HANAA care
Perfume Deodorant for Active Men and Active Women
15/01/2020
Soon!!!!
25/12/2019
Cara Alami Mencegah dan menghilangkan Bau Badan/Ketiak selepas BERSUKAN
Bau badan adalah masalah yang dialami oleh tiap orang di saat belum mandi bahkan selepas mandi pun belum cukup hingga menjadi sesuatu yang sangat merisaukan dan mengganggu kepercayaan diri. Memang benar penyebab bau badan adalah bakteria yang berkembang pada tubuh kita terutama di bahagian ketiak dan sisi tubuh lain yang mudah berpeluh. Apabila jumlah bakteria semakin bertambah mengakibatkan timbulnya bau yang kurang menyenangkan.
Penyebab bau badan boleh disebabkan oleh berbagai faktor diantaranya Makanan, Pergantian hormon, Kelainan genetik, Stress, Emosional, Ketidakseimbangan diet dan Penyakit. sebenarnya cara paling umum untuk menghilangkan bau badan iaitu membersihkan tubuh / mandi setiap hari. Tips untuk menghilangkan bau badan antaranya seperti di bawah ini :
1. Kurangkan pengambilan bawang
Tak hanya mengakibatkan bau badan, bawang juga membuat nafas kita berbau. Oleh karena itu mulailah untuk kurangkan makanan yang banyak memiliki kandungan bawang yang boleh mengakibatkan ketiak berbau.
2. Jeruk nipis
Jeruk nipis juga bermanfaat dalam menyingkirkan bau badan yakni dengan cara memerah jeruk nipis. Air hasil perahan dicampur sedikit kapur sirih kemudian digosokkan ke bahagian ketiak.
3. Baking soda
Sebagaimana kita ketahui baking soda umumnya dipakai sebagai bahan membuat kek, namun kali ini baking soda juga kita pakai mengurangkan bau ketiak yang berlebih sewaktu melakukan aktiviti luar. Hanya dengan menyapu baking soda pada ketiak dan kaki hingga dapat mengurankan peluh pada bahagian ketiak yang keluar.
4. Daun sirih
Daun sirih ini umumnya diketahui amat ampuh untuk menyingkirkan bau badan yang tidak enak. Ianya mudah diperoleh, cara membuatnya mudah iaitu dengan MERENDAM sebahagian daun sirih kedalam air panas kemudian airnya DIMINUM setiap hari sehingga bau badan HILANG/BERKURANGAN. Cara lain yang biasa dibuat iaitu dengan memotong daun sirih secara halus dan sesudah itu dicampur dengan kapur dan lumurkan di bahagian ketiak.
5. Cuka Epal
Cuka Epal adalah juga dapat mengurangkan ph kulit termasuk menyingkirkan bau ketiak yang mengganggu. Sebaiknya gunakan pati cuka epal setiap hari sebagai pengganti deodoran dengan memasukkan cuka epal ke dalam segelas air kemudian digunakan mencuci ketiak sewaktu mandi.
6. Mentimun
Tidak hanya baik untuk kesihatan tubuh, mentimun juga boleh digunakan untuk menghilangkan bau badan iaitu dengan menghiris sebiji mentimun muda lalu digosokkan ke bahagian badan yang berbau. lakukan setiap hari secara teratur setiap kali mandi.
(continued..)
15/12/2019
Siapa yang tidak mempunyai masalah ketiak berbau? Sekali dalam hidup pasti semua orang akan berdepan dengan masalah ini.
Diakui masalah ini pastinya akan membuatkan anda HILANG keyakinan diri, walaupun secara hakikatnya hampir kebanyakan individu pasti pernah berdepan dengan situasi seperti ini.
Keadaan ini adalah termasuk dalam masalah badan berbau yang secara istilah teknikalnya dirujuk sebagai BROMHIDROSIS dan ia bukanlah satu masalah yang mendatangkan kebimbangan berkaitan masalah kesihatan.
Kombinasi peluh dan bakteria pada permukaan kulit anda akan menyebabkan wujudnya bau.
Inilah yang dipanggil sebagai bau badan atau B.O untuk body odor. Itu jugalah keadaan yang berlaku kepada bahagian ketiak anda.
Bagaimana ia berlaku?
Umumnya, badan dipenuhi dengan kelenjar peluh dan ia mempunyai fungsi penting untuk menyejukkan suhu badan.
Terdapat dua kelenjar peluh di dalam badan iaitu ekrin (eccrine) dan apokrin (apocrine).
Kelenjar peluh ekrin terdapat di seluruh badan dan terbuka pada permukaan kulit.
Bagi kelenjar peluh apokrin p**a berada di kawasan yang mempunyai FOLIKEL rambut kulit kepala dan bahagian ketiak.
Berbeza dengan kelenjar ekrin yang terbuka, kelenjar ini lebih bersifat lemak dan cenderung untuk berbau.
(continued..)
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Salor
Kota Bharu
15100
