Age-reverse skincare

Age-reverse skincare

Share

Age-reverse skin care dr.siti hamidah adalah pusat rawatan masalah kulit wajah,seperti jeragat,jeraw boleh hubungi syakirin untuk info lebih lanjut

04/10/2022

Hi selamat pagi, saya doakan siapa yang lihat post ini di murahkan rezeki dan dipermudahkan urusan

Photos from Age-reverse skincare's post 24/09/2022

Serum dalam kotak premium.

Pembelian set ini akan mendapat percuma kotak dan NK Age Reverse Scrub (sementara stok masih ada).

Boleh preorder dengan kami sekarang ๐Ÿ˜‰

30/04/2022

Gunakan spray head yang diberi percuma dengan setiap pembelian NK Age Reverse Cleanser ๐Ÿ’–. Amat mudah untuk mencuci wajah sebelum mengambil wuduk dalam perjalanan.

Tips:

1. Sebelum sampai ke rnr/masjid, spray cleanser ke tapak tangan, sapu dan gosok2 lembut wajah.
2. Apabila sampai di surau, terus bilas dan berwuduk.

Ia tak memedihkan mata, tak perlu dibilas segera dan amat memudahkan urusan!

Hati-hati di jalan raya! Semoga selamat sampai ke kampung halaman! โค๏ธ

13/04/2022

Dah pakai sunscreen? ๐ŸŒž๐Ÿ’™ Pilih yang lembut pada kulit (berasaskan bahan tidak toksik dan mengandungi bahan natural) dan tidak terlalu tinggi SPF.

Kajian menunjukkan tidak banyak beza kesan perlindungan UV di antara SPF 30, 70, 100. Hanya beza tidak sampai 5% coverage, tetapi semakin tinggi SPF, semakin banyak bahan kimia yang diperlukan.

Cara paling berkesan menggunakan sunscreen bagi mendapat kesan optimum adalah dengan mengulang pakai setiap 4-5 jam.

11/04/2022

๐—”๐—ฝ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ต ๐—ธ๐—ฒ๐—ถ๐˜€๐˜๐—ถ๐—บ๐—ฒ๐˜„๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ด๐—ฒ ๐—ฅ๐—ฒ๐˜ƒ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฒ?
Age Reverse merupakan produk NK terkini yang dihasilkan oleh kump**an penyelidikan yang diketuai oleh Dr Siti Hamidah di UTM. Dr Siti memang dikenali sebagai founder Naturel Kiss (NK) iaitu produk yang berasaskan bahan natural, selamat dan menggunakan teknologi moden. Age Reverse merupakan satu siri produk yang menggunakan formulasi BeuT-Complex, iaitu menggunakan bahan-bahan anti penuaan yang terbaik seperti Hyaluronic Acid, Bee Venom, ekstrak Tsubaki, ekstrak Roselle, dan essential oil yang bagus untuk kulit. Produk Age Reverse telah melalui kajian yang terperinci termasuk melibatkan lebih 100 responden, pensijilan Lab Tested daripada Bioeconomy Corporation, pelbagai testing Sirim, Notifikasi dari KKM, dan pelbagai testing 'Proof of Concept' bagi emmastikan keselamatan dan keberkesanan produk.
-(Dr Siti Hamidah & Team Researcher)

Boleh tekan link watsap di bawah untuk info ๐Ÿ˜Š
https://nakagereverse.wasap.my
https://nakagereverse.wasap.my
https://nakagereverse.wasap.my

06/04/2022

Bolehkah jeragat disebabkan faktor keturunan (genetik) dihilangkan?
Memang faktor genetik boleh menyebabkan jeragat. Sekiranya ibu/keluarga kita memang banyak jeragat, kita perlu lebih berhati-hati dari awal. Cara terbaik adalah memakai sunscreen dan elak produk bertoksik dan berkualiti rendah. Mencegah lebih baik dari mengubati. Sekiranya kulit telah pun ditumbuhi jeragat, gunalah produk yang selamat dan berkesan, walaupun ambil masa lama sikit. Fokus untuk merawat keseluruhan kulit wajah agar lebih berseri. Bonus sekiranya jeragat dapat dihilangkan sepenuhnya. Inshaallah ia boleh dikurangkan
https://nakagereverse.wasap.my

18/03/2022

Alhamdulillah buku ini telah diterbitkan oleh Elsevier.

