Fantenny Let's Beauty

Fantenny Let's Beauty

Share

Hai uolls. Kamu ada masalah skin? Jom dapatkan kulit sihat dengan saya οΏ½

29/04/2021

MKMEN ADVANCED HYDRATOR SPF30

🌞 Membantu mengurangkan garis kedutan di wajah.
🌞 Merawat masalah kulit berminyak.
🌞 Membantu melindungi kulit dari sinaran UVA/UVB.
🌞 Membantu melembapkan kulit sehingga 10 jam.
🌞 Mengandungi antioksidan untuk melawan radikal bebas yang datang daripada persekitaran.

βœ”οΈ Duji oleh pakar dermatologi
βœ”οΈ Diuji secara klinikal terhadap iritasi dan alergi kulit.
βœ”οΈ Sesuai untuk kulit sensitif.
βœ”οΈ Bebas minyak.
βœ”οΈ Bebas wangian.
βœ”οΈ Tidak komedogenik.
βœ”οΈ Hypoallergenic

‼️ FAKTA: Sinar UVA dan UVB berbahaya boleh bertambah kuat pada musim panas. Sinaran UV juga boleh sampai ke bumi pada hari mendung dan musim sejuk.

Sebarang pertanyaan boleh terus dm/whatsapp saya.. 😍

_

Sharing with love,
*Fantenny ezrinie / 01114133975*
Mary Kay Beauty Consultant
πŸ’ž Free Consultation
πŸ’ž Free Skin Analysing
πŸ’ž Free Postage

29/04/2021

Siapa Mary Kay Ash?

Founder Mary Kay Cosmetics (Inc) dimana beliau menubuhkan sebuah perniagaan yg menjamin keuntungan dan mencipta peluang baru untuk para wanita mencapai kebebasan kewangan.

Mary Kay Ash lahir pada 12 May 1918 di Hot Wells, Texas. Beliau merupakan anak bongsu drpd 4 org adik beradik. Seawal usia beliau 7 tahun, Mary Kay Ash dilatih untuk hidup berdikari dengan menguruskan hal2 di rumah seperti memasak, mengemas malah membeli keperluan harian. Di usia sebegitu muda beliau juga perlu menjaga ayahnya yg sdg tenat menghidap penyakit TB. Ibunya sibuk bekerja pagi ke malam bagi menyara keluarga mereka. Kekuatan beliau mengharungi semua dugaan itu datang drpd kata2 semangat yg sentiasa diucapkan oleh ibunya, "Mary Kay awak mampu lakukannya". Kata2 tersebut Mary Kay Ash pegang seumur hidup dan beliau jadikan sebagai budaya yg sangat bagus dalam perniagaannya. Mary Kay Ash merupakan seorang pelajar yg sangat cemerlang di sekolah, pelbagai anugerah yg telah beliau terima. Namun hasratnya untuk melanjutkan pelajaran ke universiti terpaksa dilupakan kerana ibu bapanya tidak mampu membayar yuran pengajiannya.

Berkaitan latar belakang prrkahwinan beliau p**a, Mary Kay Ash dikurniakan 3 org cahaya mata. Suami beliau menyertai angkatan tentera semasa perang dunia kedua dan situasi tersebut memaksa beliau untuk membesarkan anak2 seorang diri. Ketika itu, Mary Kash sedang bekerja di sebuah syarikat kelengkapan rumah selepas banyak pekerjaan yg beliau telah lakukan sebelumnya. Hasil drpd simpanan gaji yg diperolehi, beliau berjaya melajutkan pelajaran di University of Houston. Puluhan tahun beliau bekerja di syarikat tersebut tapi setiap usaha keras beliau tidak pernah diiktiraf oleh majikannya walaupun beliau telah berjaya memberi p**angan kpd syarikat lebih 50%. Mary Kay Ash dilayan sebegitu hanya kerana beliau seorang perempuan. Paling mengejutkan apabila pekerja lelaki yg dilatih oleh beliau sendiri dinaikkan pangkat secara mengejut. Pekerja tersebut juga diberi gaji 2 kali ganda drpd gaji beliau. Mary Kay Ash sangat kecewa kerana menjadi mangsa terhadap diskriminasi jantina lalu beliau menulis sebuah buku untuk membantu wanita berjaya dalam perniagaan.
Untuk menghasilkan buku tersebut, Mary Kay Ash duduk di meja makannya kemudian beliau menyenaraikan perkara baik dan perkara yg beliau rasa xpatut ada dalam sebuah organisasi yg perlu diperbaiki untuk menjadi satu syarikat yg sangat bagus untuk bekerja.

