Kakak Manis Mobile Spa

Kakak Manis Mobile Spa

Share

Mobile Home Facial Spa

05/03/2021

Lindungi kulit kita dari pencemaran..

Pencemaran bukan hanya boleh berlaku melalui air, tetapi juga udara. Sebenarnya pencemaran di udara lebih teruk kerana ia sesuatu yang kita tak nampak, tak dapat merasakannya melainkan jika kita pasti yang kita berada dipersekitaran yang udaranya tercemar seperti ketika keadaan berjerebu (haze).

Bagaimana caranya kita tahu bahawa kita telah melindungi kulit kita dari pencemaran?

Pastikan anda ada melalukan senarai dibawah ini bagi memastikan anda telah benar-benar melindungi kulit anda.
Setiap hari, pastikan anda Membersih sisa-sisa alat solek dengan betul.
Cuci muka sebersihnya sekurang-kurangnya dua (2) kali sehari.
Sapukan Penyegar / Toner setiap kali setelah mencuci muka.
Sapukan Pelembap samada siang atau malam. Terutama sekali waktu siang.
Akhir sekali tutup dengan Pelindung Matahari setiap kali selepas pelembap terutama pada waktu siang. (Ini semua anda boleh amalkan dengan merujuk kepada langkah rutin penjagaan kulit harian)
Makan makanan yang tinggi dengan anti-oksida. Apakah makanan yang sesuai tersebut? Ia adalah makanan semulajadi berunsurkan tumbuhan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
Seperti orang kampung zaman dulu lebih kepada makan ulam-ulaman dan pucuk-pucuk dan dimakan mentah. Kalau orang barat ialah salad. Jadi ulam tu seperti la salad pada kita orang Malaysia. Kerana bahan anti-oksida yang kita makan, apabila masuk dalam badan, ia bertindak melindungi dalaman serta luaran tubuh kita dari proses oksidasi yang mempercepatkan proses penuaan. Itu lah rahsia awet muda generasi terdahulu.

Jadi kita seharusnya lebih cantik dari wanita generasi terdahulu kerana kita ada penjagaan kulit berkualiti tinggi lengkap luaran dan dalaman. Bukan hanya memakai bedak sejuk je tau 😁

Kredit : Elysyle Beautyprenuer Training

05/03/2021

ELYSLYE Specialist
EXTRA GENTLE CLEANSING MILK (C2A ComplexTM)

Sejenis Pembersih Muka “bukan buih”. Iaitu dalam bentuk krim cecair.
Ianya dipakai sebelum membersihkan muka dengan buih pembersihan.
Sesuai untuk semua jenis kulit, perempuan dan lelaki.

Ramai yang tak pernah menggunakan “Cleansing Milk”.
Sebabnya : Tidak selesa, tidak s**a, malas, tak perlu, tak tahu.

Malah ramai tidak tahu pun mengapa perlu menggunakannya.
Sebabnya : Mengikut pemahaman sendiri, mencuci haruslah dengan sesuatu dalam bentuk buih atau sabun, baru akan terasa bersih dan terasa muka dah lengkap dengan rutin pembersihan.

Mengapa kita memerlukan “Cleansing Milk” atau “Pra-Pembersihan”?
Kerana, kulit setiap orang mempunyai liang roma. Malahan ada setengah golongan yang liang romanya agak besar dan jelas kelihatan. Liang roma ini fungsinya merembeskan minyak semulajadi kulit dari ‘kelenjar minyak’ dibawah kulit untuk melembapkan kulit.

Jumlah minyak yang dihasilkan oleh kelenjar kulit ini lah yang akan menentukan jenis kulit kita ini adakah berminyak atau kering.
Jenis kulit yang kering adalah disebabkan minyak yang kurang. Manakala jenis kulit berminyak adalah disebabkan kelenjar minyak yang terlampau aktif merembeskan minyak dipermukaan kulit melalui liang roma.

Jadi, liang roma kita memang sentiasa mengandungi minyak. Maka segala kotoran yang melekat pada kulit seperti habuk, pencemaran dan yang pasti alat solekan seperti segala jenis bedak, semua akan terperangkap didalam liang roma lalu menyumbatkannya.
Untuk jangka masa panjang akan menyebabkan bintik hitam terbentuk. Lama kelamaan boleh menjurus kepada masalah jerawat atau jerawat batu.

Untuk mencegah dari masalah berjerawat, liang roma harus dibersihkan setiap hari.
Penggunaan buih pencuci muka terus pada kulit hanya dapat membersihkan kotoran pada permukaan kulit, bukannya kotoran yang berada dalam liang roma.

