Anne Ruzana Terapi DSufi Anda
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Anne Ruzana Terapi DSufi Anda, Health/Beauty, NO 6 Jalan BAKTI 70, MUTIARA RINI, SKUDAI, Kangkar Skudai.
Profesional Therapist & Beautician
(DKM4, SKM3, KPK, PT&K , KKM Licensed PTM-PP2025/10513 )
Beauty & Wellness
- Massage(traditional, relaxing spa, pre & post natal)cupping,body treatment,body alignment,flower bath treatment& Facial
10/01/2024
Allahumma Soli A'la Muhammad 💙
Belajar ikhlas dalam menghadapi ujian..
Kerana,
Orang yang ikhlas itu
Hidupnya tidak akan kesepian
Walaupun sedang berjuang sendirian
Orang yang ikhlas itu
Tidak akan ketakutan walau tiada teman
dan tidak akan mengalah
Walau banyak yang meninggalkan
Kerana,
Orang yang ikhlas itu
Hidupnya untuk Tuhan
Kuatnya untuk Tuhan
Perjuangannya untuk Tuhan
Sabarnya untuk Tuhan
02/12/2023
﷽اللّٰهم صَلِّ عَلَی سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَی آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدﷺ
💙DENGAN MATA APA KAMU MELIHAT? 💙
"..ketika nanti nyawamu telah sampai di kerongkong
Saat itu kamu melihat AKU tersangat dekat kepadamu.Tapi kebanyakan manusia tidak melihat."
( Al-Waqiah 83-85)
Mengapa kita masih tidak mampu melihat dan merasakan kedekatanNya?
Allah mengurniakan kita dua mata untuk melihat. Tetapi kita hanya melihat menggunakan satu mata...itulah mata zahir.
Hakikatnya sepanjang hidup...kita tidak berjuang untuk membuka MATA QALBU yang tertutup.
Mata jiwa kita masih buta.
Manusia yang hidup hanya melihat menggunakan mata lahirnya tanpa menggunakan mata qalbu.. akan selalu tertipu dan keliru.
Dengan kemampuan mata zahir yang sangat terbatas, segalanya-galanya dinilai secara material dan luaran semata-mata.
Sedangkan MATA QALBU...mata itulah yang Allah kurniakan kepada kita.Kelebihan luar biasa yang menyelamatkan jiwa dan mendekatkan kita kepadaNya.
Perjuangkanlah menghidupkan mata qalbu kita.
Moga kita dijauhkan dari menjalani kehidupan persisnya Dajal.
Matanya cuma satu.
Teramat jauh dari Tuhan.
Mengagungkan keduniaan.
Penuh tipu daya dan kepalsuan.
25/09/2023
Kelebihan istighfar 💙
فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوْا رَبَّكُمْ ۗ اِنَّهٗ كَا نَ غَفَّا رًا يُّرْسِلِ السَّمَآءَ عَلَيْكُمْ مِّدْرَا رًا وَّيُمْدِدْكُمْ بِاَ مْوَا لٍ وَّبَنِيْنَ وَيَجْعَلْ لَّـكُمْ جَنّٰتٍ وَّيَجْعَلْ لَّـكُمْ اَنْهٰرًا
Maka aku berkata (kepada mereka) : "Mohonlah keampunan kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu, Dan Dia memperbanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan kebun-kebun untukmu dan mengadakan sungai-sungai untukmu"
(Surah Nuh 71 : ayat 10-12)
16/08/2023
Allahumma Soli A'la Muhammad 💙
Hidup ini kita perlu banyak bersabar. Jangan ikutkan hati dan nafsu nanti jadi sia-sia.Rugi.
Bersabarlah dengan segala bentuk ujian. Ujian sakit,susah,masalah rumahtangga,perniagaan,pekerjaan,masalah anak-anak,masalah kawan-kawan, masalah dengan boss,masalah dengan kakitangan dan macam-macam lagilah ujian.
Bawa kereta pun kena banyak bersabar kadang-kadang nak terkeluar juga perkataan yang tak elok dari mulut asbab pemandu lain nak masuk simpang tak beri signal.. Haishhh.. geram je kan.. Tak pelah pelan-pelan pujuk hati sendiri. Istighfar.. Ya, tu saje Allah yang datangkan nak uji kesabaran kita. Sabarlah wahai diriku. Saksikan sahaja ya 😅. Kita kan dah berSYAHADAH 🥰
Pesanan ini ringkas tapi manfaatnya tak terkata, justeru bersabarlah. Macam mana nak bersabar? Mujahadah. Apa tu mujahadah? Tahan diri. Macam mana nak tahan diri? Diam dan berserah pada Allah, inginkan redaNya. TAQWA,TAWADHU' DAN INSANULLAH ☝️💞
Kita datang ke dunia dengan kehendak DIA,
Kembali juga dengan kehendakNYA..
Hiduplah kita dengan KehendakNYA jua 🤲
Kosongkan gelasmu untuk air yang baru,
Jangan jadikan buku sebagai Gurumu,
Temukan Mursyid yang akan mewariskan ilmu dan buku.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
NO 6 Jalan BAKTI 70, MUTIARA RINI, SKUDAI
Kangkar Skudai
81300