Tahniah kepada team penyelidikan NK atas penerbitan buku bertajuk Nanotechnology for the Preparation of Cosmetics using Plant-Based Extract.

03/03/2022

CABUTAN BERTUAH BERNILAI RM10,000 KEPADA CUST YANG MEMBELI PADA BULAN FEB.

SO, NANTIKAN LIVE PROF DR.SITI HAMIDAH YA.

SEMOGA ANDA LAYAK UNTUK CABUTAN KALI INI ๐Ÿ˜

25/02/2022

KEPENTINGAN SUNSCREEN DALAM PENJAGAAN KULIT
Apakah itu sunscreen? Apakah kepentingan sunscreen? Apakah manfaat sunscreen untuk kulit? Artikel kali akan menerangkan kegunaan dan kepentingan sunscreen bagi kulit wanita mahu pun lelaki.
Untuk pengetahuan anda, penggunaan sunscreen atau juga dikenali sebagai pelindung matahari adalah yang paling utama dalam penjagaan kulit. Ini bermakna, jika ada menggunakan pelbagai produk kulit tapi tidak menggunakan sunscreen, penjagaan kulit anda seakan-akan tidak lengkap.
Penggunaan sunscreen ini bukan saja untuk kegunaan kosmetik. Malah lebih daripada itu. Malaysia terkenal dengan dua musimnya iaitu panas dan lembab.
Disebabkan negara kita negara yang bermusim panas, perlindungan kulit daripada sinaran matahari terik adalah sangat penting.
Walaupun kegunaannya yang penting, masih ramai yang memandang enteng terhadap kepentingan sunscreen ini.
Mungkin ramai lagi yang tidak sedar atau tidak faham betapa bahayanya kulit yang terdedah dengan sinaran matahari yang terik.
Kepentingan Sunscreen Untuk Kulit Wajah
1. Mengelakkan keradangan kulit
Apabila kulit kita terdedah dengan sinaran UV, ia boleh menyebabkan kemerahan dan keradangan kulit yang boleh memedihkan.
Masalah keradangan ini akan menjadi lebih teruk sekiranya seseorang individu itu mempunyai masalah kulit seperti eczema dan psiorosis.
Dengan menyapukan sunscreen pada kulit, ia dapat menjadi dinding pelindung kulit anda daripada sinaran matahari yang berbahaya.
Sekiranya anda mempunyai kulit yang senang kemerah-merahan dan sensitif, anda memerlukan sunscreen yang lengkap dengan bahan-bahan lembut seperti zink oksida atau titanium dioksida.
Anda juga harus mengelakkan pelindung matahari jenis semburan yang mengandungi formula keras, termasuk alkohol yang dapat mengeringkan kulit.
2. Mengurangkan risiko kanser kulit
Kepentingan sunscreen seterusnya adalah untuk mengurangkan risiko kanser kulit. Tahukah anda, kanser kulit juga berpunca daripada kulit yang sering terdedah dengan sinaran matahari?
Menggunakan pelindung matahari setiap hari, walaupun cuaca tidak begitu terik adalah salah satu kaedah awal yang baik untuk mencegah kanser kulit yang ramai tak sedar.
Anda boleh membantu diri anda untuk elak terkena kanser kulit dengan menggunakan sunscreen yang mempunyai minimum SPF 30 setiap hari.
Jika anda sering menghabiskan masa di luar, dan kulit terdedah dengan cahaya matahari, anda digalakkan untuk menyapu sunscreen ke muka pada setiap dua jam untuk perlindungan yang maksimum.
3. Mencegah tona warna kulit yang tidak sekata
Antara kepentingan sunscreen yang lain adalah untuk mencegah tona warna kulit yang tidak sekata. Tona warna kulit yang tidak sekata ini akan keluar dengan ketara apabila usia anda sudah lanjut.
Mungkin tak nampak kesannya sekarang, tapi akan jelas kelihatan apabila anda meningkat usia. Kulit akan mengeluarkan tompok-tompok yang dipanggil โ€˜sun spotsโ€™ atau โ€˜liver spotsโ€™ dan kebiasaannya ia berwarna gelap.
Efek ini boleh terjadi kepada wanita dan juga lelaki. Untuk mengelakkan kesan ini terjadi, penggunaan sunscreen adalah wajib.
4. Mencegah sunburn
Pakar dermatologist selalu menekankan kepentingan sunscreen dan pencegahan kulit daripada terkena sunburn.
Anda boleh mengalami sunburn sekiranya anda menghabiskan masa yang lama di luar tanpa penggunaan sunscreen.
Sekiranya kulit anda sering terkena sunburn, ia membuatkan risiko untuk anda mengalami kanser kulit lebih tinggi daripada biasa.
Ini kerana sunburn yang terjadi boleh merosakkan pelindung kulit yang boleh menyebabkan bukan sahaja kanser malah kedutan pramatan, dan banyak lagi masalah kulit yang lain.
Kini, anda tak perlu bimbang kerana NK Age Reverse menghasilkan sunscreen untuk lapisan pelbagai umur. Malah, remaja pun boleh mencuba kerana ia tidak mengandungi spf yang tinggi.
Boleh klik sini untuk whatsapp : https://wa.link/9ejdf6
Atau terus beli di laman web kami : https://poknikmall11.com

