Aisyara Health & Beauty
Aisyara membekalkan produk-produk kesihatan dan kecantikan untuk anda sihat, cantik dan menarik. Con
14/02/2025
Simpan emas secara istiqamah setiap bulan.
Mampu 1gram simpan 1 gram, mampu 2 gram , simpan 2 gram dan kalau mampu simpan 1dinar, simpan 1 dinar setiap bulan dengan istiqamah.
Tak perlu bazir emosi tengok naik dan turun harga emas.
Dapat gaji terus simpan ikut kemampuan melalui GAP. Dan pada akhirnya buat kos pemurataan . Lebih berbaloi.
Simpan jangan tak simpan.
Bukan untuk orang lain tapi untuk kita juga.
Kalau bukan kita yang simpan ,
siapa lagi nak simpan untuk kita dan keluarga kita. kan....
Kredit to ..
Daftar utk simpanan GAP blh klik link
*https://boards.com/a/8GAM90.OauphN*
22/10/2024
DANA PENDIDIKAN ANAK
1 - Memandangkan kita semua ada anak, jadi kita semua wajib simpan DANA PENDIDIKAN mereka.
2 - Dana pendidikan ni seharusnya bermula sedari anak itu baru dilahirkan.
3 - Untuk dana pendidikan ini, kak ina lebih rekemen dalam bentuk SIMPANAN EMAS sebab simpanan dalam jangkamasa panjang , emas adalah yang terbaik sebab emas mengekalkan kuasa belinya.
4 - Seeloknya buka akaun GAP (Public Gold) dan simpan hanya sebulan segram bermula anak dilahirkan sudah memadai.
5 - Untuk pendidikan anak mengunakan emas, kita hanya memerlukan dalam anggaran 250 gram emas. Dan ianya kekal walaupun 50tahun akan datang.
6 - Pastikan dijual dalam masa 6 bulan sebelum anak melanjutkan pelajaran.Tapi jika kita simpan duit, pastinya kos untuk dana pendidikan berganda dalam jangkamasa 10 tahun.
7 - Jika nak disimpan dalam bentuk hartanah utk Dana Pendidikan juga boleh. Tapi kena pastikan jual dalam masa 2 tahun sebelum anak nak melanjutkan pelajaran. Hartanah memakan masa untuk di jual.
klik link saya dibawah utk info publicgold..
https://boards.com/a/8GAM90.OauphN
06/09/2024
Pakaian2 pre love, murah2 dan dlm keadaan elok....pakai beberapa kali shj....berminat , pm saya...0192501468
27/10/2023
Bercerita tentang kematian.
Allah beri macam-macam pengalaman.
Ada kematian, agak mengerikan.
Elok-elok berbaring, tetiba mata terbeliak terkapai-kapai.
Terkejut dengan kehadiran ajal.
Hingga tertanggal gigi palsu dengan sendiri.
Nafas tercungap-cungap. Berbuih-buih mulut.
Kita disisi pun terasa panik.
Ada kematian, terasa indah.
Perlahan-lahan mata terpejam. Di hujung mata, ada titisan air yang mengalir.
Tenang kita disisi, bantu bisikkan syahadah.
Dihembuskan nafas perlahan.
Hembus. Dan, tarik kembali.
Perlahan-lahan. Hembus lagi.
Kali ini, hembusannya panjang dan sedikit kuat.
Tenang suasananya.
Terasa, seakan-akan ruh turut mengikut pergi. Pergi tak kembali.
Ada jenazah, orangnya 'terkenal' dengan sisi buruk yang pernah dia lakukan.
Ikut cerita keluarga mereka, hamba Allah ini telahpun tinggalkan 'sifat buruknya' lebih kurang 2 tahun sebelum kematian.
Cuma, orang di sekeliling masih lagi 'cop' dirinya dengan sifat buruk yang lama.
Dikebumikan di hari Jumaat yang mulia.
'Orang jahat, masuk kubur hari Jumaat.'
Bukan semua orang boleh terima.
Berbeza, apabila 'orang baik mati hari Jumaat', ramai orang akan bercerita.
Tercari-cari apa kebaikan 'orang jahat' ini.
'Orang jahat' ini, dalam telefonnya penuh dengan video dan surah-surah Al-Quran.
Ada juga Al-Quran lusuh dan usang. Entah siapa pemiliknya.
