Dhiya Ahmad -MARY KAY Independent Sales Director

Dhiya Ahmad -MARY KAY Independent Sales Director

Share

Cosmetic & SkinCare Product from Mary kay

20/11/2022

Serba salah Akak nak tayangkan menu Akak hari ini.. Ada yg cakap menu kayangan..🤭
Terfikir juga ramai ke yg sudi singgah di Post Akak😅

S**a tak SAMBAL KERANG..
Akak tanya je..
Akak belanja resepi ye🍀💚
(Akak tak minta banyak pun.
Doakan Akak sihat 🙏)

Resepi SAMBAL KERANG..
===================
Bahan
🍀Kerang di rebus
🍀Cili kering (di kisar)
🍀Bawang merah (di kisar)
🍀Bawang putih (di kisar)
🍀Sedikit belacan
🍀Sebiji bawang besar( di hiris bulat)
🍀Satu batang serai titik
🍀Air asam jawa
🍀Sos cili sedikit
🍀Sos tomato sedikit je
🍀Garam dan gula
( bahan ikut citarasa sendiri ye)

Cara masak..
=======
💚Kerang di rebus, di ambil isinya
💚Panaskan kuali, hancurkan belacan, goreng hingga naik bau belacan.Tumis bahan kisar..
💚Tumiskan cili kisar, dan serai titik tadi hingga naik minyak..
💚Masukkan air asam jawa, sos cili, sos tomato sedikit kacau sehingga sebati..
💚 Masukkan isi kerang dan hirisan bawang, kacau rata..jangan terlalu kering biar berkuah sedikit ye😘
💚Rasa dulu, dah ok blh di hidangkan..
💚Siap.




Photos from Ida Akmal Idameor

Nourul Wahab jumpa Sajat, ternganga mulut dengar kisahnya di Australia - Hiburan | mStar 20/11/2022

Nourul Wahab jumpa Sajat, ternganga mulut dengar kisahnya di Australia - Hiburan | mStar NOURUL terkejut mendengar cabaran dilalui Sajat.

20/11/2022

MINUM KOPI SEMASA HAMIL

"Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya peminat kopi dan sedang hamil. Bolehkah saya minum kopi? Terima kasih"

Walaikumusalam.

Sepertimana yang kita ketahui, kopi mengandungi kafein. Inilah yang boleh membahayakan kehamilan jika sekiranya seorang ibu yang sedang hamil minum kopi ketika hamil dengan terlalu kerap.

Kopi bersifat asid, oleh itu menyebabkan mudah rasa loya dan muntah.

Kafein juga merupakan bahan perangsang dan diuretik (penyebab mudah rasa mahu kencing kerana pundi kencing cepat penuh).

Elok ambil kopi selepas ambil sedikit makanan. Pengambilan kopi haruslah dihadkan kepada satu atau dua cawan kopi sehari. Dos kafein yang dicadangkan adalah kurang dari 200mg.

Pengambilan kopi yang terlalu banyak boleh memudarat ibu yang sedang hamil.

1. Mengalami insomnia iaitu s**ar untuk tidur. Elakkan kopi selepas pukul 6 petang.

2. Mengganggu penghadaman kerana kopi bersifat asid.

3. Mengalami tekanan darah tinggi ketika hamil.

4. Mengalami sakit kepala.

5. Mengalami anemia kerana kafein menghalang penyerapan zat besi.

6. Mengalami keguguran di awal kehamilan.

7. Menyebabkan kelahiran pramatang.

8. Kafein boleh melintas masuk ke dalam uri boleh memberi kesan kepada corak tidur dan pergerakan bayi dalam rahim. Ini sekaligus menyebabkan janin akan terus terjaga.

Jadi saya lebih s**a menasihati ibu yang hamil agar mengelakkan pengambilan kopi (kafein) ketika mereka sedang hamil.

Semoga bermanfaat.


www.drzubaidi.com

Ikuti perkongsian pengalaman dan pengetahuan sepanjang lebih 25 tahun menjadi doktor Pengamal Perubatan Am di Telegram berkaitan kesihatan, pemakanan dan ubat-ubatan.

https://t.me/PerkongsianDrZubaidiHjAhmad

20/11/2022

💜Bihun Sup Utara (Sup Tulang)💜

Bahan bahan
☑1 peket bihun
☑1 sudu kunyit
➡Rebus bihun dalam air yang mendidih yang ditambah kunyit..kemudian basuh dan tap*s..

Bahan2 Sup Tulang
☑1kilo tulang dicampur sedikit daging
☑2 batang serai ketuk
☑Halia lebih kurang 2 inci diketuk
☑4 ulas bawang putih ditumbuk
☑4 ulas bawang merah kecil ditumbuk
☑1 batang kulit kayu manis
☑Setengah sudu kecil bunga cengkih ditumbuk kasar
☑Setengah sudu kecil lada hitam ditumbuk kasar
☑3 bunga lawang
☑4 biji buah pelaga
☑Sedikit batang daun sup
☑Air secukupnya
➡Masukkan semua bahan bahan didalam periuk..
➡Rebus sehingga empuk kemudian masukkan garam atau perasa jika s**a..

***➡lepas sup dah masak boleh masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah digoreng ke dalam sup...kalau taknak buat pon tak apa..

