OLIVE HOUSE Kota Bharu II
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from OLIVE HOUSE Kota Bharu II, Health/Beauty, Lot 315-B Kampung Tikat, Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu.
02/05/2024
08/03/2022
Wanita...Wanita...Wanita
16/02/2022
Ruangkan sikit masa utk Majlis ilmu. Semoga ianya mbawa kpd "Change Now " utk kebaikan diri Dan semua.
15/02/2022
Promosi Khas Utk Anda..Jom Berubah Utk Kesihatan Diri Dan Keluarga...
Jom Oder skrg .
www.wassap.my/60199816790
01/02/2022
Wahhhh.Prmosi Kembali Lagi..
www.wassap.my/600199816790
28/12/2021
✨ *TipsAafiyat* : Diabetes: Bagaimana madu asli membantu?
Kebiasaannya penghidap diabetes tidak digalakkan mengambil makanan manis. Namun begitu, madu sebenarnya lebih baik untuk penghidap diabetes! Madu merupakan makanan yang mempunyai pelbagai kebaikan dan keunikan, impaknya terhadap diabetes p**a amat menarik.
🍯Kandungan gula akan meningkat sedikit di dalam darah sejam selepas dimakan dan *menurun semula setelah tiga jam*. Walaubagaimanapun, kenaikan insulin setelah memakan madu asli *tidak setinggi pemanis tiruan*.
🍯Kajian menunjukkan madu juga membantu untuk *merendahkan LDL, atau kolesterol jahat*, dan *menaikkan HDL, kolesterol baik*, di dalam badan. Setelah 15 hari dimakan dengan konsisten, madu *menurunkan kadar kolesterol sebanyak 7%!*
Dapatkan madu asli pergunungan Kyrgyzstan secara PERCUMA dengan setiap pembelian Set Manis daripada Olive House!😍
_Rujukan: Al-Waili, N. S. (2004). Natural honey lowers plasma glucose, C-reactive protein, homocysteine, and blood lipids in healthy, diabetic, and hyperlipidemic subjects: Comparison with dextrose and Sucrose. Journal of Medicinal Food, 7(1), 100–107. https://doi.org/10.1089/109662004322984789_
27/12/2021
✨ *AafiyatSharing:* Kerap Makan di luar Meningkatkan Risiko Penyakit Kencing Manis
Kita sekarang hidup di zaman _trend_ sosial media yang kongsikan pelbagai jenis makanan yang dijual untuk menarik perhatian ramai untuk membeli.
Dr Neale Cohen, dari Institut Jantung dan Diabetes Baker mengatakan masih ramai orang tidak menyedari makanan di gerai-gerai makanan selalunya tinggi lemak, garam dan gula. Beliau berkata doktor di institut itu melihat lelaki seawal usia 40 tahun sudah mengidap diabetes jenis 2. Apabila dikaji, kebanyakan pesakit kebiasaannya membeli makanan di luar tiga atau empat kali seminggu. Ini sangat membimbangkan!
_Rujukan: https://www.medindia.net/news/diabetes-risk-increases-with-dining-out-77054-1.htm_
Teringat dekat sorang kawan yang merupakan seorang doktor perubatan. Mail Botak ni walaupun doktor, gaji besar tapi tetap setiap hari bawa bekal yang dimasakkan isterinya. Ikutkan takde masalah pun nak makan di luar setiap hari. Kalau ditanya katanya lebih selamat dan masakan isterinya jauh lebih sedap. Jarang sangat kami dapat ajak dia untuk makan di luar.
Bila terbaca tentang kajian ni aku pun mesej la Mail Botak untuk dapatkan lebih info. Jawapan yang diterima ternyata tepat seperti sangkaan. Memang Mail Botak pun dah lama tahu tentang perkara ini. Sebab tu lah dia jarang makan di luar apatah lagi memesan makanan segera.
Pesanan dari perbualan ringkas kami di whatsapp tu betul-betul satu tamparan buat orang yang macam aku ni. Alasan paling mudah, “masa muda ni la nak nikmati semua yang ada di depan mata”.
