Dermags Cosmetics
Dapatkan khidmat nasihat dari Konsultan Kecantikan DERMAGs secara percuma. Hilangkan kulit kusam, jerawat dan jeragat hanya dengan DERMAGS.
Premium Skincare and Cosmetic Brand yang dapat membantu para wanita bebas kulit kusam, jerawat dan jeragat serta mendapatkan kulit yang sihat dengan cara yang selamat. Premium Cosmetic Brand yang dapat membantu para wanita mendapatkan kulit yang sihat dengan cara selamat seterusnya meningkatkan keyakinan diri si pengguna.
06/09/2022
Eksklusif Buat Semua Pelanggan DerMAGs
β¨ PROGRAM DIDIKAN DAN BIMBINGAN TRANSFORMASI KULIT SELAMA 1 TAHUN BERSAMA DR.MARIANI ABDUL HAMID β¨
======
5 Sebab Untuk Sertai Program Ini?
======
1. Ramai yang masih tidak tahu tentang punca masalah kulit dan solusi berkesan. Belajar dan ketahui secara mendalam punca masalah kulit anda.
2. Mempelajari langkah demi langkah penjagaan kulit wajah supaya nampak awet muda dari usia sebenar.
3. Sesi Private Q&A akan dibuka pada peserta. Ini peluang anda untuk dapatkan jawapan dan konsultasi secara bersemuka LIVE bersama Dr Mariani, Pengasas DerMAGs.
4. Bimbingan berterusan dari pasukan Certified Skin Specialist Dr Mariani.
5. Tawaran Ekslusif: Peluang Menangi Hadiah Menarik! π₯
Program Eksklusif ini khas untuk 43,000 pengguna setia dan pengguna baharu produk DerMAGs sejak 2014.
Program ini adalah PERCUMA. Sertai sekarang!
Wasap konsultan kami untuk maklumat lanjut.
βοΈ 01136111040 (Tiqa)
Mulakan transformasi untuk kulit lebih cantik dan sihat secara semulajadi.
DerMAGs. A Gift From Nature.
06/09/2022
Adakah Serum Penting Untuk Kulit?
Kulit wajah mempunyai 8 lapisan iaitu lapisan epidermis :
Paling luar - Stratum Korneum Paling dalam - Stratum Basale.
Dan lapisan dermis, dibawah epidermis.
Lapisan endodermis: lapisan kulit paling dalam.
Masalah kritikal seperti jeragat degil, kedutan, kulit kusam memerlukan rawatan dari dasar kulit. Kolagen, sel kulit yang baru juga hanya mampu dihasilkan dan diperbaharui dari dalam.
Menggunakan Cleanser sahaja tidak cukup kerana Cleanser hanya membersih bahagian lapisan luar kulit.
Dermags Intensive Brightening Serum hasil kajian pakar kulit diperkaya dengan partikel berteknologi Nano iaitu ekstrak Alpha-MAGs, dan tinggi kandungan nutrien lain, berupaya memberi kuasa serapan maksimum 80% lebih berkesan untuk diserap masuk ke bahagian dasar kulit dan seterusnya memperbaiki segala masalah kulit dari akar.
APA SPECIALNYA INTENSIVE BRIGHTENING SERUM DERMAGS?
βοΈ Produk keluaran UTM dan dihasilkan oleh saintis kosmetik Malaysia bertaraf PhD, bukan calang2 orang.
βοΈ Melalui proses lab selama 3 tahun sebelum mula dikomersialkan
βοΈ Menerima geran penyelidikan RM1.5 Juta untuk membangunkan lot kilang bertaraf GMP
βοΈ Skincare pertama di Malaysia yang mendapat pengiktirafan Nano Verify
βοΈ Penerima pelbagai anugerah penyelidikan dan keusahawanan di peringkat Malaysia & antarabangsa
βοΈ Lulus KKM dan mempunyai Halal JAKIM
βοΈ Seramai 43,000 pengguna telah merasai perubahan hasil dari keunikan Dermags
BAGAIMANA INTENSIVE BRIGHTENING SERUM DERMAGS MEMBANTU PERMASALAHAN KULIT?
