Sihat Anggun Ceria
Khas untuk lelaki dan wanita yang inginkan kesihatan dan kecantikkan
Harum raudhah
28/11/2016
🔹SIBUKNYA AKU🔹
Ada seorang guru yang berpesan kepada anak muridnya
"Jangan engkau tinggalkan membaca Al-Quran, semakin banyak engkau membacanya, engkau akan mendapati urusanmu akan bertambah mudah"
Lalu anak murid itu mengikut apa yang dinasihatkan oleh gurunya, pada permulaannya dia mampu membaca 3 juz Al-Quran sehari,
Lalu dari hari kehari, jumlah helaian yang mampu dibacanya bertambah, dan dia mendapati urusannya semakin dimudahkan oleh Allah,
Kemudian dia bertanya kepada gurunya "wahai guruku, aku mendapati jumlah helaian Al-Quran yang mampu aku baca semakin meningkat, sedangkan aku seorang yang sibuk dengan kerjaku"
Maka gurunya berkata "waktu seharianmu menjadi berkah, kerana banyaknya engkau membaca Al-Quran, engkau terasa seakan-akan mampu melakukan banyak urusanmu walaupun hanya waktu yang singkat.."
Subahanallah
Melalui kisah tadi sudah membuktikan bahawa, apabila kita membaca Al-Quran waktu kita menjadi lebih berkah.
Secara logiknya, bila kita membaca banyak helaian al-quran, ia akan mengambil masa yang lama bukan??
Mesti hanya sedikit waktu yang berbaki, sehingga kita hanya mampu melakukan hanya sedikit urusan lain, tetapi
Semakin banyak al-quran kita baca, kita akan mendapati semakin banyak p**a urusan yang mampu kita lakukan.
Bukan kerana waktu 24 jam itu bertambah, tetapi kerana berkahnya waktu, dan kerana urusan kita dipermudahkan oleh Allah Sang Penjaga masa kita.
Rasulullah Sallallahu alai'hi wassalam bersabda;
"Barangsiapa yang bangun di pagi hari, dan hanya dunia yang difikirkan olehnya, sehingga seolah-olah ia tidak melihat hak Allah keatas dirinya, maka Allah akan menanamkan 4 penyakit padanya;
1- Kebingungan yang tiada putusnya
2- Kesibukkan yang tidak ada hujungnya
3- Keperluan yang tidak pernah merasa cukup
4- Angan-angan yang tiada penghujungnya
(HR MUSLIM)
* *
18/05/2016
Bila kita makan atau minum sesuatu produk...harus diingatkan bahawa makan dan minumlah tanpa merasakan yang produk itu akan memberikan kita pemulihan atau penyembuhan tetapi hati hanya melihat segala penyembuhan itu hanya datangnya dari Allah swt.
#0199302414
15/05/2016
♡membina keyakinan diri dan kebahagiaan runahtangga
♡meningkatkan kesihatan dalaman dan kecantikan
♡mengatasi masalah senggugut dan keputihan
♡menghilangkan bau badan dan mulut
♡menguatkan otot dan menyempitkan f***j
♡membina dan mengecutkan rahim
♡menegangkan payudara
♡menguatkan sistem kemutan
♡ menambahkan kolagen dalam badan
♡mencantikkan kulit dan menaikkan seri wajah
♡melegakan panas badan
♡membantu merawat luka dalam perut dan pembedahan
♡oleh itu ia sangat baik dan seolah-olah ia dirumus khas untuk wanita lepas bersalin
Untuk tempahan call wassap 0199302414
15/05/2016
TAZKIRAH SEJENAK
Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat,
Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah.
Aku melihat hidup teman-temanku tak ada duka dan kepedihan,
Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha.
Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian,
Rupanya dia begitu menikmati badai hujan dlm kehidupannya.
Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna,
Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada.
Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung,
Ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung.
Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui..
Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah..
Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini.
Dan satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tak pernah mengurangkan ketetapan-Nya.
Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi.
Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain.
Mungkin aku tak tahu dimana rezekiku. Tapi rezekiku tahu dimana diriku berada.
Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku.
Allah menjamin rezekiku, sejak 4 bulan 10 hari aku dalam kandungan ibuku.
Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja.
Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusan-Nya..
Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya, adalah kekeliruan berganda..
Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati.
Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya.
Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah menaruh sekehendak-Nya.
Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail.
Ikhtiar itu perbuatan. Rezeki itu kejutan.
Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, "Dari mana dan digunakan untuk apa"
Kerana rezeki hanyalah "hak pakai", bukan "hak milik"...
