

Lepas cuci muka rasa kesat & tegang?
Tolong jangan biarkan! 🛑

Ramai yang ingat kalau muka tak rasa “ketat” atau kesat lepas mencuci, maksudnya kulit tak cukup bersih.

Hakikatnya, rasa tegang itu adalah red flag yang menunjukkan kulit kita baru sahaja kehilangan kelembapan semula jadi dan skin barrier sedang terganggu!

Sebab itu penting untuk kita tukar kepada pencuci yang lebih mesra dan lembut pada kulit.

Dr Anne Soothing Cleansing Milk diformulasikan khas dengan kombinasi surfactant lembut seperti:

✨ Sodium Lauryl Glucose Carboxylate & Lauryl Glucoside – Membersih kotoran dengan mendalam tanpa mengikis kelembapan alami.
✨ Glycerin & D-Panthenol – Memberi impak hidrasi maksimum, menenangkan kulit, dan mengekalkan keselesaan berpanjangan.

Lepas ni, tiada lagi istilah kulit kering bersisik atau tegang macam kena tarik lepas basuh muka.
Kulit kekal bersih, lembut, dan plumpy!

👉 Swipe untuk baca edutips penuh tentang cara menjaga kelembapan kulit anda hari ini.

29/05/2026

Carefully formulated. Carefully kept ✨

Di belakang tabir setiap titisan produk DR ANNE®,
ada ketelitian dalam pemilihan bahan aktif yang terbaik untuk kulit anda.

Dan cara anda menyimpannya juga adalah sebahagian daripada ritual self-care yang bermakna.

Lengkapkan meja solek anda dengan regimen asas yang mengembalikan kejelitaan semulajadi:

I ── Soothing Cleansing Milk: Membersih lembut dengan kebaikan Sunflower Seed Oil.
II ── Calming Micellar H₂O Toner: Meneutralkan radikal bebas & menyegarkan kulit.
III ── Hyaluronic Acid Hydrating Essence: Mengunci kelembapan mendalam & mengurangkan garis halus.

Sebab kulit yang sihat bermula daripada penjagaan yang betul, dari dalam formula hingga ke susunan di meja anda. 🤍

Manakah antara langkah I, II, atau III yang menjadi kegemaran wajib anda setiap hari? Komen di bawah!

27/05/2026

Salam Aidiladha daripada seluruh keluarga Dr Anne Skincare.

Hari Raya Korban bukan sekadar memperingati sebuah sejarah, tetapi ia adalah cerminan tentang erti keikhlasan dalam pengorbanan yang kita bawakan dalam kehidupan seharian.

Sama ada dalam menjaga diri, membina keluarga, mahupun berbakti sesama insan—setiap titis keikhlasan itulah yang memberi makna pada setiap usaha kita.

Semoga hari raya ini membawa keberkatan, ketenangan, dan kesucian jiwa buat kita semua.

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha, 10 Zulhijjah 1447H.

Saling bermaafan, tulus ikhlas daripada kami di Dr Anne Skincare 🫶🏻

26/05/2026

Besarnya ganjaran yang Allah SWT tawarkan buat kita, hamba-Nya yang kerdil ini 🥺✨

Hari Arafah bukan sekadar hari biasa, tetapi ia adalah hari kemuncak himpunan para jemaah haji.
Namun, bagi kita yang tidak berpeluang menunaikan haji pada tahun ini, kasih sayang Allah tetap melimpah-ruah melalui peluang keemasan ini: Puasa Hari Arafah.

Hanya dengan berpuasa satu hari pada 9 Zulhijjah,
dosa-dosa kita selama setahun yang lalu dan setahun yang akan datang boleh diampunkan.

Mari kita bersiap sedia, jaga pemakanan untuk kekal bertenaga, dan perbanyakkan doa serta istighfar sepanjang hari ini.

Tag ahli keluarga dan rakan-rakan anda di bawah untuk saling mengingati 🤍

Photos from Dr Anne Skincare's post 25/05/2026

“Dah pantang makan itu ini, skip fast food, kurangkan manis... tapi jerawat tetap degil nak singgah kat muka? 😭

Sabar dulu, jangan stress!
Cuba check balik skincare routine korang.
Kadang-kadang kita terlalu fokus nak hilangkan jerawat sampai guna produk yang terlalu ‘kuat’ atau ‘harsh’ pada kulit.

