Koreans Skin-Gebu,Licin,Muda 10Tahun

Koreans Skin-Gebu,Licin,Muda 10Tahun

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Koreans Skin-Gebu,Licin,Muda 10Tahun, Skin Care Service, Kuala Lumpur.

05/03/2023

Ciri-ciri kulit kusam

Kulit sihat pada dasarnya adalah kulit yang memiliki cukup kelembaban. Saat Anda sentuh, kulit akan memiliki tekstur kenyal, padat, dan lembut.

Berbanding terbalik dengan kulit kusam tidak mendapatkan cukup kelembapan sehingga penampilannya tersamarkan oleh warna yang lebih gelap.

Warna gelap pada kulit kusam berbeza dengan warna kulit gelap secara semulajadi. Orang dengan kulit gelap memiliki lebih banyak pigmen melanin pada kulitnya.

Kulit yang gelap akan tetap tampak bercahaya asalkan kondisinya sihat dan cukup lembap.

Sementara itu, kulit yang kusam terlihat rata dan tidak cerah. Jenis kulit ini pada dasarnya merupakan kebalikan dari kulit yang muda, cerah, dan sehat.

04/03/2023

Apakah 5 Punca Kulit Wajah Menjadi Kusam?

1. Sel-sel kulit mati yang terkumpul
Tahukah anda bahawa sel-sel kulit mati akan tertanggal dengan sendirinya tanpa kita sedari?

Sel-sel kulit mati ini akan digantikan dengan sel kulit yang baru. Namun, ada juga sel-sel kulit mati yang tidak tertinggal daripada wajah.

Pengumpulan sel-sel kulit mati merupakan punca utama kepada wajah anda yang kelihatan kusam dan tidak sihat.

2. Kekurangan tidur
Terdapat kajian yang telah membuktikan bahawa kesihatan serta riak wajah boleh dipengaruhi oleh tempoh waktu tidur individu itu.

Mereka yang tidak mendapat tidur yang mencukupi lebih cenderung untuk kelihatan letih dan tidak bermaya.

Ini sekaligus membuatkan kulit juga kelihatan kusam dan kurang segar.

Jadi, pastikan anda mendapatkan rehat dan tidur secukupnya untuk mendapatkan kulit wajah serta tubuh badan yang sihat.

3. Dehidrasi
Dehidrasi juga merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada kulit kusam dan tidak bermaya.

Ini terjadi apabila tubuh badan tidak mendapat jumlah air yang mencukupi.

Selain itu, kekurangan air di dalam tubuh badan boleh menyebabkan garis kedutan dan pori-pori kelihatan jelas pada wajah.

Disebabkan itu, anda perlu meminum jumlah air yang mencukupi untuk mengatasi masalah kulit kusam.

4. Merokok
Terdapat satu kajian epidemiologi yang membuktikan bahawa habit merokok antara penyebab utama penuaan kulit pada usia muda.

Habit merokok akan menyebabkan individu tersebut kelihatan lebih tua daripada usianya yang sebenar.

Hal ini kerana rokok akan membuatkan kulit anda kelihatan kusam dan tidak sihat.

Lebih-lebih lagi, rokok menyebabkan ketidakseimbangan kepada tisu-tisu kulit.

5. Diet yang tidak seimbang
Sekiranya anda tidak mengambil berat mengenai nutrien yang sihat, perbuatan itu akan menjejaskan kesihatan dan kulit wajah anda.

Bukan itu sahaja, tabiat pemakanan yang tidak sihat juga menyebabkan anda makan secara berlebihan.

Tabiat ini akan menjadi punca utama kepada pengambilan kalori secara berlebihan.

Justeru, anda perlu lebih berhati-hati dalam pengambilan makanan untuk mendapatkan kesihatan yang baik dan kulit wajah berseri.

Pastikan makanan anda mengandungi vitamin-vitamin yang baik untuk badan dan juga kulit wajah.
Untuk pengetahuan anda, kulit wajah akan tampak kusam sekiranya anda tidak menggunakan produk kelembapan kulit.

Bukan itu sahaja, ia juga boleh mempercepatkan proses penuaan serta kedutan pada kulit wajah.

Disebabkan itu, kami menyarankan anda untuk menggunakan pelembap muka sebanyak dua kali dalam sehari.

Ia untuk memastikan agar kulit wajah anda kelihatan segar sepanjang hari.

04/03/2023

JENIS JENIS JERAGAT

Jeragat sering terjadi mengikut corak seperti berikut :

📝63% akan kelihatan sekitar hidung dan dagu
📝21% akan terjadi di sekitar p**i dan hidung
📝16% biasanya akan kelihatan sekitar dibawah rahang

📌Jeragat sering terjadi kepada individu yang mudah terdedah kepada sinaran ultraviolet, atau bagi wanita yang mengambil pil hormone.

