Air Baungg

Air Baungg

Share

Perfume Lelaki/Wanita pilihan Malaysia

26/12/2023

[Menarik 💥] Bagaimana jika kita melihat emosi sebagai pandangan luar biasa dalam dunia otak kita? 😲

Menurut pakar, emosi seakan-akan tertanam dalam otak kita seperti "neuron yang menentukan emosi." 😮✨

Daripada rasa marah ketika berdepan dengan rakan sekerja yang menjengkelkan, hinggalah neuron kesedihan yang menghasilkan isyarat air mata ketika kita berhadapan dengan kehilangan kawan. 🤔💔

Ia seperti membongkar rahsia kod otak yang telah diprogram untuk merasai dan mengenali emosi secara automatik! 🧠🤖

Jadi, setiap kali anda merasai emosi, bayangkan otak anda seolah-olah menjadi pusat komputer super canggih yang mencipta reaksi fizikal dan emosi yang luar biasa! 🚀💻

Jadi, bagaimana otak anda merespon emosi hari ini? 🤯🤔

25/12/2023

Pernah tak anda cuba makan jeli berperisa strawberi sambil menutup hidung ?

Anda pasti akan terkejut melihat betapa sedikitnya rasa strawberi yang anda boleh rasai.

Tunas rasa pada lidah anda hanya mengesan kumpulan rasa utama, seperti masam atau pahit.

Dengan hidung anda tertutup, semua rasa yang anda dapat kesan daripada jeli berperisa straberi itu ialah rasa MANIS.

Selepas itu cuba lagi sekali makan jeli tadi dengan hidung tidak ditutup.

Anda akan merasai setiap aspek perisa strawberi berwarna merah, berair dan manis itu.

Dan sebenarnya itulah yang dilakukan oleh deria bau kita - deria yang membawa segala-galanya hidup dan menjadi tumpuan yang lebih tajam.

_______________________________________
Apabila anda berjaya membuka potensi kuasa deria, anda seolah-olah membuka kunci cara hidup yang lebih menghargai sesuatu dengan penuh perhatian.

Sama ada menikmati rasa kopi dipagi hari, atau melihat corak kompleks sarang labah-labah di siling rumah, atau mencari keharmonian dalam dentingan bunyi kutleri di kafe berhampiran.

Setiap kali kita berhenti untuk memberi tumpuan lebih fokus kepada deria badan kita sendiri, semakin hampir untuk menikmati keindahan dunia di sekeliling tanpa ada batasan yang menghalang.

25/12/2023

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-7 yang bersidang pada 11-12 April 1984 telah membincangkan Alkohol Menurut Pandangan Islam.

✅Setiap minuman arak mengandungi alkohol. Bukan semua alcohol itu mengandungi arak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum.

✅Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak sama ada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.

✅Minuman ringan yang dibuat bukan dijadikan arak atau bahan yang mabuk dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal.

✅Tapai halal dimakan.

✅Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan boleh dimakan.

✅Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan.

25/12/2023

Nak tahu hukum pakai perfume beralkohol dalam solat? Jom dengar kupasan ustaz yang lebih berautoriti.

12/09/2023

Peluh adalah cecair yang dihasilkan oleh kelenjar keringat di kulit kita.

Lihat gambar dibawah untuk lebih lanjut.👇👇👇

01/01/2023

Janganlah buat malu2 kucing macam tu sebab semua orang pun first time rasa tahun 2023 ni. Hehehe

Happy new year buat semua. Semoga tahun ini dapat jadi lebih baik dari tahun sebelumnya.

05/10/2022

ADA APA PADA ANGKA LIMA? BUKAN LIMA SEN YE...HEHEHE

Nak tahu apa yg sepecial sangat tu.. Nantikan kemunculannya .

Mulut Berbau & Malas Mandi Punca Angelina Jolie Tolak Babak Bercium Dengan Johnny Depp 05/10/2022

Kebersihan adalah kunci utama. Badan & mulut berbau adalah kesan kepada sikap tidak bersih. Bila ada vibe negatif dalam diri orang sekeliling akan cuba menjauhi kita.

Nak badan bau lebih wangi? Jom cuba perfume SPESIAL untuk anda..Tungguuuu.

Sumber BorakDaily.com

Mulut Berbau & Malas Mandi Punca Angelina Jolie Tolak Babak Bercium Dengan Johnny Depp Dalam filem Hollywood, adegan ciuman antara pelakon mungkin kelihatan sangat biasa dan ia bukanlah sesuatu babak yang melampau untuk dilakukan. Mereka haruslah bersikap profesional bagi menjayakan watak tersebut walaupun sudah mempunyai pasangan hidup atau sebagainya. Bagaimanapun, tular dakwaan men...

28/09/2022

TAWAS adalah sejenis garam berbentuk Kristal yang telah digunakan oleh orang kita sejak zaman dulu lagi.

Banyak dijual di gerai yang menjual barangan herba dan produk tradisional.

Malah kedai dan booth menjual jamu juga ada menjual tawas.

Orang muda generasi kini mungkin tidak mengenali tawas namun bagi yang dewasa kristal ini pastinya bukan sesuatu yang pelik.

Golongan yg masih menggunakan TAWAS dalam kehidupan seharian boleh dikatakan golongan yg rare pada masa kini.

28/09/2022

Air Baungg maksudnya adalah minyak wangi/perfume.

Dalam masharakat kelate lebih popular disebut dengan air baungg. Tapi ejaan sebenarnya 'air bau' cuma disebabkan BUNYI dengung hidung pada orang pantai timur kebanyakannya kita dengar 'air baungg'.

Sebab itu kami tegaskan bahawa walaupun namanya AIR tapi ianya TIDAK BOLEH DIMINUM sama sekali, hanya boleh digunakan untuk kegunaan luaran.

p/s: Ada dengar ke kat mana tempat didunia ni orang minum perfume?? Haih tak ke pelik tu

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kota Bharu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Kota Bharu
16151