Wisma Perantau

Wisma Perantau

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Wisma Perantau, Beauty, cosmetic & personal care, 5 Jalan 65C, Kuala Lumpur.

10/04/2022
Photos from Wisma Perantau's post 10/04/2022

Wisma Perantau Menjadi One Stop Centre Kepada Perantau Kelantan

YAB Menteri Besar Kelantan, Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato Hj Ahmad bin Yakob hari ini telah merasmikan Wisma Perantau yang akan menjadi pusat yang akan digunakan untuk menguruskan hal-hal berkaitan dengan perantau Kelantan khususnya di Lembah Klang.

Dengan adanya wisma ini, diharap akan lebih banyak program yang boleh di adakan melibatkan perantau-perantau yang berada di sekitar Lembah Klang. Selain itu, wisma ini juga akan berfungsi sebagai pusat penyebar maklumat berkaitan Kerajaan Negeri Kelantan kepada warga perantau.

Kepimpinan Kerajaan Negeri sentiasa mengambil cakna kebajikan dan perkembangan anak Kelantan di perantauan. Pelbagai program telah diadakan sebelum ini yang melibatkan anak Kelantan, namun terbatas sejak dua tahun yang lalu akibat kesan Covid-19.

Turut hadir dalam majlis perasmian ini adalah YB Dato’ Hj Abdullah Ya’kub, Speaker DUN Kelantan, YB Dato’ Panglima Perang Dato’ Hj Mohd Nassuruddin bin Hj Daud , Exco Penerangan dan Hubungan Seranta, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan, ADUN-ADUN dan Ketua-Ketua NGO Anak Kelantan di Perantauan Lembah Klang.

Terima kasih kepada warga Kelantan di perantauan yang sentiasa bersama menyokong penuh kepimpinan Kerajaan Negeri dibawah pentadbiran dasar Membangun Bersama Islam.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Culinary Team

Attire

Website

Address


5 Jalan 65C
Kuala Lumpur
53000