Alfalah Olive House
Kami AGEN RASMI Kota Bharu, Kelantan. Memasarkan pelbagai produk keluaran Olive House
25/09/2023
UNTUNGNYA AMALKAN OLIVIE PLUS 30X YANG TERBUKTI SECARA UJIAN KLINIKAL
Bukan itu sahaja, Olivie Plus 30x juga mendapat 5 pensijilan ORGANIK:
- Malaysia
- Korea
- China
- USDA
- EU
Olivie Plus 30x adalah minyak zaitun extra virgin dengan 30x ganda antioksidan Hydroxytyrosol berbanding minyak zaitun biasa.
Amalkan makan terus 2 sudu besar sehari dan juga jadikan masker untuk kelembapan kulit serta awet muda.
Sebab itu Olivie Plus ini dikategorikan sebagai “Pharma Grade”. Kerana kandungan khasiat yang tinggi berbanding jenis regular olive oil. Ia membekalkan nutrien lemak sihat serta vitamin A,D,E,K dan antioksidan yang sangat menyumbang kepada kesihatan.
Manakala Regular Extra Virgin Olive Oil p**a sering kita lihat dalam pasaran yang lebih sesuai digunakan untuk salad dressing dan ditambah dalam makanan.
Bijak memilih untuk amalkan jenis yang mana ikut keperluan dan penggunaannya.
Jom makan OLIVIE PLUS 30x. Makan 1 sudu sahaja dapat 30 kali ganda khasiat.
23/10/2022
Bacaan ilmiah
APA ITU UBAT CAIR DARAH?
Ubat cair darah merupakan salah satu jenis ubat yang digunakan untuk menghalang darah membeku dengan cepat.
Jom ikuti perkongsian bermanfaat berkaitan kesihatan, pemakanan, motivasi dan ubat-ubatan di page Dr Zubaidi Hj Ahmad.
Jadi risiko utama apabila diambil berlebihan dos boleh menyebabkan pendarahan pendalaman yang teruk. Oleh itu pemeriksaan berskala dilakukan bagi mengelakkan masalah ini.
Tujuan pemberian ubat ini adalah untuk menghalang pengubatan dalam saluran darah yang menjadi sebab utama serangan jantung dan stroke.
Kesemua ubat cair darah bertindak secara berbeza bergantung kepada jenis ubat.
Terdapat 2 jenis ubat cari darah iaitu :
1. Anti-coagulant
Ia menghalang fungsi protein dalam pembekuan darah.
Contoh:
• Heparin
• Warfarin
• Enoxaparin (Lovenox)
• Fondaparinox(Arixtra)
• Dabigatran(Pradaxa)
2. Ubat antiplatlet
Ia menghalang fungsi platlet dalam pembekuan darah.
Contoh :
• Aspirin
• Clopidogrel(Plavix)
• Ticlopidine(Ticlid)
Dengan pemberian ubat sintetik ini diharapkan tiada pembentukan darah beku yang biasa berlaku seperti:
1. Diabetis Mellitus
2. Selepas serangan sakit jantung dan stroke
3. Masalah Deep Vein Thrombosis pada anggota kaki (betis).
4. Selepas pembedahan menggantikan injap jantung
Kesan sampingan yang berbahaya seperti pendarahan dalam boleh berlaku tetapi dapat dielakkan jika melakukan pemeriksaan berkala terutamanya pengguna ubat Warfarin.
Namun darah yang cair ini dapat dikenalpasti apabila pesakit mengalami masalah mudah lebam.
Tanda-tanda yang lebih serius adalah:
1. Ada darah pada najis ginjal
2. Keluar darah haid yang banyak (bercampur darah beku berketul-ketul dan darah merah)
3. Ada darah bila batuk kuat
4. Muntah berdarah
5. Ada darah yang banyak dalam air kencing
Jika anda adalah seorang pesakit yang menggunakan ubat ini, perlulah berhati-hati.
