Chaveux HQ
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Chaveux HQ, Health/Beauty, kuala lumpur, Kuala Lumpur.
Kepakaran kami adalah membantu golongan lelaki mengelakkan masalah kebotakan pada usia muda untuk dapatkan kembali rambut yang lebat dan tebal serta tampil lebih yakin
25/10/2020
JOM KENALI JENIS-JENIS KEBOTAKAN
------------------------------------------
1. KEBOTAKAN GENETIK
Jenis kebotakan genetic atau kebotakan akibat keturunan terjadi karena adanya hormon androgen dihydrotestosteron (DHT) dan predisposisi genetik. Hormon DHT ini terdapat pada kelenjar folikel pertumbuhan rambut. Jika dalam satu keluarga memiliki riwayat kebotakan, maka anaknya berIsiko 2,5 kali terkena kebotakan.
2. KEBOTAKAN COIN
Kebotakan Coin bisa dialami oleh semua orang, lelaki dan wanita, anak-anak hingga orang dewasa. Jenis kebotakan ini disebabkan oleh jangkitan kulat dan serangan sistem imunisasi tubuh yang keliru terhadap folikel rambut.
3. Kebotakan Simtomatik
Hati-hati terhadap demam tinggi, stres, penyakit yang bertahun, dan alergi hebat, hal ini bisa menyebabkan kamu mengidap kebotakan simtomatik. Rambut akan botak merata dan rambut akan lebih lambat untuk tumbuh dari kebiasaannya. Untuk mencegahnya kita perlu mencukupkan keperluan gizi, vitamin atau mineral.
4. Kebotakan Parut
Kebotakan jenis ini disebabkan oleh bekas luka pada kulit kepala. Bekas luka tersebut akan berubah menjadi parut yang disebabkan oleh virus, fungus, bakteria.
Parut tersebut kemudian tidak akan berambut lagi. Kebotakan parut ini biasanya terjadi pada orang separuh umur.
5. Kebotakan Seboroik
Jika kulit kepala kita mengelupas, maka kita perlu berhati-hati kerena boleh jadi itu adalah tanda awal dari kebotakan seboroik. Puncanya adalah disebabkan kulit kepala mengalami peradangan.
Tanda-tanda awal adalah kebotakan rambut secara merata dalam waktu yang lama. Rambut akan mulai botak dari dahi hingga bahagian atas kepala.
Maka dari itu, jagalah kebersihan kulit kepala kita😊.
credit: https://www.tokopedia.com/blog/jenis-penyebab-kebotakan/
7 PETUA LEBATKAN RAMBUT, BERKESAN JUGA!
1. Amalkan pemakanan sihat
Petua melebatkan rambut yang pertama adalah dengan mengamalkan pemakanan yang sihat.
Makan diet yang kaya dengan protein, vitamin dan mineral penting adalah prasyarat penting untuk pertumbuhan rambut yang sihat.
Memilih makanan yang tinggi vitamin A, B, C, dan E, iron, zinc, copper, magnesium, dan selenium.
Vitamin B-kompleks, khususnya, sangat penting untuk menjadikan rambut anda berkembang dengan lebih cepat.
Elakkan kekurangan nutrien kerana ia cenderung mempengaruhi rambut anda dengan teruk.
Sebagai contoh, kekurangan vitamin E dan zink menyebabkan penipisan dan kehilangan rambut.
2. Bersihkan rambut anda
Jangkitan mikrob di kulit kepala dapat melemahkan folikel rambut, merosakkan helaian rambut sehingga menyebabkan rambut tidak sihat dan tidak bermaya.
Ia menyebabkan penyakit kulit kepala seperti dermatitis seborrheic, psoriasis, dan ekzema, dan sebagainya yang menghalang pertumbuhan rambut.
Membersihkan rambut daripada jangkitan tersebut secara berkesan dengan menggunakan produk antimikrob, rawatan klinikal, dan ubat yang sesuai membantu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat.
3. Elakkan tekanan
Tekanan adalah faktor paling penting yang menyumbang kepada keguguran rambut.
Ia dipercayai boleh mengganggu kitaran rambut normal dan menjejaskan kitaran pertumbuhan rambut.
Oleh itu, apabila anda berusaha untuk pertumbuhan rambut yang lebih cepat, meminimumkan tekanan dalam hidup anda.
Untuk menguruskan tekanan,anda boleh menggunakan meditasi, latihan pernafasan, atau teknik relaksasi lain. Selain itu, pastikan anda tidur dengan secukupnya.
4. Urut kulit kepala
Bukan hanya urut kulit kepala, tetapi juga membantu merangsang peredaran darah.