Halalnya dihisab dan haramnya diazab.
Maka, aku tidak boleh merasa iri pada rezeki orang lain.
Wallahuaklam
SILA KONGSIKAN DAN SEBARKAN.
14/05/2016
14/05/2016
Berminat call 0199302414
05/04/2016
Tazkirah pagi..
Assalamu'alaikum wbt..
MAKNA ANAK SOLEH
Anak soleh bkn shj. Anak yg bersopan santun dan taat kpd ibubapa sebagaimana yg disangka oleh kebanyakkan kita, ttp yg lebih utama drp itu ialah anak yg menjaga agamanya. Anak yg soleh ialah anak yg taat kpd Allah SWT , yg tahu kewajipannya sbg hamba Allah dan tahu tggngjawabnya kpd agamanya.
Apabila seorg anak dididik dgn taat kpd Allah dan patuh kpd suruhan agama , insya -Allah anak itu secara automatik akn taat kpd ibu bapanya dan akan menjaga akhlaknya di mana- mana shj dia berada.
28/03/2016
Bismillah. Hakikat dunia.
Kata seorang sahabat,
"3 Tip untuk sentiasa tenang adalah perbaiki solat, baca Al Quran dan beristighfar.
Saat diuji lihatlah bagaimana Dia didik kita supaya dekat dengan Dia.
Allah tahu apa yang Dia bagi."
Selagi hidup di dunia manusia akan sering diuji.
Ujian itu adalah untuk filter siapa yang terbaiki.
Sama macam exam. Dengan exam dapat lihat siapa student yang perform cemerlang.
Maka layaklah dia dapat award best student.
Semua orang akan diuji cuma dengan ujian berbeza.
Ada orang diuji dengan penyakit, ada orang diuji dengan isu kewangan, ada orang diuji dengan isu hubungan.
Macam-macam ada. Kata Ammar,
"Dunia tempat berpenat, akhirat tempat berehat."
Usia manusia hanya cecah sekitar 63 tahun. Yang lebih bonus.
Sedangkan usia akhirat nanti 1 hari di sana bersamaan 1000 tahun di dunia.
Maka sedarilah hidup ini sangat singkat.
63 tahun daripada 1000 tahun baru kurang daripada 10%.
Kadang2 rasa tah pape tah diri nak sedih sangat.
Sedangkan hari Akhirat nanti 1 hari je baru 1000 tahun.
Kata orang Nogoie, mengabihkan boreh jo ko nangis tu.
Yet kita manusia. Hakikatnya lemah tanpa Allah.
Ada orang diuji dengan bertimpa-timpa. Ada orang diuji dengan isu kewangan.
Kadangkala manusia tak perasan, apabila mereka berdukacita dan sempit, barulah mereka ingat pada Dia.
Apabila ada segalanya, terasa diri sudah cukup. Jarang bersyukur.
Tetapi apabila mereka terasa sempit, pernah rasa kebulur sebab tiada duit nak makan, mereka rasa sangat nikmat walau dapat makan sesuap nasi kosong.
"Alhamdulillah terima kasih ya Allah, dapat makan nasi. Nikmatnya."
Daripada situ, walau mereka diuji, hati merasa senang.
Dan Allah tambah nikmat.
Berbanding orang yang ada segalanya. Kadangkala lupa nak bersyukur. Malah complain lagi.
Maka jadilah hidup semakin sempit.
"Dan (ingatlah) ketika Tuhan mu memaklumkan, 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepada mu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat."
Surah Ibrahim 14: 7
Kalau dibuat dialog kepada orang yang tak bersyukur, kita boleh anggap macam ni,
"Eh kau ni, aku bagi sket, complain, aku bagi banyak kau complain.
Tak yah bagilah senang. Complain je memanjang. Tak bersyukur langsung!"
Akhirnya kehidupan semakin sempit. Yang sempit sebenarnya bukan kehidupan, tetapi jiwa, minda tu yang sempit.
Dunia di dalam akan membentuk dunia di luar.
Sebab itu Allah s**a hamba yang bersyukur. Mereka hargai tiap yang Allah beri walau sedikit.
Maka kepada yang diuji, cubalah tukar. Banyakkan bersyukur, pasti Allah tambah nikmat.
Dan lihatlah perubahan hidup dalam masa 30 hari apabila lebih banyak bersyukur daripada complain.
What you focus on, expand.
28/03/2016
Sabun buah buahan bagus hilangkan daki lama dan putihkan di bahagian tersembunyi
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Kota Bharu
