Petuamommy
Women | Elegance | Wellness
10/09/2021
๐๐๐ก๐๐ฒ๐ ๐๐๐๐. ๐๐๐ง๐ข๐ญ๐ ๐ญ๐๐ค๐ ๐ง๐จ๐ญ๐!
PCOS atau pun ๐๐ฐ๐ญ๐บ๐ค๐บ๐ด๐ต๐ช๐ค ๐๐ท๐ข๐ณ๐บ ๐๐บ๐ฏ๐ฅ๐ณ๐ฐ๐ฎ๐ฆ adalah satu sindrom disebabkan kecelaruan hormon. Kebiasaannya penghidap PCOS ini mempunyai tahap hormon lelaki (androgen) yang lebih tinggi daripada biasa. Ketidak-seimbangan hormon ini akan memberi kesan kepada kitaran haid, kesuburan dan rupa fizikal seseorang wanita.
Antara simptom yang kerap dialami pesakit PCOS adalah kitaran haid tidak menentu, ketidaksuburan, kemurungan, obes, suara parau dan rambut makin menipis. Malah, PCOS juga perlu dipandang serius kerana ia menjurus kepada masalah kesihatan yang lain seperti diabetes dan penyakit jantung.
Justeru, para wanita digalakkan untuk mengambil berat akan perubahan yang berlaku dalam diri. Buatlah pemeriksaan secara berkala. Amalkan gaya hidup yang sihat serta kekalkan berat badan yang ideal.
16/08/2021
๐๐จ๐จ๐๐ฒ ๐๐๐ญ๐ข๐ค๐ ๐๐๐ข๐, ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐๐๐ ๐๐ฎ๐ฉ๐๐ง๐ฒ๐!
Hormon! Ya, itulah penyebabnya. Perubahan turun naik hormon memberikan kesan kepada emosi sebelum kedatangan haid. Keadaan ini dikenali sebagai ๐๐๐-๐๐๐๐ ๐ก๐๐ข๐๐ ๐๐ฆ๐๐๐๐๐๐ (PMS).
Pakar mengatakatan PMS ini berkait rapat dengan penurunan estrogen dan progesterone, yang berlaku selepas ovulasi. Hormon-hormon ini mengganggu pengeluaran serotonin.
Serotonin adalah sejenis hormon yang membuatkan kita rasa bahagia. Ia juga bantu mengatur mood, selera makan dan kitaran tidur yang sihat. Nahh, apabila serotonin menurun tidak mustahil seseorang itu mudah rasa gelisah, sedih dan serabut bukan?
Secara normalnya, ketidakstabilan emosi ini akan hilang secara sendiri dalam masa beberapa hari. Jadi, ๐ก๐ ๐๐๐ ๐ค๐๐๐๐ ๐๐ข๐ก ๐กโ๐๐๐. ๐ท๐๐โ๐ก ๐ค๐๐๐๐ฆ ๐๐ก๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ฆ!
09/08/2021
๐๐๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ ๐ฎ๐ญ. ๐๐จ๐ซ๐ฆ๐๐ฅ๐ค๐๐ก?
Aduhhh sakitnyaaaaโฆ
Kesakitan ini adalah fitrah dan normal untuk wanita. Namun sekiranya berlanjutan dan simptom yang dialami terlalu teruk, anda disarankan berjumpa pakar.
Senggugut ataupun โperiod painโ adalah kesakitan di bahagian bawah perut dan pelvis (kawasan peranakan) sebelum atau semasa haid. Hal ini adalah disebabkan kitaran haid di mana rahim mengalami fasa penghakisan dinding rahim.
Kesakitan ni biasanya dialami apabila haid hampir tiba dan berlarutan sehingga dua ke tiga hari. Manakala kawasan kesakitan atau kekejangan adalah sekitar pelvis, belakang, peha dan perut.
Terdapat beberapa cara untuk meredakan kesakitan senggugut ini. Salah satu caranya adalah menggunakan โwarm padโ ataupun tungku di bahagian perut. Selain itu, boleh juga mengambil ubat tahan sakit (paracetamol) atau ubat pengurang radang, tetapi tidak digalakkan kerana akan memberi kesan jangka masa panjang.
Namun begitu, senggugut ini akan semakin jarang berlaku bagi wanita yang pernah atau baru bersalin, dan yang menggunakan pil perancang.
Semoga perkongsian ini memberi pencerahan kepada para wanita juga para jejaka yang membaca artikel ini agar lebih memahami wanita anda :)
26/07/2021
๐ ๐๐ข๐ฉ๐ฌ ๐๐๐ง๐ฃ๐๐ ๐๐๐ง ๐๐๐ฆ๐๐ฎ๐ญ ๐๐๐ ๐ข ๐๐๐ง๐ข๐ญ๐ ๐๐๐ซ๐ก๐ข๐ฃ๐๐
Wanita berhijab sering kali dikaitkan dengan kulit kepala dan rambut bermasalah. Namun hal ini dapat dielakkan sekiranya penjagaan rambut dilakukan setiap hari dengan cara yang betul. Mari amalkan tips yang mudah ini..