Antara langkah yang perlu dilakukan adalah:
1. Selalu ingatkan doktor bahawa anda sedang mengambil ubat pencair darah.
2. Tidak melakukan aktiviti lasak yang berisiko mendatangkan kecederaan.
Rujukan:
www.heart.org/treatment-of-a-heart-attack
www.drzubaidi.com
Ikuti perkongsian pengalaman dan pengetahuan sepanjang lebih 25 tahun menjadi doktor Pengamal Perubatan Am di Telegram berkaitan kesihatan, pemakanan dan ubat-ubatan.
https://t.me/PerkongsianDrZubaidiHjAhmad
20/09/2021
: Sauda Oh Sauda
Alhamdulillah akhir-akhir ni dah ramai mula sedar akan kebaikan Minyak Habbatus Sauda.
Namun kesedaran haruslah disertai dengan amalan pengamalan yang istiqamah dan berterusan.
Sebelum ni kita dah dapat info berkaitan penyakit jantung. Dan sebenarnya kalau sebut je jantung, pengguna kita ni dah sinonim kaitannya dengan kesihatan jantung.
Jadi, adakah Minyak Habbatus Sauda juga sesuai diambil oleh mereka yang nak menjaga kesihatan jantung dan menghadapi masalah jantung?
Review pada tahun 2021 terhadap kajian-kajian melibatkan Habbatus Sauda menunjukkan sekurangnya 16 khasiat Habbatus Sauda yang menyeluruh terhadap kesihatan, ini termasuklah;
✅ Penjagaan jantung & tekanan darah
✅ Penjagaan hati & buah pinggang
✅ Penjagaan kesihatan perut
✅ Penjagaan Saraf
✅ Penjagaan Kulit & Tulang
Dan banyakkkk lagi kebaikan yang lain.
Jadi jom amalkan sekurangnya 5-7 titis setiap pagi (dewasa) dan 1-3 titis (kanak-kanak 1 tahun keatas)🤗
Sumber: https://www.mdpi.com/2072-6643/13/6/1784/htm
Dapatkan Minyak Habbatus Sauda secara online dan COD hari ini.
Malaysiaku Aafiyat
20/06/2021
Manfaat Hebat Yang Sama 💧
16/06/2021
✨ AafiyatOpenMic : Bijian Hitam Habbatus Sauda
Habbatus sauda atau Jintan Hitam merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang renek dengan ketinggian 20-30 cm. Struktur daunnya yang halus dan lurus dengan memiliki bunga berwarna putih dan biru pucat. Buahnya p**a bersaiz besar dalam bentuk kapsul yang mengandungi tiga hingga tujuh folikel berpadu. Setiap satunya mengandungi beberapa butiran hitam yang sering dijadikan sebagai rempah-ratus dan bahan perubatan sejak berabad lamanya.
Ramai yang masih tidak tahu, fakta perubatan menunjukkan habbatus sauda mengandungi unsur kimia semulajadi yang sangat hebat. Bermula dengan kulitnya yang mengandungi sulfat, fosfat, zat besi, salinum, dan karotina.
Isinya p**a kaya dengan minyak hormon, enzim, serta bahan-bahan protein dan karbohidrat. Pada bahagian yang memisahkan antara isi dan kulitnya p**a mengandungi sullfat, tembaga, antibiotik, dan tokoferol.
Biji habbatus sauda mengandungi lebih daripada 100 zat penting. Habbatus sauda terdiri daripada 38% karbohidrat, 21% protein, dan 35% lemak dan minyak. Lebih daripada 50% minyaknya p**a ialah asid lemak penting yang membantu dalam membentuk pertahanan dalam tubuh untuk menghalang jangkitan kuman dan virus, menyeimbangkan sistem imunisasi tubuh, membantu menstabilkan membrane sel dan seterusnya bertindak balas dengan alahan.
