Alpro Pharmacy Donggongon
HelpUGetHealthier
Selamat Hari Raya kepada semua! ๐ค๐ฅฐ
"Janji Happy Selamat Hari Raya"
GKB International
Iman Troye
Followers everyone
19/01/2024
Hello Everyone, This Is Our TIKTOK Page, Help Us Follow And Share Ya ! Our Page Is About Sharing And How To Make Us More Healthier And better ! THANK YOU SO MUCH EVERYONE ! XIE XIE NI !
Get Healthier Donggongon on TikTok 321 Followers, 49 Following, 216 Likes - Watch awesome short videos created by Get Healthier Donggongon
15/01/2024
Thank You Everyone For Participating Silvercare Gathering ! ๐ฅฐ๐ฅฐ
TikTok ยท Get Healthier Donggongon Check out Get Healthier Donggongon's video.
31/08/2023
Selamat Tengahari Semua!! Hari ini kami akan berkongsi tentang Air Gula & Ibu Hamil๐คฐ๐ป.
ใ๐๐๐ฎ-๐๐๐ฎ ๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐ค๐ข๐ฉ ๐๐ข๐ซ ๐๐ฎ๐ฅ๐!ใ
Bukan suka-suka untuk โmenderaโ ibu hamil, tapi ianya adalah ujian saringan untuk 'check' sama ada ibu ni ada tak kencing manis masa hamil.๐ฅบ Ia penting untuk kesihatan dan keselamatan anda serta bayi. Jangan menyesal di kemudian hari p**a. Lebih baik tahu lebih awal supaya segala kemungkinan berlakunya kemudaratan dapat dielakkan๐๐ป
13/08/2023
Health Corner ๐ฅค๐ฅค
Minuman Soda Tanpa Kalori: Baik atau Burukโโโโ
Minuman soda tanpa kalori yang juga dikenali sebagai soda diet ini mengandungi pemanis tiruan sebagai pengganti gula yang memberikan rasa manis tanpa sebarang kalori. Pemanis tiruan ini juga boleh meningkatkan ketagihan kepada minuman atau makanan manis yang lain, seterusnya meningkatkan risiko obesiti & pelbagai penyakit lain.
Nah! Mesti ramai yang ingat minuman soda tanpa kalori ini adalah alternatif yang terbaik kepada minuman manis. Memang tidak dinafikan minuman ini tiada kalori & gula tambahan tapi rasa manis tu tetap ada. Namun jika diambil secara rutin, ia boleh meningkatkan risiko kesihatan untuk jangka masa panjang terutamanya bagi penggemar minuman manis atau mereka yang menghidap diabetes.
Jadi, tepuk dada tanya selera. Ikutkan lidah, badan binasa!
Fikir๐ค & buat pilihan bijak๐ค. Rajin-rajin latih & biasakan lidah anda dengan rasa KURANG MANIS & pindahkan manis tersebut pada senyuman kio๐. Ingat banyakkan pengambilan air kosong setiap hari!
Sumber: Nutritionist KKM
26/07/2023
ใ๐๐๐ง๐๐ฅ๐ข ๐๐
๐๐ ๐๐๐ง ๐๐๐ง๐๐-๐๐๐ง๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐ง๐๐ค๐ฐใ
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) adalah penyakit jangkitan kanak-kanak bawah 10 tahun di mana lepuhan berisi air muncul di tangan, kaki dan dalam mulut. Tekak dan tonsil membentuk ulser kecil manakala tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin) dijangkiti ruam dengan ciri-ciri vesikel (lepuhan kecil). Biasanya penyakit ini sederhana dan ruam sembuh dalam masa 5-7 hari.
ใ๐๐ง๐ข ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ฉ๐๐ซ๐ฅ๐ฎ ๐ข๐๐ฎ ๐๐๐ฉ๐ ๐ฅ๐๐ค๐ฎ๐ค๐๐ง ๐ฃ๐ข๐ค๐ ๐๐ง๐๐ค ๐๐ข๐ฃ๐๐ง๐ ๐ค๐ข๐ญ๐ข ๐๐
๐๐
๐จโ๐ฉโ๐งโ๐ฆใ
1. Kuarantin
Anak anda perlu dikuarantin supaya tidak menjangkitkan penyakit tersebut kepada kanak-kanak lain.
2. Elakkan perkongsian
Elakkan perkongsian alatan peribadi, makanan dan permainan anak anda yang dijangkiti HFMD dari anak yang lain.
3. Jangan sesekali dibawa ke tempat tumpuan ramai
Elakkan kanak-kanak yang mempunyai gejala daripada pergi ke pusat membeli-belah, sekolah, tadika dan tempat awam yang lain.
*Sekiranya guru mendapati kanak-kanak itu mempunyai simptom HFMD, sila asingkan pelajar tersebut terlebih dahulu, kemudian hubungi ibu bapa untuk membawa anak mereka mendapatkan rawatan dengan segera.
