Solusi Kesihatan Aizat
Aizat sangat komited untuk meningkatkan taraf kualiti kesihatan melalui produk kaya nutrisi kesihatan yang HALAL & premium.
Kita semua berhak untuk hidup lebih sihat, kerana itu adalah pilihan dalam genggaman. #SihatNikmatTerindah
11/08/2021
31/05/2021
Jom sama-sama kita menjaga peparu lebih sihat dan bebas tembakau..Semoga kita dilindungi dari wabak Covid-19. Bersama-samalah kita patuh SOP yg telah ditetapkan.
Menurut kajian, cara jangkitan dari tangan ke mulut dikenalpasti sebagai cara utama virus menyerang perokok. Selain itu, paru-paru perokok mempunyai tapak penerima (reseptor) virus Corona yang LEBIH BANYAK iaitu melalui ACE-2.
Malah, risiko untuk mendapat komplikasi dan kematian akibat jangkitan adalah 14 kali LEBIH TINGGI bagi perokok berbanding bukan perokok. Perokok juga lebih berisiko mempunyai penyakit kronik seperti darah tinggi, penyakit jantung, paru-paru kronik, kencing manis dan kanser yang seterusnya lebih cenderung untuk mendapat jangkitan COVID-19 yang teruk dan mengakibatkan kematian.
Jadikan PKP ini permulaan kepada anda untuk berhenti merokok. Tanamkan keazaman untuk berhenti merokok dengan mendapatkan bantuan melalui pendaftaran di laman sesawang https://www.jomquit.com.
Tarikh 31 Mei setiap tahun merupakan Hari Tanpa Tembakau yang disambut seluruh dunia.
Sumber: Pusat Racun Negara
24/05/2021
Jom Baca!
Senarai di bawah menunjukkan 7 jenis batuk biasa dan apa yang anda perlu tahu tentangnya.
Batuk basah: sebab biasa batuk basah adalah bronkitis yang berlaku apabila saluran pernafasan membengkak dan menghasilkan mukus. Simptom ini biasanya berkaitan dengan virus dan boleh berlaku selepas anda mengalami selesema.
Batuk perokok: ini adalah tanda popular dalam COPD. Pesakit COPD mempunyai masalah dengan pernafasan disebabkan sekatan saluran pernafasan. Satu lagi simptom yang berkaitan dengan COPD adalah rasa sesak, nafas berdehit dan sesak nafas.
Batuk masam: Batuk selama lebih daripada 2 bulan dengan rasa masam adalah tanda GERD (penyakit gastroesophageal reflux). Ia biasanya berlaku apabila asid perut masuk ke dalam tekak.
Batuk kering: Jika anda selalu batuk pada waktu malam tanpa mukus dalam masa yang lama, ini adalah tanda asma. Simptom-simptoma asma bagi kebanyakan orang adalah sesak dada, nafas berdehit dan sesak nafas.
Batuk berdarah: batuk ini mungkin datang dari paru-paru atau saluran pernafasan. Jika anda batuk darah, ia boleh menjadi tanda penyakit lain yang berbahaya seperti kanser paru-paru.
Batuk dengan simptom selesema: batuk jenis ini merupakan simptom selesema disebabkan perubahan cuaca; ia disertai dengan hidung tersumbat, sakit badan atau sakit tekak.
Batuk basah dengan demam: Ini kadangkala tanda radang paru-paru (pneumonia) yang termasuklah demam, menggigil, dan sesak nafas. Kahak anda mungkin berwarna hijau, kuning atau berdarah.
ANDA MENGALAMI BATUK YANG MANA??
21/05/2021
1.Rancang pemakanan Seimbang, Sederhana, dan Kepelbagaian
Makan semua makanan daripada pelbagai kumpulan di dalam piramid makanan dalam saiz sajian sederhana dan pilih pelbagai jenis makanan daripada setiap kumpulan makanan. Hadkan makanan bergula, berminyak dan bergaram yang boleh memburukkan faktor risiko penyakit kardiovaskular.
2.Perbanyakkan makan makanan tinggi serat
Serat membantu mengawal paras kolesterol dan glukosa dalam darah, mengekalkan berat badan sihat dan mengurangkan risiko penyakit kardiovasular contohnya obesiti. Untuk mendapatkan serat, tambah legum, bijirin penuh, buah dan sayur ke dalam diet harian anda. Produk makanan bijirin penuh seperti beras perang, oat dan roti bijirin penuh ialah sumber baik bagi serat.