βοΈ Mencerahkan kulit wajah secara sekata
βοΈ Merawat masalah kulit wajah (parut, jeragat, jerawat, sunburn dan lain-lain)
βοΈ Mengecilkan liang pori
βοΈ Mengurangkan kedutan pada kulit wajah
βοΈ Mengimbangi lebihan minyak
βοΈ Mengatasi kulit kering dan kusam
βοΈ Memulihkan sel kulit yang rosak
βοΈ Menyerlahkan keserian kulit wajah secara semulajadi
CARA PENGGUNAAN
Serum mempunyai kepekatan yang tinggi jadi hanya perlu gunakan sedikit sahaja pada kulit wajah.
Picit 3-5 titis ke seluruh wajah dan leher dan ratakan secara lembut. Biarkan sehingga kering.
Nak repair jeragat dengan Serum DerMAGs?
Wasap π
βοΈ 01136111040
06/09/2022
Last Call π₯π₯
Last hari ni sehingga jam 12 malam, untuk akak-akak dapatkan promo free DerMAGs perfume yang bernilai RM69.90.
Bukan tu je, akak2 akan dapat 2x sesi zoom consultation kulit LIVE bersama Dr Mariani sendiri. Kalau nak walk in pakej ni bernilai RM300 ye, dan kita nak offer percuma je untuk yang grab any item DerMAGs bernilai RM265.
Nak Tiqa consult sebelum guna?
Boleh drop no fon kat bawah, Tiqa and team akan assist segera.
βοΈ 01136111040
05/09/2022
KULIT KOMBINASI
DerMAGs Beauty Set C adalah set lengkap yang difokuskan untuk pengguna kulit jenis kombinasi. Ia lebih ekonomik, penjagaan yang lengkap dan boleh digunakan sehingga 2 ke 3 bulan mengikut cara dan kekerapan penggunaan.
β 1x Intensive Brightening Cleanser (80 ml)
β 1x Intensive Brightening Softener (50 ml)
β 1x Intensive Brightening Serum (30 ml)
β 1x Intensive Hydrating Moisturizer (30 gram)
β 1x Intensive Refining Cream (10 gram)
DerMAGs Beauty Set C diformulasi untuk membantu masalah kulit kombinasi dan menyelesaikan masalah kulit seperti;
β’ Memudarkan jeragat dan melasma
β’ Mengatasi masalah kulit berminyak & liang pori terbuka
β’ Membantu menyelesaikan masalah kulit kering, radang kulit, kulit sensitif & ekzema
β’ Mengurangkan masalah jerawat, white head, black head, parut jerawat dan sunburn
β’ Melembut, melembab dan menyegarkan kulit wajah
β’ Mengimbangi pH kulit wajah
β’ Menutrisi & dan meningkatkan kolagen kulit tersendiri
β’ Membantu menyelesaikan masalah kulit kusam & tona tak sekata
β’ Menghaluskan kulit, mengurangkan kedutan & garis penuaan
β’ Mengatasi masalah biji kolesterol atau milia seed
β’ Mencerah dan menaikkan seri wajah secara semulajadi dan sekata
π Anda pengguna DerMAGS dan nak repeat set besar?
π Atau baru nak cuba tapi ingin guna DerMAGS dengan penjimatan?
Wasap team kami untuk consultation & info lebih lanjut.
βοΈ 01136111040
05/09/2022
KULIT KERING
DerMAGs Beauty Set B adalah set lengkap yang difokuskan untuk pengguna kulit jenis kering dan sensitif. Ia lebih ekonomik, penjagaan yang lengkap dan boleh digunakan sehingga 2 ke 3 bulan mengikut cara dan kekerapan penggunaan.
β 1x Intensive Brightening Cleanser (80 ml)
β 1x Intensive Brightening Serum (30 ml)
β 1x Intensive Hydrating Moisturizer (30 gram)
β 1x Intensive Refining Cream (10 gram)
DerMAGs Beauty Set B diformulasi untuk membantu masalah kulit kering dan sensitif, serta dapat menyelesaikan masalah kulit seperti;
β’ Mengatasi masalah kulit kering
β’ Memudarkan jeragat dan melasma
β’ Mengurangkan masalah radang kulit, kulit sensitif & ekzema
β’ Melembut, melembab dan menyegarkan kulit wajah
β’ Menutrisi & dan meningkatkan kolagen kulit tersendiri
β’ Membantu menyelesaikan masalah kulit kusam & tona tak sekata
β’ Menghaluskan kulit, mengurangkan kedutan & garis penuaan
β’ Mencerah dan menaikkan seri wajah secara semulajadi dan sekata
π Anda pengguna DerMAGS dan nak repeat set besar?