๐ช ๐
๐๐ฃ๐๐๐ฃ ๐๐ ๐๐ฉ ๐ง๐๐ข๐๐ช๐ฉ ๐๐๐จ๐๐ ๐๐๐ฃ ๐ฉ๐๐ง๐ก๐๐ก๐ช ๐ ๐๐ฉ๐๐ฉ
Ikat rambut dalam keadaan basah hanya akan menghasilkan kelemumur dan kulit kepala mudah berminyak. Selain itu, hujung rambut juga akan mula berbuah dan bercabang. Baiknya, biarkan rambut kering terlebih dahulu sebelum bertudung. Ikat rambut terlalu ketat juga akan membuatkan rambut lebih banyak gugur.
๐ช ๐ฝ๐๐ก๐๐ ๐ง๐๐ข๐๐ช๐ฉ ๐๐๐ฃ๐๐๐ฃ ๐จ๐๐ง๐ช๐ข ๐๐ฉ๐๐ช ๐ฉ๐ค๐ฃ๐๐
Setelah seharian rambut terperuk di sebalik tudung pastinya akan berbau kepam dan tidak bermaya. Sebelum tidur, biasakan diri belai rambut anda dengan serum ataupun tonik agar rambut kekal kuat dan sihat walaupun bertudung.
๐ช ๐ผ๐ฃ๐๐ ๐ฉ๐ช๐๐ช๐ฃ๐ ๐ฎ๐๐ฃ๐ ๐จ๐๐จ๐ช๐๐
Pemilihan anak tudung yang salah akan membuatkan kulit cepat berpeluh dan naik ruam. Pilih jenis fabrik kapas agar peluh senang diserap.
๐ช ๐๐๐ก๐๐ ๐ข๐๐ฉ๐๐ง๐๐๐ก ๐ฉ๐ช๐๐ช๐ฃ๐ ๐ฎ๐๐ฃ๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐จ ๐๐๐ฃ ๐ง๐๐ฃ๐๐๐ฃ
Ini bertujuan agar pengaliran udara yang baik meskipun bertudung juga mengelakkan kulit kepala berpeluh dan berminyak.
๐ช ๐๐ช๐๐ช๐ฃ๐ ๐๐๐ง๐ฌ๐๐ง๐ฃ๐ ๐๐๐ง๐๐
Tudung berwarna gelap tidak sesuai digayakan terutamanya jika berada di luar bangunan. Ini kerana tudung warna gelap akan memerangkap lebih banyak haba. Pilih warna yang cerah seperti warna krim ataupun tona warna โpastelโ.
Kini wanita berhijab turut dapat memiliki rambut yang cantik, wangi dan terurus. Selamat mencuba!
22/07/2021
*3 Tips Mudah Penjagaan Rambut Sihat*
Tidak dinafikan rambut adalah mahkota bagi lelaki mahupun perempuan. Ini kerana rambut memainkan peranan besar dalam penampilan diri seseorang. Mari kita ikuti tips penjagaan harian rambut agar lebih sihat dan segar.
๐*Cuci Rambut*๐
Penting untuk kita mencuci rambut namun terlalu kerap mencuci rambut akan mengakibatkan kadar keguguran rambut yang lebih tinggi. Mencuci rambut selang sehari atau apabila terasa kulit kepala berminyak sudah memadai.
๐*Elak guna air panas ketika cuci rambut*๐
Mencuci rambut dengan dengan air suhu bilik atau air sejuk sudah memadai untuk rambut. Air panas hanya akan membuatkan rambut menjadi lebih kasar, kering dan mengerbang.
๐*Getah Rambut yang Sesuai*๐
Cari getah rambut yg mempunyai material lembut seperti baldu ataupun satin. Material yang licin akan mengurangkan geseran pada rambut dan kurangkan risiko rambut gugur.
Mudah bukan? Dengan kaedah yang betul dan penjagaan harian ini, pastinya rambut akan lebih sihat dan terurus. Selamat mencuba!
20/07/2021
Sekecil-kecil pengorbanan adalah sangat besar nilainya kepada orang yang memerlukan.
Marilah kita mengambil ikhtibar daripada kita pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dalam bersabar menjalankan ketaatan kepada perintah Illahi.
Semoga semua yang membaca post ini, senantiasa berada di bawah lembayung rahmat-Nya. Amin.
Salam AidilAdha ๐ผ
15/07/2021
*Kenali 5 Jenis Kulit Muka*
Dah penat mencuba pelbagai produk kecantikan tapi satu pun tak sesuai? Dah beratus ribu yang dikeluarkan tapi kulit wajah masih sama. Tapi ada p**a kawan-kawan yang pakai satu jenis produk pun dah cantik. Pelik!
Haa.. di sini lah pentingnya untuk kita tahu jenis kulit wajah kita. Tidak semua produk kecantikan dan penjagaan kulit sesuai dengan kulit wajah kita. Paling penting jangan samakan kulit wajah kita dengan orang lain juga. Ingat, setiap orang jenis kulit lain-lain. Mungkin sesuai bagi mereka belum tentu sesuai bagi kita.