23/02/2022

5 KESAN BURUK MASALAH JERAGAT

Mengikut kajian pakar dermatologi, wanita yang mengalami masalah jeragat, kusam lebih cepat nampak tua iaitu 7 tahun lebih tua berbanding yang tidak mempunyai masalah jeragat & kusam. Masalah kulit yang sering berlaku dalam kalangan wanita berusia selepas 30-an adalah jeragat. Kebiasaannya, masalah jeragat timbul dengan seiring dengan penuaan kulit
1. Akan menyebabkan perubahan warna pada kulit wajah jadikan tona kulit tidak sekata
2. Wajah kurang menyerlah & meninggalkan kesan kehitaman walau selepas pakai alat solek. Ianya memburukkan lagi penghasilan solekan.
3. Saiz jeragat yang lama akan membesar kemudian bercantum dengan jeragat yang lain menyebabkan wajah tidak kelihatan menarik & gelap.
4. Rasa rendah diri untuk berdepan dgn orang ramai. Akan menimbulkan masalah tertekan @ kemurungan.
5. Ada yang lebih teruk iaitu menyebabkan kegatalan pada kulit wajah dan mengganggu aktiviti harian.
Salah satu cara untuk mengatasi masalah kulit berjeragat adalah mengamalkan gaya hidup yang sihat, kurangkan tekanan, banyakkan minum air & penjagaan kulit wajah (Skincare).
Pastikan penjagaan kulit wajah konsisten dengan produk yang digunakan. Jangan campur aduk dengan produk yang lain.
Hal ini akan menyebabkan kulit break out. Jika tidak menjaga dengan kulit dengan lebih awal, kos untuk merawat kulit jeragat boleh memakan beribu ringgit.
Buatlah pilihan yang bijak memilih produk natural seperti NK Age Reverse cleanser yang tidak mengandungi bahan toksik, malah kulit remaja juga sesuai dengan produk ini.
NK Age Reverse hasil kajian bertahun-tahun oleh Prof Madya Dr. Siti Hamidah. Dengan menggunakan hampir 99% bahan natural, NK Age Reverse dijamin bebas dari bahan toksik.
Jadi, menggunakan cleanser NK Age Reverse daripada usia awal remaja mampu mengurangkan kesan jeragat & jerawat.
Harganya sangat mampu milik untuk penjagaan kulit.
Boleh tekan link di bawah untuk pembelian yang sah daripada ejen kami.
Boleh klik sini untuk whatsapp : https://wa.link/9ejdf6
Atau terus beli di laman web kami : https://poknikmall11.com

05/02/2022

MENGAPA PERLU TUNGGU 3 MINIT SEBELUM BILAS NK AGE REVERSE CLEANSER?

Mungkin ini kali pertama pengguna skin care dinasihati agar menunggu beberapa minit sebelum membilas cleanser yang dipakai. Memang, jika cleanser biasa yang mengandungi bahan-bahan pencuci sintetik (terutamanya SLS), ia perlu dibilas secepat mungkin kerana membiarkan lama di wajah akan lebih merosakkan kulit.

Tetapi NK Age Reverse Cleanser adalah amat berbeza dengan pencuci wajah yang biasa yang menggunakan bahan berbuih sintetik itu. NK Age Reverse menggunakan formulasi natural, water based, tidak merengsa kulit, pencuci yang amat berkesan, dan yang teristimewa adalah ia mengandungi bahan antipenuaan.

Namun, terdapat banyak persoalan mengenai cara penggunaan NK Age Reverse, mari kita baca satu persatu.