π Atau baru nak cuba tapi ingin guna DerMAGS dengan penjimatan?
Wasap team kami untuk consultation & info lebih lanjut.
βοΈ 01136111040
05/09/2022
KULIT BERMINYAK
DerMAGs Beauty Set A adalah set lengkap yang difokuskan untuk pengguna kulit jenis berminyak. Ia lebih ekonomik, penjagaan yang lengkap dan boleh digunakan sehingga 2 ke 3 bulan mengikut cara dan kekerapan penggunaan.
β 1x Intensive Brightening Cleanser (80 ml)
β 1x Dermags Skin Softener (50 ml)
β 1x Intensive Brightening Serum (30 ml)
β 1x Intensive Refining Cream (10 gram)
DerMAGs Beauty Set A diformulasi untuk membantu masalah kulit berminyak, serta dapat menyelesaikan masalah kulit seperti;
β’ Mengatasi masalah kulit berminyak & liang pori terbuka
β’ Mengurangkan masalah jerawat, white head, black head, parut jerawat dan sunburn
β’ Memudarkan jeragat dan melasma
β’ Membantu menyelesaikan masalah kulit kusam & tona tak sekata
β’ Mengimbangi pH kulit wajah
β’ Menghaluskan kulit, mengurangkan kedutan & garis penuaan
β’ Mencerah dan menaikkan seri wajah secara semulajadi dan sekata
β’ Mengatasi masalah biji kolesterol atau milia seed
π Anda pengguna DerMAGS dan nak repeat set besar?
π Atau baru nak cuba tapi ingin guna DerMAGS dengan penjimatan?
Wasap team kami untuk consultation & info lebih lanjut.
βοΈ 01136111040
05/09/2022
APA ITU DOUBLE CLEANSING DAN APA KEPENTINGANNYA?
Teknik Double Cleansing ini teknik membersihkan wajah dengan 2 kali cucian dan menggunakan 2 jenis cleanser.
Ia penting kerana terdapat 2 jenis kotoran di muka, oil-based impurities (kotoran) dan water-based impurities.
1. Cucian Pertama: Oil-based cleanser.
- Contohnya untuk produk Dermags anda boleh gunakan Deep Cleansing Cream.
- Oil-based Cleanser mencuci segala oil-based impurities seperti makeup, sunscreen, kesan minyak semulajadi di muka (sebum)
2. Cucian Kedua: Water-based cleanser
- Contohnya Intensive Brightening Cleanser.
- Water-based cleanser p**a untuk mencuci segala water-based impurities seperti peluh, asap, kotoran, bakteria dan debu-debu di muka.
β
DERMAGS DEEP CLEANSING CREAM
RM84.90
Dermags Deep Cleansing Cream adalah pembersih muka yang diformulasikan khas untuk menyingkirkan lebihan sebum (minyak muka) yang terperangkap di dalam liang-liang pori yang boleh menyebabkan masalah jerawat atau whitehead.
Dermags Deep Cleansing Cream juga digunakan sebagai makeup remover yang boleh membersihkan kesan makeup dengan sangat berkesan tanpa mengeringkan kulit.
Jika impurities minyak tidak dibersihkan, pori akan mudah tersumbat. Bila tersumbat, kulit mudah untuk mengalami gejala seperti jerawat, blackheads, whiteheads. Ia juga akan menyebabkan pori kelihatan terbuka dan besar.
Dermags Deed Cleansing Cream ini sangat sesuai dijadikan sebagai cleansing cream (pengganti oil cleanser) dalam rutin double cleansing seperti yang diamalkan oleh orang Korea dan Jepun, terutamanya yang mempunyai kulit jenis kering.