Ia juga menggerakkan minyak dari kulit kepala yang menguatkan akar dan menjaga rambut lembap.
Urut kulit kepala dengan perangsang seperti minyak kelapa sangat meningkatkan peluang rambut anda tumbuh panjang dan kuat.
Minyak kelapa diperkaya dengan vitamin dan nutrien penting dan merupakan pelembap rambut semula jadi.
5. Membalik-balikkan rambut
Bagi yang mempunyai rambut panjang, ini adalah salah satu helah popular bagi menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebih cepat.
Dengan hanya membalik-balikkan rambut anda dengan menterbalikkan kepala selama 2-4 minit setiap hari dipercayai berfungsi meningkatkan peredaran.
6. Jangan kerap sikat rambut
Kebanyakan wanita yakin bahawa rahsia rambut panjang dan sihat adalah sentiasa menyikatnya.
Namun, sesetengah orang takut untuk menyikat rambut kerana ia menyebabkan keguguran rambut, dan elakkan menyikat rambut kecuali diperlukan.
Kebenarannya adalah, menyikat rambut merangsang kulit kepala, melepaskan minyak semulajadi, dan membantu menyebarkan minyak ke hujung helaian rambut.
Tetapi, untuk memastikan tiada kerosakan atau keguguran rambut, pastikan sikat secara perlahan-lahan, terutamanya ketika rambut anda basah.
7. Lindungi rambut anda
Ini akan kelihatan agak melampau, tetapi anda akan terkejut melihat kebanyakan orang mengabaikan aspek penjagaan rambut mudah ini.
Setiap kali anda terdedah kepada habuk dan panas, kelembapan rambut anda akan hilang.
Oleh itu, petua melebatkan rambut anda yang terakhir adalah dengan memastikan semasa berada di luar rumah anda melindungi rambut anda dengan tudung/skaf atau topi.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
adakah artikel ini membantu? tekan LIKE😊
kredit hellodoktor.com
02/10/2020
BiLa bini seorang pailang tak tahan tengok result perubahan rambut saya hari2🤣
30/09/2020
Ni gamba saya lepas 6 bulan pakai produk ni..kelihatan anak2 rambut dah mula tumbuh di kawasan M.
Siapa yang ada masalah masalah kebotakan berbentuk M ni faham la maksud saya. Macam karakter bezita dalam komik Dragon Ball.🤣
Nak dijadikan cerita, saya bertemu produk ni masa awal2 PKP dulu. Yelah masa bosan taktau nak buat apa scroll la FB youtube.
Sebelum pakai produk ni, saya ada jumpa 1 produk ni. Asalnya dari indonesia.tapi pakai sehari dua je terus tinggal. Sebab melekit sangat walaupun bau dia wangi.
Tapi produk ni ok. Lepas usap2 kat kulit kepala terus kering.rambut siap keras mcm pakai wax lagi🤣
Kalau nak tahu ni produk ape bole PM saya.saya akan bantu anda sebab saya sendiri dah rasai kelebihan produk ni.
Kalau nak tahu saya sendiri pernah pergi Yun Nam nak buat treatment. Tapi kosnya saja dekat 10k tapi hasil entahlaaa...
23/09/2020
Boleh hilang confiden woooo...😔
22/09/2020
Satu helai rambut boleh menahan berat 100g. Secara purata, seorang manusia mempunyai 100,000 helai rambut di kepala, cukup kuat untuk mengangkat berat 2 ekor GAJAH!
Trim atau memotong rambut secara kerap tidak akan membantu rambut untuk tumbuh dengan cepat. Ia hanya akan membuang rambut bercabang yang cenderung untuk untuk rambut rosak.
21/09/2020
Minyak zaitun mempunyai khasiat yang sangat tinggi terutama dalam mengatasi masalah rambut gugur, meningkatkan proses pertumbuhan rambut dan menyihatkan kulit kepala.
Anda hanya perlu titiskan 4-5 titik minyak zaitun di kulit kepala setelah anda mencuci rambut. Kemudian urut perlahan-lahan kulit kepala.
Sebaiknya dilakukan pada malam hari agar kandungan minyak zaitun dapat menyerap pada kulit kepala. Keesokan pagi, boleh mencuci rambut sehingga bersih.😊
TAHUKAH ANDA?
Lidah buaya juga merupakan antara rawatan yang telah terbukti secara tradisional dapat membantu melebatkan rambut dikalangan lelaki.
