Rawat kulit muka 2

Rawat kulit muka 2

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Rawat kulit muka 2, Beauty, cosmetic & personal care, Kota Bharu.

13/04/2020

TIPS 5 CARA UNTUK PUTIHKAN KULIT SEAWAL 7-8 HARI, CUBA DULU BARU TAHU MACAM MANA KESANNYA

PETUA PUTIHKAN KULIT 1 : SKRUB TOMATO

Bersihkan muka. Ambil sebiji tomato dan belah 2. Gosok dan sapukan tomato tadi ke seluruh wajah secara lembut. Biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas wajah dengan air bersih. Amalkan setiap hari untuk mendapat hasil yang memuaskan.

PETUA PUTIHKAN KULIT 2 : AIR BASUHAN BERAS

Siapa tak kenal air basuhan beras? Ala... air basuh beras la bila nak masak nasi tu... ehek Ada orang cakap air basuhan beras ni ada banyak khasiat untuk kecantikan. Ia dikatakan mampu haluskan dan putihkan kulit. Selalunya lepas basuh beras, kita buang jer airnya kan? Ok, air tu anda boleh simpan untuk anda putihkan kulit. Caranya? Ambil air basuhan tadi dan amalkan berendam dalam air basuhan beras selama 15-20 minit setiap hari. Kulit akan beransur cerah.

PETUA PUTIHKAN KULIT 3 : LEMON & SUSU

Penuhkan tab mandi dengan air panas (kalau tak ada tab mandi, cari la tong yang boleh muat untuk anda berendam.. hehe) Campurkan satu cawan susu penuh krim dan perahkan sebiji lemon ke dalam tab. Kacau campuran tadi supaya sebati dengan air. Berendam selama 20 minit, dan bilas badan dengan air bersih.

PETUA PUTIHKAN KULIT 4 : YOGURT & MADU

Yogurt mengandungi enzim yang boleh putihkan kulit dengan lembut. Madu p**a mempunyai ciri-ciri pelembapan dan anti bakteria. Campuran kedua-dua bahan ini menghasilkan masker yang menyihatkan. Caranya, campurkan satu bahagian madu bersama satu bahagian yogurt. Kemudian sapukan campuran tersebut ke seluruh muka dan tubuh badan. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air suam.

PETUA PUTIHKAN KULIT 5 : MASKER BERAS PULUT

Ambil beras pulut dan goreng tanpa minyak sehingga kekuningan. Kemudian tumbuk atau kisar halus menjadi seperti serbuk bedak. Bancuh dengan air putih dan sapukan pada wajah dan tubuh badan. Biarkan sehingga kering dan bilas dengan air bersih.

SEKIAN SELAMAT MENCUBA YERR.

11/04/2020

BERBAGAI JENIS JERAWAT YANG S**A MUNCUL DI WAJAH!!!

Jerawat umumnya disebabkan karena pori-pori kulit yang tersumbat oleh minyak berlebih, kotoran, sel kulit mati, dan terinfeksi bakteri. Meski begitu, jerawat juga bisa muncul karena perubahan hormon dalam tubuh.

Melihat faktor penyebabnya yang bermacam-macam, tidak heran jika jerawat memiliki banyak rupa berbeda. Jenis jerawat itu sendiri dibagi dalam dua kelompok, yaitu jerawat noninflamasi (tidak menyebabkan pembengkakan) dan jerawat inflamasi (menyebabkan pembengkakan pada kulit yang berwarna merah). Setiap jenis jerawat pun harus diobati dengan caranya masing-masing agar efektif.

09/04/2020

Khasiat Limau Nipis

Limau nipis mengandungi vitamin C, ‘potassium’ dan ‘asid folat’. Ketiganya boleh membantu tubuh dalam mengurangi lemak. Selain itu, limau nipus juga mengandungi limonin yang dapat mencegah sel-sel pada hati untuk memproduksi zat apo B.

Zat ini adalah salah satu pensenyawaan dalam tubuh yang berkaitan dengan kadar kolesterol dalam tubuh. Terdapat juga beberapa persenyawaan lainnya yang dapat meningkatkan tugas usus dan juga kandungan serat dalam limau nipis membantu melancarkan sistem penghadaman tubuh.

Untuk mendapatkan khasiat limau nipis, anda boleh membuat jus limau nipis sederhana iaitu dengan mencampurkan air perahan limau nipis ke dalam segelas air putih dan tambahkan juga satu atau dua sudu teh madu.


Minum secara rutin setiap pagi sebelum makan. Sebaiknya guna air yang sejuk, kerana air suam atau panas boleh merosakkan vitamin C dan ‘bioflavonoid’ yang terkandung dalam perahan air limau nipis tersebut.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kota Bharu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Kota Bharu
15000