Oleh itu, “Cleansing Milk” diperlukan untuk melakukan tugasan ini.

Pada mereka yang berkulit berminyak, merasakan tidak selesa jika mencuci dengan Cleansing Milk kerana akan rasa lebih berminyak. Tetapi mereka memerlukan Cleansing Milk untuk membersihakan minyak yang tersumbat. Sebab itu, selepas Cleansing Milk, anda dikehendaki melakukan pembersihan dengan Buih Pencuci Muka untuk membersihkan minyak yang melekat.
Secara langsung, ia menolong mencegah pembentukan jerawat.

Bagi mereka yang berkulit kering, matang, lagi memerlukan Cleansing Milk, kerana ia akan membantu melembapkan kulit yang kering tadi.
Secara langsung ia mencegah dari penuaan awal kulit.

Tetapi Cleansing Milk juga hanya dipakai pada waktu malam, atau sebelum tidur.
(Sejurus anda pulang dari kerja atau urusan luar) Kerana masa ini kita memakai banyak alat solek atau kulit lebih banyak terdedah pada persekitaran luaran.

Kalau bangun pagi, boleh terus memakai Cleansing Foam / Buih Pencuci Muka.

Cara penggunaannya mudah sahaja. Letak 2-3 pam ditelapak tangan, ratakan pada seluruh kulit muka. Kemudian lap dengan menggunakan tisu muka.
Ulang sekali lagi jika merasakan masih belum bersih atau solekan lebih tebal pada hari tersebut.

ELYSYLE GENTLE CLEANSING MILK ini terkandung juga C2A Complex yang berfungsi menentang pencemaran. Hebat kan!
Cleansing Milk ini juga bertekstur krim yang akan bertukar kepada tekstur emulsi selepas beberapa ketika sebati dengan haba badan kita.
(Maksudnya, mula-mula bertekstur berat, tetapi akan betukar tekstur ringan selepas beberapa saat disapu pada muka)

Nota kasih sayang : Setiap kali bercerita pasal Cleansing Milk, memang panjang “story” saya sebab nak fahamkan pengguna tentang betapa pentingnya peranan Cleansing Milk yang ramai masih lagi tidak tahu.
Bagi yang memang pengguna tegar, tahniah diucapkan, Kerana kulit yang dicuci dengan Cleansing Milk memang awet muda dan bersih gebu serta jernih.

Terima kasih kerana tekun membaca hingga kini..🏆🏆🏆

Selamat mencuba 😍

17/02/2021

Cerita Motivasi – Air Yang Pahit

Ada seorang tua bijak didatangi seorang pemuda yang sedang menghadapi masalah.

Tanpa membuang waktu pemuda itu langsung menceritakan semua masalahnya.

Pak tua bijak hanya mendengar dgn seksama, lalu ia mengambil segenggam serbuk pahit dan meminta anak muda itu mengambil segelas air.

Ditaburkanlah serbuk pahit itu ke dlm gelas & diaduk perlahan,

”Coba minum ini dan katakan bagaimana rasanya?” Ujar pak tua
“Pahit sekali…..” Jawab pemuda itu.

Pak tua itu tersenyum, mengajak pemuda itu utk berjalan ke tepi danau di belakang rumahnya.

Mereka berjalan berdampingan & akhirnya sampailah mereka berdua ke tepi danau yg tenang itu.

Sesampai disana, pak tua itu kembali menaburkan serbuk pahit ke danau itu dan dgn sepotong kayu ia mengaduknya,
“Coba ambir air dari danau itu & minumlah”

Saat si pemuda mereguk air itu, pak tua bertanya lag, “Bagaimana rasanya…?”
“Segar….” sahut si pemuda….

” Apakah kamu merasakan pahit di dlm air itu?” Tanya pak tua itu
” Tidak….” Sahut pemuda itu.

Pak tua itu tertawa sambil berkata

“Anak muda…”
Dengarkan baik2, pahitnya kehidupan sama sperti segenggam serbuk pahit ini, tak lebih tak kurang. Jumlah dan rasa pahitnya pun sama & mmg akan tetap sama.

Tapi “INGAT..” kepahitan yg kita rasakan sangat tergantung dari wadah yg kita miliki.

* Jadi saat kita merasakan kepahitan & kegagalan dlm hidup, hanya ada satu yg kita dapat lakukan:

“Luaskan & perbesar kapasitas hatimu utk menampung setiap kepahitan itu” Hati kita adalah wadah itu.

