Besties Personal Shopper

Besties Personal Shopper

Share

More Than Just a Shopper, Your Trusted Advisor ✨ Hai Besties! Jom follow kami!

Selamat Datang ke Besties Personal Shopper! πŸ’–

Kami bukan sekadar personal shopperβ€”kami sahabat belanja anda yang sentiasa siap membantu! πŸ’β€β™€οΈπŸ’ƒ Dengan kami, anda bukan sahaja dapat membeli-belah, tapi juga mendapat tip, info, dan cadangan terbaik! βœ…

πŸ’– Kenapa Mesti Pilih Besties Personal Shopper?
πŸ’Ž Trusted Consultant – Kami beri cadangan yang jujur & tepat ikut citarasa anda!
πŸ’Ž Mudah & Pantas – Or

Photos 17/02/2021

Jangan lupa follow Instagram kami okay 😊

28/10/2020

Sharing untuk ibu mengandung πŸ’–

MENGURANGKAN RASA SAKIT KEPALA SEMASA HAMIL

Ramai wanita yang mengalami masalah sakit kepala semasa hamil. Tidak ramai yang mahu mencuba mengambil ubat tahan sakit yang banyak dijual kerana bimbang kesan sampingan pada diri mereka atau anak dalam rahem. Malah ramai yang mendapat ubat tahan sakit dari doctor setelah menjalani pemeriksaan, tetapi masih ada rasa ragu-ragu lagi.

Secara amnya ubat tahan sakit selamat digunakan namun saya mencadangkan agar kurangkan pengambilan ubat tahan sakit ketika hamil. Jika rasa sakit yang keterlaluan, bolehlah cuba lakukan tips berikut sebelum mengambil ubat tahan sakit.

1. Urut sendiri bahagian yang sakit di kepala terutama bahagian kening menggunakan minyak zaitun, minyak kelapa atau essential oil.

2. Mandi. Jika ada kesempatan mandilah dengan air hangat. Paling baik dapat berendam dalam bathtub selama beberapa minit. Jangan terlalu lama.

3. Minum air kosong secukupnya. Minuman air yang cukup dapat mengurangkan rasa sakit kepala. Mereka yang tidak cukup minum air, akan mudah mengalaminya.

4. Elakkan makanan dan minuman manis. Bagi mereka yang selalu sakit kepala, mengurangkan makanan dan minuman yang manis akan mengurangkan kekerapan rasa sakit kepala.

5. Cuba dapatkan tidur yang cukup. Bagi wanita yang hamil sebaiknyanya tidur paling kurang 8 jam sehari. Tidurlah awal supaya boleh bangun awal.

6. Ambil buah-buahan jika ingin mendapat kudapan di antara waktu makan. Tambahkan minyak sihat seperti avocado, minyak zaitun (OLIVIE), ikan salmon dan buah zaitun itu sendiri.

7. Berurut. Dapatkan perkhidmatan urutan terutama untuk bahagian leher, belakang badan dan bahu. Carilah mereka yang terlatih dan berpengalaman.

Pengambilan ubatan penahan sakit seharusnya hanya bersifat sementara. Maknanya tak boleh ambil sampai berhari-hari. Jika sakit kepala berlaku pada jangka yang panjang, buat pemeriksaan doctor. Mungkin sakit kepala disebabkan oleh masalah kesihatan yang lebih serius.

Hanya Yang Merasai Sahaja Tahu Sakitnya Bengkak Susu, Sebab Inilah Ibu Boleh Jadi Stres! 23/09/2020

Bengkak susu?

Hanya Yang Merasai Sahaja Tahu Sakitnya Bengkak Susu, Sebab Inilah Ibu Boleh Jadi Stres! Bagi ibu yang memberikan susu badan kepada bayi, masalah biasa berlaku adalah bengkak susu tersumbat. Kesakitan dirasai memerlukan rawatan yang betul!

Ketika Dalam Kandungan, Ini 6 Benda Bayi Paling S**a & Buatnya Makin Aktif 28/08/2020

Apa yang baby s**a buat dalam perut mommy ya?

Ketika Dalam Kandungan, Ini 6 Benda Bayi Paling S**a & Buatnya Makin Aktif Inilah sebabnya kenapa baby aktif dalam perut dan merasai kebahagiaan apabila berada dalam kandungan. Salah satunya memberi respon ketika mendengar...

14/08/2020
Tak Sangka Latok Boleh Atasi Masalah Hb Rendah Pada Ibu Hamil, Ini Sebabnya! 09/08/2020

Latok viral?