1. Mengapa perlu tunggu 3 minit?

NK Age Reverse Cleanser telah dibangunkan dengan amat teliti oleh team penyelidikan kami di UTM. Bukan sahaja ia memilih bahan-bahan terbaik dunia, teknologi terbaik untuk penyerapan, malahan kami mengkaji keberkesanan penyerapan bahan. Ia digelar sebagai Kajian Penyerapan (Absorption Test). Keputusan menunjukkan penyerapan bahan aktif dalam skin care NK bermula dari 3 minit sehingga 15 minit. Dalam tempoh ini, bahan aktif antipenuaan seperti asid hyaluronik, bee venom, tsubaki ekstrak, roselle ekstrak dan lain-lain akan meresap ke dalam kulit.

2. Jika tak tunggu 3 minit?

Tak mengapa kerana ia tetap berfungsi sebagai Cleanser yang efektif. Malahan NK Age Reverse Cleanser boleh mencuci dengan 5 kali lebih berkesan dari pencuci biasa. Kami mencadangkan tunggu beberapa minit agar bahan-bahan antipenuaan dapat menyerap secara optimum. Tetapi jika kita tiada masa atau dalam keadaan rushing, tak mengapa jika terus dicuci seperti pencuci wajah yang lain.

3. Kenapa memakai NK Age Reverse Cleanser ada step tunggu 3 minit p**a, tak macam produk lain?

Step tunggu beberapa minit ini bukan untuk menyusahkan, tetapi ia menjadi nilai tambah (added value) yang sangat special kepada para pengguna. Inilah keistimewaan NK, kami memahami kesan optimum sesuatu produk bukan sahaja terletak kepada bahan yang digunakan, malahan cara pakai, dan berapa masa yang diperlukan untuk mendapat kesan terbaik.

4. Jika tunggu lebih dari 15 minit?

Boleh jika Cik Puan ada banyak masa. Walaupun keputusan ujian menunjukkan 15 minit adalah masa penyerapan paling optimum, tetapi selepas itu masih ada penyerapan walaupun telah berkurangan. Kesimp**annya, ia bergantung dengan masa dan kesempatan. Jika tiada masa, terus bilas pun tak apa kerana ia tetap mencuci wajah dengan berkesan. Jika ada masa, boleh tunggu untuk mendapat penyerapan bahan antipenuaan.

5. Bolehkah tidak dibilas?

Ada dua cara penggunaan NK Age Reverse Cleanser. Yang pertama adalah menggunakan kapas muka. Dengan cara ini, boleh jika tidak dibilas kerana kotoran telah pun dibuang dengan menggunakan kapas tersebut. Cara kedua ialah dengan meletakkan di tapak tangan dan menyapukan terus ke wajah. Cara ini, perlu bilas kerana kotoran masih ada di wajah jadi wajah perlu dibasuh menggunakan air.

Kesimp**annya, step menunggu beberapa minit ini BUKAN untuk menjadikan Cleanser lebih berkesan sebagai pencuci wajah, TETAPI agar berlaku penyerapan bahan antipenuaan secara optimum ke dalam kulit.

NK Age Reverse Cleanser diformulasi bukan setakat mencuci, malah sebagai produk antipenuaan yang berkesan. Ia juga bertindak sebagai toner dan pelembab. Pemakaian yang konsisten dan mengikut cara yang betul akan memberikan hasil yang amat memuaskan. Wajah akan menjadi lebih anjal dan berseri, complexion menjadi semakin cerah, garis halus berkurang, memudarkan parut dan jeragat. Kulit akan menjadi segar dan sihat dari dalam dan memelihara kulit untuk tempoh yang panjang.

Produk ini bukan sahaja memfokuskan lapisan luar kulit semata-mata, tapi menggunakan teknologi nano-misel, bahan anti penuaan akan menyerap ke dalam kulit dan mampu membantu mempercepatkan metabolisma sel, seterusnya menghasilkan sel kulit baru yang lebih sihat bagi menggantikan sel kulit yang rosak. Semua fungsi ini ada dalam satu botol NK Age Reverse Cleanser ๐Ÿ˜Š๐Ÿค—.

Nota: Gambar saya sedang melakukan eksperimen Absorption test pada Jun 2019.

-Prof Madya Dr Siti Hamidah-

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kota Bharu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address


Pt 1120, Jalan Taman Tengku Ahmad Panglima (queenspark), Kampung Tanjung Chat, Kota Bharu
Kota Bharu
15300