IQ REVO Success
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from IQ REVO Success, Beauty, cosmetic & personal care, Kota Kinabalu.
IQ REVOLUTION SDN BHD adalah syarikat berasakan makanan tambahan ,produk kecantikan , bertindak sebagai syarikat yang menuju ke arah " Kebebasan Kewangan Seumur Hidup" dan kami merupakan wakil syarikat untuk untuk membantu mencapai IMPIAN anda
26/01/2022
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.
Salam Pagi Rabu
26 Januari 2022
23 Jamadil Akhir 1443H
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
Limpahkanlah rahmat, keampunan dan kurniaan-Mu ke atas kami, cukupkanlah keperluan kami dan hindarkanlah kami daripada segala yang Engkau benci dan kami takuti. Kurniakanlah kami nikmat-Mu dan berilah kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan kami, keluarga kami dan agama kami.
Ya Allah,
Berilah kami kelebihan di sebalik kekurangan, berilah kami kekuatan di sebalik kelemahan, berilah kami sukacita di sebalik duka nestapa dan berilah kami harapan di sebalik keraguan. Kami memohon taufik dan kesejahteraan dari-Mu. Anugerahkanlah kami kekuatan ilmu, iman dan amalan kami. Jadikan kami orang yang soleh dan solehah. Engkau tunjukkanlah kami ke arah kebaikan, pertingkatkan iman kami agar amalan hidup kami sihat dari segi rohani dan jasmani serta menjadi contoh ikutan generasi akan datang.
Ya Allah,
Jadikanlah hari ini dan hari-hari selanjutnya jauh lebih baik bagi kami berbanding hari-hari yang telah kami lalui. Berilah kami keselamatan, kesihatan, keamanan, kedamaian, ketentraman dan kesejahteraan bagi kami dan keluarga kami. Limpahkan dan lipat-gandakanlah rezeki kami dengan rezeki yang halal. Mudahkanlah semua urusan kami, jauhkanlah dari kami kesulitan apapun Ya Allah. Kabulkan dan perkenankanlah doa kami.
Ya Allah Ya Ghaffar,
Kurniakanlah kepada kami serta kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di Syurga Firdaus-Mu Ya Allah. Ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa-dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin dan muslimat di mana saja mereka berada.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.
Segala puji-pujian hanya untuk-Mu Ya Allah.
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
آمِّيْن, آمِّيْنَ,آمِّيْن
يا رَبَّ الْعَالَمِيْن
23/01/2022
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam Pagi Isnin
24 Januari 2022
21 Jamadil Akhir 1443H
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Terangilah cahaya pada hati kami dengan cahaya hidayah-Mu. Bukakanlah pintu kemenangan kepada kami dengan kemenangan yang nyata, kejayaan di dunia dan akhirat. Terimalah amalan dan taubat kami dan sayangilah kami. Selamatkanlah diri kami, keluarga kami, saudara-mara kami, rumahtangga kami, kampung kami dan negara kami dari sebarang ancaman wabak dan juga penyakit yang berbahaya .Engkaulah sahaja Ya Allah tempat sebaik-baik perlindungan.
Ya Allah Ya Rabb,
Terimalah amal ibadah kami dan berkatilah hidup kami ini Ya Allah. Mudah-mudahan segala amal soleh menjadi amalan kami sepanjang masa. Terimalah solat kami, berdiri tegak kami, ruku’ kami, sujud kami, tunduk merendah diri kami, pengabdian kami dan berilah kesempurnaan tempat kembali untuk kami di akhirat nanti.
Ya Allah,
Bersihkanlah hati kami dari kemunafikan, amal kami dari riak, lisan kami dari dusta, dan bersihkan mata kami dari khianat, sesungguhnya Engkau mengetahui pengkhianatan mata dan apa yang tersembunyi di dalam dada kami.
Ya Allah Ya Ghaffar,
Kami memohon, kurniakanlah kepada kami serta kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di Syurga Firdaus-Mu. Ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin dan muslimat di mana saja mereka berada.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.
