Habri Al Rafah

Habri Al Rafah

Share

Habri Al Rafah (kegembiraan, kesejahteraan) melalui ikhtiar perubatan tradisional

27/09/2024

Hari ni dapat pesakit yang trauma dengan bekam darah disebabkan dia akan jadi lemah dan x bermaya selepas bekam 😬.. Dipendekkan cerita, sebelum ni dia ada sejarah GERD, yang membawa kepada kejang teruk, anxiety, depression semua, mengikut cerita simptomnya lebih kepada dingin/sejuk.. Dalam keadaan begini bekam darah agak kurang sesuai.. sebab simptom yang dialami adalah dingin jadi cara rawatan adalah dengan cara 'memanaskan'..

11/08/2024

Photos from Habri Al Rafah's post 19/05/2024

TERAPI BAWANG PUTIH

Sekarang ni 'musim' sakit, ramai anak-anak yang demam/selesma/batuk..

Salah satu tips yang selalu kami lakukan untuk anak-anak kami adalah 'terapi bawang putih'..

Alhamdulillah sesuai dengan anak-anak kami..

TAPI dalam Masa yang sama makanan anak-anak kena jaga, kurangkan pengambilan jajan, minuman bergas/manis.. 😊

Sekiranya keadaan anak makin memburuk (tidak mau makan/minum, tidak mau bermain, muntah/cirit birit yang berterusan seeralah bawa ke klinik/hospital yang berhampiran).

Photos from Habri Al Rafah's post 08/05/2024

Alhamdulillah selesai sesi rawatan Sungai Besar selama dua hari, semoga diberikan kesembuhan Aamiin..

02/04/2024

Pernah dengar kan penyakit berpunca daripada perut/makanan.. Makanan yang kita ambil menggambarkan kesihatan keseluruhan penghadaman/pencernaan kita..

07/12/2023

Tak sedar 'kejam' terhadap diri sendiri

Bertahun-tahun 'sumbat' mulut dengan pelbagai jenis makanan (racun), gaya hidup yang kurang sihat ditambah lagi tidak menangani tekanan/stress dengan sebaiknya serta bermacam-macam lagi...

Suatu hari ditakdirkan jatuh sakit yang memerlukan tindakan segera untuk ditangani.. Ramai diantara kita mengambil langkah rawatan dengan 'menyumbat racun' yang dikira sebagai penawar..

Sebagai orang yang berpegang kepada agama, langkah pertama adalah berdoa meminta petunjukNya.. jangan lupakan Dia, kerana Dia adalah satu-satunya yang sentiasa 'ada' untuk kita..

Selepas itu setelah kita mendapat penawar, kita ingin segera sembuh, terlupa dengan perkataan 'Sabar'..

Jangan 'kejam' kepada diri sendiri, beri waktu kepada tubuh kita untuk pulih semula.. Jangan lupa kerusakan pada tubuh/jiwa kita hari ini adalah angkara kita sendiri...

Dia yang beri penyakit, Dia jugak yang beri penawarnya.. "Allah tidak menurunkan penyakit, melainkan menurunkan ubatnya juga" (HR Bukhari)

Maka jangan berputus asa kepada diri sendiri.. perkataan 'Sabar' itu amat bermakna untuk pemulihan diri kita.. Jangan putus asa, sentiasa berusaha untuk menjaga amanahNya, kerana diakhirat kelak kita akan dipertanggungjawabkan setiap anggota tubuh badan yang hanya pinjaman sementara ini...

13/11/2023
13/11/2023

Penyakit yang sama tapi berlainan orang.. Rawatan x semestinya sama.. Bergantung simptom masing-masing.. Simptom panas, dingin, lembap, kering.. Terapi/rawatan yang di lakukan adalah berbeza mengikut simptom/aduan setiap individu..

Sebab itulah pentingnya diagnosa dilakukan sebelum memulakan terapi/rawatan..

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Klang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Klang
41200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00