4. Suplemen dan sanitizer
Tingkatkan imuniti anak: Vitamin C, Cendawan Susu Harimau, Probiotik
Selain menguatkan imuniti, anda juga mesti menjaga kebersihan dan kebersihan pada setiap masa.
ใ๐จ๐๐๐ง๐๐-๐๐๐ง๐๐ ๐๐๐๐๐ฆ๐๐ฌ๐๐งใ
1. Kanak-kanak di bawah umur 3 tahun harus berhati-hati terutamanya jika mereka menghidapi penyakit HFMD, kerana kanak-kanak di bawah umur 3 tahun mempunyai peluang yang tinggi untuk menjadi sakit teruk.
2. Beri perhatian kepada tanda-tanda amaran seperti:
- Lesu/aktiviti yang lemah
- Menjerit sakit kepala/muntah peluru yang berterusan
- Kejang/kedutan mengejut pada semua otot seperti tertidur
โผ๏ธ ๐๐ข๐ค๐ ๐๐ง๐๐ค ๐๐ง๐๐ ๐ฆ๐๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ง๐ฒ๐๐ข ๐ญ๐๐ง๐๐-๐ญ๐๐ง๐๐ ๐๐ข ๐๐ญ๐๐ฌ, ๐ฌ๐ข๐ฅ๐ ๐ก๐๐ง๐ญ๐๐ซ ๐ฆ๐๐ซ๐๐ค๐ ๐ค๐ ๐ก๐จ๐ฌ๐ฉ๐ข๐ญ๐๐ฅ ๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐ฌ๐๐ ๐๐ซ๐.
ใ๐ฑ๐๐ฒ๐๐๐ฃ๐๐ก๐ญ๐๐ซ๐ใ
Dengan pengesanan penyakit berjangkit dalam aplikasi MySejahtera, anda boleh:
โ
Mengenal pasti kawasan berisiko tinggi.
โ
Merancang perjalanan serta aktiviti luar yang ingin anda lakukan.
โ
Mengelakkan daripada mengunjungi kawasan yang mempunyai bilangan kes aktif yang tinggi.
โ
Mengambil langkah-langkah pencegahan terhadap HFMD.
ใ๐ซ๐&๐ใ
Q1: Doktor kata anak saya ada penyakit HFMD tapi peliknya anak tak ada ruam di tangan dan kaki?
Pada hari pertama, anak mungkin hanya mengalami demam panas dan herpangina. Pada hari kedua dan ketiga, ruam akan muncul secara beransur-ansur. Ia boleh menyebabkan ruam pada tangan dan kaki, serta lutut dan punggung. Ibu bapa harus memberi lebih perhatian kepada bahagian tersebut.
Q2: Anak saya belum boleh bercakap, bagaimana saya tahu jika dia sakit tekak?
Herpangina biasanya bermula dari lepuh kecil, dan kemudian perlahan-lahan menjadi bernanah. Anak akan rasa sakit ketika menelan dan enggan makan atau minum.
Q3: Anak sakit tekak dan berat berat dia turun, apa boleh buat?
Sekiranya selera makan anak kurang, ibu bapa boleh suap mereka dengan kuantiti yang kecil dan kerap. Sentiasa memastikan suhu makanan tidak tinggi dan lembut dimakan.
Selain itu, ibu bapa juga boleh membuat puri buah-buahan atau menjadikannya puri sejuk atau ais krim. Bukan sahaja dapat melegakan mulut anak yang bernanah, juga meningkatkan air dalam badan mereka.
Q4: Adik sulung telah dijangkit HFMD, bagaimana saya mengasingkan anak bongsu? Kuarantin berapa lama?
Virus ini tidak aktif selama 3-6 hari sebelum gejala mula muncul. Kami akan meminta anak yang sakit untuk menangguhkan kelas selama 7 hari berturut-turut, dan tidak pergi ke tempat awam, dan berehat secara berasingan di rumah.
Rumah perlu sentiasa bersih, lap perabot, alat mainan, lantai dan tangga di rumah dengan pembasmi kuman! Mencuci tangan lebih kerap dan pengudaraan yang baik boleh mengurangkan kemungkinan anak-anak yang lain dalam keluarga jatuh sakit.
