Terapi Madu Quadmeds Bangi
Distributor Madu Tualang jenama Quad.. Asli 100% ��
22/10/2025
Ramai yang pernah buka botol madu asli - terutama Madu Tualang Hutan - lalu terdengar bunyi “pssst” atau terlihat sedikit buih halus di permukaan. Ada juga yang mendapati madu itu seolah-olah bergas bila dibuka selepas disimpan lama.
Lalu timbullah salah faham bahawa madu itu “rosak”.
Sebenarnya tidak.
🧬
Madu asli mengandungi mikroorganisma baik (bakteria probiotik semula jadi) seperti Lactobacillus kunkeei, Bacillus subtilis, dan Saccharomyces cerevisiae - iaitu spesis bakteria dan yis yang secara semula jadi hidup dalam madu mentah 【1】.
Apabila madu disimpan lama, terutamanya pada suhu bilik, fermentasi semula jadi boleh berlaku melalui aktiviti mikroorganisma ini.
Dalam proses ini,
Gula ringkas seperti glukosa dan fruktosa akan diuraikan secara semula jadi,
Lalu menghasilkan gas oksigen (O₂) dan karbon dioksida (CO₂) dalam jumlah kecil,
Bersama dengan sebatian organik seperti asid laktik, asid glukonik dan enzim tambahan yang sebenarnya memperkayakan khasiat madu 【2】【3】.
Ini yang menyebabkan madu asli kadang-kadang kelihatan “bergas” atau ada bunyi ketika dibuka - bukan tanda rosak, tetapi tanda madu hidup dan aktif secara biologi.
🌿
Tahukah anda, di dalam sarang lebah itu sendiri, madu yang matang sepenuhnya disebut oleh pakar apikultur sebagai “fully fermented honey” - iaitu madu yang telah melalui proses fermentasi semula jadi sebelum lebah menutupnya dengan lilin (capping).
Proses ini membantu,
✅ Mengurangkan kadar air madu ke paras ideal (20–22%),
✅ Menstabilkan pH sekitar 3.2–4.5,
✅ Dan menghasilkan madu yang tahan lama secara semula jadi tanpa bahan pengawet.
Justeru, fermentasi semula jadi ini bukan kecacatan, tetapi satu bentuk kematangan biokimia.
⚙️
Dengan kefahaman ini, kami di Madu Quad Tualang bukan sekadar memasarkan madu asli - kami menguruskan madu secara saintifik dan beretika.
Setiap botol melalui kawalan berikut,
1. Analisis kelembapan (moisture control) supaya tidak melebihi 22%.
2. Modifikasi sistem botol untuk menampung tekanan gas semula jadi madu.
3. Pengujian kestabilan suhu dan tekanan supaya madu kekal selamat sepanjang penghantaran.
Hasilnya, madu kami lebih kental, stabil, dan kaya dengan bakteria baik yang menyokong sistem imun dan pencernaan. Bismillah Maashaaallah, kadar kerosakan juga telah turun secara drastik,
📊 Sebelum ini:
Daripada setiap 3,000 botol, sekitar 15–20 botol dikembalikan kerana kerosakan.
⚙️ Kini (selepas penambahbaikan):
Hanya 5 botol bagi setiap 3,000 unit, iaitu kadar kerosakan sekitar 0.16% — antara yang terendah dalam industri madu hutan tempatan.
🧠
Madu bukan bahan kimia mati. Ia adalah sistem hidup yang aktif secara biologi, mengandungi enzim, bakteria baik, dan gas semula jadi yang terhasil dari fermentasi.
Oleh itu, apabila anda mendengar bunyi “pssst” atau melihat buih kecil - itu bukan tanda kerosakan.
Itu tanda madu anda benar-benar asli dan hidup.
📚
Rujukan ringkas:
1. Vásquez, A. & Olofsson, T.C. (2009). The Lactic Acid Bacteria Involved in the Production of Honey and Beebread. Journal of Applied Microbiology.
2. Bogdanov, S. et al. (2009). Honey Quality, Methods of Analysis and International Standards. International Honey Commission (IHC).
3. El Sohaimy, S.A. et al. (2015). Physicochemical Characteristics of Egyptian Honey from Different Floral Sources. J. Food and Drug Analysis.
