Klinik Kaw & Kuat

Klinik Kaw & Kuat

Share

1 rawatan mempunyai 2 fungsi hanya dalam 3 bulan.

23/10/2023

Langkah Tepat Melatih Kekuatan Otot
Melakukan olahraga yang tepat menjadi hal yang sangat penting dalam melatih kekuatan otot. Namun, tidak hanya itu, ada beberapa langkah lainnya yang perlu kamu lakukan untuk meningkatkan kekuatan otot serta tubuh. Berikut ini langkah-langkah yang bisa kamu lakukan.

1.Latihan Bersama Profesional
Tidak ada salahnya untuk meminta pendampingan atau latihan bersama pelatih profesional. Kamu dapat mengoptimalkan tiap gerakan pada setiap latihan yang kamu jalani. Selain itu, gerakan yang diawasi oleh pelatih profesional akan membuat kamu terhindar dari risiko cedera.

2.Lakukan Olahraga Secara Rutin
Setelah menemukan olahraga yang tepat, sebaiknya lakukan kegiatan ini secara rutin. Konsisten dalam berlatih dan olahraga adalah kunci untuk melatih kekuatan otot. Pastikan kamu berlatih dengan durasi yang sesuai. Hal ini untuk memicu perubahan pada fisik agar otot dapat bekerja lebih maksimal.

3.Penuhi Kebutuhan Istirahat
Saat kamu berolahraga, otot akan bekerja lebih keras dan berisiko menyebabkan kerusakan yang dapat menimbulkan nyeri. Kamu juga perlu menghindari latihan kekuatan pada otot yang sama selama beberapa hari. Nah, untuk memulihkan kondisi otot, memenuhi kebutuhan tidur adalah hal yang sangat penting. Tanpa tidur dan istirahat yang cukup, otot akan mengalami kerusakan dan sulit untuk memperbaiki jaringannya.

4.Terapkan Pola Makan Sehat
Jangan lupa untuk menerapkan pola makan sehat saat kamu akan melatih kekuatan otot. Untuk meningkatkan kekuatan otot, pilihlah makanan dengan kandungan protein, karbohidrat, biji-bijian, buah, dan sayuran.

Call now to connect with business.

17/10/2023
Photos from Klinik Kaw & Kuat's post 09/10/2023

Apa Tips & Sunnah Untuk Kekal Bertenaga Untuk Menunaikan Ibadah?

1. Kerap minum air
Menurut kajian, seorang dewasa seharusnya minum sebanyak 2-3 liter setiap hari untuk mengekalkan kesihatan badan yang optimum. Sekurang-kurangnya, satu botol besar 1.5 liter air masak. Jangan p**a kita minum air-air yang manis yang berisiko mengakibatkan lebih banyak mudarat dan penyakit.

2. Tidur yang cukup & qailulah
Di zaman serba moden ini, semakin s**ar untuk orang dewasa mendapatkan tidur dan rehat yang secukupnya. Seringkali kita lihat masa malam dihabiskan dengan menonton video atau melayari laman media sosial di telefon pintar. Bila tidur lewat, badan akan keletihan dan bangun juga akan jadi lewat. Lebih parah lagi bila kita terlajak tidur dan solat Subuh juga tidak dapat ditunaikan. Apatah lagi untuk bangun seketika di malam hari menunaikan solat sunat tahajjud.

3. Makan secukupnya pada waktu yang betul
Tips yang seterusnya, adalah untuk makan makanan berkhasiat secukupnya. Sifir mudahnya, betul cara pemakanan makan maka cukuplah tenaga untuk kita beribadah. Tetapi harus kita waspada agar tidak makan makanan yang tidak berkhasiat secara berlebihan.

4. Bersenam setiap hari
Dan tips terakhir yang ingin kami kongsikan ini memerlukan disiplin dan semangat yang kuat untuk anda lakukan. Kami tahu, bersenam ini adalah satu perkara yang jarang-jarang orang s**a buat lebih-lebih lagi apabila sudah meningkat umur.

