Real Beauty - SyikinMatnin

Real Beauty - SyikinMatnin

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Real Beauty - SyikinMatnin, Beauty, cosmetic & personal care, Kota Kinabalu.

15/06/2021

Okay MASKNE:
Maskne adalah terma baru bagi masalah jerawat yang timbul disebabkan oleh pemakaian pelitup muka atau face mask. Dalam bahasa perubatan, maskne diklasifikasikan sebagai “acne mechanica” atau “frictional acne” iaitu disebabkan oleh geseran kulit wajah secara berterusan dengan mask pada jangka masa yg agak lama. Hal ini akan menyebabkan keradangan kulit dan liang pori tersumbat dimana akhirnya akan timbul jerawat.
JOM CEGAH MASKNE DGN CARA NI:
1. Gunakan mask secara betul.
Jika uols guna surgical mask atau medical-grade mask, pastikan tidak memakainya berulang kali. Jika mask terlalu lembap apabila melakukan aktiviti luar, sediakan 2-3 mask tambahan agar mudah diganti.
Jika menggunakan mask kain , saya advise utk kerap cuci dengan air panas untuk membunuh kuman yang terperangkap di fabrik.
2. Bersihkan wajah setelah menggunakan mask:
Untuk ini, baik kulit berminyak dan kering, I would strongly recommend gentle cleanser. No scrubbing,kalau guna AHA or BHA based cleanser, gunakan dengan hanya konsentrasi yang sangat rendah. Bagi gentle cleanser, gunakan cleanser yang mengandungi ceramide untuk mencegah iritasi dan kekeringan.
3. Gunakan pelembap:
Pilih pelembap dengan bahan yang ringan atau water-based. Soothing moisturizer is the best untuk kurangkan kesan kemerahan akibat geseran yang lama.
4. Jangan lupa sunblock:
Jangan lupa tau, walaupun kulit dilindungi dengan mask. At least spf 29 and above. Dr sarankan sunblock yang mengandungi “zinc” dan “titanium” kerana kedua kandungan ini mampu mencegah iritasi kulit secara tidak langsung.
5. Hindari make up tebal:
Light make up is advisable. Jika muka sedang berjerawat, sebaik ya hindari dulu penggunaan make up kerana dikhuatiri akan lebih teruk.
Jika anda khuatir maskne akan lebih teruk, sebaiknya dapatkan konsultasi doktor terlebih dahulu untuk nasihat tentang perawatan yang sesuai.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kota Kinabalu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Kota Kinabalu
88000