Persatuan Kembara Radu Bukit Sabah

Persatuan Kembara Radu Bukit Sabah

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Persatuan Kembara Radu Bukit Sabah, Seri Warisan Apartment, Inanam, Kota Kinabalu.

Persatuan Kembara Radu Bukit Sabah ditubuhkan untuk menggalakkan gaya hidup sihat melalui aktiviti riadah, memupuk perpaduan, menjalin kerjasama dengan pertubuhan sehaluan serta melaksanakan aktiviti kebajikan demi kesejahteraan ahli dan masyarakat.

25/12/2025
Photos from Persatuan Kembara Radu Bukit Sabah's post 24/12/2025

4 Tahun Berlalu, Perjalanan Diteruskan. Semoga Persatuan Kembara Radu Bukit Sabah terus melangkah lebih jauh, lebih kukuh dan lebih bermakna di masa akan datang.

📍 Annual Dinner Tahun Ke-4
🗓️ 14/12/2025 | Ming Garden Hotel & Residences

Photos from Persatuan Kembara Radu Bukit Sabah's post 24/12/2025

Penghargaan Setulus Hati
Terima kasih kepada barisan AJK, urusetia dan semua yang terlibat menjayakan Annual Dinner Tahun Ke-4 ini.

Tanpa anda, perjalanan ini tidak akan sampai sejauh ini 🤍

📍 Annual Dinner Tahun Ke-4
🗓️ 14/12/2025 | Ming Garden Hotel & Residences

Photos from Persatuan Kembara Radu Bukit Sabah's post 24/12/2025

Malam Apresiasi & Silaturahim
Dari jungle trail ke dewan hotel, hubungan yang terjalin tetap utuh dan bermakna.

Terima kasih atas kehadiran dan sokongan semua.

📍 Annual Dinner Tahun Ke-4
🗓️ 14/12/2025 | Ming Garden Hotel & Residences

24/12/2025

Bukan hanya mendaki, kita juga tahu berseronok 🎤✨
Malam penuh warna, gelak tawa dan bakat terpendam ahli-ahli Kembara Radu Bukit Sabah.

📍 Annual Dinner Tahun Ke-4
🗓️ 14/12/2025 | Ming Garden Hotel & Residences

Photos from Persatuan Kembara Radu Bukit Sabah's post 24/12/2025

Setiap perjalanan ada ceritanya
Ucapan, tawa dan kenangan malam ini menjadi bukti bahawa persatuan ini dibina atas semangat kebersamaan, disiplin dan kasih sesama ahli.

📍 Annual Dinner Tahun Ke-4
🗓️ 14/12/2025 | Ming Garden Hotel & Residences

Photos from Persatuan Kembara Radu Bukit Sabah's post 24/12/2025

4 Tahun Melangkah Bersama
Bermula dari langkah kecil di bukit, kini menjadi sebuah keluarga kembara.

Terima kasih kepada semua ahli yang terus setia, menyokong dan melakar kenangan indah bersama Persatuan Kembara Radu Bukit Sabah.

📍 Annual Dinner Tahun Ke-4
🗓️ 14/12/2025 | Ming Garden Hotel & Residences

Photos from Persatuan Kembara Radu Bukit Sabah's post 09/12/2025

Program Rundum Outreach 5-7/12/2025

Setiap perjalanan ada cerita — dan Rundum Outreach adalah salah satu yang paling bermakna.

Walaupun terpaksa melalui lebih 6 jam perjalanan dengan jalan licin dan tidak berturap, semangat pasukan PKRBS tidak pernah luntur. Sumbangan kecil kami disambut dengan senyuman dan rasa syukur oleh komuniti Kampung Rundum.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan misi ini — kalian adalah sebab program ini berjaya dan memberi makna kepada mereka yang memerlukan.

09/11/2025

Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Annual Dinner PKRBS 2025

9 Dec 2025 - Garmin Marine, Plaza Kingfisher

Terima kasih kepada semua AJK yang hadir dan memberi komitmen dalam menjayakan persiapan Majlis Makan Malam Tahunan PKRBS 2025 yang akan diadakan pada 14/12/25

Photos from Persatuan Kembara Radu Bukit Sabah's post 18/10/2025

Syukur, Program Outreach (Hiking Sambil Beramal) Berjalan Lancar!

Syukur ke hadirat Tuhan kerana program Outreach (Hiking Sambil Beramal) anjuran Persatuan Kembara Radu Bukit Sabah (PKRBS) yang berlangsung pada 18 Oktober 2025 di Kg Taburan Tambulawan, Kota Belud telah berjalan dengan lancar dan penuh makna.

Terima kasih diucapkan kepada semua ahli persatuan dan komuniti Kg Taburan Tambulawan yang telah bersama menjayakan program ini.

Melalui aktiviti hiking dan penyerahan bakul makanan kepada 20 keluarga terpilih, kita bukan sahaja beriadah dan menikmati keindahan alam, tetapi juga berkongsi berkat dan kasih kepada sesama. ❤️

Semoga semangat kebersamaan dan kesukarelawanan ini terus subur dalam setiap langkah kita.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kota Kinabalu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Seri Warisan Apartment, Inanam
Kota Kinabalu
88450