Ahli keluarga sendiri tidak pernah tahu tentang kewujudan Al-Quran lusuh ini.
Siapa sangka. Boleh jadi, 'orang jahat' tadi pemiliknya.
Mungkin, diam-diam dia nak kenal Allah. Diam-diam, Allah berikan dia cahaya hidayah.
Ada kematian, orangnya saya tidak kenal secara peribadi.
Hingga ke hari ini, masih tertanya-tanya. Apa kebaikan hamba Allah ini ketika hayatnya.
Perginya menjelang pagi Jumaat. Sekitar jam 12malam.
Ketika memandikan jenazah, wajahnya tenang dan 'cantik'. Ramai yang tegur dan tertanya-tanya usia sebenar si mati. Nampak muda berbanding usia.
Pagi Jumaat yang tenang, redup sepanjang hari.
Redupnya luar biasa. Seolah-olah, 'alam' turut menyambut kepulangan ruh si mati.
Beberapa kali saya pandang ke langit.
MasyaAllah. Redup dan tenang sekali.
Ketika selesai solat jenazah di dalam rumah, si mati diusung beramai-ramai memasuki van jenazah yang telah tersedia.
Saat ini, hujan turun renyai-renyai.
Mengiringi jenazah ke tanah perkuburan.
Tiba di tanah perkuburan, hujan berhenti.
Kejadiannya sangat luar biasa. Sangat menyentuh hati.
Hingga hati tertanya-tanya.
Apa kebaikan arwah ini.
Orangnya biasa. Sangat biasa. Macam orang kebiasaan seperti kita.
Baru-baru ini, kuburnya berbau wangi. Hingga ke batu nisan wanginya.
Hinggakan wanginya melekat di telapak tangan apabila kita menyentuh batu nisan.
Bau wangi dan segar.
Kuat baunya.
Bila kita cuci tangan, barulah wanginya hilang.
Bertambah kuat perasaan ingin tahu apa kebaikan arwah.
Ikut cerita anaknya,
"Mak selalu baca surah Ar-Rahman dan Al-Kahfi."
"Mak jaga kucing. Dia bagi makan macammana kita makan."
Hati tertanya-tanya lagi andainya si mati ini ada amalan lain yang lebih 'special' sembunyi-sembunyi.
Cerita anaknya,
"Mak ni, orang biasa."
"Solat dan urus keluarga macam biasa."
"Seumur hidup, umrah pun belum sempat pergi, apatah lagi haji. Belum berkemampuan ke Tanah Suci."
"Mak ni, tak adalah nak pergi solat di surau-surau macam orang lain. Solat pun kat rumah sahaja."
"Mak cuma duduk di rumah. Jarang nak bergaul dengan orang. Jadi, Mak tak mengata orang."
"Mak banyak bersabar dengan Ayah."
"Mak banyak bersabar dengan anak menantu. Kalau ada anak menantu bermasalah, Mak cuma diam dan mendoakan."
Ternyata..
Untuk mendapatkan redha Allah itu, ada bermacam-macam jalan.
Apa yang Allah s**a, kita buat. Apa yang Allah larang, kita tinggalkan.
Yang mampu, kita usahakan.
Allah beri kemampuan buat amal A, Alhamdulillah.
Tak mampu buat amal B, usahakan ganti dengan buat amal C sebagai jalan mendekati Tuhan.
Setiap kebaikan yang kita buat meskipun sekecil-kecil kebaikan, akan berpatah balik ke kita semula tiba saatnya nanti.
Bersyukurlah bila Allah mudahkan kita untuk beramal kebaikan.
Cuma, jangan sesekali tertipu dengan amal.❤
Alhamdulillah 'ala kulli hal...syukur atas segala niqmat allah.
perihatin
29/09/2023
TIDAK ADA SATU PUN MILIK KITA, SEMUANYA MILIK ALLAH..
perjalanan rohani
kepada iman
allah
# menguatkan iman
TikTok · IMAN Check out IMAN's video.
*Risau dgn rezeki yang tersangkut?* .. serahkan semua urusan kepada allah kerana allah yg maha memberi dan lbh mengetahui.
24/09/2023
TikTok · IMAN Check out IMAN's video.
Bertaubat lah segera selagi diberi kesempatan .. sesungguhnya kita makhluk yang lemah
23/09/2023
TikTok · ina Check out ina's video.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Website
Address
Kuala Lumpur