Bahan2 cabai merah:
☑Cili kering yang telah di blend atau ciliboh atau cili yang siap dikisar
☑Sedikit bawang putih dan bawang merah kecil ditumbuk
☑Asam keping atau air asam jawa atau cuka
☑Garam
☑Gula
➡Tumis bawang kemudian masukkan cili ..
➡masak sampai pecah minyak..
➡masukkan asam keping atau air asam jawa atau cuka..garam dan gula..
➡boleh juga masukkan sesikit sos cili jika taknak masukkan gula.

Bahan2 sampingan untuk dimakan bersama: ☑bihun
☑Daun bawang
☑Daun sup
☑Lobak masin (kalau bihun sup utara, hat ni agenda wajib kena ada. Bukan sunat🤣)
☑Bawang goreng

Selamat mencuba😊😊

# Bihun sup utara..cabainya merah..bihunnya kuning😁

Kredit Resepi : zaini talib

20/11/2022

RESEPI DAGING BULGOGI

Bahan:
- 400-500g daging
- kucai (dihiris)
- bawang (dihiris)
- lobak merah (dihiris)
- daun bawang (dihiris)
- 2 sudu minyak bijan
- 1 sudu bijan

Bahan perap:
- 3 sudu besar gulang perang
- 1 sudu besar minyak bijan
- 8 sudu besar kicap
- 1 sudu besar minyak sayur / minyak zaitun
- 2 sudu kecil bawang putih cincang
- 2 sudu kecil halia cincang
- 1 buah pir yang telah diparut
- 1/2 sudu kecil lada hitam

Cara penyediaan:
1. Sediakan bahan perap - campurkan kicap, gula perang, minyak, bawang putih dan halia, lada hitam dan parut buah pir ke dalam campuran. Masukkan sekali potongan daging dan gaul sebati.
2. Biarkan daging diperap seketika, selama satu malam ataupun sejam.
3. Hiris bawang, lobak merah, daun bawang dan kucai.
4. Grill daging pada suhu tinggi selama 5 minit, bersama sayur dan letakkan sekali. Kecilkan suhu, masukkan bijan dan biarkan daging masak selama beberapa minit.
5. Ataupun masukkan daging dan sayur ke dalam pressure cooker dan masak dengan perlahan selama 2 jam atau lebih.

Kredit: Steak and Teeth

20/11/2022

PUCAT, LETIH MUNGKIN PETANDA ANEMIA DI KALANGAN KANAK-KANAK

Pucat sering letih adalah antara petanda anak mengalami anemia yang disebabkan oleh kekurangan zat besi. Ambil langkah awal memberikan makanan untuk menambah darah.

Anemia ialah satu keadaan di mana badan kekurangan sel darah merah. Ia juga salah satu petanda kekurangan zat besi.

Sel darah merah sangat penting untuk membawa oksigen ke seluruh badan.
Terdapat pelbagai jenis anemia. Antaranya ialah anemia yang disebabkan oleh kekurangan zat besi yang banyak berlaku dalam kalangan kanak-kanak.

Anemia akibat kekurangan zat besi terjadi apabila tubuh kekurangan zat besi untuk menghasilkan sel darah merah yang bermutu. Zat besi merupakan elemen yang penting dalam pembentukan sel darah merah.

Kekurangan zat besi menyebabkan badan tidak boleh menghasilkan hemoglobin (Hb) iaitu protein penting dalam sel darah merah yang mencukupi untuk membawa oksigen ke seluruh badan.

Hal ini mengakibatkan badan kekurangan sel darah merah dan akan mengalami tanda-tanda seperti pucat dan mudah keletihan.

APA YANG MENYEBABKAN KURANG ZAT BESI?

Terdapat beberapa sebab kekurangan zat besi dalam badan iaitu :

• Kehilangan darah
• Kurang bekalan zat besi dalam badan
• Kurang kebolehan untuk penyerapan zat besi

Kanak-kanak mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami anemia disebabkan oleh kekurangan zat besi.

Bayi dan kanak–kanak yang mempunyai risiko yang tinggi ialah di kalangan kumpulan yang berikut :

1. Bayi yang dilahirkan pramatang (awal tiga minggu dari tarikh dijangka bersalin) dan juga bayi yang kurang berat badan (

21/06/2021

HAPPY BIRTHDAY TO All BABY JUNE !🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎊🎊🎊🎊🎊🎊🎊

Semoga hari jadi anda dipenuh kasih sayang dan kebahagiaan bersama insan tersayang.

Saya juga ingin ucapkan selamat maju jaya dan di kesempatan ini ingin saya memberi anda hadiah istimewa pada bulan kelahiran anda.

https://s.mkbit.io/TNWU

Untuk menyerikn lagi hari bahagia anda & berpeluang untuk saya berikan hadiah percuma, anda hanya perlu berkongsi analisis kulit ini dengan rakan anda dan anda pun boleh ikut serta dalam program ini bersama yang lain !

https://s.mkbit.io/TNWn

Jangan Risau, FOC sahaja💙💙

Jom kita cerita dekat wasap
📲 Www.wasap.com//+601125317242/birthdayJune/my

21/06/2021

Mask limited edition by Mary Kay.. Foaming Bubbles Purifying Sheet Mask💙💙

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kota Kinabalu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Kota Kinabalu
88100