Ahli Majlis MBDK N42A MERU

Ahli Majlis  MBDK N42A MERU

Share

AHLI MAJLIS N42A

30/04/2026

Warga Meru jom hadir

Photos from Ahli Majlis  MBDK N42A MERU's post 15/04/2026

Alhamdulillah program berjalan lancar
Terimakasih semua yang menjayakan
Terbaik Taman Daya Maju..next year kita tunggu Taman mana p**a ye..
Next program hari Raya Aidil Adha p**a

Photos from Ahli Majlis  MBDK N42A MERU's post 02/04/2026

LAPORAN MESYUARAT JKPN42A KALI KE-3
Tempat: Pejabat Ahli Majlis Meru
Tarikh: 2/4/2026 Khamis
Masa: 9-11.00 mlm
Kehadiran:14/16
Pn. Aniss Zuryanee Binti Mahadi (Ahli Majlis MBDK N42A)
Ahli Jawatankuasa JKPN42A

Agenda Mesyuarat:
Ucapan alu-aluan Pengerusi
Pengesahan minit mesyuarat lalu
Perkara berbangkit
Perbincangan tambahan / isu semasa
Hal-hal lain.

Isi Perbincangan:
Ucapan Pengerusi
Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran ahli mesyuarat dan menekankan kepentingan kerjasama dalam memperkasakan komuniti N42A.

Perkara Berbangkit
Tindakan susulan program sebelum ini sedang dilaksanakan mengikut perancangan.

Penambahbaikan komunikasi antara jawatankuasa akan diperkukuhkan.

Perbincangan Tambahan
Cadangan penambahan program kemasyarakatan bagi bulan akan datang.

Perancangan aktiviti bersama komuniti setempat bagi mengeratkan hubungan.
Keperluan pengemaskinian data penduduk dan jaringan NGO.

Hal-Hal Lain
Cadangan memperbanyakkan program kebajikan dan ziarah komuniti.

Perbincangan berkaitan logistik dan penyelarasan program akan datang mengikut SOP MBDK

Keputusan Mesyuarat:
Semua ahli bersetuju meneruskan program yang dirancang dengan penambahbaikan.
Penetapan tarikh bagi program akan datang yang dibincangkan akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Penutup:
Mesyuarat ditangguhkan pada jam11.00 malam] dengan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir daripada pengerusi.

Photos from Ahli Majlis  MBDK N42A MERU's post 16/03/2026

Program Rewang Kacau Dodol dan Bubur Lambuk telah diadakan di Surau Muhajirin, Jalan Nenas, Meru sempena menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri. Program ini dianjurkan oleh Pn. Aniss Zuryanee binti Mahadi, Ahli Majlis MBDK, dengan kerjasama pihak surau serta komuniti setempat.
Program ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk setempat di samping menghidupkan semangat gotong-royong dalam kalangan masyarakat. Aktiviti utama yang dijalankan ialah rewang memasak bubur lambuk serta kacau dodol secara bersama-sama oleh ahli kariah, sukarelawan dan penduduk sekitar.
Hasil masakan bubur lambuk dan dodol kemudiannya telah diedarkan kepada penduduk setempat sebagai tanda kebersamaan dan berkongsi rezeki menjelang Hari Raya. Program ini turut mendapat sambutan yang sangat baik daripada masyarakat setempat yang hadir membantu menjayakan aktiviti tersebut.
Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang kerana ia bukan sahaja memupuk semangat kerjasama, malah mengeratkan lagi h
ubungan antara pemimpin dan masyarakat setempat.
Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar dan meriah dengan penyertaan penduduk setempat.

15/03/2026

Iftar Jkp N 42A di Serai Seksyen 3 Shah Alam
Seramai 22 org

Photos from Ahli Majlis  MBDK N42A MERU's post 14/03/2026

Pada hari Sabtu jam 2.00 petang, Ahli Majlis MBDK Pn. Aniss Zuryanee Binti Mahadi bersama Sahabat Strategi NGO HANISCARE telah menyampaikan sumbangan bakul Raya kepada penduduk di kawasan Meru.
Program ini merupakan sebahagian daripada usaha kebajikan bagi membantu dan berkongsi kegembiraan bersama masyarakat yang memerlukan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.
Alhamdulillah, semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat menceriakan penerima dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam komuniti Meru.