Antara ciri-ciri utama manfaat habbatus sauda terhadap kesihatan manusia ialah:
1. Meningkatkan sistem imunisasi tubuh
2. Kaya dengan asid lemak tidak tepu
3. Menggalakkan pengeluaran susu (kombinasi lemak dan hormone di dalam habbatus sauda)
4. Antikeradangan
5. Antibakteria (sangat sesuai membantu masalah berkaitan keracunan dan masalah perut yang lain)
6. Antitumor (berdasarkan kajian, bahan aktif di dalam habbatus sauda berupaya menghalang pembentukan sel tumor)
7. Antihistamina – habbatus sauda mengandungi nigellone dan thymochinon yang bertindak menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetuskan penghasilan histamina yang boleh menyebabkan kesan-kesan alahan.
Habbatus sauda merupakan rempah yang sangat pop**ar disebabkan kelebihan nilai kesihatan yang terdapat di dalamnya. Ianya dimakan atau ditabur di dalam masakan dan roti serta diproses untuk mendapatkan minyaknya yang sangat berkhasiat dan bermanfaat untuk kesihatan.
Walaupun saiz bijian habbatus sauda ini kecil sebesar biji sawi tetapi manfaatnya sangat besar. Justeru Allah tidak menjadikan sesuatu itu melainkan ada tujuan dan hikmahnya. Subhanallah.
Untuk maklumat lanjut bagi mendapatkan minyak habbatus sauda perahan sejuk yang berkualiti tinggi, hubungi :
https://wa.me/p/3671185139563777/60135999842
24/04/2021
✨ : Tips Elakkan Gastrik Ketika Ramadan
Suatu kajian telah dijalankan oleh Hospital University King Fahd Al-Khobar, Arab Saudi berkaitan pengambilan Habbatus Sauda.
Dapatan kajian menunjukkan Habbatus Sauda mampu bertindak sebagai perencat aktiviti 'helicobacter pylori' sejenis bakteria yang mengakibatkan gastrik, ulser perut dan kanser perut.
Kelebihan Habbatus Sauda dalam melawan serangan virus atau bakteria apabila ia mampu memusnahkan struktur membran sel pembunuh dan melumpuhkan aktiviti sel tersebut.
Sama-sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat
25/03/2021
Pernah tak korang tertanya-tanya macam mana nak consume Habbatus Sauda dengan cara yang betul?
Sometimes boleh jadi dengan pengambilan yang tepat baru dapat selesaikan masalah kesihatan yang kita hadapi.
Kalau sembang dengan pengamal-pengamal perubatan Melayu Nusantara pasti akan sebut tentang dos, waktu yang sesuai dan sebagainya. Semuanya memainkan peranan hatta diambil dengan air suam atau air sejuk dingin pun akan ada perbezaan fungsi.
Begitulah kekuasaan Allah yang menciptakan alam. Tidak ada suatu pun yang sia-sia.
Ini saya nak share perkongsian dari M***i Ismail Menk yang bagi tips dari ajaran Baginda Rasulullah.
1/4 sudu Habbatus Sauda pagi dan malam sebelum tidur.
Selepas seminit, ambil 1/2 gelas air suam.
Oh ye, Vit C juga ada beliau mention.
Selamat beramal.
Sama-sama kita amalkan gaya hidup Aafiyat.
credit; BroKhan 😊
16/03/2021
BingkisanPagi : Syaban, Persiapan Menuju Ramadhan
Salam 3 Syaaban buat semua. Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah SWT dan dikurniakan kesihatan yang baik.
Marilah kita bertekad dan berazam sempena satu syaaban ini untuk memelihara kesihatan sebaik mungkin sebagai persediaan menempuh Ramadhan. Semoga puasa nanti kita semakin sihat dan kuat.
Boost Your Immunity, Protect Your Community ✨
Sama-sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat
18/02/2021
Jom kita imbas sedikit sejarah bagaimana produk Olivie Plus 30X terjadi ?
Minyak Zaitun Olivie Plus 30x dihasilkan sejak tahun 1887 oleh syarikat pengeluar daripada Morocco. Berpengalaman selama 134 tahun dalam menghasilkan minyak zaitun extra virgin yang berkualiti tinggi menjadikan mereka merupakan salah sebuah syarikat pengeluar minyak zaitun terbaik di dunia dan mendapat banyak pengiktirafan di peringkat antarabangsa.
