Kedai MekBungo

Kedai MekBungo

Share

Tips Kecantikan Untuk Para Gadis Gadis Diluar Sana

24/01/2022

Minum Air Mineral Secukupnya

Badan kita sangat memerlukan air yang bersih untuk menghindarkan diri dari mengalami dehidrasi dan menggantikan air yang telah keluar dari badan melalui proses perkumuhan. Makanan yang menutupi saluran pemakanan kita juga dapat dibersihkan dengan air.

24/01/2022

Skrub Tomato

Belahkan tomato kepada dua bahagian, kemudian sapukan tomato yang telah dibelah itu ke muka dan biarkan ia meresap selama 15 minit di muka anda. Kena praktikkan selalu, barulah ada perubahan yang memberansangkan.

24/01/2022

Yogurt Asli

Yogurt ini bukan sahaja sedap di makan dan dijadikan menu untuk kuruskan badan, tetapi boleh juga digunakan untuk cerahkan kulit. Caranya ambil yogurt asli dan lumurkan di wajah dan di leher dan dibiarkan kering sebelum dibilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu anda pasti akan terkejut dengan kesannya nanti.

24/01/2022

Amalkan Cara Ini Seminggu Sekali Untuk Mendapatkan Kulit Bersih Berseri.


✅Sapu Rata Pada Permukaan Kulit Wajah, Leher Dan Kedua-Dua Belah Tangan.
✅Gosok Rata Dengan Gerakan Membulat Dan Biarkan Ia Selama 10 Minit.
✅Bilas Dengan Air Suam.

24/01/2022

Kulit Yang Mulus

Anda Boleh Cuba Tips Kecantikan Tradisonal Dengan Mengguna Daun Pokok Pegaga. Caranya Ambil Sedikit Daun Pokok Pegaga, Setalah Dibasuh Bersih Tumbuk Untuk Mengeluarkan Jusnya. Sapukan Pada Wajah Dan Biarkan Sehingga Kering Kemudia Bilas Dengan Air. Akarnya Juga Boleh Direbus Dan Dijadikan Minuman.

24/01/2022

Mengurangkan Sembap Di Bawah Mata

Zaman Dulu Dulu Tiada Sebaran Krim Atau Mask Untuk Bahagian Bawah Mata, Jadi Orang Dulu Dulu Menjaga Kecantikan Mata Dengan Cara Menggunakan Timun Yang Dihiris Kemudian Letakkan Pada Bawah Mata.

24/01/2022

Mengecilkan Pori Pori

Air Mawar Bagus Untuk Tujuan Kecantikan Dan Dijadikan Sebagai Toner, Semburkan Air Mawar Diwajah Setiap Waktu Pagi Dan Malam.

Air Mawar Yang Kaya Dengan Vitamin A,C Dan E Mampu Membuat Kulit Wajah Jadi Mulus Dan Mampu Mengecilkan Pori Pori Di Wajah

24/01/2022

Menghilangkan Parut Dan Jerawat

Ambil Sedikit Madu Asli Dan Sapukan Pada Bahagian Yang Ada Parut Dan Jerawat. Madu Berfungsi Sebagai Antibakteria Yang Mampu Mengecutkan Jerawat. Ia Juga Mampu Menghilangkan Kesan Gelap Akibat Parut

24/01/2022

Kulit Wajah Berseri

Jangan Dibuang Air Basuhan Beras Kerana Ia Sangat Berkesan Untuk Menaikkan Seri Wajah. Sapu Air Beras Ke Wajah Dan Biarkan Ia Kering Kemudian Bilas Dengan Air. Buat Petua Ini 3Kali Seminggu.

24/01/2022

Menegangkan Kulit Wajah

Caranya Selepas Mencuci Muka Dengan Bersih, Sapukan Air Kelapa Di Seluruh Wajah. Biarkan Ia Kering Sebelum Dibilas.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kota Bharu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Jalan Hamzah
Kota Bharu
15050