Segala puji-pujian hanya untuk-Mu Ya Allah
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا
وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين
19/01/2022
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam Pagi Rabu
19 Januari 2022
16 Jamadil Akhir 1443H
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Kurniakan kepada kami hati yang tenang, fikiran yang jernih dan kuatkanlah hati kami dengan kesabaran. Anugerahkanlah kami taufiq dah hidayah-Mu dan berilah kami kekuatan dan keupayaan untuk memelihara syariat agama-Mu, memelihara hak keistimewaan sesama umat, menegakkan keadilan dalam undang-undang dan berpegang kepada keindahan Islam. Jadikan kami orang yang soleh dan solehah. Jadikanlah kami da'ie kepada perubahan dan kemantapan Agama-Mu, agar kami meningkat maju dan ke hadapan demi mencapai kemenangan di dunia hingga akhirat nanti
Ya Allah,
Bantulah kami, bimbinglah kami agar menjadi sebaik-baik insan. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, jalan yang telah Engkau kurniakan kepada hamba-hamba-Mu yang telah menikmatinya, bukan sebagaimana orang-orang yang Engkau murkai dan bukan juga orang-orang yang sesat. Terimalah segala amalan baik kami.
Ya Allah,
Jauhkan kami dari segala musibah, hindarilah kami daripada sebarang kesusahan, sejahterakanlah kami daripada segala kemudaratan, peliharalah kami daripada segala perkara yang buruk lagi keji dan tunaikanlah segala hajat kami. Panjangkan umur kami di dalam membuat kebaikan dan amalan kepada-Mu ya Allah.
Ya Allah
Harmonikanlah antara kami hingga kami sentiasa dalam keamanan dan keselamatan. Bebaskanlah kami dengan segera daripada segala kepayahan dengan rahmat-Mu wahai Tuhan yang Maha Merahmati dan Maha Penyayang. Jadikanlah kami hamba-Mu yang menjaga daripada sebarang bala, yang menghalang daripada sebarang pencerobohan, bantulah kami menewaskan segala musuh dan pemerintah yang tidak amanah. Jauhkan kami dari wabak dan sebarang penyakit yang berbahaya. Zahirkanlah kemurkaan-Mu kepada orang yang melampau dan yang melakukan kerosakkan dan kezaliman. Awasilah kami dari musuh-musuh kami. Lindungi kami dari hasutan iblis, syaitan dan fitnah dajjal.
Ya Allah Ya Ghaffar,
Kami memohon kurniakanlah kepada kami dan kedua ibubapa kami serta sekelian keluarga kami tempat yang istimewa di Syurga Firdaus-Mu Ya Allah. Ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa-dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-handai kami serta sekalian muslimin dan muslimat di mana saja mereka berada.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.
Segala puji-pujian hanya untuk-Mu Ya Allah.
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين
12/01/2022
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam Pagi Khamis
13 Januari 2022
10 Jamadil Akhir 1443H
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْ
Ya Allah,
Kurniakanlah kami kemampuan, kesungguhan, semangat, kekuatan dan ketekunan untuk beribadah demi menggapai redha dan ampunan-Mu. Sucikanlah diri kami dari segala nista dan perbuatan keji. Berilah kami kesabaran atas apa yang telah Engkau tetapkan. Anugerahkanlah kepada kami keimanan yang mantap, ketaqwaan yang utuh dan kesabaran di dalam menempuhi segala ujian dari-Mu. Hindarilah kami dari hasutan iblis, syaitan dan fitnah dajjal. Ampunkanlah dosa dosa kami, berkatilah kami, rahmatilah kami, beri lah kami hidayah-Mu agar kami sentiasa dekat dengan-Mu Ya Allah. Jadikanlah kami hamba-Mu yang soleh dan solehah.
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Hendaknya janganlah kami remehkan amalan yang pahalanya kecil kerana mungkin itulah yang mengundang redha-Mu. Begitu juga Ya Allah, janganlah kami memandang ringan dosa kecil kerana dibimbangi disitulah menjadi punca kemurkaan-Mu Ya Allah. Tetapkanlah hati kami di dalam agama-Mu, kurniakanlah kepada kami rahmat dan kasih-Mu, berilah kami hati yang tenang dan permudahkanlah perjalanan hidup kami. Engkau selamatkanlah negara kami dari serangan wabak dan penyakit berbahaya yang mengancam kesihatan dan nyawa kami.