KELEBIHAN DEEP CLEANSING CREAM
βοΈ Kulit Bebas Minyak
βοΈ Menyegarkan wajah
βοΈ Mengatasi masalah Jerawat dan Whitehead
β
INTENSIVE BRIGHTENING CLEANSER
RM64.90
Dermags Intensive Brightening Cleanser adalah pembersih wajah bertekstur ringan dan halus yang sesuai untuk semua jenis kulit.
KELEBIHAN INTENSIVE BRIGHTENING CLEANSER
βοΈ Membantu menyingkirkan segala kotoran yang tersumbat dalam liang pori dan mengatasi masalah pori terbuka
βοΈ Mengimbangi lebihan minyak yang terdapat pada kulit
βοΈ Mencerahkan kulit secara semulajadi dengan bahan aktif Alpha-Mags
βοΈ Menjadikan kulit lebih halus, sihat, glowing dan awet muda
βοΈ Tekstur ringan dan halus sesuai untuk cucian wajah setiap 2x sehari
Gunakan Deep Cleansing Cream dan Intensive Brightening Cleanser untuk Rutin Double Cleansing terutamanya waktu malam untuk kulit bebas cela dan kotoran dan menjadikan kulit anda lebih halus dan sihat dari dalam.
Utk konsultasi secara PERCUMA
Wasap team Konsultan kami sekarang π
βοΈ 01136111040
Dermags. Gift From Nature.
04/09/2022
Menangi Hadiah Perfume Eksklusif DerMAGS bernilai RM69.90 secara PERCUMA!
Sempena hari Kemerdekaan Negara ke-65,
anda order set skincare dan dapat offer di bawah!
1. Hadiah perfume bernilai RM69.90!
2. Dapat 2x Sesi ZOOM Eksklusif bersama Pengasas Dermags Dr Mariani.
Nak tahu info lanjut?
Berminat?
Tinggalkan NO FON dibawah team kami akan wasap SEKARANG.
**p/s TERHAD BUAT 100 PELANGGAN Pertama Sahaja
**Promo tamat 12 malam 7 September (Rabu)
01/09/2022
MENJIWAI ERTI KEMERDEKAAN BERSAMA DERMAGS
Masyarakat yang merdeka juga sentiasa menghayati erti pengorbanan dalam kehidupan. Jika dahulu pejuang kemerdekaan berkorban menentang penjajah, kini semangat pengorbanan tersebut diperlukan untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran kehidupan.
Begitu juga perjuangan Pengasas DerMAGs, Dr Mariani Abdul Hamid yang merupakan seorang pensyarah kanan di Fakulti Kejuruteraan Kimia & Tenaga, Universiti Teknologi Malaysia. Beliau sebelum ini mendapat pendidikan tertinggi peringkat PhD di Universiti Dongguk di Seoul, Korea pada tahun 2012 dalam bidang Kejuruteraan Biokimia.
Beliau bertekad untuk memperjuangkan dan membebaskan golongan wanita dari terpengaruh dengan penggunaan produk yang mempunyai bahan kimia yang berbahaya.
Untuk menghasilkan produk kosmetik yang bermutu tinggi, tidak semudah memetik jari atau memetik bunga di taman larangan.
Apatah lagi produk yang dihasilkan diadun daripada ramuan R&D dan ujian makmal yang memakan masa bertahun lamanya.
Tidak hanya berjuta kos R&D yang dilaburkan, beribu jam juga masa yang dihabiskan sebelum memastikan setiap produk yang dihasilkan terjamin dari segi kualiti, konsistensi, keberkesanan dan keselamatan sebelum ianya dipasarkan.
Itulah kelainan DerMAGs Skin Solution berbanding jenama lain dipasaran. Bagi mencapai taraf kualiti produk yang bermutu tinggi dan mematuhi spesifikasi yang ditetapkan, syarikat kami komited mendirikan sebuah kilang bertaraf GMP bagi memastikan mutu, kualiti dan kuantiti produk sentiasa berada di tahap premium dan terbaik seiring dengan keperluan pengguna yang sentiasa cakna dengan isu kualiti kosmetik di pasaran.