Aktiviti fizikal yang paling banyak akan anda lakukan dalam menunaikan ibadah harian adalah bersujud dan mengangkat badan dari sujud. Jadi, paling asasnya anda harus melatih kaki dan bahagian bawah badan agar mampu melakukan dua pergerakan fizikal ini. Tips ini perlu anda amalkan seawal mungkin.

Anda boleh cuba untuk berjalan sekitar kawasan perumahan dahulu, dan tingkatkan jaraknya sedikit demi sedikit agar badan anda tidak terkejut. Jangan lupa juga untuk melakukan senam regangan otot sebelum mula berjalan. Bila kita bersenam secara mengejut dan terlalu memaksa badan, badan kita cenderung untuk mendapat kecederaan. Amalkan kesederhanaan, terlalu banyak berjalan juga boleh mendatangkan rasa sengal-sengal pada lutut.

Ingat ya, kecederaan kecil seperti terseliuh atau tergeliat pergelangan kaki akan memberi impak yang sangat-sangat besar kepada keseluruhan ibadah harian anda. Bila kaki sakit, kita nak berdiri dan rukuk pun susah. Bila sakit juga, hati dan mental kita tidak tenang maka kekusyukan dalam beribadah itu akan hilang.

Photos from Klinik Kaw & Kuat's post 19/09/2023

Duduk di rumah pun boleh kekal cergas! Ikuti 5 senaman ringkas ini:

1. Regangkan badan
Elakkan duduk sepanjang hari di rumah tanpa berbuat apa-apa sebaliknya carilah aktiviti untuk dilakukan di rumah. Jika malas sangat, lakukan senaman regangan badan setidak-tidaknya dua jam sekali.

2. Lompat tali
Meskipun tak dapat ke pusat kecergasan dalam tempoh PKP ini, anda masih boleh menjalani latihan intensif di rumah. Antaranya lompat tali yang mampu meningkatkan stamina anda. Paling penting, ia juga menyeronokkan!

3. Lari setempat
Joging atau berlari setempat ternyata senaman yang bagus untuk kesihatan hati. Anda boleh melakukannya sambil menonton televisyen atau mendengar muzik di rumah.

4. Lompat katak, tekan tubi
Lompat katak sangat mudah dan boleh dilakukan dalam kiraan 10 saat. Ia baik sebagai memanaskan badan dan kardiovaskular, manakala tekan tubi baik untuk menguatkan otot lengan serta dada anda. Tidak perlu lama, cukup sekadar 10 ke 15 minit setiap sesi.

5. Aerobik & zumba
Senaman aerobik dan zumba dapat dilakukan sama ada di luar ataupun di dalam rumah. Lebih seronok, senaman ini dapat dilakukan bersama ahli keluarga lain.

Selain itu, terdapat juga aktiviti lain boleh dilakukan iaitu berjalan di sekeliling rumah atau turun naik tangga selama 10 ke 15 minit. Sebaik-baiknya, lakukan sebanyak dua ke tiga kali sehari.
Bagi menambah keseronokkan buat carian video menari atau senaman aerobik di YouTube.

Paling penting, sentiasa menjaga kebersihan diri serta memberi perhatian kepada langkah-langkah pencegahan seperti sentiasa mencuci tangan, memakai topeng muka dan menjaga kebersihan diri.

18/09/2023

Baru Nak Mula Diet? Ini 5 Tips Diet Penting Untuk Beginner!

17/09/2023

Ini 5 langkah mudah untuk tingkat tahap kesihatan anda:

1. Jangan terima toksik ke dalam badan
Amalan pengambilan bahan-bahan bertoksik seperti rokok, alkohol dan dadah perlu dijauhi. Meskipun bahan-bahan ini membawa keseronokan dan kepuasan, namun kesannya boleh memudaratkan kesihatan untuk jangka masa panjang. Alkohol, umpamanya, boleh memberikan kesan toksik kepada organ badan jika diambil dalam jumlah yang banyak. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kesan toksik alkohol kepada otak boleh menyebabkan gangguan mental seperti kemurungan dan psikosis. Selain itu, dari segi makanan ringan, pemilihan makanan yang berkhasiat seperti susu segar, jus buah, sayuran mentah boleh dididik sejak individu itu kecil lagi. Ini penting kerana corak pemakanan yang diamalkan pada waktu remaja p**a selalunya akan menjadi tabiat dan diteruskan semasa dewasa. Bagi umat Islam, bulan Ramadan antara peluang untuk dijadikan sebagai pendorong kepada pendidikan dan tabiat pemakanan yang mengajar diri agar sentiasa menjaga nafsu selain boleh dijadikan sebab anda untuk berhenti merokok.