Ya Allah,
Limpahkan dan lipat-gandakanlah rezeki kami dengan rezeki yang halal lagi barokah. Mudahkanlah semua urusan kami, jauhkanlah dari kami kesulitan apapun Ya Allah, kabulkan dan perkenankanlah doa kami. Sucikanlah hati kami dan lembutkan hati kami agar kami senang menerima teguran dan ilmu.
Kami memohon Ya Allah,
Kurniakanlah kepada kami dan kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di Syurga Firdaus-Mu. Ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak-anak dan zuriat kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-handai kami, jiran-jiran kami serta sekalian muslimin dan muslimat di mana saja mereka berada.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabatnya dan kesemua umatnya.
Segala puji-pujian hanya untuk-Mu Ya Allah
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين
10/01/2022
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Selawat dan Salam ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. ahli keluarga, para Sahabatnya dan Sekeluarga umatnya.
بسم الله الرحمن الرحيم
sebagaimana firman-Nya dalam Surah Hud, ayat 52 tafsirnya:
"Wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah ta'at kepada-Nya, supaya Dia menghantarkan kepada kamu hujan yang lebat (yakni rahmat), dan akan menambahkan lagi kekuatan kamu di samping kekuatan yang sedia ada, dan janganlah kamu membelakangi suruhanKu dengan terus melakukan dosa."
"Ya Allah, ya Tuhan kami, kiranya kami ini sudah terlanjur mengkufuri nikmat-Mu dengan kelakuan-kelakuan kami yang Engkau tidak redhai, maka Engkau ampunkanlah kami, dan kasihanilah kami dengan menarik balik wabak koronavirus daripada negara kami. Ya Allah mohon, supaya Engkau bersihkan negara kami ini daripada wabak sebersih-bersihnya. Amin.
Wahasbunallahu Wani'malwakeel, Walahaula Walaa Qowwata Illa Billahil 'Aliyyil 'Azeem. Walhamdu Lillahi Rabbil 'Aalameen.
Segala puji-pujian hanya untukMu Ya Allah
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
آمِيْنُ... آمِيْنُ... آمِيْنُ... يَا رَبِّ الْعَالَمِين
04/01/2022
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam Pagi Rabu
5 Januari 2022
2 Jamadil Akhir 1443H
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
Ya Allah,
Kami memohon agar dipermudahkan semua urusan kami, baik di dalam urusan Agama, Dunia mahupun Akhirat. Berikanlah pada kami kekuatan dan kesabaran untuk mengharungi setiap ujian yang mendatangi kami. Jadikan kami orang yang soleh dan solehah. Kurniakan kepada kami jiwa yang tenang dan hati yang lapang agar hari ini menjadi antara hari yang terindah dalam hidup kami. Jauhkan kami dari segala musibah.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Luaskanlah rezeki kami, tambahkanlah lagi keberkahan bagi kami, limpahkanlah ketaqwaan kepada kami serta Istiqomah ibadah kami kepada-Mu. Terimalah segala amalan baik kami. Ampunilah kami dan jadikanlah kami insan yang mensyukuri segala nikmat yang telah Engkau anugerahkan kepada kami. Jauhkan kami dari hasutan iblis, syaitan dan fitnah dajjal.
Ya Allah Ya Ghaffar,
Selamatkanlah diri kami, keluarga kami, saudara-mara kami, rumahtangga kami, kampung kami, dan negara kami, dari sebarang ancaman luar dan dalam. Engkaulah Ya Allah tempat sebaik-baik perlindungan. Jauhkan kami dari wabak dan sebarang penyakit yang berbahaya. Kurniakanlah kepada kami, kedua ibubapa kami, sekelian keluarga kami tempat yang istimewa di Syurga Firdaus-Mu Ya Allah. Ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin dan muslimat di mana saja mereka berada.