4. Snowdon, J.A., & Cliver, D.O. (1996). Microorganisms in Honey. International Journal of Food Microbiology.
--------
💛 “Madu yang bergas bukan madu rosak - ia tanda madu yang masih hidup.”
www.wasap.my/60128444654
08/05/2025
Manfaat MADU ASLI ...pastikan betul betul ASLI Madu Quad baru beli ya...
www.wasap.my/60128444654
04/03/2025
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa di Bulan Ramadan..
Kekal cergas dan sihat di bulan Ramadan ini!
Dapatkan PROMOSI RAMADAN Madu Quad Tualang ..potongan 10% setiap botol yang dibeli.
www.wasap.my/60128444654
Salam Isra' Mikraj ..
02/01/2025
Tahun baru ibarat membuka lembaran baru berupa kertas kosong, kertas yang akan kita coretkan, goresan pena yang indah, dan makna kehidupan yang akan datang.
Semoga tahun ini menjadi tahun yang lebih sukses dalam urusan kehidupan dan juga perniagaan anda.
Selamat Tahun Baru 2025!
Jangan lupa dapatkan PROMOSI KOMBO TAHUN BARU MADU QUAD!
www.wasap.my/60128444654
Terapi Madu Quadmeds Bangi
02/01/2024
Promosi Madu Tualang Quad tahun baru 2024 kembali lagi!
Harga promo kaw-kaw setiap 8 Pakej Pembelian Combo Madu Quad Tualang.
[ Bermula dari 1 Januari 2023 sehingga 31 Januari 2024 ]
Stok fresh madu baru sahaja di turunkan dari pokok Tualang.
Stok kalendar adalah terhad kepada 1000 pembeli terawal sahaja.
www.wasap.my/60128444654
Kenapa mesti pilih Madu Tualang Asli Quadmeds (Madu Quad) ?🐝
👍Madu Tualang Asli keluaran muslim yang dijamin bersih dan halal oleh syarikat Quadmeds Sdn. Bhd. dipantau oleh Kementerian Kesihatan.
👍Madu Tualang Asli yang Dituai sendiri oleh muslim bukan import dari China.
👍Madu Tualang Asli yang Menepati Syarat Piawai Madu Antarabangsa
👍Madu yang dikumpulkan oleh Lebah tualang hutan terbaik, Apis Dorsata bukan lebah ternak dari pohon tualang Malaya.
👍Madu tualang Asli yang kaya dengan bee pollen, debungan dan propolis hutan tualang.
👍Madu Tualang Asli hasil dari ribuan nektar bunga kawasan hutan tualang yang luas.
👍Madu Tualang Asli yang melalui ujian makmal Tiada campuran gula, disahkan oleh UNIPEQ UKM.
👍Mempunyai Sijil FOSIM KKM dan MeSTI.
Pensijilan:
-Makmal UNIPEQ UKM No. Ref.: ULUKM/10120/14(S)
-KKM FOSIM No. B05P1130908-009269
-Quarantine Certificate: 2013.1.025.0110.E.000558
-Halal LPPOM PUI00120048130608
Kandungan
🐝100% Madu Tualang Asli tanpa apa-apa proses tambahan. Benar-benar segar dari pohon tualang.
Manfaat Madu Tualang Asli Quadmeds:
👉Tingkatkan stamina dan kesuburan
👉Cepatkan proses penyembuhan luka
👉Baiki fungsi pencernaan
👉Sumber tenaga ekstra
👉Bantu turunkan demam
👉Bantu keluarkan racun tubuh
👉Sumber vitamin lengkap dan mineral
👉haluskan kulit (sebagai masker)
Cara Pengambilan Madu Tualang Asli Quadmeds:
👍 Dewasa 👉 2 sudu besar setiap pagi.
👍 Kanak2 👉 2 sudu kecil setiap pagi.
😋Boleh juga diambil ketika letih untuk instant energy booster.
😋Boleh dicampurkan didalam sudu ataupun makanan.
Jaminan jika membeli MADU TUALANG ASLI QUADMEDS:
💥Wang akan digantikan 2x GANDA jika didapati bukti hitam putih tidak asli.
