Ekin Harun Hormon Diet

Ekin Harun Hormon Diet

Share

HORMON DIET adalah satu bentuk program diet untuk selaraskan semula kecelaruan hormon dalam sistem t

Photos from Ekin Harun Hormon Diet's post 13/08/2025

Badan slim tak semestinya selamat dari kena risiko 'FATTY LIVER' atau senang cerita sel² kat organ hati dah sumbat penuh dengan lemak.

Kalau fungsi hati dah naik tinggi, kemungkinan dah ada 'fatty LIVER', organ dah start radang rosak. Nak confirm kena buat ultrasound. Cuma nilai ALT, AST, GGT ni boleh jadi 'clue' hati tengah struggle ada masalah.

Macam mana nak buat kalau dah ada masalah ni ??

Cara Ringkas Bantu Ringankan Kerja Hati ❗❗

Hati kita ni ibarat kilang proses badan. Kerja 24 jam tapis toksin, urus nutrisi & hasilkan tenaga.
Kalau nak hati kekal sihat, kita kena bantu dia.

1️⃣ Puasa / Intermittent Fasting (IF)
➡ Bagi hati “time off” daripada asyik proses makanan.
➡ Masa ni badan fokus repair & buang sel rosak.

2️⃣ Cukupkan Nutrisi
➡ Pastikan cukup protein, vitamin & mineral yang support proses detox hati (contoh: B-complex, magnesium, zinc).

3️⃣ Tidur Waktu Malam
➡ Hati aktif detox masa kita tidur lena, especially antara jam 11 malam – 3 pagi.

4️⃣ Minum Air Secukupnya
➡ Air cukup = toksin senang keluar melalui buah pinggang & peluh.

5️⃣ Elakkan Makanan Proses & Toksin Berlebihan
➡ Kurangkan fast food, gula berlebihan, bahan pengawet, dan racun tersembunyi dari makanan, alatan memasak yang kita guna & kosmetik.

p.s: Buatlah pemeriksaan awal, buat blood test cakna ambik tahu kesihatan organ hati kita masih ok ke tak. Jangan la sampai tetiba kulit, mata dah bertukar jadi kuning. Waktu ni dah kronik tahap serius. Mungkin dah tak boleh reverse 🫣





Belajar ilmu untuk mula UBAH

20/06/2025

Usus bukan sekadar tempat makanan diproses — ia pusat kesihatan badan kita. Tapi… usus anda sihat ke?

Cuba semak tanda-tanda ni:
❌ Selalu kembung & berangin
❌ Sembelit atau cirit-birit berpanjangan
❌ Nafas & mulut berbau walaupun dah gosok gigi
❌ Susah nak fokus, cepat penat & moody
❌ Kulit naik jerawat, kusam & sensitif
❌ Berat badan susah turun walau dah jaga makan

Kalau anda alami 2 atau lebih simptom di atas... itu mungkin petanda usus anda tengah "meronta" minta tolong! 😰

👉 Tanpa usus yang sihat, badan mudah alami:
✔ Masalah imun rendah
✔ Keradangan kronik
✔ Penyerapan nutrien terganggu
✔ Hormon tak stabil

Jangan biar berlarutan! Usus yang sihat = Badan yang kuat 💪🏻

📌 Nantikan tips dan solusi kami tentang cara detox & pulihkan usus secara semula jadi — mudah tapi berkesan! 🌱

20/06/2025

🩸 AWAS! Kenali Petanda Awal Kanser Usus Sebelum Terlambat!