2. Tidur nyenyak 'seperti bayi'
Tidur yang berkualiti mampu mempertingkatkan kesihatan anda. Tidur yang mencukupi juga memberikan badan kita masa dan tenaga untuk pulih daripada ketegangan hari sebelumnya dan membantu kita untuk kekal cergas dan fokus sepanjang hari.

Jika anda s**ar tidur seperti kerap terjaga ketika tidur atau tidak selesa, amalkan tip berikut:
- Kekalkan jadual waktu tidur
- Perhatikan makan dan minum anda seperti waktu makan sebelum
tidur dan pengambilan kafein
- Cipta ritual waktu tidur
- Hadkan tidur waktu petang
- Lakukan aktiviti fizikal dalam rutin seharian anda

3. Angkat barang dan kerap bergerak
Senaman mampu pertingkatkan tahap hormon, membuat anda rasa lebih sihat dan mengurangkan risiko penyakit. Dalam pada itu, aktiviti fizikal secara berkala boleh membuatkan anda mendapat tidur yang berkualiti serta lebih cepat tidur. Namun, jangan bersenam ketika menghampiri waktu tidur.

4. Elakkan stres melampau
Stres boleh menganggu kesihatan anda selain menyebabkan pertambahan berat badan dan pelbagai jenis penyakit. KKM menggariskan amalan untuk pengurangan stres melalui kaedah dikenali ‘10 B’ iaitu bertenang, bernafas dengan dalam, bertenang, beribadat, bercakap dengan seseorang, berurut, berehat dan mendengar muzik, beriadah, bersenam dan berfikiran positif.

5. Elakkan makan makanan diproses
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pemakanan yang tidak sihat merupakan salah satu punca kepada penyakit tidak berjangkit seperti sakit jantung, kanser, penyakit pernafasan dan penyakit kencing manis. Makanan proses seperti sosej, daging burger dan mee segera antara makanan yang perlu dielakkan. Anda boleh memilih makanan segar, seperti buah, sayur atau bijiran. Amalkan tip ini seumur hidup anda walaupun ia memerlukan masa untuk dibiasakan.

17/09/2023

10 Tip untuk kekal cergas dan melakukan senaman:

1. Tetapkan sasaran khusus
Tetapkan sasaran anda dan cuba untuk melaksanakannya. Anda mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk berjaya sekiranya mempunyai sasaran senaman yang khusus dan mampu dicapai. Sebagai contoh, cuba tetapkan sasaran untuk melakukan senaman selama 30 minit setiap hari, 4 hari seminggu. Pastikan anda mencatit pencapaian anda di dalam buku kecil.

2. Lakukan aktiviti fizikal yang berbeza-beza
Anda tidak perlu melakukan satu aktiviti sahaja, seperti berlari atau berenang. Tiada siapa yang mengehadkan berapa banyak senaman yang anda boleh lakukan dan tiada peraturan yang mengarahkan untuk membeli peralatan senaman yang moden atau pergi ke pusat kecergasan.

Anda boleh cuba banyak jenis s**an dan aktiviti fizikal yang anda s**a seperti berjalan, berlari, berenang, mengayuh basikal, yoga, tai chi, dan menari.

3. Lakukan senaman untuk diri anda
Sematkan di dalam hati bahawa senaman yang dilakukan adalah untuk diri anda sendiri. Manfaatnya akan kembali kepada diri anda. Anda akan menjadi lebih cergas, lebih sihat, lebih berketerampilan, kurang tekanan dan mampu mengawal penyakit yang dihidapi.