💥Akan digantikan dengan Madu yang baru jika pecah atau leaking atau tumpah yang terlampau teruk semasa penghantaran. (Baki madu yang tumpah perlu dip**angkan semula dan perlu melaporkan dalam masa 48jam daripada madu tualang sampai)
www.wasap.my/60128444654
Terapi Madu Quadmeds Bangi
15/11/2023
CARA MINUM MADU YANG BETUL MENURUT SUNNAH NABI MUHAMMAD
Minumlah madu Tualang dicampur air (𝘥𝘪𝘭𝘶𝘵𝘦𝘥) sebagaimana yang disebut oleh Ibnul Qayyim dalam Kitab nya 𝘡𝘢𝘥 𝘢𝘭-𝘔𝘢'𝘢𝘥 𝘧𝘪 𝘏𝘶𝘥𝘢 𝘒𝘩𝘢𝘪𝘳 𝘢𝘭-𝘐𝘣𝘢𝘥 bahawa "𝙍𝙖𝙨𝙪𝙡𝙪𝙡𝙡𝙖𝙝 𝙨𝙖𝙬 𝙢𝙚𝙢𝙞𝙣𝙪𝙢 𝙈𝙖𝙙𝙪 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙙𝙞𝙘𝙖𝙢𝙥𝙪𝙧 𝙖𝙞𝙧 𝙨𝙚𝙟𝙪𝙠 𝙨𝙚𝙗𝙚𝙡𝙪𝙢 𝙢𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙙𝙞 𝙬𝙖𝙠𝙩𝙪 𝙥𝙖𝙜𝙞".
HIKMAH SAINTIFIK
Bila kita campur Madu dengan air, ikatan kimianya jadi seperti ini sahabat,
C6H12O6 (Glukosa semulajadi Madu) + Air (H2O) + Oksigen (O2)
Menghasilkan,
Asid Glukonik (C6H12O7) + Hidrogen Peroksida (H2O2)
𝘼𝙨𝙞𝙙 𝙂𝙡𝙪𝙠𝙤𝙣𝙞𝙠 𝙖𝙡𝙖𝙢𝙞 inilah yang mewujudkan persekitaran pH rendah lalu menyukarkan patogen seperti bakteria dan virus untuk bertahan hidup.
Sementara 𝙃𝙞𝙙𝙧𝙤𝙜𝙚𝙣 𝙋𝙚𝙧𝙤𝙠𝙨𝙞𝙙𝙖 𝙖𝙡𝙖𝙢𝙞 ini p**a bertindak menghambat pertumbuhan bakteria, kulat, virus, dan bahkan spora.
Oleh sebab itu lah saya menekankan kalau minum Madu, harus dibancuh dalam segelas air sejuk atau dijilat/dihisap (campur dengan air ludah sebelum telan).
Manfaatnya pasti berbeza.
𝗦𝗮𝗿𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗱𝗼𝘀 𝗽𝗲𝗻𝗰𝗲𝗴𝗮𝗵𝗮𝗻
Kanak-kanak: 1 - 2 sudu teh
Dewasa: 1 - 2 sudu makan
𝗦𝗮𝗿𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗱𝗼𝘀 𝗿𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻
Kanak-kanak: 1 - 2 sudu teh 3 kali sehari
Dewasa: 1 - 2 sudu makan 3 kali sehari
Amalkan sebelum makan.
(𝘚𝘦𝘬𝘪𝘳𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘢𝘥𝘢 𝘮𝘢𝘴𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘨𝘢𝘴𝘵𝘳𝘪𝘵𝘪𝘴 𝘥𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘳𝘶𝘵 𝘵𝘢𝘬 𝘵𝘢𝘩𝘢𝘯 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘔𝘢𝘥𝘶, 𝘮𝘢𝘬𝘢 𝘢𝘮𝘢𝘭𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘭𝘦𝘱𝘢𝘴 𝘮𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘪𝘮𝘶𝘭𝘢𝘪 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘴𝘶𝘬𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘱𝘢𝘭𝘪𝘯𝘨 𝘬𝘦𝘤𝘪𝘭 𝘩𝘪𝘯𝘨𝘨𝘢 𝘴𝘶𝘬𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘪𝘴𝘢𝘳𝘢𝘯𝘬𝘢𝘯)
Sumber: Jabatan Penyelidikan Quadmeds
21/08/2023
HATI-HATI KALAU JUMPA MADU TUALANG DENGAN BACAAN ENZIM DIASTASE 36
Boleh jadi ia telah ditambah dengan enzim sintetik/bahan kimia berbahaya.