Niat asal nak matikan jerawat cepat, tapi kesannya:
❌ Skin barrier jadi nipis & rosak
❌ Kulit mula rasa pedih, merah, & radang
❌ Bakteria jerawat lagi senang membiak

Bila skin barrier dah terganggu, muka korang akan jadi super sensitif.
Solusinya?
Berhenti dulu pakai produk yang mengeringkan dan fokus pada CALMING & REPAIR untuk kembalikan keseimbangan kulit.
Kulit yang sihat bermula daripada barrier yang kuat! 💪✨

Slide sebelah untuk tahu punca sebenar!
Korang ada masalah jerawat yang tak setel-setel juga ke? Cuba komen kat bawah, korang tgh pakai skincare apa sekarang?

Photos from Dr Anne Skincare's post 22/05/2026

Dah pantang makan berminyak, dah skip fast food, tapi jerawat baru tetap nak muncul juga? 😰

Sebab itu penting untuk kita tahu yang bukan semua jerawat berpunca daripada apa yang kita makan.

Kadang-kadang, punca utamanya ada pada meja solek kita sendiri.

Penggunaan skincare yang mengandungi bahan aktif yang terlalu kuat atau exfoliant yang berlebihan boleh mengganggu ekosistem kulit kita.

Bila ini berlaku:

1️⃣ Skin Barrier Rosak – Kulit hilang lapisan perlindungan semula jadi.
2️⃣ Keradangan Berlaku – Kulit jadi merah, pedih, dan sensitif.
3️⃣ Jerawat Mudah Naik – Bakteria dan kotoran lebih senang membiak.

Cara mengatasinya?
Stop dulu bahan aktif yang agresif.
Tukar fokus rutin anda kepada calming (menenangkan) dan repair (memulihkan).
Kulit yang breakout sebenarnya sedang menjerit meminta keseimbangan, bukan rawatan yang lebih keras! 🛡️✨

👇 Anda pernah alami situasi macam ni?
Jom kongsi di ruangan komen, atau ‘Save’ post ini untuk rujukan rutin pemulihan kulit anda nanti.

21/05/2026

Bila komuniti Annegelz sendiri yang share testimoni jujur waktu TikTok LIVE, auto kembang hati kami! 🥰

Bayangkan beribadah di bawah cuaca ekstrem luar negara yang mencecah hampir 50°C, tapi dengan perlindungan daripada Sunscreen Dr Anne, kulit kekal sihat, terlindung, dan langsung TAK SUNBURN!
Alhamdulillah 🕋✨

Ini bukti yang Sunscreen Dr Anne bukan setakat ‘ada’ SPF, tapi betul-betul formulasikan untuk heavy-duty protection tanpa rasa rimas atau melekit, walaupun dalam cuaca paling mencabar.

Kulit sihat dan tenang sepanjang hari bermula dengan perlindungan yang betul.
Dah standby sunscreen anda untuk cuaca panas sekarang?

Klik link di bio untuk dapatkan perlindungan maksimum kulit anda hari ini!

Photos from Dr Anne Skincare's post 19/05/2026

Dah melabur macam-macam jenis serum tapi kulit still nampak kusam?
Cuba check cara korang pakai sunscreen.

Memakai sunscreen pada waktu pagi sahaja TIDAK MENCUKUPI.
Pelindung UV pada kulit kita akan luntur selepas beberapa jam disebabkan peluh dan minyak muka.

Akibatnya? Kulit terdedah tanpa perlindungan kepada penuaan pramatang (garis halus), jeragat, dan kekusaman.

Tips Kulit Sentiasa Terjaga:
👉🏼 Reapply sunscreen setiap 2-3 jam.
👉🏼 Konsisten setiap hari, tak kira dalam rumah atau luar rumah.

Jom protect skin barrier kita dengan betul! Swipe left untuk info lanjut. ➡️

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kajang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


DASC International Sdn. Bhd (202001002719) 33-1 Jalan Seksyen 3/9
Kajang
43000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30
Saturday 08:30 - 12:30