Kanser usus bukan lagi penyakit orang tua. Ramai tak sedar… ia datang senyap-senyap. Kanser usus (kolorektal) sekarang dah makin biasa berlaku, termasuk pada usia 30-an & 40-an. Ramai tak tahu gejala awalnya, sebab ia nampak macam masalah perut biasa je 😟

⚠ Petanda yang anda patut ambil serius:
🔸 Asyik cirit-birit atau sembelit, tak tentu hala
🔸 Najis berdarah atau gelap macam tar
🔸 Rasa tak puas lepas buang air besar
🔸 Perut asyik kembung, senak atau rasa ketat
🔸 Berat turun banyak walaupun tak diet
🔸 Badan lesu sangat walaupun cukup tidur

Kalau simptom ni berlaku berterusan lebih dari 2 minggu, JANGAN tunggu. Buat pemeriksaan.

👤 Siapa yang lebih berisiko?
– Umur 45 tahun ke atas
– Ada sejarah keluarga kena kanser
– Makan banyak daging merah & makanan proses
– Kurang makan serat (sayur & buah)
– Merokok, minum alkohol
– Jarang bersenam

20/06/2025

Ramai anggap osteoporosis ni cuma penyakit “tulang reput” biasa je. Tapi sebenarnya, ada 2 jenis utama:

✅ Osteoporosis Primer – Berlaku secara semula jadi, terutamanya bila usia makin meningkat atau selepas menopaus (untuk wanita). Hormon estrogen menurun, tulang pun makin rapuh.
✅ Osteoporosis Sekunder – Disebabkan oleh penyakit lain atau ubat-ubatan tertentu. Contohnya? Steroid jangka panjang, penyakit tiroid, atau masalah pencernaan yang ganggu penyerapan nutrien.

⚠ Faktor risiko yang ramai tak perasan, tapi sangat dekat dengan kehidupan seharian:
🔹 Wanita berusia 45 tahun ke atas, terutamanya lepas menopaus
🔹 Ibu atau ayah yang pernah jatuh & patah tulang walaupun hanya tersadung sikit
🔹 S**a diet ekstrem, skip susu atau produk tenusu sebab nak kurus
🔹 Kerja pejabat, duduk terlalu lama & kurang aktiviti fizikal
🔹 Ambil ubat tahan sakit atau steroid untuk tempoh lama (contoh: pesakit asma atau SLE)
🔹 Tak s**a berjemur – sebab kurang vitamin D dari cahaya matahari
🔹 Merokok atau selalu minum minuman berkafein/bergas tinggi setiap hari
💡 Ingat: Bila tulang dah reput, bukan senang nak pulih. Tapi kalau tahu awal, kita boleh cegah. 💪🏼

📍 Mulakan dengan gaya hidup aktif, pemakanan seimbang & pemeriksaan kesihatan tulang secara berkala.

20/06/2025

😵‍💫 Kenapa haid aku makin tak menentu sekarang ni…?
Dulu elok je setiap bulan. Sekarang, kejap ada… kejap tak. Kadang tu langsung tak muncul 😩

Rasa macam hormon pun tak stabil. Tapi… kenapa jadi macam ni sebenarnya?

Cuba semak ni — mungkin salah satu ni puncanya:

👉 Stres (ya, yang jenis simpan dalam hati tu pun boleh kacau hormon)
👉 Makan tak jaga – terlalu manis, banyak proses
👉 Berat naik/berat turun terlalu cepat
👉 PCOS – ramai wanita muda tak sedar ada!
👉 Masalah tiroid – selalu letih, murung & haid lari-lari
👉 Pil perancang, suntikan hormon
👉 Kurang tidur + gaya hidup serabut

Kadang-kadang kita tak nampak kaitan semua ni… tapi hormon sangat sensitif. Silap gaya, terus 'swing' satu badan 😅

Nak stabilkan hormon?
🌱 Tidur cukup
🌱 Makan lebih real food
🌱 Kurangkan overthinking
🌱 Gerakkan badan, walau cuma 15 minit sehari

Kalau haid tak datang lebih 3 bulan berturut-turut – jangan tunggu, cepat-cepat jumpa doktor.