Jom kenali 5 jenis Kulit Muka
๐ผ*Kulit Normal*
Kulit jenis ini menghasilkan sebum (minyak) dalam kuantiti yang normal. Permukaan kulit tidak berminyak dan tidak p**a terlalu kering. Pori-pori juga tidak begitu ketara kelihatan.
๐ผ*Kulit Kering*
Sebum kulit wajah yang dihasilkan tidak mencukupi. Kulit kelihatan kering dan senang mengelupas. Kulit juga terasa tegang setiap kali selepas mencuci muka.
๐ผ*Kulit Sensitif*
Kulit terasa lembut namun sering kemerahan, gatal dan pedih. Boleh terjadi disebabkan pemilihan makanan, produk penjagaan kulit atau faktor persekitaran.
๐ผ*Kulit Berminyak*
Disebabkan oleh penghasilan minyak sebum yang berlebihan. Kulit kelihatan berkilat, berminyak serta pori-pori jelas kelihatan. Lebih mudah untuk mendapat jerawat, cela dan _blackheads_.
๐ผ*Kulit Kombinasi*
Gabungan kulit kering dan kulit berminyak. Kebiasaanya, zon T (kawasan dahi dan hidung) adalah kawasan berminyak. Kawasan ini senang ditumbuhi _blackheads_ dan _whiteheads_. Manakala kawasan p**i selalunya adalah kawasan kering.
Semoga perkongsian ni memberikan sedikit gambaran tentang jenis kulit anda. Membantu anda memilih _range products_ yang lebih tepat untuk diri anda juga. Adios!
12/04/2021
Ramadhan Kareem!
Semoga Ramadan kali ini menjadikan kita insan yang lebih baik dan diterima amalan dan doa-doa kita. Aminn ya Rabb
Love, petuamommy
25/02/2021
Bagaimana Nak Turun 10kg Dalam Masa 10 Minggu Bersama Entrusol
โBila nak turun ni tak semestinya nak cantik ataupun nak orang pandang. Tapi nak elak penyakit di hari akan datang.โ
Alhamdulillah. Terhasilnya ebook pertama hasil kolaborasi dan . Menariknya ebook ini bukan sahaja mengumpulkan lebih 200 menu sihat, malah membongkar mindset yang perlu ada jika anda serius ingin turunkan berat badan.
Jom merungkai rahsia konsep diet mudah dan berkesan! Dm for details ya ๐
11/02/2021
Gong Xi Fa Cai to all Malaysian!๐๐ค
07/02/2021
Takpe ke makan vitamin C banyak-banyak? Apa yang terjadi bila vitamin C overdose?
Haa.. mungkin ada yang berpendapat lagi banyak ambil vitamin C lagi bagus. Jadi nak makanlah sebanyak mungkin vitamin C. Hati-hati ya!
Jumlah vitamin C yang disarankan oleh KKM bagi seorang dewasa hanyalah sekitar 70mg/hari. Tetapi keperluan vitamin C ini mungkin akan meningkat mengikut situasi seperti wanita mengandung atau pesakit yang dijangkiti virus. Tetapi sekiranya diambil secara berlebihan; melebihi 2000mg/hari badan akan mengalami kesan sampingan seperti cirit birit, loya dan kekejangan perut.
Kerap kali isu vitamin C overdose ni berlaku dalam kalangan mereka yang tegar supplemen sehingga melebihi keperluan tubuh. Perlu diingatkan badan kita tidak menyimpan lebihan vitamin C tetapi akan dikeluarkan bersama air kencing. Rugi kan!
Habis tu taknak makan vitamin C lah! Jangan begitu, vitamin C sangat penting untuk kesihatan tubuh. Jadi pengambilannya amatlah perlu. Makan 2 sajian buah-buahan sehari pun sudah mencukupi. The key word is moderation! ๐ค
05/02/2021
Salam Jumaat!
Haa.. ramai tertanya tanya apakah sumber makanan yang tinggi dengan Vitamin C ni. Harini mommy akan kongsikan jenis-jenis makanan yang tinggi dengan vitamin C.
Kebanyakan makanan yang kaya dengan vitamin C ni adalah buah-buahan berwarna kuning/oren atau mempunyai rasa masam disebabkan asid yang terdapat di dalam vitamin C, juga dikenali ascorbic acid.
Antara makanan yang kaya dengan vitamin C adalah kiwi, jambu batu, tomato, betik, brokoli, nenas, oren dan capsicum.
Sumber makanan tersebut sangat sesuai diamalkan setiap hari kerana ianya bukan sahaja mempunyai banyak vitamin C malah tinggi dengan serat juga!
Persoalannya, bila nak makan? Boleh dijadikan snek yang sihat ya.. terbaik adalah buah-buahan yang segar, belum dicampur dengan sebarang perisa seperti asam atau garam. Potong kecil buah-buahan seperti kiwi, jambu batu dan betik kemudian masukkan dalam peti sejuk. Siap! Haa.. ramai โwork from homeโ sekarang boleh cuba cara ni untuk snek yang lebih sihat. Selamat mencuba!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Kuala Lumpur