========
Ada yang bertanya saya,
"Tuan, ada peniaga madu Tualang ni claim konon madu nya terbaik dunia kerana Enzim DIASTASE nya 36. Madu Tualang yang dibawah bacaan 36 boleh jadi adalah palsu!"
Astagfirullah.
Kalau hal ini dibicarakan dalam group penyelamat/pakar lebah, mungkin ditertawakan saja.
Malas nak debat.
Tak apa lah. Kita sabar saja. Allah Maha Kaya.
Enzim DIASTASE adalah enzim yang terkandung dalam air liur lebah.
Jika enzim dalam air liur manusia disebut sebagai enzim amilase.
Fungsi enzim ini adalah untuk menghancurkan karbohidrat menjadi struktur gula ringkas.
Begini tuan, ada beberapa faktor yang mempengaruhi jumlah enzim DIASTASE dalam madu lebah Tualang,
1. PERBEZAAN SUMBER NEKTAR
Peniaga seperti ini harus bertanggungjawab jika nanti ada orang test madu dia dimakmal ternyata enzimnya dibawah 36. Lantaran lebah Tualang Apis dorsata mengambil pelbagai macam nektar bunga hutan (multiflora). Boleh saja kadar enzim DIASTASE madunya berubah-ubah mengikut lokasi koloni lebah tersebut.
2. BEZA SPESIES LEBAH
Untuk pengetahuan, Lebah Tualang juga ada dua spesies iaitu Apis dorsata dorsata dan Apis dorsata laboriosa. Sedangkan enzim liur antara manusia saja berbeza-beza, apatah lagi enzim liur antara spesies lebah.
3. SALAH FAHAM MEMBACA PIAWAI CODEX
Standard Codex For Honey 12 - 1981 menetapkan piawai bahawa yang dikatakan madu asli itu, secara umumnya tidak kurang daripada 8 Diastase Number (DN) dalam Unit Schades dan pada madu dengan enzim semulajadinya yang rendah, tidak kurang daripada 3 Unit Schades.
Mereka salah faham.
Fikir mereka, jika enzim nya 36 DN, maka ia 5 - 12 kali lebih baik dari piawai Codex. Padahal Codex hanya menetapkan kadar minimum enzim yang terkandung dalam madu asli. Yang membawa pengertian,
"Jika bacaan enzim dalam madu itu dibawah 3 DN maka ia pasti palsu @ bukan madu. Jika bacaan enzimnya 8, 15, 20, 30, atau 36, ya, sudah tentu ia memenuhi piawai enzim dalam madu asli."
4. ENZIM AIR LIUR LEBAH DAPAT DITIRU
Harus digarisbawahi bahawa piawai Codex itu dibuat pada tahun 1981. Perkembangan era bioteknologi hari ini, enzim air liur lebah (diastase) sintetik sudah mampu dipalsukan. Tinggal tambah enzim sintetik ke dalam adunan madu untuk mencapai kadar enzim yang dimahukan.
Kesimp**annya, cara yang paling tepat menentukan keaslian madu Tualang adalah (1) jelas sanadnya bagaimana proses penuaian madu Tualang tersebut, (2) jelas dimana kilang pembotolannya memenuhi syarat kebersihan Kementeria Kesihatan Malaysia, dan barulah dibantu dengan (3) laporan makmal atau (4) Jaminan wang kembali jika terbukti palsu.
Alhamdulillah, bacaan enzim madu Tualang Quad minimum adalah 14.2 DN menepati piawai Codex dan International Honey Commision. Malah, boleh saja bacaannya lebih. Menariknya, kami pernah lakukan ujian antioksidan fenolik pada batch madu kami, ternyata ia cukup tinggi iaitu 684 mg GAE/kg.
Lebih tinggi dari antioksidan Manuka Honey New Zealand.
Wallauhualam..
29/06/2023
Saat berderai jatuh Titisan air mata suci IBRAHIM, melihatkan keteguhan iman anaknya ISMAIL, Dikala itulah bermulanya sejarah agung erti sebuah .
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA ❤️
16/05/2023
Khasiat Madu dan Mengapa Ada Surah an-Nahl dalam Al-Quran?
