Natural Ikhtiar

Natural Ikhtiar

Share

Alam semesta adalah terapi, dan keheningan adalah bahasa jiwa..

12/03/2026

Kehidupan moden yang penuh dengan skrin dan tugasan menyebabkan "keletihan mental".

Pemandangan alam seperti bunga yang berwarna-warni atau bukit yang menghijau memberikan jenis perhatian yang dipanggil soft fascination (tarikan lembut).

Ia membolehkan otak kita berehat daripada fokus yang memenatkan dan memulihkan keupayaan untuk menumpukan perhatian semula.

Berilah otak ruang untuk tenang dengan melihat alam sebentar.😊

01/03/2026

Anda kenal bunga ini?

Saya pasti anda biasa dengan bunga marigold ataupun sering disebut bunga tahi ayam.

Masyarakat tempatan memanggilnya "bunga tahi ayam" kerana baunya yang agak kuat dan tajam. Sesetengah orang anggap tidak menyenangkan, walaupun baunya tidaklah seperti tinja ayam sebenar.

Bau yang kuat ini sebenarnya bermanfaat sebagai penghalau serangga perosak dan cacing nematod di kebun organik.

Sungguhpun baunya kuat, bunga- bunganya cantik dan menarik.

26/02/2026

Selamat pagi.
Comel tak saya?

18/02/2026

Dalam kesusteraan ia melambangkan cinta dan pengorbanan.

Akar Cempaka Hutan (Allamanda cathartica), juga dikenali sebagai bunga akar kuning atau golden trumpet.

Ia tumbuhan memanjat tropika yang popular dengan bunga kuning berbentuk loceng yang besar.
Memerlukan cahaya matahari penuh, tanah lembap, dan sokongan untuk memanjat.

Lazimnya ditanam sebagai tanaman hiasan dan landskap atau pagar. Bunganya cantik ketika mekar.

Tumbuhan ini sedikit beracun dan getahnya boleh menyebabkan iritasi kulit.

09/02/2026

Bunga Adenium, atau dikenali sebagai Kemboja Jepun/Cina, ialah tumbuhan sukulen popular.

Batangnya berbonggol besar dan bunga cantik berbentuk loceng yang pelbagai warna seperti merah, putih, kuning, Merah jambu.

Ia adalah pokok hiasan yang tahan lasak, sesuai dijadikan bonsai, dan memerlukan cahaya matahari penuh untuk berbunga lebat.

Pokok ini boleh mencapai ketinggian 1-3 meter.

07/02/2026

Sekadar penyeri - Bunga jantan pokok peria.

Cirinya jelas dengan tangkai bunga kurus panjang dan tiada benjolan buah betina selepas bunga.

05/02/2026

Betik atau papaya kaya dengan enzim papain, serat, vitamin A, dan vitamin C yang sangat baik untuk melancarkan pencernaan, mencegah sembelit, dan meningkatkan sistem imun badan.

Betik juga membantu kesihatan kulit, mata, dan jantung.Kalori yang rendah menjadikannya sesuai untuk diet dan baik untuk menurunkan berat badan.

Namun pengambilan betik harus lah secara sederhana kerana pengambilan berlebihan boleh menyebabkan tapak tangan dan kaki menjadi kuning.

05/02/2026

04/02/2026

Ia kelihatan seperti bunga raya tetapi ia bukan bunga raya / hibiscus walaupun ia adalah keluarga.

Ini ialah bunga Abutilon. Ia mempunyai kelopak yang tidak membuka sepenuhnya . Kelopaknya tetap menggulung dan boleh dikatakan tidak mekar.

Ia digelar ' bunga raya yang pemalu ' ☺️

Menarik dan cantik 😍

31/01/2026

Nikmat terbesar kehidupan ialah kesihatan dan ketenangan hati❤️.

30/01/2026

Warna warni capsicum.

Capsicum berwarna Merah, kuning dan oren mempunyai rasa manis manja. Boleh dimakan mentah sebagai snek.

Manakala capsicum berwarna hijau rasa sedikit pahit. Sesuai campuran masakan untuk aroma dan rasa.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kota Kinabalu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Kota Kinabalu