Selamat Hari Kebangsaan Ke-65. Sayangi Malaysia dan Hayati Erti kemerdekaan bersama DerMAGs.
- Dr Mariani Abdul Hamid.
Pengasas DerMAGs
30/08/2022
TERNYATA FORMULASI ALPHA-MAGS DARIPADA EKSTRAK MANGGIS INI, DAPAT MENGURANGKAN PENGHASILAN PIGMEN MELANIN SETERUSNYA MENCERAHKAN KULIT SECARA SEMULAJADI
Mengikut kajian, manggis mengandungi nilai antioksidan tinggi, boleh merawat penyakit, perangsang kepada sistem daya tahan (imun) manusia dan bertindak sebagai antipenuaan.
Bahan aktif yang terkandung di dalam manggis, iaitu Alpha-Mangostin (Alpha-MAGs) sangat berkesan bagi mencerahkan kulit serta membantu sel kulit menghasilkan lebih banyak kolagen.
Mengikut fakta, kolagen ialah protein dan bekerja bersama keratin untuk menghasilkan kulit yang kuat, licin dan anjal.
Tetapi, peningkatan usia menyebabkan hilangnya keupayaan badan untuk menghasilkan kolagen.
Seterusnya boleh menyebabkan terhasilnya jeragat, kulit berkedut, kusam, dan timbul garis halus pada wajah.
Apabila usia mencecah 30an ke atas, maka jeragat atau melasma akan mula tumbuh.
Jeragat pada asalnya tidak merbahaya, tetapi ia memberi kesan pada penampilan seharian.
Jeragat boleh menyebabkan :
1. Kurang keyakinan diri
2. Menganggu emosi
3. Beri kesan pada hubungan
Terdapat beberapa faktor utama mendorong jeragat tumbuh, iaitu :
1. Peningkatan usia
2. Terdedah pada sinaran UV
3. Perubahan hormon kesan dari ubat-ubatan
4. Penggunaan bahan kosmetik terlarang
Ketakutan pada 'serangan' jeragat menyebabkan ramai yang mencari penyelesaian dengan mencuba pelbagai jenis produk kosmetik.
Ada yang memilih produk tempatan dan ada juga yang lebih cenderung kepada produk luar negara.
Bergantung pada tahap kewangan masing-masing.
Produk tempatan, kebiasaannya mempunyai harga yang lebih ekonomi.
Tetapi, penggunaan kosmetik tempatan (bukan semua) berisiko untuk terdedah pada bahan kimia.
Ini kerana, kebanyakan jenama tempatan bergantung pada kepakaran pihak lain untuk melakukan kajian dan penyelidikan sebelum produk tersebut dipasarkan.
Secara realitinya, di negara kita penguatkuasaan belum begitu ketat dari segi pemantauan penggunaan bahan dalam produk kecantikan.
Sedangkan peraturan di negara lain termasuk Eropah, Jepun dan Korea sangat ketat.
Sebagai contoh, sesetengah bahan seperti asid kojic masih digunakan secara berleluasa di negara ini, tetapi diharamkan penggunaannya di negara berkenaan.
Kebanyakan produk kosmetik tempatan pada asalnya mendapat kelulusan KKM, tetapi ada antaranya ditarik balik daripada pasaran kerana didapati mengandungi bahan beracun.
Ia membabitkan penggunaan bahan kimia berbahaya seperti merkuri, hidroquinon, tritenoin dan seumpamanya.
Penggunaan bahan tersebut secara berterusan boleh merosakkan kulit.
Ia digunakan bagi memberi kesan atau tindak balas yang cepat pada kulit.
Sedangkan, pada akhirnya ia bakal memberi kesan yang lebih buruk.
Berbeza p**a dengan produk kosmetik luar negara.
Pada dasarnya negara seperti Eropah, Jepun dan Korea sangat ketat dari segi kelulusan produk kosmetik.
Sebab itulah, mereka lebih fokus kepada penggunaan bahan semula jadi atau organik berbanding bahan kimia.
Tidak hairanlah, produk terkemuka dari luar negara selamat digunakan kerana ia melalui proses kajian dan pembangunan yang terperinci.
Justeru, harganya lebih mahal berbanding produk tempatan yang kurang menekankan aspek kajian dan pembangunan.
