JENAMA baru pakar dalam menyediakan makanan tambahan untuk kesihatan serta kecantikan KUNJUNGILAH mana-mana Kiosk TAKEFIVE.
TAKEFIVE adalah satu-satunya Syarikat dan Jenama baru yang ditubuhkan oleh usahawan muda Kelantan dan mula diperkenalkan sejak Oktober 2012. TAKEFIVE juga adalah Jenama yang akan dikembangkan ke seluruh Malaysia dengan menjalankan perniagaan 'Food & Beverage' berkonsepkan 'Kiosk & Take-Away'. Aktiviti utama di TAKEFIVE adalah menjalankan perniagaan pelbagai jenis minuman sejuk (Juice, Milk Shake,
Smoothies, Ice Blended, Bubble Tea) yang berasaskan Buah-buahan sebenar, Kopi, Teh, Krim dan sebagainya dengan harga yang berpatutan dan mampu dinikmati oleh semua. Terdapat hampir 200 jenis minuman yang disediakan oleh TAKEFIVE yang didatangi bersama 'Topping' tambahan seperti 'Blackpearl' atau lebih dikenali sebagai 'Bubble', Boba Magic Ball (Yougurt), Rainbow Mixed Jelly, Fruits Nata Jelly, Oreo, Chocolate Chips, Whip Cream dan banyak lagi yang boleh dipilih mengikut citarasa anda. ALHAMDULILLAH syukur kini TAKEFIVE telah mempunyai 2 cawangan di daerah KOTA BHARU. Cawangan-cawangan tersebut adalah yang pertamanya mula beroperasi pada Mei 2013 di PASARAYA CERIA Wakaf Che Yeh dan yang keduanya mula beroperasi pada September 2013 di Tingkat Bawah KB MALL berhampiran BAKERY Pacific Hypermarket. Di setiap kiosk TAKEFIVE anda bukan hanya dapat menikmati minuman-minuman sahaja. TAKEFIVE juga menyediakan makanan ringan seperti WAFFLE STICK (pelbagai inti di dalamnya seperti Sausage, Tuna Mayonis, Cheese, Coklat, Pisang, Kacang, Jem dan sebagainya) & SWEET CORN yang lazat dengan harga yang berpatutan. Kami yakin anda pasti tersenyum puas.