📌Jeragat kerap kali berlaku kepada wanita berbanding lelaki dan jarang-jarang terjadi kepada gadis.

📌Jeragat lebih kerap terjadi kepada wanita yang sedang mengalami perubahan hormone.

📌80% wanita mengandung sering mengalami jeragat yan dipanggil “mask of pregnancy”.

Jeragat boleh dikategorikan kepada 3 jenis :

📍Epidermal – atau bahagian atas lapisan sel kulit. Jeragat epidermis ini mudah dirawat dan sesuai untuk mengguna krim dan sabun

📍Dermal – terjadi dbawah lapisan sel kulit. Jeragat dibawah lapisan kulit tidak sesuai untuk mengguna krim dan sabun tetapi lebih berkesan jika mengambil ubat/remedy makan seperti Sepia 200, Melasma Free dan lain-lain.

📍Campuran – terjadi kedua-dua jenis jeragat Epidermal dan Dermal.
Jeragat boleh dielak dengan mengamalkan pemakanan yang sihat. Lebihkan sayuran & buah. Minum air masak secukupnya. Dan jangan tinggalkan rutin skincare bagi mencegah jeragat mulai bertapak diwajah

04/03/2023

3 tabiat yang bagus untuk mencegah jeragat

1. WAJIBkan diri pakai sunscreen

Sekarang kita dah tahu yang cahaya matahari boleh trigger pembentukan jeragat ni, oleh kerana kita tak boleh nak duduk dalam bangunan je seumur hidup eloklah kita mulakan tabiat memakai sunscreen setiap kali kita keluar rumah.

Ya betul, asalkan kita keluar siang, tak kira mendung macam mana pun pastikan kulit muka dan kulit terdedah yang lain dipakaikan dengan sunscreen.

Untuk cuaca dekat Malaysia ni, pastikan sunscreen yang kita pakai tu mempunyai Sun Protection Factor (SPF) 30 dan ke atas.

Seeloknya pakai sunscreen 15 minit sebelum keluar rumah dan touch up balik sunscreen kita tadi setiap 2 jam.

2. Pakai topi besar dan cermin mata hitam

Kalau anda akan berada di kawasan outdoor untuk jangka masa yang panjang (lebih dari sejam) eloklah memakai topi ala-ala Queen of England dan juga cermin mata hitam.

Kalau boleh elakkan duduk di tengah panas terik matahari, cari teduhan supaya kulit anda tidak terkena cahaya matahari secara terus.

3. Elakkan daripada waxing

Kalau anda dalam misi untuk menghilangkan jeragat pada muka, tangguhkan dulu sesi waxing tu.

Sebab apa? Waxing boleh menyebabkan kerosakan pada kulit dan boleh menjadikan jeragat kita lebih teruk.
Ingat, jeragat bukanlah kondisi yang kekal selamanya, ia boleh diubati.

Pada masa yang sama, selain daripada masalah pada rupa, jeragat tidak mendatangkan masalah kesihatan yang lain.

04/03/2023

Punca-Punca Terjadi Jeragat

📝Sinaran Ultralembayung (UV)

Sinar UV selalu ditemukan melalui panaran matahari, lampu pendaflour, lampu halogen dan pada beberapa jenis laser. Manakala, pencahayaan wap merkuri yang terdapat di gim dan stadium juga mencetuskan terjadinya jeragat.

📝Pencemaran Dari Persekitaran

Zarah-zarah tercemar dari alam sekitar meningkatkan radikal bebas pada kulit bebas dalam badan. Pencemaran juga mengakibatkan microbiome kulit menjadi tidak stabil dengan cara menganggu pertahanan kulit. Kesannya, Mama mungkin akan perasan terdapat bintik bintik hitam terutamanya pada kulit wajah.

📝Faktor Keturunan

Adakah ini satu mitos atau fakta? Jawapannya, fakta. Pigmentasi kulit seorang wanita boleh menurun kepada si anak. Mama tidak perlu bimbang kerana kita masih boleh mengawal melalui rawatan-rawatan yang bersesuaian.

📝 Tekanan Perasaan

Tekanan perasan menyebabkan perubahan terhadap interaksi sesama hormon. Hormon yang tidak stabil mengakibatkan terjadinya jeragat.
Jeragat yang dibiarkan tanpa sebarang rawatan,akan makin terus membiak dan makin lama akan makin sukar untuk dihilangkan.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Kuala Lumpur