ArzeanTi Beauty Page
I'm selling Mary Kay Skin Care products & MK color cosmetics. I will love doing beauty class with YOU. Let's pamper our skin because you deserve it :)
03/09/2022
RESEPI MEE KUAH UDANG
BAHAN-BAHAN
- kulit/kepala udang goreng /blend/tapis/simpan air udang tue
- bawang 2 biji
- bawang putih 4 ulas
- cabai blend 3-4 sudu
- tomato soup 6 sudu
- mushroom seasoning
- sayuq sawi
- udang kertas laut
- mee sepeket
- fish cake (tak boh pon takpa)
- telur ayam rebus sehingga masak
- daun bawang
- cabai hidup
CARA-CARA
- tumis bawang besar/putih/cabai blend
- dah pecah minyak masukkan air
- blend kepala udang goreng tadi, tambah air ikut s**a nak cair ke pekat
- masukkan tomato soup tadi
- masukkan udang
- masukkan sayur sawi
- garam, penambah periksa sikit
- masukkan mee..
- ok settle boleh makan dah.
Kredit: Muhamad Ismail Mohd Ali
03/09/2022
Ok yg mana nk resepi mee rebus daging..silakn,kak mariam kongsi resepinya..
Bahan-bahan untuk kuah:
Minyak masak
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Daging lembu
Air
Udang kering 1 senduk
Kiub pati ayam
Cili kering - dikisar
Ubi keledek oren
Ubi kentang
Garam
Gula melaka1 ketul
Cara memasaknya:
Rebus ubi kentang dan ubi keledek oren sehingga empuk..Buang kulit dan kisar..Ni untuk pekatkan kuah..Saya rebus sampai lembik dan just lenyekkan saja..hehe..
Tumis bawang merah dan bawang putih,halia dlm periuk hingga kekuningan..Masukkan cili kering yg telah dikisar sudah kering cili masukkn daging brsama air..masukkn udang kering ke dalam periuk,
Masukkan juga ubi yang dikisar tadi, kiub pati ayam, garam dan juga gula melaka.Semua ikut s**atan dan selera sendiri saja..Rebus hingga daging empuk.
Kredit : Siti Mariam
03/09/2022
RESEPI BIHUN BAKSO
1. KUAH
• bawang besar sebiji *
• bawang putih 6 ulas *
• buah keras 3 biji (sebelum blend tumbuk dulu)*
• halia 2 inch *
• lada hitam 1sk *
• air 2 liter
• gula
• garam
• meatball (saya beli yg dah siap)
Cara-cara
• kisar bahan bertanda * sehingga halus
• panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga meletup2 😅
• masukkan air
• masukkan gula dan garam
• masukkan meatball
• masak sehingga mendidih
2. SAMBAL KICAP
• cili padi 10 tangkai
• bawang putih 5 ulas
• kicap
Cara-cara
• kisar semua bahan dan masak sehingga pekat
Dah siap semua boleh lah hidang dengan bahan-bahan sampingan seperti kobis , daun sup , bawang goreng , sos dll.
Selamat mencuba !
Kredit Nur Haziqah nuhazkitchen
03/09/2022
Chop suey yang mudah tetapi sangat lazat. Ia adalah hidangan yang sangat mudah dibuat, murah dan lazat.