Teringat p**a pesanan Ustaz Zul dalam tazkirah di masjid; “Sengaja menjerumuskan diri dalam bahaya itu satu kezaliman dan hukumnya berdosa.”
Aduh. Rasa macam kena tampar berkali-kali p**a. Patutlah orang kata sihat itu jihad. Memang satu jihad yang tidak mudah untuk kita yang hidup dalam zaman “Makanan Viral”.
23/12/2021
✨5 Tips Aafiyat Untuk Diabetes / Kencing Manis Jenis 2
Sedih rasanya apabila masalah penyakit diabetes semakin meruncing di Malaysia. Salah satu sebabnya budaya makan masyarakat kita yang terkenal dengan pedas dan manis. Setiap pagi selalunya pasti ramai akan pekena roti canai bersama teh tarik. Itu belum bercerita soal nasi lemak dan kuih muih.
Kebanyakan simptom kencing manis akan bertindak secara senyap dalam diam tanpa kita sedar.
Jom baca 5 tips bagaimana untuk elak diabetes yang kita boleh sama-sama praktikkan untuk menjaga kesihatan.
✅ Amalkan pemakanan Aafiyat seperti: Lemak sihat (minyak zaitun, habbatus sauda dll), banyakkan sayuran buahan serta kurangkan pengambilan makanan proses dan lemak trans seperti burger, kentang goreng, makanan pastri serta marjerin.
✅ Mengekalkan berat badan yang unggul.
✅ Pantau bacaan gula dalam darah sekurangnya 3 bulan sekali.
✅ Aktifkan diri serta bersenam sekurangnya-kurangnya 30 minit 3 kali seminggu.
✅ Rehat mencukupi dan tidur yang berkualiti.
Marilah kita sama-sama amalkan pemakanan yang seimbang dan tinggi nutrisi supaya diabetes dapat dihalang demi untuk kesihatan yang berpanjangan di masa depan!🤗
Sumber: https://medlineplus.gov/howtopreventdiabetes.html
22/12/2021
💫 Kebanyakan kita beranggapan bahawa pesakit kencing manis perlu mengurangkan makanan manis yang dihasilkan daripada gula ringkas.
💫 Secara asasnya, makanan yang manis dapat meningkatkan paras gula dalam darah dengan cepat berbanding makanan yang berkanji.
Tapi boleh makan manis walaupun ada kencing manis ⁉️
Jom Click Link :
https://aafiyatlifestyle.com/diet-untuk-kencing-manis/
LIMA PERKARA YANG PERLU DIKETAHUI DAN DILAKUKAN OLEH PESAKIT DIABETES
Diabetes adalah penyakit kronik, iaitu ia bersifat progresif. Ini bermakna pesakit boleh menjadi lebih teruk dan menjadi lebih baik.
Terdapat beberapa jenis komplikasi yang boleh menyebabkan pesakit diabetes menjadi teruk, antaranya serangan penyakit jantung, serangan stroke, masalah kerosakan mata, masalah luka yang lambat baik sehingga menyebabkan kaki membusuk dan terpaksa dipotong, masalah fungsi ginjal dan kerosakan saraf.
Oleh itu bagi mengelakkan komplikasi dan mendapat bacaan gula yang baik, perlu perhatikan lima perkara.
1. Memiliki pengetahuan asas tentang penyakit diabetes. Antara perkara yang perlu diperhatikan adalah tanda-tanda tahap gula terlalu berlebihan dan tahap gula yang rendah dalam tubuh. Cara melakukan pemeriksaan glucometer di rumah. Cara pemakanan yang betul bagi pesakit diabetes. Dan tahu apa yang dikatakan gaya hidup yang sihat.
2. Mengamalkan cara pemakanan yang betul. Perkara ini telah banyak saya kongsikan dan facebook dan blog. Antaranya ialah cara pemakanan rendah karbohidrate ringkas, banyakkan sayuran dan buah-buahan, ambil minyak sihat dan protein yang baik. Ketahui makanan yang mempunyai nilai karbohidrat yang tinggi dan indeks glisemik yang tinggi.
