Felicia BeuSkin

Felicia BeuSkin

Share

Kami menawarkan produk skincare dan kosmetik natural dan menyediakan rawatan muka

30/04/2024

Alhamdulillah…
Hari ni genap usiaku yg ke-49 tahun. Terima kasih kepada semua yg mengirimkan ucapan dan doa❤️

19/03/2024

KULIT KERING DAN DEHIDRASI SAMA KE?

Umumnya ramai wanita asia mengalami masalah kulit yang rasa kering, kusam dan ada jugak sehingga mengelupas.

Ada banyak faktor yang mempengaruhi keadaan kulit kita seperti cuaca panas, sentiasa berada dalam kawasan sejuk (aircond), salah pemakaian produk dan banyak lagi.

Tapi kulit kering dan dehidrasi ni sama ke berbeza?

Walaupun kesan dia lebih kurang sama, tapi ia adalah keadaan kulit yang berbeza.

Kulit kering selalunya disebabkan kulit kurang minyak semulajadi (atau kita panggil sebum). Sebum ni ialah minyak semulajadi dari kulit kita yang bertujuan untuk mengekalkan kelembapan kulit.

Bila sebum ni makin berkurang, kulit akan mula rasa kering, kusam, dan tegang.

Untuk dehidrasi p**ak adalah dimana kulit kita kekurangan air. Tidak semestinya berlaku kepada yang jenis kulit kering sahaja, kulit jenis berminyak atau kombinasi juga boleh berlaku dehidrasi.

Selalunya kulit yang dehidrasi akan nampak kasar, sensitif, mudah merah dan mengelupas.

Untuk mengawal kulit dari terjadi seperti di atas, pastikan menggunakan produk yang sesuai seperti moisturizer, mist, serum dan penting dapatkan rehat yang cukup serta minum air putih secukupnya.

Bila kita kawal kulit dari dalam dan luar, kulit akan jadi lagi berseri, anjal dan awet muda.

18/03/2024

Bismillah..

Ya Allah, lancarkanlah rezeki yang melimpah ruah buat kami dan berkatilah segala usaha kami dalam menjemput rezeki. Aamin YRA

23/12/2023

Bismillah…

Nabi SAW bersabda,

“Sesungguhnya yang HALAL itu JELAS dan yang HARAM itu JELAS. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang SYUBHAH (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak. Maka siapa yang takut terhadap SYUBHAH bererti dia telah menyelamatkan agamanya dan kehormatannya.

Dan siapa yang terjerumus dalam perkara SYUBHAH, maka akan terjerumus dalam perkara yang DIHARAMKAN”.

Riwayat Muslim (107)

Jelas?

Photos from Felicia BeuSkin's post 05/12/2023

Tahniah Dr Siti Hamidah dan team atas anugerah yang di terima.

Nk Age Reverse merealisasikan impian untuk kulit yang sihat, awet muda dan bebas masalah.

15/10/2023

Assalamualaikum
Selamat berhujung minggu

Bismillah…

Semoga apa saja yang kita lakukan hari ini membawa kebaikan buat kita semua, mudah mudahan peroleh keberkatan dari Yang Maha Esa dan rezeki kita semua berlipat kali ganda.
Aaminn.....

آَمِيـٍـِنْ آَمِيـٍـِنْ يَآ رَبَّ آلٌعَآلَمِِيِنْ.

13/10/2023

Muhasabah Diri…

Suatu saat ALLAH MENYEMPITKAN ...supaya kita tidak hanyut dalam KESENANGAN dan menjadi SOMBONG...

Suatu masa ALLAH MELAPANGKAN ..supaya kita BERSYUKUR kepadanya..."

Boleh jadi kamu MENBENCI sesuatu padahal ia AMAT BAIK UNTUKMU,boleh jadi kamu MENYUKAI SESUATU padahal ia AMAT BURUK BAGI MU...

ALLAH MAHA itu Maha mengetahui ....
Sedangkan kamu tidak MENYEDARINYA...

Semoga Allah mudahkan urusan kita hari ini dan dibukakan untuk kita pintu-pintu rezeki dan pintu kebahagiaan… aminn ya mujib😍

Salam Jumaat & selamat pagii❤️

28/09/2023

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi..
Salam maulidur rasul.. Selawat ke atas nabi muhammad SAW..😊

14/09/2023

Syukur Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. Dengan izin Allah

Dikurniakan pensijilan Halal Jakim merupakan satu hadiah drp Allah SWT. Kerana inilah denyut nadi perjuangan CHARMS. Mencari redha Allah.

Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud:

“Mencari yang halal itu adalah wajib bagi setiap orang Islam”. (HR Ibnu Abdil-Barr).

Dan juga

Sabda Rasulullah SAW:

“Sesungguhnya yang halal itu terang (jelas), dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya p**a terdapat perkara-perkara yang syubhah (yang tidak terang halal atau haramnya) yang tidak diketahui oleh manusia. Orang yang memelihara dirinya daripada perkara syubhah itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatannya dirinya.” (HR Bukhari & Muslim).

Kalau 2017..
Kak min yakin untuk bertukar kepada Produk CHARMS
Skrg makin YAKIN untuk terus bersama PRODUK CHARMS

Kak Yan YAKIN
Sahabat2 semua pun..
Pentingkan yg HALAL
DALAM SETIAP ASPEK KEHIDUPAN KITA SEBAGAI SEORANG MUSLIM
Bukan sahaja dari segi pemilihan makanan..
Dari segi Pemilihan KOSMETIK & SKINCARE PUN kena mencari yg HALAL
SEBAB 60% apa yg kita pakai di muka akan diserap dlm darah kita.

Adakah Skincare dan kosmetik yang anda guna telah mendapt akreditasi pensijilan Halal Jakim?

02/08/2023

Assalamualaikum…
Selamat Pagi ☻︎

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Semoga apa saja yang kita lakukan hari ini membawa kebaikan buat kita semua, mudah mudahan peroleh keberkatan dari Yang Maha Esa dan rezeki kita semua berlipat kali ganda.
Aaminn.....

آَمِيـٍـِنْ آَمِيـٍـِنْ يَآ رَبَّ آلٌعَآلَمِِيِنْ.

03/07/2023

Salam Aidiladha buat semua

Semoga ibadah korban yg dilakukan diterima dan diredhai olehNya

03/07/2023

COMING SOON this July…

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kuala Kangsar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Kuala Kangsar
33000

Opening Hours

Monday 09:30 - 18:00
Tuesday 09:30 - 18:00
Wednesday 09:30 - 18:00
Thursday 09:30 - 18:00
Friday 09:30 - 18:00
Saturday 09:30 - 18:30