Ya Allah,
Jadikanlah kami redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kami. Kami percaya Ya Allah, Engkau akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik dan tidak dijangka. Doronglah kami untuk melakukan segala kebaikan sekecil apa pun kerana kami tidak tahu kebaikan mana yang akan membawa kami ke syurga-Mu. Jadikan kami orang yang soleh dan solehah.
Selawat dan salam kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW keluarga dan sekelian sahabatnya.
Segala puji pujian hanya untuk-Mu Ya Allah.
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
آمِيْنُ... آمِيْنُ... آمِيْنُ
يَا رَبِّ الْعَالَمِين
03/01/2022
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam Pagi Isnin
3 Januari 2022
29 Jamadil Awal 1443H
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْ
Ya Allah,
Kurniakanlah kami kemampuan untuk beribadah dengan khusyu' dan ikhlas kerana-Mu. Kurniakan kami kesungguhan, semangat, kekuatan dan kerajinan di dalam mengerjakan amalan soleh. Lalu lindungilah kami di dalamnya dari segala fitnah. Terimalah amalan kami yang sedikit ini. Kami mengharapkan redha-Mu. Sucikanlah diri kami dari segala nista dan perbuatan keji. Berilah kami kesabaran atas apa yang telah Engkau tetapkan.
Ya Allah,
Ampunkanlah dosa-dosa kami, berkatilah kami, rahmatilah kami, berikanlah kami hidayah-Mu agar kami sentiasa dekat dengan-Mu Ya Allah. Didiklah kami untuk sabar dalam meniti liku-liku hidup ini, tetapkanlah hati kami di dalam agama-Mu, kurniakanlah kepada kami rahmat dan kasih-Mu, berikanlah kami hati yang tenang dan permudahkanlah perjalanan hidup kami. Engkau tunjukkanlah kami jalan ke arah kebaikan, pertingkatkan iman kami agar hidup kami sihat dari segi rohani dan jasmani serta menjadi contoh ikutan generasi akan datang.
Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim,
Mudahkanlah semua urusan kami, jauhkanlah dari kami kesulitan apapun ya Allah. Kabulkan dan perkenankanlah doa kami. Engkau peliharalah kami dan lindungilah kami agar kami sentiasa di dalam iman yang teguh serta ketaqwaan yang utuh. Selamatkanlah hidup kami dari kesesatan dan keingkaran.
Kami memohon Ya Allah,
Kurniakanlah kepada kami dan kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di dalam Syurga Firdaus-Mu. Ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak-anak dan zuriat kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami, jiran-jiran kami serta sekalian muslimin dan muslimat di mana saja mereka berada.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.
Segala puji pujian hanya untuk-Mu Ya Allah.
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.
30/12/2021
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
ُِSalam Pagi Jumaat
31 Disember 2021
26 Jamadil Awal 1443H
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
Ya Allah,
Pada pagi Jumaat yang mulia ini berilah kami kebaikan dan jauhkan kami dari segala keburukan. Jadikan kami orang yang soleh dan solehah. Ampunilah dosa kami, rahmatilah dan berkatilah kami, maafkanlah kesilapan-kesilapan kami, muliakan kedudukan kami dan masukkanlah kami di kalangan orang-orang yang baik dan solihin. Hidupkanlah kami dan matikanlah kami dalam keimanan. Jauhkanlah kami dari segala musibah. Buangkanlah dari diri kami sifat sombong, keangkuhan hati dan ajarkanlah kami untuk menjadi seorang yang rendah hati yang sentiasa mengingati-Mu.
Ya Allah,
Semoga hari ini kami sentiasa dalam perlindungan-Mu, dipermudahkan segala urusan, perjalanan, diteguhkan silaturrahim sesama kami, dilimpahkan dengan rezeki yang bertambah dan sentiasa memperoleh rahmat dan barokah-Mu. Peliharalah anak-anak dan sekelian keluarga kami walau di mana jua mereka berada. Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Jauhkan kami dari wabak penyakit yang mengancam nyawa kami.