Namun, bukan semua produk kosmetik luar negara berkesan pada kulit rakyat Malaysia.
Perbezaan jenis kulit serta cuaca menyebabkan sebahagian produk luar yang mahal tidak memberi kesan positif 100%.
Keadaan ini telah mendorong pakar kulit tempatan, Dr Mariani Abdul Hamid untuk melakukan kajian dan pembangunan bagi meghasilkan produk yang lebih berkesan serta lebih sesuai dengan jenis kulit muka rakyat Malaysia.
Untuk pengetahuan, Dr Mariani merupakan Ketua Penyelidik Kosmeseutikal dan Wangian Institut Pembangunan Bioproduk Universiti Teknologi Malaysia (IBD UTM).
Beliau adalah antara penyelidik terkemuka yang bertungkus-lumus membuat uji kaji, menghasilkan ekstrak bahan serta mengambil bahan aktif daripada ekstrak sumber.
Selain bertungkus lumus dalam proses formulasi bahan kecantikan beliau juga bertanggungjawab menguji keberkesanan produk ke atas sel manusia.
Seperti yang telah dinyatakan di awal tadi, beliau memilih buah manggis sebagai bahan utama bagi menghasilkan formula yang bersesuaian dengan kulit wajah rakyat Malaysia.
Melalui hasil kajiannya, beliau mendapat banyak maklum balas positif daripada pengguna bahan tersebut.
Setelah betul-betul berpuas hati dengan keberkesanan ekstrak manggis (Alpha-Mangostin), akhirnya pada tahun 2014 beliau dengan rasminya mengeluarkan produk jenama sendiri yang diberi nama DerMAGs.
Jenama ini mendapat sambutan di luar jangkaan, buktinya sepanjang dilancarkan DerMAGs berjaya memenangi beberapa anugerah emas dan perak dalam pertandingan reka cipta sama ada di dalam atau luar negara.
Antaranya, pertandingan Seoul International Invention Fair (SIIF) di Korea, Industrial Art And Technology Exhibition (INATEX), Industrial Design And Technology Exhibition (ITEX) dan Anugerah Bio Innovation di Malaysia.
Bukan itu saja, DerMAGs juga mendapat sokongan terus daripada UTM.
Ternyata, pencapaian ini meletakkan DerMAGs setaraf produk antarabangsa.
Ini dizahirkan apabila produk tersebut telah mendapat permintaan yang menggalakkan daripada negara luar seperti Brunei dan Singapura.
Antara item produk yang sudah berjaya membantu ramai wanita dan mendapat pelbagai pengiktirafan ialah :
1. Cleanser
2. Softener
3. Refining cream
4. Serum
5. BB cushion
6. Moisturiser
Ke enam-enam item ini dibuktikan berupaya bertindak balas secara efektif bagi memulihkan :
1. Jeragat
2. Kedutan
3. Kulit kusam
4. Garis halus
Tidak seperti produk tempatan yang lain, DerMAGs bukan produk ekspress yang memberikan kesan serta merta atau dalam jangka masa singkat sahaja.
Disebabkan tidak mengandungi bahan kimia merbahaya, pengguna DerMAGs dapat melihat perubahan positif (melalui proses pemulihan) seawal 1 hingga 3 bulan (bergantung pada jenis kulit).
Paling istimewa, DerMAGs menawarkan sesi konsultasi percuma bagi sesiapa yang berminat untuk dapatkan produk tersebut.
Melalui sesi tersebut, anda akan dibantu bagi mengenalpasti jenis dan masalah yang dihadapi berkaitan wajah.
Iaitu pemilihan produk DerMAGs paling sesuai dengan kulit anda serta cara penggunaan dengan betul bagi memberikan kesan paling maksimum.
Dapatkan Konsultasi percuma!
Klik Whatsapp link sekarang π
https://wasap.my/601136111040/NakDermagsConsultation
https://wasap.my/601136111040/NakDermagsConsultation
https://wasap.my/601136111040/NakDermagsConsultation
10/08/2022
Kulit mulus - takut biar bertempat
Takut kulit rosak atau takut kulit cantik?