Tanpa disedari beliau telah mencipta asas sebuah perniagaan yg sgt bagus untuk membuka peluang kpd para wanita yg dipandang rendah mendapat kejayaan sama seperti lelaki. Selepas diperhati senarai yg beliau telah tulis dan beliau yakin jika sebuah syarikat mampu ada semua ciri2 yg telah beliau senaraikan, itu adalah syarikat yg terbaik. Dengan itu, beliau membuat keputusan untuk menubuhkan sebuah syarikat beliau sndiri. Pada masa tu simpanannya hanya tinggal $5000 sahaja dan beliau perlu berhati2 dalam perbelanjaan. Mary Kay Ash menubuhkan sebuah syarikat jualan langsung yg diberi nama sempena namanya sendiri dengan hanya bermodalkan $500 diusia beliau 45 tahun. Selepas kerja keras beliau mengukuhkan ekonomi syarikat, akhirnya pada 13 September 1963 secara rasminya membuka pintu dan syarikat Mary Kay dibina atas kawasan yg berkeluasan 500 kaki persegi. Bermula dengan hanya 9 org Perunding Kecantikan, Mary Kay Ash juga sangat aktif turun padang bekerja dibahagian pengurusan bagi memastikan semua pelanggan berpuas hati dengan produk yg beliau pasarkan. Semua tenaga kerja di syarikat Mary Kay dilayan berdasarkan polisi "equal pay, equal work" dimana semuanya dilayan dengan adil saksama. Mary Kay Ash juga menerapkan budaya konsultasi peribadi dengan pelanggan supaya mereka berasa penting dan dihargai. Selepas beberapa bulan, Mary Kay Ash berjaya mengaut p**angan yg mmberangsangkan dan keuntungan syarikat dalam masa setahun mencecah $198,000.

Pada tahun 1964, buat pertama kalinya Mary Kay Ash mengadakan satu majlis besar yg setanding dengan Academy Awards iaitu Seminar. Majlis gilang gemilang itu diadakan selama 3 hari bagi menghargai setiap pencapaian para perunding kecantikan. Mary Kay Cosmetics terus berkembang dengan sgt maju dan pada tahun 1979, syarikat mendapat p**angan $100 juta. Jumlah tersebut semakin meningkat setiap tahun kerana syarikat terus berkembang ke negara2 maju yg lain. Penglibatan beliau dalam menguruskan syarikat hanya sehingga tahun 1996 sebelum beliau bersara kerana beliau disahkan menghidap strok. Beliau terlantar dirumah hampir 5 tahun dan menghembuskan nafas terakhir diusia 83 tahun pada 22 November 2001. Mary Kay Ash meninggalkan harta persendirian beliau hasil drpd menubuhkan syarikatnya sndiri yg bernilai $98 juta.

Sepanjang pembabitan beliau sebagai usahawanita, pelbagai anugerah & penghormatan yg telah beliau perolehi. Pada tahun 1996, syarikatnya disenaraikan dalam Forbes 500 sebagai syarikat yg berkembang pesat dan kukuh. Majalah perniagaan terkemuka di US juga menyatakan bahawa syarikat Mary Kay merupakan antara 100 syarikat yg patut kita bekerja dan syarikat paling sesuai untuk wanita bekerja. Mary Kay Cosmetics (Inc) semakin hebat dengan jumlah perunding kecantikan melebihi 4 juta org di seluruh dunia dan dipasarkan di 38 buah negara maju termasuk Malaysia. Di Malaysia, Mary Kay Cosmetics (Inc) telah berada di pasaran selama 17 tahun dengan lebih 50,000 org perunding kecantikan yg semakin hari semakin meningkat. Untuk jumlah Sales Director p**a lebih kurang 800 org setakat harini. Jumlah ini menunjukkan Mary Kay Cosmetics (Inc) dapat membuktikan bahawa kerjaya sebagai perunding kecantikannya telah mengubah kehidupan ramai wanita di seluruh dunia seiring dengan misi yg telah Mary Kay tetapkan iaitu "Memperkayakan Kehidupan Wanita".

Mary Kay Ash menetapkan 4 nilai teras dalam perniagaannya iaitu:

1) *GO GIVE*
πŸ’– Membantu orang lain tanpa mengharapkan balasan. Itulah sebabnya Beauty Class yg diberikan kpd anda semua tidak dikenakan bayaran kerana kami sebagai perunding kecantikan Mary Kay ikhlas ingin membantu anda dgn berkongsi ilmu penjagaan wajah yg betul tanpa mengharapkan anda membeli apa2 drpd kami.

2) *GOLDEN RULE*
πŸ’– Layanilah orang lain sepertimana anda ingin dilayani. Sebab itulah walaupun sudah ramai perunding kecantikan di Malaysia, kami tak perlu risau tiada pelanggan kerana kami diajar untuk tidak mengambil pelanggan perunding lain yg akan mmberi kesan tidak baik kpd perniagaannya.

3) *BUAT ORANG LAIN BERASA PENTING*
πŸ’– Percaya pada usaha membuatkan orang lain berasa penting. Di Mary Kay, kami dilatih untuk mmbuat konsultasi peribadi bersama pelanggan supaya kami dapat analisa betul2 apa masalah kulit pelanggan tersebut dan dapat beri penyelesaian terbaik untuk membantunya.