Jaga hormon = jaga kesihatan dalaman 💗
Sebab hormon bukan hal ‘biasa-biasa’…

20/06/2025

🍽️ “Saya makan sikit je, tapi kenapa berat tetap naik?”

Kalau ini yang selalu jadi… jangan terus salahkan makanan.

Sebab realitinya, banyak faktor lain yang boleh buat berat badan naik walaupun makan tak banyak. Antaranya:

🔸 Metabolisme perlahan – Bila umur meningkat atau kurang bergerak, badan kurang ‘pembakar kalori’ semula jadi.

🔸 Stres & tidur tak cukup – Hormon cortisol tinggi → badan tahan air, tahan lemak 😩

🔸 Skip makan atau terlalu kurang makan – Badan masuk ‘mode berjimat’ dan simpan kalori → jadi lemak.

🔸 Hormon tak stabil – Estrogen, insulin, tiroid... semua ni boleh kacau berat badan, terutama wanita.

🔸 Kurang bergerak – Duduk lama, jarang aktif = kalori tak terbakar walaupun makan sikit.

✅ So, kalau rasa macam “eh kenapa makin naik walaupun jaga makan?”, cuba tengok semula gaya hidup, tidur, stres & kesihatan dalaman.

Kadang-kadang jawapannya ada… cuma kita belum perasan 💛

19/02/2025

Alhamdulillah..semoga terus istiqamah..anak-anak pun habis minum..

18/02/2025

APAKAH PERSIAPAN RAMADHAN KITA DI 2025?

18/02/2025

Cerita mereka yang dah buang hempedu.

Yang belum buang kena jaga. Jangan sampai kena buang.

18/02/2025

Kadang kita sendiri pun tak perasan muka dah sembap. Muka dan bentuk badan dah berubah dari bentuk dan saiz asal. Raut muka dah boleh jadi cerminan masalah kesihatan dalaman.

Betul la orang kata. Bila dalaman tak sihat, automatik keceriaan di raut wajah makin hilang 😶

Tapi tak mustahil. Ramadhan ni akan jadi titik mula perubahan TERBESAR dalam hidup ANDA. Jangan lepaskan peluang & sia-siakan Ramadhan kalini.

Jom mulakan langkah sekarang 💪🏻

Photos from Ekin Harun Hormon Diet's post 05/02/2025

PARAS GULA CANTIK TAPI PARAH TAK SEDAR.

Sebelum ni dah bagitahu.
Banyak kali bagitahu.
Takpa kita akan terus bagitahu.

Perhatikan saringan dibawah.
Umur dari 20 an dan sampai 50an
nak screenshot semua beratus beribu.

Ramai orang susah nak percaya susah nak faham kalau sesuatu yang benar dan baik nak cerita.
Kalau nak bagitahu benda viral tak elok
mudah p**a percaya kan.

Sebelum ni dah cakap bahawa keadaan inilah menyebabkan

1. Wanita PCOS makin ramai
2. Lelaki mati pucuk
3. Sakit badan dan sendi
4. Masalah mental dan emosi kronik
5. Masalah immune sampai rosak kulit
6. Penuaan awal sampai nak sapu krim bagai tapi teruk juga kulit

Namun akhir sekali saya selalu bagitahu tujuan kita adalah nak sihat untuk apa sedangkan semua akan mati.

prinsip didikan ini jarang disentuh oleh guru untuk tunjuk pada mereka bahawa hujungnya manusia akan meninggal juga tidak kiralah saringan darah bagaimana sekalipun..

Namun selagi kita masih bernyawa.
Selagi kita masih hidup.
Apakah yang ingin kita lakukan terbaik adalah ditangan kita pilihannya.

InsyaAllah kita akan bantu mereka diluar sana yang masih buntuk masih keliru
masih tercari cari..

Salam semua.
❤️

06/11/2024

Alhamdulillah cyst dah hilang melalui penjagaan dan pemantauan pemakanan yang rapi.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kota Bharu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Kota Bharu