Betul lah, ada banyak produk rawatan kulit yang cuma gah pada nama, bila pakai rosak muka.
Jadi ada ramai orang yang enggan bertukar produk penjagaan.
Semakin ramai berpegang pada prinsip "Asal tak bertambah rosak, ok lah"
Tapi tak begitu, kulit rosak perlu dirawat, bukan dibiarkan "tak bertambah rosak"
Bayangkan jantung yang tersumbat tapi tak dirawat, lama - kelamaan akan jadi semakin lemah.
Kulit pun begitu juga, jangan biarkan ia tua sebelum waktunya.
Tapi macamana nak pastikan kulit tak rosak bila cuba produk baru?
lagipun malas lah nak cuba - cuba ni, mana ada masa.
Tak perlu cuba dan tak perlu risau pun, ada produk yang telah diuji secara extensif dan sudah memenangi banyak anugerah kajian. Kesan setaraf produk premium antarabangsa tapi boleh didapati pada harga "tempatan".
Tak kira kulit anda jenis kering, berminyak, kombinasi, normal atau sensitif, produk ni dah diuji dan didapati berkesan untuk semua jenis kulit tu.
==============
Produk apa tu?
==============
DerMAGs, produk keluaran Universiti Teknologi Malaysia. Produk ini menghabiskan dana kajian sebanyak RM9.8 juta sebelum dipasarkan. Ia sangat berbeza dengan produk yang habiskan RM jutaan ringgit untuk iklan tapi langsung tak melabur pada kajian klinikal.
Apa fungsi utama produk ni?
MEMULIH DAN MEMUTIH,
eh, memutih pun boleh?
Ya, bahan aktif Alpha-Mangostin yang diambil dari kulit manggis terbukti (melalui kajian) 200% lebih berkesan
berbanding bahan kimia pemutih asid kojic dan arbutin. Dan ia 100% tiada kesan sampingan seperti bahan kimia tadi.
Lagi? Alpha-MAGs ini juga mengaktifkan proses sintesis kolagen, menyebabkan kulit menjadi lebih anjal,
mencairkan kepekatan pigmen untuk memutihkan kulit dan menghapuskan jeragat. Menggalakkan penghasilan sel baru,
memulihkan kulit rosak.
Kulit saya sensitif lah. Boleh guna ke?
Yup, DerMAGs adalah hipoallergenic (tidak menyebabkan alahan), Non-comedogenic (Tidak menyumbat liang pori) dan menghalang kehilangan air pada kulit, menyebabkan kulit halus dan lembap.
========================
Nak beli 1 set boleh ke?
========================
Boleh beli, tapi tak boleh pakai semua, kena lalui Tempoh Bertenang dulu. Wajib rehatkan kulit selama sebulan dulu. Terutamanya kalau sebelum ni guna produk berasaskan bahan kimia tidak semulajadi.
Penggunaan produk chemical-based walau tiada bahan kimia merbahaya, jika digunakan dalam tempoh masa yang lama, dari muda-muda dulu contohnya, masih boleh bagi kesan kerosakan ke atas sel kulit.
Kalau kulit dah mula rosak kerana produk, pernah pakai produk ada bahan pemutih yang kuat, perlu rehat lebih lama. Sepanjang tempoh ni, kami nasihatkan cuma boleh pakai DerMAGs Intensive Brightening Cleanser sahaja.
Berapa kos untuk rehatkan kulit ni?
RM64.90 sahaja, untuk penggunaan sehingga 2 bulan. Selepas tempoh "rehat" barulah boleh mulakan proses rawatan penuh p**a.
Klik sini untuk konsultasi/tempahan :
https://wasap.my/601136111040/NakDerMAGsConsultation
--------------------------------------------
PERCUMA: Khidmat konsultasi.
--------------------------------------------
Kami akan mengikuti perkembangan anda menggunakan DerMAGs dan berhubung terus dengan Dr Mariani sekiranya terdapat sebarang masalah atau pertanyaan.
09/08/2022
Checklist Wajib Buat untuk atasi jeragat dari semakin menular.
SIAPA YANG BERPOTENSI ALAMI JERAGAT?
βοΈ Kulit yang terdedah kepada cahaya matahari terik.