3. Beriadah. Antara riadah yang saya sarankan ialah riadah berjalan kaki dan menaiki tangga (atau mendaki bukit). Beriadah akan dapat meningkatkan sensitiviti insulin. Ini bermakna insulin yang ada dalam tubuh dapat digunakan dengan lebih baik. Ia juga dapat meningkatkan sistem daya tahan tubuh.
4. Faham tentang ubat sintetik yang diberikan oleh doktor. Fahamkan nama, bagaimana ia berfungsi, dos dan kesan sampingannya.
5. Jangan lupa rawatan berkala untuk pemeriksaan doktor. Saya mencadangkan bagi pesakit diabetes yang baru didiagnosakan, mereka hendaklah melakukan pemeriksaan kerap sebulan sekali. Bagi pesakit diabetes yang telah mencapai tahap gula yang stabil, boleh membuat pemeriksaan antara 3-4 bulan sekali.
Semoga bermanfaat.
08/12/2021
Wahhhhh..Sehari je tau.. Cepat tekan link di bwh..
www.wassap.my/60199816790
21/09/2021
✨ *AafiyatSharing:* Mudahnya Nak Amalkan BSO!
Ya memang khasiatnya banyak (sila rujuk poster ya), bahkan ada kisah gembira dari survivor c0.vid19. Tapi macamana cara makan yang betul?
_"J*p j*p, BSO tu apa?"_
Haa jangan konfius p**ak,
BSO ni _stand for_ *Black Seed Oil atau nama "glamour"nya Minyak Habbatus Sauda*.
Dan walaupun BSO terkenal dengan bahan aktifnya, *Thymoquinone* (TQ), terdapat pelbagai lagi bahan aktif yang bagus di dalam BSO ni antaranya Nigellidine & Alpa-Hederin.
Kajian juga membincangkan *limitasi dan had dalam penggunaan BSO* kerana ianya dalam kategori *herba* serta *risiko pengambilan TQ yang terlalu tinggi, bermaksud berlebihan pun tak bagus ya.*
Sebaiknya *pengambilan dalam kuantiti rendah dan berterusan* serta tidak melebihi 2 sudu besar sehari (20ml) adalah yang terbaik kecuali kes-kes terpencil seperti positif c0.vid19.
*Sebelum anda menyesal macam netizen yang lain, jom tengok cara makan betul!*
Bagi pengguna dewasa yang pertama kali ingin mencuba, mulakan dulu dengan dos rendah, sekitar *5-7 titis setiap pagi, dan bagi yang dah biasa amalkan 7-11 titis.*
Wajib pastikan pengambilan *air kosong disukat 8-10 gelas sehari* ya.
Manakala bagi *ibu mengandung dan kanak-kanak 1 tahun keatas* p**a sekitar 1-3 titis 1 kali sehari.
Untuk *dewasa yang positif C0.VID*, maka wujud keperluan mendesak dan *perlu ambil lebih sedikit dengan lebih kerap:*
Sekitar *7 titis - 50 titis (setengah sudu teh) sehingga 2-5 kali sehari* bergantung kepada keadaan pesakit.
**1 titis = 0.05ml BSO
**50 titis = 2.5ml BSO (setengah sudu teh)
Semoga Allah memberikan kebaikan berpanjangan kepada kita dan ahli keluarga insyaAllah🤗
_Rujukan: Hannan, M. A., Rahman, M. A., Sohag, A. A., Uddin, M. J., Dash, R., Sikder, M. H., . . . Kim, B. (2021). Black Cumin (Nigella sativa L.): A Comprehensive Review on Phytochemistry, Health Benefits, Molecular Pharmacology, and Safety. Nutrients, 13(6), 37. doi:10.3390/nu13061784_
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Lot 315-B Kampung Tikat, Jalan Pantai Cahaya Bulan
Kota Bharu
15350