4. Mulakan dengan langkah kecil
Sebagai contoh, anda ingin berlari 10 km sehari, namun perkara ini adalah mustahil jika anda ingin melakukannya pada hari pertama bersenam. Tubuh badan memerlukan masa untuk biasa dengan aktiviti fizikal. Mulakan dengan senaman yang ringan,mungkin anda boleh mula dengan berlari 500 meter bagi minggu pertama. Apabila ia terasa mudah, jauhkan lagi jarak larian secara beransur-ansur seiring dengan keupayaan tubuh badan.

5. Cari teman atau kump**an
Cari teman atau kump**an yang boleh bersenam bersama anda kerana perkara ini akan menambah semangat untuk anda terus bersenam. Selain itu,mereka boleh memberi bimbingan dan sokongan . Dan sebenarnya ,apabila bersenam bersama kawan-kawan, ia akan menjadi lebih seronok.

6. Beli / laburkan wang anda untuk peralatan senaman yang berkualiti
Beli kasut dan pakaian berkualiti, yang memberikan anda sokongan yang bagus dan penampilan menarik. Barang-barang dibeli seharusnya barang yang anda minati. Gantikan peralatan s**an anda setiap enam bulan atau setiap satu tahun untuk memastikan ia sentiasa memberi sokongan yang bagus. Anda juga boleh sediakan dua set peralatan s**a dan menggunakannya berselang-seli agar tahan lebih lama.

7. Jadikan senaman sebagai rutin pertama di pagi hari
Anda boleh melakukan senaman sejurus selepas bangun dari tidur di atas katil. Lakukan senaman, mandi dan pergi kerja, anda pasti akan berasa lebih bertenaga.

8. Bersenam dalam perjalanan p**ang ke rumah
Anda boleh melakukan senaman dalam perjalanan p**ang ke rumah. Sebagai contoh, turun dari pejabat menggunakan tangga, berjalan ke tempar parkir kereta (letakkan kereta anda sejauh yang mungkin) atau rumah sekiranya rumah anda berdekatan dengan tempat kerja, ataupun berjalan ke stesen pengangkutan awam untuk balik ke rumah.

9. Bawa anjing / haiwan anda bersiar-siar
Luangkan masa bersama dengan anjing/haiwan peliharaan anda sekurang-kurangnya 30 minit untuk bersiar-siar di luar,sekiranya sibuk, anda boleh melaksanakannya dengan bersiar-siar selama 10 minit sebanyak 3 kali sehari. Bersiar-siar dengan anjing / haiwan peliharaan anda boleh memberikan manfaat kepada anda dan juga ‘dia’. Selain daripada memberi motivasi untuk berjalan-jalan, hubungan anda dan haiwan peliharaan juga bertambah erat.

10. Berikan ganjaran untuk diri anda
Tetapkan sasaran dan ganjaran yang akan anda berikan kepada diri sendiri sebelum memulakan aktiviti fizikal atau senaman. Apabila sasaran tersebut telah tercapai, beri ganjaran kepada diri anda agar terus bermotivasi untuk bersenam dan melakukan aktiviti fizikal. Elakkan makanan sebagai ganjaran. Bentuk ganjaran seperti kasut baru,menonton wayang, dan mendapatkan urutan adalah sangat bagus.

Bersenam boleh menyihatkan tubuh badan. Memulakannya mungkin mudah, tetapi untuk berterusan melakukannya memang payah. Jangan berputus asa, terus usaha untuk melakukannya. Pasti anda akan temui cara untuk membuatkan senaman itu satu perkara yang menyeronokkan.

Photos from Klinik Kaw & Kuat's post 16/09/2023

Makanan Kesihatan Lelaki – Tips Terpadu Tambah Tenaga Dan Kesihatan Lelaki

1. Daging
Jika kita cakap pasal makanan kesihatan lelaki sahaja, sumber protein memang kena ada sebab sumber protein sangat diperlukan oleh lelaki. Mesti anda terbayang kambing golek, daging masak hitam, kan? Secara purata, kaum lelaki lebih gemar mengambil makanan yang berasaskan daging berbanding wanita. Ini kerana umum mengetahui tubuh badan lelaki lebih besar dan tinggi berbanding wanita, seterusnya memerlukan zat protein yang lebih tinggi untuk mengekalkan j***m otot tubuh yang stabil.