CARANYA
Ambil dua atau tiga helai daun dan potong kepada dua bahagian. Perah gel yang terkandung di dalam daun tersebut dan sapukan rata pada kulit kepala dan rambut. Biarkan selama setengah jam. Bilas dengan air sederhana suam. Lakukan sekali atau dua kali dalam masa seminggu untuk mendapatkan rambut sihat dan lebat. Mengambil satu sudu jus daun lidah buaya setiap hari ketika perut kosong juga mampu membantu melebatkan rambut.
Harap tips ini bermanfaat!
16/09/2020
APA ITU MINOXIDIL?
Minoxidil adalah satu-satunya ubat yang diluluskan oleh FDA untuk merawat kehilangan rambut disebabkan faktor keturunan di kalangan lelaki.
Kajian klinikal menunjukkan bahawa sapuan Minoxidil pada kulit kepala, dua kali sehari, berkesan untuk merawat kehilangan rambut akibat faktor keturunan.
Ia membesarkan folikel dan garis pusat umbi rambut. Ubat sapu ini selamat dan mudah digunakan. Minoxidil boleh dibeli tanpa preskripsi dari kedai-kedai farmasi di seluruh Malaysia
Ramuan aktif, melalui penyelidikan berterusan berjaya menghasilkan keberkesanan terbaik dalam merawat msaalah keguguran rambut lelaki ianya menolong melancarkan aliran darah ke kulit kepala dan sel-sel folikel untuk merangsang pertumbuhan rambut yang subur.
Minoxidil ini bukanlah tonik biasa yg berlambak di pasaran , ianya amat unik dimana berjaya mendapat kelulusan FDA bagi penyelesaian luaran atau sapuan masalah keguguran rambut lelaki. .
Di datangi dengan sukatan 5% kekuatan untul lelaki. Berkesan secara saintifik untuk merangsang tumbesaran rambut dan menguatkan akar rambut.
Untuk info, HANYA 2 ubat FDA Amerika Syarikat diluluskan untuk penyelesaian masaalah rambut ini, Jadi jika anda hendak mencari penawar masaalah keguguran melalui kaedah sapuan dan luaran hanya Minoxidil 5% pilihan yang terbukti berkesan.
Minoxidil menggunakan kaedah luaran sapuan yang akan merangsang, mengaktifkan folikel rambut yang lesu untuk kembali aktif dan sihat serta merangsang rambut baru yang sihat.
Kesan:
• Mengaktifkan folikel rambut.
• Meninggikan potensi pertumbuhan rambut.
• Memanjangkan proses pertumbuhan (ANAGEN).
• Menambahkan aliran darah dan oksigen ke kulit kepala.
• Mengaktifkan tumbesaran rambut dan merawat keguguran rambut.
Bagaimana Minoxidil Bertindak:
• Menghentikan simtom keguguran rambut dengan menghidupkan kembali dan merangsang folikel rambut.
• Ramuan aktif menyegarkan dan membesarkan dan melancarkan liang folikel yang tersumbat, membesarkan saiz helaian rambut.
• Penggunan yang berterusan minoxidil, menambahkan folikel yang aktif, memajangkan kitaran hayat rambut seterusnya menghasilkan rambut yang sihat dan lebat.
Cara-cara pengunaan:
• Titiskan dan sapukan di permukaan kulit kepala, dapatkan sebanyak mungkin. Elakkan dari terkena rambut, kerana
Minoxidil hanya berkesan ke atas permukaan folikel di kulit kepala sahaja bukannya di rambut.
• Pastikan kulit kepala dan rambut and kering sebelum menggunakan minoxidil.
• Titiskan 1ml dos minoxidil untuk kawasan bermasaalah dan urut perlahan-lahan kulit kepala tersebut selama 1 ke 2 minit.
• guna dua kali sehari,(pagi dan petang)
Perubahan selepas Penggunaan.
Anda boleh melihat perubahan selepas 2-4 bulan, minoxidil menolong merawat rambut yang lemah dan halus dengan membesarkan folikel yang tersumbat dan memanjangkan kitaran hayat helaian rambut sambil menambahkan jumlah folikel aktif dalam fasa tersebut.
Seterusnya kelihatan rambut lembut, ringan, ini adalah tanda-tanda minoxidil menghidupkan kembali proses tumbesaran rambut. Akhirnya rambut-rambut pendek akan membesar ke saiz normal, dari segi panjang dan warna.
Minoxidil mampu merangsang dan menstimulasi peredaran darah, Sehingga akar rambut bisa tumbuh dengan cepat dan juga lebat.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
47150
Opening Hours
| Monday | 08:30 - 17:30 |
| Tuesday | 08:30 - 17:30 |
| Wednesday | 08:30 - 17:30 |
| Thursday | 08:30 - 17:30 |
| Friday | 08:30 - 17:30 |