Antara pengiktirafan yang diterima adalah :
✅Anugerah Mario Solinas yang dianjurkan oleh International Olive Oil Council,
✅‘Great Taste Award of London’
✅ The International Olive Oil Competition of Los Angeles di Amerika Syarikat.
Dan adakah ia terbukti mempunyai 30 kali ganda khasiat semulajadi (polyphenol-hydroxytyrosol) dan bagaimanakah ianya berlaku ?
Kepekatan polifenol yang luar biasa ini adalah hasil daripada keadaan-keadaan khas di mana pohon-pohon zaitun ini ditanam.Persekitaran padang pasir yang berbatu dan kurangnya sistem pengairan akan memaksa pohon-pohon zaitun untuk menghasilkan lebih banyak agen antioksida untuk kekal hidup. Dengan ramuan aktif semulajadi, OLIVIE PLUS 30X kini adalah inovasi sebenar yang dapat membantu mengembalikan keseimbangan badan yang normal.
Adakah terdapat bukti saintifik mengenai kadar polifenol yang luar biasa ini ?
Berdasarkan ujian makmal, kandungan hydroxytyrosol dalam Olivie Plus 30X amatlah tinggi berbanding minyak zaitun biasa.
Analisis juga menunjukkan yang Olivie Plus 30X ini mempunyai kandungan yang kaya dengan polifenol semulajadi dan secara spesifiknya Hydroxytyrosol yang mempunyai perkadaran 30 kali ganda berbanding minyak zaitun extra virgin biasa.
Kandungan polifenol yang dihasilkan amat penting melindungi sel-sel dalam badan daripada kerosakan oksidatif bagi mengelakkan penyakit yang serius seperti risiko kanser, sakit jantung, parkinson dan sebagainya.
Hydroxytyrosol adalah molekul antioksida yang paling kecil dan unik yang mampu melepasi halangan peredaran darah di dalam otak ( blood brain barrier). Kandungan Hydroxytyrosol dalam pati minyak zaitun Olivie Plus 30x adalah antara 25 hingga 30 kali lebih tinggi dari minyak zaitun biasa. Ini dapat dilihat dengan perbandingan yang dibuat ke atas minyak zaitun extra virgin olive oil dari negara lain.
.
Terdapat dua komponen utama di dalam Olivie Plus 30X iaitu Hydroxytyrosol dan Oleocanthal. Dua kandungan ini membezakan Olivie Plus 30X dengan minyak zaitun yang lain. Hydroxytyrosol adalah “king” antioksidan yang paling hebat ditemui sehingga kini. Nilai ORAC ( Oxygen Radical Absorbance Capacity -Kebolehan menyerap sel rosak radikal bebas) dicatatkan setinggi 68,567 yang mana 15 kali ganda tinggi dari teh hijau.
Ingin dapatkan Olivie 30X Plus secara online, hanya klik link di bawah :
Follow this link to view our item on WhatsApp: https://wa.me/p/3671185139563777/60135999842
Sama-sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat
Yang SIHAT belum tentu AAFIYAT. Tapi yang AAFIYAT sudah pasti SIHAT.
INSYAALLAH.
04/02/2021
Eton & Friends are back! 😍
Anyone yang rindukan Eton dan kawan-kawan Eton cuba 👋🏻 sikit !
Sebelum tu nak kenalkan Eton dan kawan-kawan Eton.
Saya Eton (Si Buah Zaitun) yang berasal dari Morocco dan ini Hani (Si Madu Lebah) berasal dari Kyrgyzstan, Sauda (Si Biji Sauda) dan Atin (Si Buah Teen) mereka berdua berasal dari Turki.
Akhir sekali, Ema (Si Buah Delima) berasal dari Azerbaijan. Opps dan juga Kuma (Si Buah Tamar)
Sama-sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat.
Apabila hendak berterimakasih, jangan pernah menunda-nunda.
Terimakasih semua. 🌹
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Kota Bharu