" Jgn jadikan hati kita seperti gelas, tapi buatlah hati kita seperti danau yg besar & mampu menampung setiap kepahitan itu dan merubahnya menjadi kesegaran dan kedamaian ".

01/01/2021

01/11/2020
12/09/2020

Sebab-sebab anda patut memilih Bright Oat
• Rasa kenyang lebih lama
• Membantu menurunkan tahap kolesterol
• Lazat & mudah dibawa ke mana-mana sahaja
• Membantu menstabilkan glukosa darah dan mengurangkan risiko diabetes jenis 2
• Tinggi serat dan Prebiotik (Insulin) membantu mempromosikan kesihatan usus yang lebih baik
• 9 bahan semula jadi - kaya dengan protein tumbuhan, antioksidan, vitamin & mineral.

Reasons you should choose Bright Oat
• Keeps your stomach feeling full for longer
• Helps to lower cholesterol level
• Tasty & convenient on-the-go pack
• Helps to stabilise blood glucose and reduces risk of Type 2 diabetes.
• High fibre and prebiotic (insulin) to help promote better gut health.
• 9 super natural ingredients - rich in plant protein, antioxidants, vitamins & minerals.

10/09/2020

Guasa merupakan terapi purba yang telah digunakan lebih dari 3,000 tahun untuk meningkatkan peredaran darah. Peredaran darah yang baik menggalakkan pengangkutan oksigen dan nutrien ke sel-sel sambil menyingkirkan sisa-sisa metabolik dan toksin daripada tubuh, sekali gus memberikan anda rehat dan lebih bertenaga selepas setiap terapi.

Guasa is an ancient therapy that has been used for over 3,000 years to improve blood circulation. A better blood circulation boosts the transport of oxygen and nutrients to the cells while removing metabolic wastes and toxins from the body, letting you completely relax and rejuvenate after each guasa therapy.

10/09/2020

Ester-C 500 Plus mengandungi Ester C yang berpaten yang 4 kali lebih berkesan berbanding Vitamin C biasa serta mudah diserap oleh badan. Ia juga mengandungi ekstrak kulit kayu pain, bioflavanoid, metabolit Vitamin C dan askorbat mineral yang membekalkan anda perlindungan imun selama 24 jam.

Tanpa gula tambahan atau pewarna dan perisa tiruan.

Ester-C 500 Plus contains patented Ester C that is four times stronger than normal Vitamin C and is easily absorbed by the body. It also contains pine bark extract, bioflavanoids, Vitamin C metabolites and mineral ascorbate to provide you with 24 hours of immunity protection.

Ester-C 500 Plus has no added sugar or artificial colouring and flavour.

10/09/2020

Smartkleen Foaming Hand Wash adalah produk yang mesra alam dan bebas triklosan, berupaya membersih secara menyeluruh dan menyingkirkan 99.9% kuman daripada tangan anda. Ia juga memberikan rasa serapan kelembapan yang segar dengan setiap cucian.

Smartkleen Foaming Hand Wash is an eco-friendly, triclosan-free product capable of thoroughly cleaning and removing 99.9% germs from your hands. It also delivers a fresh infusion of moisture with every wash.

02/09/2020

Diperbuat daripada germanium yang berketulenan tinggi dan batu mineral berharga, EB Plus mengatasi masalah kulit anda dengan 5 teknologi unggul - terapi termal, terapi sinaran inframerah jauh, terapi anion, terapi ultrabunyi dan terapi germanium.

Infused with high purity germanium and precious mineral stones, EB Plus eliminates your skin problems through 5 breakthrough technologies – thermal therapy, far infrared ray therapy, anion therapy, ultrasound therapy and germanium therapy.

02/09/2020

Terdedah kepada pencemaran setiap hari akan mempercepatkan penuaan kulit anda. Tingkatkan kuasa pertahanan kulit anda terhadap kesan pencemaran dengan Elysyle Advanced Age Recovery. Ia mengaktifkan detoksifikasi sel dan proses baikpulih untuk membersihkan sel-sel anda dan melawan kerosakan DNA. Kulit diremajakan dan menjadi lebih muda berseri.

Daily exposure to pollution rapidly ages your skin. Boost your skin’s defensive power against the effects of pollution with Elysyle Advanced Age Recovery. It activates the cellular detox and repair processes to purify your skin’s cells and combat DNA damage. Skin is rejuvenated, resulting in youthful radiant glow.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Kuala Lumpur