Ya Allah,
Terangilah hati kami dengan cahaya hidayah-Mu. Didiklah diri kami untuk menerima segala kepahitan hidup dengan sabar dan redha kerana setiap kepahitan itu Engkau janjikan ganjaran kemanisan yang tidak terperi manisnya. Kami redha dengan dugaan yang Engkau turunkan ke atas kami. Jadikanlah ia sebagai permulaan bagi kami dalam perjalanan untuk kembali kepada-Mu.
Ya Allah,
Bimbinglah kami dalam menjaga hati kami, bantulah kami dalam menjaga akhlak kami, pimpinlah kami dalam menjaga lisan dan perbuatan kami dan peliharalah diri kami daripada membenci dan dibenci. Berikan kami hidayah untuk sentiasa memaafkan perbuatan yang tidak baik terhadap kami. Terimalah amalan kami, terimalah taubat kami, ampunkanlah segala dosa kami, amankanlah kehidupan kami, kurniakanlah kepada kami Syurga-Mu yang maha luas nikmatnya.
Ya Allah,
Masukkanlah kami ke dalam golongan orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dan hidayah-Mu Ya Allah. Kurniakan kami keselamatan di dunia dan akhirat. Tunjukkan kami jalan yang lurus dan benar. Jauhkan kami dari hasutan iblis, syaitan dan fitnah dajjal.
َYa Allah,
Kurniakanlah kepada kami, kedua ibubapa kami, sekelian keluarga kami tempat yang istimewa di Syurga Firdaus-Mu Ya Allah. َAmpunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin dan muslimat di mana saja mereka berada.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.
Segala puji-pujian hanya untuk-Mu Ya Allah.
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين
29/12/2021
Story of our ladies...FESTIVAL USAHAWAN WANITA BANGKIT BERSAMA 2021
23-26 Disember 2021
Testimoni
https://youtube.com/playlist?list=PLmDfXE9RQahrx9eSL7oUXNUZwA5DQOlxs
Be a member/agen/mobile stockists/district stockists
https://apps.iqrevolution.my/signup/?i=MART75
26/12/2021
Kesan penggunaan luvia cream pada Mata yg juling
Testmoni
https://youtu.be/L5-lmSsg2ys
21/12/2021
offer to become District and mobile stockists .
#
20/12/2021
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam Pagi Selasa
21 Disember 2021
16 Jamadil Awal 1443H
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Ampunkanlah dosa2 kami, sama ada yang kami sedari atau tidak sedari. Berkatilah kami, rahmatilah kami, berilah Hidayah-Mu agar kami sentiasa dekat dengan-Mu. Lindungilah kami hamba-Mu dengan kasih sayang-Mu. Terimalah taubat kami sebagai taubat nasuha dan lindungilah kami dari anasir yang ingin menyelewengkan iman dan aqidah kami. Jadikan kami orang yang soleh dan solehah. Berikanlah kekuatan kepada kami untuk melawan hawa nafsu dan dunia yang sentiasa melalaikan kami daripada mengingati-Mu Ya Allah. Kami redha akan segala ujian dari-Mu sebagai tanda Engkau sayangkan kami.
Ya Allah,
Kami memohon petunjuk-Mu agar kami sentiasa mengingati-Mu dan akur atas keagungan-Mu. Kami pasrah dan kami redha dengan segala ketentuan-Mu dan kami bersyukur diatas kasih sayang-Mu. Tabahkanlah hati kami dan kuatkanlah azam kami untuk mengambil iktibar atas semua yang berlaku. Jauhkanlah kami dari hasutan iblis, syaitan, fitnah dajjal dan fitnah akhir zaman. Selamatkan kami dan negara kami dari ancaman sebarang wabak dan penyakit lain yang berbahaya.
Ya Allah Ya Ghaffar,
Kurniakanlah kepada kami dan kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di Syurga Firdaus-Mu. Ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa-dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin dan muslimat di mana saja mereka berada.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabatnya dan sekelian umatnya.
Segala puji-pujian hanya untuk-Mu Ya Allah.
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّم
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Address
Kota Kinabalu
88200
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |
| Saturday | 09:00 - 13:00 |