Bahan
1 brokoli
1 lobak merah
7 baby corn segar / boleh guna tin
1 bok choy
100 dada ayam
1 daun bawang, gunakan bahagian putih
1 ulas bawang putih
1/2 sudu kecil serbuk stok
100 ml air
larutan tepung jagung (1 sudu besar tepung jagung + 5 sudu besar air)
1 sudu besar minyak bijan
bahan sos
1 sudu kecil serpihan cili merah
1/2 sudu kecil lada hitam
1/4 sudu kecil garam
2 sudu besar kicap
1 sudu besar sos tiram
150 ml air
Cara memasaknya
- pisahkan kuntum brokoli dari batang kemudian potong kepada saiz yang lebih kecil
- lobak merah dan baby corn, dihiris nipis menyerong
- bok choy dipotong beberapa bahagian kemudian dihiris nipis dada ayam
- daun bawang dihiris kecil, bawang putih dicincang kasar
- sediakan mangkuk, campurkan serbuk stok dan air
- untuk sos, campurkan semua bahan sos kemudian gaul rata
- panaskan sudu besar minyak masak kemudian tumis dada ayam hingga separuh masak
- masukkan bahagian putih daun bawang dan bawang putih yang dicincang, tumis hingga naik bau
- masukkan semua sayur kecuali bok choy kemudian masukkan air yang dibancuh dengan serbuk stok
- masak sehingga air kering
- masukkan bok choy kemudian tumis hingga layu sedikit
- tuangkan sos kemudian biarkan sos mendidih dengan api sederhana
- setelah mendidih, masukkan larutan tepung jagung kemudian pekatkan sos,
- masukkan minyak bijan kemudian gaul rata.
Butiran cara memasaknya, sila tonton video di Youtube hanya 5 minit sahaja.
Ini pautan https://youtu.be/gaVb2JIQMxM
03/09/2022
SAMBAL TEMPE IKAN BILIS
Minyak masak
Tempe (dipotong nipis)
Ikan bilis (digoreng garing)
3 ulas bawang putih (cincang halus)
Cili kering (dikisar dapatkan 4 sudu besar)
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
Garam secukupnya
3 sudu besar gula
1 sudu besar gula merah
Cara:-
1. Panaskan minyak masak goreng tempe, ketepikan.
2. Goreng ikan bilis, ketepikan.
3. Kurangkan minyak masak tadi, tumis bawang putih sampai kuning. Masukkan cili kering, tumis sampai garing.
4. Masukkan bawang besar, garam, gula, gula merah. Masak sehingga bawang besar layu dan tumisan nampak warna gelap.
5. Tutup api, biarkan sambal ini betul2 sejuk.
6. Akhir sekali, gaulkan tempe dan ikan bilis dengan sambal sehingga rata, siap.
Kredit resepi & foto : Asiah Jafar
03/09/2022
Mee kuah kelantan style..💞
Bahan²:
🌶tulang/daging
🌶mee kuning (cuci & toskan)
🌶bawang merah*
🌶bawang putih*
🌶bawang besar (hiris)
🌶halia*
🌶lada hitam*
🌶sawi, carrot, kobis
🌶telur
🌶tomato
Cara²:
🌰rebus tulang/daging sampai empuk.
🌰panaskan minyak, tumis bahan tumbuk* (tumis darat)
🌰bila dah garing masukkan kedalam rebusan tulang/daging tadi bersama bawang besar.
🌰masukkan garam, sedikit ajino, maggie cukup rasa.
🌰biar seketika. pecah kan telur. masukkan sayur².
🌰akhir sekali masukkan mee yg telah dicuci tadi.
🌰siap.
kredit: nur adyani
03/09/2022
Begedil daging
Bahan2
8 biji kentang
2 keping bege daging Ramly ( daging cincang Uwan dah abis...guna apa yg ada ✌🏻)
4sb bawang goreng
3 tangkai daun bawang diracik
1sb serbuk lada sulah
1sb maggie cukup rasa ( s**a masin tambah lah lagi )
Minyak unk mengoreng
Telur dua biji
Cara2nya:
Panaskan minyak
Goreng kentang
Daging bege goreng tanpa minyak..sekejap je..tebalik2 kan..tutup api..
Masukkn kentang yg dah digoreng & daging bege dlm bekas..
Lenyekkn sampai hancur
Masukkn serbuk lada sulah, bwg goreng, daun bawang dan maggi cukup rasa..
Gaulkan sampai sebati
Dah sebati..bulat2 kan kemudian leperkn sikit
Pecah kan telur..
Masukkn begedil dlm telur ...dan goreng..
Goreng hingga agak keperangan dan angkat...
Sambal kicap
Cili padi + bwg putih + garam sikit , gula & kicap...blend..
Siap
Resepi : Uwan Nolly Epin
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Tuaran
Kota Kinabalu