Photos from Ahli Majlis  MBDK N42A MERU's post 14/03/2026

Program Jelajah Iftar dan Moreh bersama komuniti surau di kawasan N42A Meru telah diadakan dengan kehadiran YB Mariam Abdul Rashid, ADUN Meru. Program ini turut disertai oleh Ahli Majlis MBDK N42A sebagai usaha mendekati masyarakat serta mengimarahkan surau-surau sepanjang bulan Ramadan.
Selain berbuka puasa dan moreh bersama jemaah, turut diadakan penyampaian sumbangan kepada pihak surau sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada pengurusan surau yang sentiasa aktif menjalankan aktiviti kemasyarakatan dan keagamaan di kawasan Meru.
Semoga program seperti ini dapat mengeratkan silaturahim antara pemimpin dan masyarakat serta menyemarakkan lagi keberkatan bulan Ramadan.

14/03/2026

Program Jelajah Iftar dan Moreh bersama komuniti surau di kawasan N42A Meru telah diadakan dengan kehadiran YB Mariam Abdul Rashid, ADUN Meru. Program ini turut disertai oleh Ahli Majlis MBDK N42A sebagai usaha mendekati masyarakat serta mengimarahkan surau-surau sepanjang bulan Ramadan.
Selain berbuka puasa dan moreh bersama jemaah, turut diadakan penyampaian sumbangan kepada pihak surau sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada pengurusan surau yang sentiasa aktif menjalankan aktiviti kemasyarakatan dan keagamaan di kawasan Meru.
Semoga program seperti ini dapat mengeratkan silaturahim antara pemimpin dan masyarakat serta menyemarakkan lagi keberkatan bulan Ramadan.
Beberape surau yang sempat untuk saya pergi

Photos from Ahli Majlis  MBDK N42A MERU's post 14/03/2026

Program penyampaian hamper Hari Raya anjuran Ahli Majlis MBDK N42A Meru telah diadakan bersama para pengerusi taman di kawasan Meru. Program ini diadakan bersempena dengan Mesyuarat Bil. 2 bagi mengeratkan hubungan serta menghargai kerjasama para pengerusi taman yang sentiasa membantu menyampaikan maklumat dan kebajikan penduduk di kawasan masing-masing.
Semoga sumbangan kecil ini dapat menyemarakkan lagi semangat Aidilfitri serta mengukuhkan kerjasama antara komuniti dan pihak Majlis Perbandaran Klang demi kesejahteraan penduduk Meru.

Photos from Ahli Majlis  MBDK N42A MERU's post 07/03/2026

Saya berkesempatan menghadiri Program Iftar dan Edaran Bubur Lambuk anjuran Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) bersama komuniti yang berlangsung di Masjid Al-Islah, Kampung Raja Uda.
Selain itu, bubur lambuk turut diedarkan kepada orang ramai di Pasar Ramadan Kampung Raja Uda sebagai tanda penghargaan dan untuk berkongsi keberkatan Ramadan bersama masyarakat setempat.
Semoga program seperti ini dapat terus mengeratkan hubungan antara pihak berkuasa tempatan dan masyarakat, di samping menyemarakkan lagi semangat kebersamaan dalam bulan yang penuh keberkatan ini. 🤲✨

Photos from Ahli Majlis  MBDK N42A MERU's post 03/03/2026

🩷 *Iftar*
🕌Surau Hj Kamaruddin
Jalan Meru Tambahan
IFTAR DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN RAMADHAN
Saya Aniss Zuryanee berkesempatan menghadiri majlis berbuka puasa (iftar) serta menyampaikan sumbangan Ramadan kepada Surau Kamaruddin, Jalan Meru Tambahan.
Majlis ini turut dihadiri bersama Mariam Abdul Rashid selaku ADUN Meru Dan juga memberi sumbangan dalam usaha menyantuni kariah serta mengeratkan hubungan silaturahim bersama masyarakat setempat.
Semoga sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban serta membawa keberkatan kepada semua penerima, di samping menyemarakkan lagi semangat kebersamaan dalam bulan Ramadan yang mulia ini.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Klang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Tingkat 1, Jalan Nenas Sarawak KU/10 Taman Saujana Off Persiaran Hamzah Alang
Klang