2. Makanan laut
Selain daging lembu, makanan laut seperti ikan juga merupakan makanan kesihatan lelaki yang tinggi sumber protein dan kaya dengan pelbagai jenis nutrisi baik untuk kesihatan tubuh badan lelaki.
Contoh ikan yang kaya dengan sumber protein.
Ikan Salmon
Ikan Sardin
Ikan Tilapia
Ikan Sebelah

3. Susu
Serupa dengan daging, makanan kesihatan lelaki berasaskan produk tenusu seperti susu dan yogurt kaya dengan zat protein dan kalsium yang sangat diperlukan oleh tubuh badan lelaki. Cuma jangan lupa pastikan produk tersebut rendah lemak dahulu. Produk yang berasaskan susu juga mengandungi asid amino yang berfungsi dalam pertambahan otot serta boleh menguatkan sendi dan tulang. Rata-rata masyarakat kita lebih gemar meminum susu lembu berbanding susu kambing kerana mudah untuk didapati dan mempunyai pilihan yang pelbagai. Tetapi tahukah anda minum susu kambing merupakan salah satu makanan sunnah untuk kesihatan lelaki? Susu kambing merupakan makanan kesihatan lelaki yang tinggi zat kalsium, potasium dan vitamin A sangat sesuai untuk lelaki dewasa yang inginkan tubuh badan yang lebih maskulin.

4. Kacang soya
Jika anda mahukan zat protein yang berkualiti tinggi anda boleh cuba ambil produk yang berasaskan kacang soya seperti susu kacang soya, tauhu dan tempe. Amalan pengambilan kacang soya mampu untuk mencegah kanser prostat. Disebabkan kandungan lemaknya yang tidak tepu, kacang soya juga dianggap mampu untuk mengelak penyakit jantung. Makanan kesihatan lelaki yang berasaskan kacang soya kaya dengan sumber protein(lagi tinggi dari susu lembu), antioksidan, kalsium, zat besi, dan vitamin B kompleks yang mampu memberi tahap kesihatan yang terbaik. Susu soya juga boleh dijadikan alternatif bagi individu yang mempunyai alahan terhadap susu lembu.

5. Pisang
Pernah tak anda rasa kejang dibahagian kaki?
Rasa kejang sebegini biasanya berlaku selepas kita melakukan aktiviti senaman dan lasak, antara puncanya disebabkan oleh kurangnya zat potasium dalam badan. Pisang juga salah satu makanan kesihatan lelaki yang ‘famous’ untuk kesihatan z***r lelaki. Pisang mengandungi zat potasium yang tinggi dan boleh mengurangkan risiko anda mendapat kekejangan otot dan serta dapat menguatkan tulang. Pengambilan pisang dalam diet seharian juga dapat mencegah anda dari menghidap penyakit merbahaya seperti penyakit darah tinggi(hipertensi), penyakit jantung, dan diabetes. Khasiat pisang juga boleh mengurangkan risiko anda mempunyai masalah ereksi (erectile dysfunction)

6. Tomato
Anda s**a makan spaghetti bolognese? Tahu tak sos bolognese tu diperbuat dari sayur tomato? Jangan tak tahu, tomato pun ada banyak khasiatnya tau. Khasiat dari sayur tomato mampu untuk mengekalkan kesihatan kelenjar prostat anda. Ada beberapa kajian yang melibatkan 500,000 responden mendapati, kebanyakkan penggemar makanan berasaskan tomato mempunyai kurang risiko mendapat kanser prostat.

7. Bayam
Ramai yang mengetahui bayam merupakan antara makanan penambah darah yang terbaik. Ini kerana jumlah folic acid yang ada didalam sayur bayam akan membantu tubuh badan kita untuk menghasilkan sel darah merah dan putih yang baharu untuk kegunaan tubuh badan. Bayam juga mengandungi zat magnesium yang berfungsi untuk meningkatkan pengaliran darah dan telah terbukti mampu menambah kadar hormon testosteron dalam tubuh badan lelaki. Penghasilan hormon testosteron yang banyak ini lah yang menjadi faktor utama kepada peningkatan nafsu seks seseorang. Selain itu juga, tomato ada khasiatnya yang lain contohnya dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Kuala Lumpur
56100