Khasiat madu sangat bagus untuk kesihatan.
Suatu ketika, seorang sahabat datang menemui Rasulullah ﷺ dan bercerita kalau perut saudaranya sakit. Mendengar cerita itu, Rasulullah ﷺ berkata, ''Minumkanlah padanya madu.'' Sahabat tersebut pergi dan kembali lagi sambil berkata, ''Madu hanya membuat perutnya lega dua atau tiga kali.''
Setiap kali menerima pengaduan sahabat itu, Rasulullah ﷺ berkata, ''Minumkanlah padanya madu.'' Sampai akhirnya pada kali ketiga Rasulullah ﷺ bersabda, ''Allah pasti benar, yang berdusta adalah perut saudaramu. Pergilah dan minumkanlah padanya madu.'' Kemudian sahabat itu pergi dan meminumkan madu kepada saudaranya dan sembuhlan penyakit perutnya.''
(HR Bukhari dan Muslim).
Rasulullah ﷺ begitu yakin madu akan mengatasi pelbagai penyakit. Keyakinan Rasulullah ﷺ bahawa madu mengandung penawar bagi manusia kerana telah difirmankan Allah ﷻ dalam Alquran, sampai-sampai Allah ﷻ membuat satu surat dalam kitab suci Alquran yang mengambil nama an-Nahl (lebah) yang kemudian menghasilkan madu.
Tujuannya agar manusia dapat mengetahui nikmat, hikmah, dan tanda-tanda kekuasaan Allah di balik penciptaan lebah, agar manusia juga mengetahui betapa lebah yang kecil dapat memproduksi madu yang dalamnya terkandung ubat untuk pelbagai macam penyakit.
Prof dr Sa'id Hamad, dalam bukunya bertajuk “Terapi Madu” tak hanya bercerita dalil dari Al-Quran dan hadith Rasulullah ﷺ mengenai kehebatan yang dimiliki madu sebagai penawar.
Malah ilmu pengetahuan moden menetapkan salah satu manfaat madu adalah kerana dia mengandung enzim pencernaan yang dapat mengubah anomia menjadi tenaga yang dapat merangsang dan memperkuat perut.
Madu juga dinyatakan sebagai bahan yang dapat memperkuat jantung, kerana glukosa semulajadi madu jelas bermanfaat bagi kesihatan otot jantung. Madu dapat menggantikan nutrien tubuh yang hilang disebabkan kerja jantung yang tidak pernah berhenti dan madu dapat menjadikannya lebih kuat dan awet. Madu juga dianggap sebagai antibiotik semulajadi yang mampu membunuh bakteria dan kuman.
Jika Rasulullah ﷺ amat yakin dengan kemampuan yang dimiliki madu sebagai ubat, bagaimana dengan kita sebagai umatnya?
Tentu harus tumbuh p**a keyakinan yang sama, kerana tak mungkin Allah sampai menciptakan sebuah Surah an-Nahl (lebah) dalam Alquran jika ternyata madu yang merupakan produksi dari lebah tak memiliki manfaat apa-apa.
Maka, siapa saja yang hidupnya ingin sihat, biasakanlah mengamalkan Madu lebah seperti sabda Rasulullah ﷺ, ''Barangsiapa yang minum madu tiga tegukan dalam setiap bulan, dia tidak akan terkena bala' yang besar.'' (Hadits Ibnu Majah).
Namun dengan maraknya madu palsu dipasaran, kita haruslah berhati-hati mendapatkan Madu yang benar-benar asli. Salah satu ikhtiar adalah
(1) membelinya dari Team Pemburu Madu Tualang,
(2) ada tempat penapisan sarang Madu,
(3) ada laporan ujian makmal, dan
(4) ada jaminan wang kembali sekiranya palsu. InshaAllah, terselamat.
Sumber: Jabatan Penyelidikan Quadmeds
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Dobi Ali Imran Sg Merab Luar
Kajang
43000KAJANGSELANGOR
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 20:00 |
| Tuesday | 09:00 - 20:00 |
| Wednesday | 09:00 - 20:00 |
| Thursday | 09:00 - 20:00 |
| Friday | 09:00 - 20:00 |
| Saturday | 09:00 - 20:00 |
| Sunday | 09:00 - 18:00 |
