Rs Anggerik D' Beauty House
SALON KECANTIKAN MUSLIMAH Kami merupakan sebuah salon kecantikan MUSLIMAH yang beroperasi di Bandar Kota Tinggi sejak 2007.
Kami menyediakan pelbagai perkhidmatan & produk-produk terhangat di pasaran dengan harga berpatutan. Pelanggan-pelanggan kami terdiri dari Malaysia & Singapura. Perkhidmatan yang terdapat di salon kami :
* Facial / Rawatan Muka
* Rambut / Hair Style (Wanita shj)
- Mewarna/colour
- Inai
- Kerinting/perm
- Lurus/rebonding
- Gunting
- rawatan rambut/treatment
* Urut/Massage (Lelaki & Wanita)
- Tra
untuk kita semua lebih faham apa beza hair dye dan inai di rambut kita ❤️
Rs Anggerik D' Beauty House merupakan pusat kecantikan muslimah yang menawarkan perkhidmatan dr hujung rambut hingga ke hjg kaki seperti rawatan muka, gunting rambut, inai rambut, steam rambut, mandi wap(sauna),mandi lulur, mandi susu dan mandi rempah. Kami juga mempunyai perkhidmatan urutan tradisional wanita
Sila hubungi 0127100085 /01136681814 untuk keterangan lanjut
* tiada lagi perkhimatan urutan traditional untuk lelaki
BERITA BAIK!! BERITA BAIKK!!
promosi raya untuk rawatan muka/facial hanya rm38 dilanjutkan hingga 31 July!!
SEMAKIN CANTIK MENJELANG RAYA!!
BERMULA 7 JUN HINGGA 3 JULY
PROMOSI FACIAL HANYA RM38 UNTUK SEKALI SESI!
JIMAT RM20!!
p/s : untuk bulan puasa kami beroperasi dari 10pg - 5 ptg
cuti : selasa
Tips Penjagaan Rambut
Anda seorang yang bertudung? Jika Ya, Adakah penting penjagaan rambut bagi wanita bertudung? Sesetengah pendapat ada mengatakan bila dah bertudung, tidak perlulah ambil berat soal rambut ni. Rambut ada kutu? Kelemumur? Berminyak? Semua boleh sorok bila bertudung. Pemikiran macam tu, haruslah dikikis dan dibuang jauh-jauh ya.
Tudung atau tidak bukan ukurannya. Yang penting sebagai wanita, anda tidak boleh menafikan istilah yang rambut itu adalah mahkota wanita. Sayangilah ia sama seperti anda menjaga kulit wajah dan penampilan diri yang lain. Walaupun anda bertudung, pastikan rambut anda sentiasa terjaga dengan mengamalkan beberapa tips berikut:
1. Pilihlah tudung dari jenis kain yang mudah menyerap peluh seperti fabrik dari kain kapas. fabrik yang mudah menyerap peluh akan memudahkan aliran udara dikepala anda.
2. Trend pemakaian tudung terkini menyaksikan gabungan beberapa lapis tudung bagi sekali pemakaian. Kita boleh menvariasikan gaya namun ingat, jangan melebihi empat lapisan kain ya. Ini kerana semakin tebal tudung anda, semakin sukar rambut anda bernafas dan mudah lembab dan berbau.
3.Hindari pemilihan kain tudung berwarna gelap seperti hitam jika kita banyak menghabiskan masa di bawah sinar matahari. Warna hitam akan menyerap sinaran matahari lebih banyak dan ini kadangkala akan membuatkan anda tidak selesa, berasa pening dan kulit kepala akan mudah gatal dan berpeluh.
4. Sebaik sahaja sampai di rumah selepas bekerja mahupun daripada beriadah, teruslah membuka tudung dan biarkan kulit kepala bernafas terlebih dahulu. Berehatlah seketika dalam masa setengah jam sehingga peluh di tubuh dan kulit kepala anda benar-benar kering. Sebaik-baiknya bukalah ikatan rambut anda dan biarkan angin meresap ke seluruh kulit kepala. Elakkan terus mandi sebaik sahaja sampai di rumah.
5.Sewaktu anda tidak mengenakan tudung, sikatlah rambut anda dan elakkan daripada tidak terurus. Secara tak langsung ia akan memastikan akar rambut dan kulit kepala mendapat pengudaraan yang secukupnya
Keadaan kulit kepala dan rambut yang bertutup sepanjang hari boleh menjadi punca kepada kerosakan rambut jika tidak kena caranya.
6. Elakkan memakai tudung ketika rambut anda basah. Keadan ini akan menimbulkan masalah kelemumur, rambut berminyak dan rambut berbau yang kurang menyenangkan.
7. Jagalah kebersihan rambut dan kulit kepala dgn penggunaan produk yang bersesuaian dengan keadaan rambut anda. Penggunaan produk rambut yang lengkap seperti syampu, perapi, minyak rambut (sebelum cucian), serum/ tonik ( selepas cucian) dan masker rambut amat penting khususnya bagi wanita yang menghadapi masalah rambut
Rs Anggerik D' Beauty House merupakan pusat kecantikan muslimah yang menawarkan perkhidmatan dr hujung rambut hingga ke hjg kaki seperti rawatan muka, gunting rambut, inai rambut,lurus dan kerinting rambut juga steam rambut, mandi wap(sauna),mandi lulur, mandi susu dan mandi rempah. Kami juga mempunyai perkhidmatan urutan tradisional untuk wanita & lelaki ( bilik lelaki berasingan dan diurut oleh orang lelaki)
* kawasan gunting rambut dan bilik rawatan untuk wanita bertutup dan berasingan dari bilik lelaki
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Jalan NIAGA UTAMA
Kota Tinggi
81900