Tak Sangka Latok Boleh Atasi Masalah Hb Rendah Pada Ibu Hamil, Ini Sebabnya! Latok, rumpai laut yang kelihatan seperti buah anggur! Ia dikenali sebagai 'anggur laut' dan diperkaya dengan vitamin B12 yang mampu atasi anemia ibu hamil.

07/08/2020

Kami selalu mengingatkan para ibu supaya mengawal emosi sepanjang berpantang. Ini penting untuk proses penyembuhan si ibu.

06/08/2020

Air kelapa?? Nak minum ke tak nak?? πŸ€”

AIR KELAPA MUDA BAGUS UNTUK WANITA HAMIL

Semua orang tahu bahawa air kelapa muda sangat baik untuk kesihatan kerana ia mengandungi banyak mineral dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh. Rasa air kelapa muda sangat unik dan sedap diminum pada bila-bila masa, terutamanya pada masa cuaca panas.

Kita akan berasa segar dan rasa haus akan hilang apabila kita meminum segelas air kelapa muda yang sejuk.

Bagi wanita yang hamil , meminum air kelapa tidak memudaratkan ibu dan bayi. Malah ia sangat bagus untuk diminum pada bila-bila masa.

Segelas air kelapa muda 100 ml mengandungi 19 kalori . Hampir 95% darinya adalah air 4% adalah karbohidrat, dan 1% adalah protein dan lemak. Air kelapa muda mengandungi sejumlah kecil (10% dari keperluan seharian) vitamins dan mineral.

Selain dari nutrisi yang dibekalkan, air kelapa juga memberikan manfaat berikut kepada wanita yang hamil.

1. Mengelakkan berlakunya dehidrasi

Air kelapa muda dapat mengelakkan berlakunya dehidrasi dan rasa mudah penat yang sering dialami oleh wanita yang hamil. Ini kerana air kelapa muda membekalkan banyak mineral yang diperlukan bagi menggantikan mineral yang mungkin hilang semasa membuang air kecil dan ketika berpeluh.

2. Mengurangkan masalah sembelit

Wanita yang hamil selalunya mengalami masalah sembelit. Air kelapa muda mengandung serat dan cecair yang dapat membantu mengurangkan masalah sembelit. Ia juga dapat mengurangkan rasa mual akibat morning sickness.

3. Membantu merawat jangkitan kuman pada saluran kencing

Air kelapa muda dapat membantu merawat jangkitan kuman pada saluran kencing. Jangkitan kuman pada saluran kencing ini juga dikenali sebagai β€˜kencing kotor’ dan ia dialami oleh kebanyakan wanita yang hamil. Air kelapa muda yang mempunyai kandungan air yang banyak, dan tahap mineral yang mencukupi bagi membantu membunuh kuman di saluran air kencing. Ia juga dipercayai membantu fungsi ginjal dan menurunkan tekanan darah (kerana mengandungi mineral magnesium).

4. Membantu meningkatkan kekebalan tubuh

Air kepala muda juga mempunyai sebatian antioksidan, vitamin dan mineral yang meningkatkan daya tahan tubuh.

a) Jangan minum secara berlebihan sehingga menggantikan pengambilan air kosong. Air kosong adalah minuman yang terbaik untuk dehidrasi dan membekalkan nutrisi pada tubuh.

b) Pastikan mengambil air kelapa muda yang segar dan bersih.

c) Jika rasa tidak selesa dengan pengambilan air kelapa muda, cuba elakkan. Rasa mual, pening dan cirit-birit jarang berlaku tetapi ia boleh terjadi pada sesiapa saja.

Jadi kesimpulannya minum air kelapa muda memberikan banyak manfaat kepada yang meminumnya sama ada lelaki atau wanita. Sama ada yang hamil atau tidak. Ia minuman terbaik bagi menggantikan minuman yang manis, bergas, atau menggantikan minuman berkafein, seperti teh, dan kopi. Ia harus diambil dengan pemakanan yang seimbang dan aktiviti fizikal yang sederhana.

Semoga bermanfaat.

Ibu Yang Dijangkiti Covid-19 Boleh Meneruskan Penyusuan Susu Badan - WHO 22/07/2020

Tahukah anda?

Ibu Yang Dijangkiti Covid-19 Boleh Meneruskan Penyusuan Susu Badan - WHO Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), ada banyak kebaikan penyusuan susu ibu ini dan meskipun ibu dijangkiti covid-19 mereka masih boleh menyusu.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Kuala Lumpur
54000