βοΈ Wanita yang mengambil ubat-ubatan yang mengganggu hormon seperti pil perancang.
βοΈ Individu yang menggunakan kosmetik kulit yang bersifat panas dan tinggi bahan kimia.
βοΈ Individu yang mempunyai salah silah jeragat atas faktor keturunan
βοΈ Individu yang kerap berhadapan dengan haba seperti tukang masak yang terdedah kepada bahang api.
βοΈMereka yang meningkat usia kerana kolagen kurang terbentuk.
Amalkan 5 CHECKLIST ini untuk membantu anda atasi masalah jeragat!
1. LINDUNGI WAJAH DARI SINARAN MATAHARI
Jangan lupa untuk memakai cream pelindung matahari atau cream UV seperti Refining Cream DerMAGs SPF30 PA+ dan BB Cushion DerMAGs SPF50 PA+++ pada kulit. Elakkan terkena pancaran UV secara terus.
Ini kerana pancaran UV boleh meresap sehingga kelapisan dermis kulit yang akan menyebabkan kolagen pada wajah beransur rosak serta berkurangan. Ini menjadikan kulit cepat kelihatan tua sebelum usia dan jeragat mudah tumbuh.
2. BERSIHKAN WAJAH DARI SEBARANG KOTORAN DAN CELA
Pastikan muka dicuci dengan bersih sebelum tidur. Jangan sesekali tidur dengan muka yang tak dibersihkan. Mereka yang serius menjaga kecantikan kulit sangat pantang jika tidur dalam keadaan muka berminyak atau masih ada makeup. Jangan diamalkan kalau nak muka sentiasa cantik berseri dan bebas dari masalah jeragat.
Teknik Double Cleansing sangat efektif menyingkirkan kotoran dan sel kulit mati. Gunakan pelembab pada kulit wajah untuk mengekalkan kelembapan dan meningkatkan hidrasi kulit.
3. JANGAN LUPA "EXFOLIATE" WAJAH ANDA
Exfoliation bertujuan menyingkirkan kulit mati di permukaan kulit. Jadi dengan membuang sel kulit mati, ianya membantu memperbaiki kitaran kulit dan membenarkan sel kulit wajah yang baru dan cantik naik ke atas permukaan kulit. Jadi secara semula jadi jeragat akan pudar. Serum pun senang untuk meresap dan dapat berfungsi secara optimum memperbaiki sel jauh ke dasar kulit.
4. TAK NAK JERAGAT SEMAKIN MEMBIMBANGKAN? AMAL PEMAKANAN SIHAT
Kulit yang sihat memerlukan amalan pemakanan sihat. Banyakkan mengambil sayur dan buah-buahan segar setiap hari bagi memastikan kulit mendapatkan vitamin C dari sumber yang segar walau sedikit. Selain itu, pengambilan air kosong sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari juga penting kerana membantu melancarkan darah dan menyingkirkan toksin dari tubuh. Kesannya kulit akan kelihatan lebih segar dan kurang garis kedutan yang kelihatan.
5. PILIH PRODUK PENJAGAAN WAJAH KHAS UNTUK MASALAH KULIT BERJERAGAT
Pastikan anda memilih skincare yang betul sesuai dengan jenis dan masalah kulit wajah anda. Elakkan terlalu memakai terlalu banyak produk pada satu-satu masa.
Bahagikan rutin skincare anda pada waktu siang dan malam.
Saranan kami :
Cuba Trial set B Dermags
Kandungan Trial Set:
1. Dermags Intensive Cleanser (30ml)
2. Dermags Intensive Brightening Serum (10ml)
3. Dermags Intensive Hydrating Moisturiser (10g)
4. Dermags Intensive Refining Cream (5g)
Jangan biarkan jeragat terus menganggu keyakinan anda. Dermags terbukti secara klinikal memudarkan jeragat secara berkesan. 43,000 pengguna telah mengalami hasilnya sejak 2014.
Dapatkan konsultasi dan tips cara guna dengan pakar konsultan kami.
KONSULTAN : Tiqa
βοΈ 01136111040
DerMAGs. A Gift from Nature.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the business
Telephone
Address
Kuala Lumpur