------------------------------------------------------------------- โฃ
1000 hari pertama Bibi adalah penting untuk pertumbuhan mereka ๐ช Mama mengandung atau mempunyai bibi bawah 3 tahun? Jomlah join kita supaya ahli MamaB dapat menemani Mama sepanjang tempoh 1000 hari. Anda boleh mengisi maklumat di sini untuk pendaftaran MamaB 1000 days club ๐๐ป https://bit.ly/MamaB1000daysclub-Online-Register โฃ
------------------------------------------------------โฃ
๐นMamaB Telegram: https://bit.ly/Join-MamaB-Telegramโฃ
๐ธMamaB Website: https://bit.ly/MamaB-Alpro โฃ
๐นMamaB YouTube: https://bit.ly/MamaB-Youtube โฃ
๐ธMamaB Tiktok: https://bit.ly/MamaB-TikTok โฃ
05/04/2023
Nutrition corner ๐ฅฆ๐
Tidak tau mau masak apa untuk sahur โ ๐ด
โจ Amalan pemakanan yang sihat ketika bersahur amat penting untuk membantu mengekalkan tenaga ketika seharian berpuasa.
Apakah pemilihan makanan sahur yang sihat โ
โ
Sebaiknya mengandungi karbohidrat, protein, sayur-sayuran, buah-buahan dan air kosong.
โ
Tambahan jus buah-buahan dan susu adalah mengikut keperluan harian.
โจ makanan yang disediakan sendiri di rumah adalah lebih baik, kerana anda dapat "adjust" penggunaan perasa tambahan seperti gula, garam, sos, kicap dan juga minyak. Tidak kisahlah apa pun yang anda masak, yang penting cuba sesuaikan hidangan anda dengan konsep Suku Suku Separuh Ketika bersahur.
Jom bangun sahur dan amalkan pemakanan sahur yang sihat ๐โจ
22/03/2023
Nutrition Corner๐๐ฅฆ
Tahukah anda makan buah-buahan & sayur-sayuran daripada pelbagai warna mempunyai manfaat yang baik untuk kesihatan kitaโ
Buah-buahan & sayur-sayuran mempunyai fitonutrien yang berfungsi sebagai antioksida.
๐ด Membantu melindungi daripada kerosakan sel, baik untuk kesihatan jantung
๐ Meningkatkan kesihatan mata, agen anti-penuaan
๐ข Baik untuk pembentukan sel darah merah, penghadaman & meningkatkan imuniti badan
๐ต Membantu merendahkan risiko kanser, meningkatkan sistem ketahanan badan & daya ingatan
โช Berfungsi sebagai natural antibiotic, meningkatkan sistem ketahanan badan & baik untuk kesihatan jantung
Berapa p**a saranan pengambilan harian buah-buahan & sayur-sayuranโ
3โฃ hidangan sayur-sayuran๐ฅฆ๐ฅฌ๐ฅ๐ฅ๐ซ
2โฃ hidangan buah-buahan๐๐๐๐๐๐๐
Jom jadikan buah & sayuran sebagai makanan wajib setiap hariโจ
Makan buah & sayur daripada pelbagai warna untuk peroleh manfaat yang optimum๐ช๐ป
22/03/2023
SILVERCARE FAMILY DAY GATHERING๐ฅณ
Greetings to our beloved customers!! Last Sunday (19th March 2023), Alpro Pharmacy Donggongon team were having the first Silvercare Family Day Gatheringโจ. During this gathering, we have shared some important tips when taking care of hospital discharge patients๐จ. We are very grateful for the support given by the participants and their efforts for making time to come here. All the participant were very engaging and they all willingly shared their thoughts and concerns on this topic.
We hope for the next Silvercare Family Day Gathering, there will be more participants to join this activity so that they can gain more beneficial knowledge๐
Thank you. Xie Xie ni.
08/02/2023
Nutrition Corner๐๐ฅฆ
Mau diet tapi susahโ๐
Sebelum tu,
Jom kita belajar 3 Prinsip Pemakanan Sihat!
B Balance (Seimbang)
M Moderate (Sederhana)
V Variety (Pelbagai)
๐ตB - makan makanan daripada kesemua kump**an makanan di setiap waktu makan
๐ขM - makan secara sederhana, guna Pinggan Sihat Malaysia sebagai panduan
๐ V - makan pelbagai jenis makanan setiap hari
Penting untuk kita perbetulkan mindset kita dahulu sebelum mencuba apaยฒ jenis diet.
Diet apa yang ngamโ๏ธ
Jom kita cuba konsep Diet Suku-Suku Separuh!
Suku ยผ - karbohidrat๐๐ฅ๐๐
Suku ยผ- protein๐ฅ๐ฅฉ๐
Separuh ยฝ - sayur & buah-buahan๐ฅฆ๐ฅฌ๐๐ฅ๐๐
Amalkan diet ini di setiap waktu makan utamaโ
Simple & Sihat๐
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Address
Lot 3, Block B, Ground Floor, Donggongon New Township, Penampang
Kota Kinabalu
89500
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 19:00 |
| Tuesday | 08:00 - 19:00 |
| Wednesday | 08:00 - 19:00 |
| Thursday | 08:00 - 19:00 |
| Friday | 08:00 - 19:00 |
| Saturday | 08:00 - 19:00 |
| Sunday | 08:00 - 19:00 |