4) *KEUTAMAAN YANG BETUL &"KESEIMBANGAN DALAM HIDUP"*
πŸ’– TUHAN di tempat PERTAMA
πŸ’– KELUARGA di tempat KEDUA
πŸ’– KERJAYA di tempat KETIGA

Terima Kasih mendiang Mary Kay Ash kerana menubuhkan sebuah syarikat yg sangat hebat untuk para wanita bekerjaya. ❀

Photos from Fantenny Let's Beauty's post 28/04/2021

Jum kita tgk wanita wanita hebat yg buat sales bulan lepas. Sungguh hebat demi mencari rezeki yg halal kan

28/04/2021
Photos from Fantenny Let's Beauty's post 27/04/2021
Photos from Fantenny Let's Beauty's post 25/04/2021

Tips penjagaan wajah yang mudah
1. Tanggalkan make up
2. Cuci muka
3. Lap muka dengan tuala yang bersih
4. Exfoliate
5. Guna pelembap atau supplemen tambahan

Photos from Fantenny Let's Beauty's post 23/04/2021

*Botanical effect set*

Ada dua jenis ikut kesesuaian kulit masing2 ;
1. BE F1 (Dry skin)
2. BE F2 (normal/oily skin)

Ada 4item dalam setiap set ;
1. Cleanser
2. Freshen
3. Hydrate
4. Mask

23/04/2021

Kita tidak akan pernah rsa kesenangan kalau x rsa erti kesusahan duluan. Kesenangan x dtg bergolek sendiri pi tmpt kita. Kita just prlu usaha lebih, sabar dan konsisten kalau mau berjaya. If u do that, I believe one day u will get it ❀️

Photos from Fantenny Let's Beauty's post 22/04/2021

Sinaran matahari memberi kesan yg sangat besar kpd diri kita especially kulit kita. Pendedahan terhadap sinaran matahari dlm tempoh jangka masa yg panjang akan menyebabkan banyak masalah kulit boleh berlaku kpd manusia. Antaranya adalah kulit akan sunburn, proses penuaan jadi cpt, dan yg paling teruk adalah boleh menyebabkan kanser kulit.. Oleh yg demikian, jangan malas pakai sunscreen yer..😊
Mari sy perkenalkan sunscreen Mary Kay. Ada 2 formula khas untuk jenis kulit yang berbeza 😍
πŸ“ Invisible UV Defense Lotion spf50+/PA+++ untuk dry normal skin.
πŸ“Sheer UV Defense Milk spf 50+/PA+++ untuk combination oily skin.
Berkesan dan Lembut❗️
Perlindungan sinaran UV berkesan yang lembut pada kulit anda😊
Pada kamu yang sebelum ni pernah pakai sunscreen/sunblock/sun protection, mesti ada rasa melekit2 atau rimas kan masa guna. Tapi, Mary Kay Sun care ni tidak melekit langsung! Wow kan! Sdhlah awesome, power, hebat lagi! 😱😱😱
πŸ“Œ Sesuai untuk semua jenis kulit dalam perlindungan sinaran UVA/UVB
πŸ“Œ Diuji dengan pakar dermotologi
πŸ“Œ Diuji secara klinikal untuk kerengsangan dan alahan kulit
πŸ“Œ Sesuai untuk kulit sensitif
πŸ“Œ Rumusan lembut yang diuji untuk kulit orang asia
πŸ“Œ Sesuai disapu di muka dan badan

Photos from Fantenny Let's Beauty's post 22/04/2021

CC Cream Mary Kay

Sesuai untuk individu yg s**a mekap ringan utk penggunaan harian. Biarkan kulit kita β€˜bernafasβ€™πŸ˜‰

8 manfaat dlm setiap aplikasi

1. Melindungi - daripada sinar UVA dan UVB dengan SPF 15 *disarankan utk memakai sunscreen SPF 30 ke atas untuk perlindungan maksimum.

2. Mencerahkan - tona kulit kerana mengandungi niacinamide.

3. Membetulkan - tona kulit tidak sekata dan kusam.

4. Meminimumkan kemerahan - pada kulit kerana kehadiran Vitamin E dan ekstrak botanikal untuk effect β€˜soothing’ *Pengguna rosacea bersetuju bahawa ia mampu mengurangkan kemerahan pada kulit wajah.

5. Melitupi - bekas2 parut jerawat. Sesuai bagi individu yg mempunyai masalah jerawat kerana CC cream ini bersifat Non-komedogenik dan bebas minyak.

6. Menghidrat - kulit wajah sehingga 10 jam. Mengandungi Emollients (bahan yg ada pada pelembap muka kita) yg berfungsi untul menghidrasikan kulit kita tanpa rasa berminyak.

7. Mengurangkan kehadiran tanda-tanda penuaan - degn kandungan niacinamide di dalamnya. Selain itu, cc cream ini jga dpt mbantj mengurangkan penampakan pori-pori di wajah kerana mengandungi β€˜ekstraks willow bark’ yg mengandungi salicylic acid.

8. Mempertahankan - kulit daripada radikal bebas yg boleh merosakkan kulit lita dengan antioksidan di dlm esktrak silymarin dan Vitamin E.

Jangan tunggu lama2, pm ja klu berminat😍

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kota Kinabalu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Kota Kinabalu
88000