3.Aktif melakukan pergerakan
Aktiviti fizikal terutama senaman aerobik, membantu menguatkan otot jantung, mengurangkan stres, memperbaiki metabolisme dan meningkatkan paras kolesterol HDL.
4.Kekalkan berat badan ideal
Mengekalkan berat badan yang sihat atau mengurangkan lebih berat badan boleh menurunkan risiko penyakit kardiovaskular dan faktor risikonya (contohnya paras kolesterol dan tekanan darah) dengan ketara.
5.Buat saringan kesihatan secara berkala
Jadualkan pemeriksaan tahunan bagi tekanan darah, paras kolesterol dan glukosa anda. Penyakit kardiovaskular boleh wujud tanpa sebarang simptom atau simptomnya tidak begitu jelas kelihatan.
6.Kurangkan stress dan dapatkan rehat yg cukup
Stres sebenarnya boleh meningkatkan tekanan darah, begitu juga jika tidak cukup tidur. Cuba dapatkan lapan jam tidur yang berkualiti, belajar untuk menenangkan tubuh, minda dan jiwa anda dari semasa ke semasa.
7.Berhenti merokok
Sesiapa yang merokok satu kotak rokok sehari menggandakan risiko serangan jantung berbanding mereka tidak merokok. Perokok yang berhenti merokok mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dengan serta-merta!
07/05/2021
Berpuasa bukanlah halangan anda untuk tetap melakukan senaman demi menjaga kecergasan badan. Bersenam sewaktu puasa juga boleh menjadi cara anda untuk lebih banyak membakar kalori sehingga boleh menurunkan berat badan.
Sudah tentu ini merupakan satu perkara yang baik. Namun, sebaiknya jangan sembarangan bersenam di bulan puasa. Anda harus perhatikan masa dan intensiti senaman saat berpuasa agar senaman tersebut tidak mengganggu puasa anda atau menyebabkan dehidrasi. SEMOGA BERMANFAAT
04/05/2021
Jangan kita abaikan peringatan penting ini!!
Segeralah mengambil langkah pencegahan supaya jangkitan tidak merebak. SEMOGA DIJAUHI PENYAKIT MERBAHAYA🥰
Kredit to: Kementerian Kesihatan Malaysia page
Asma merupakan antara penyakit tidak berjangkit yang biasa berlaku dan memberi tekanan kepada beban kesihatan awam.
Ramai beranggapan asma hanya menyerang kanak-kanak tetapi sebenarnya asma boleh berlaku pada semua peringkat usia. Penghidap asma tidak membataskan seseorang untuk bersenam jika terkawal.
Walaupun tiada rawatan untuk menyembuhkan asma setakat ini, serangan asma boleh dicegah dan penghidap asma boleh menjalani kehidupan normal seperti orang lain.
Dengan pandemik yang berlaku, penghidap asma merupakan antara golongan berisiko mendapat jangkitan yang teruk jika dijangkiti dan menjadi golongan sasar untuk Fasa Kedua Program Imunisasi Kebangsaan (PICK).
*Hari Asma Sedunia disambut pada 4 Mei setiap tahun untuk memberi kesedaran tentang penyakit ini.
28/04/2021
BATUK 100 HARI
Assalamualaikum & salam sejahtera tuan puan. Pastinya akan rasa kurang selesa utk menjalani ibadah berpuasa dalam keadaan batuk berpanjangan.
Pastikan tuan puan segeralah utk mendapatkan solusi utk menghilangkan batuk dengan segera utk mengelak kuman terus menjangkiti bahagian peparu
Batuk 100 hari | Harian Metro HATI ibu bapa mana tidak galau melihat anak kecil terkulai lemah kerana menanggung kesakitan berpanjangan akibat penyakit berjangkit seperti batuk kokol.
21/04/2021
Assalamualaikum sahabat sekalian.
Sesak nafas boleh disebabkan oleh banyak punca yang berbeza.
Sesak nafas bukan sahaja berpunca dari penyakit yang membabitkan organ paru-paru, malah penyakit yang melibatkan jantung, saluran pernafasan dan masalah darah juga boleh menyebabkan seseorang sesak nafas.
Semoga bermanfaat. Marilah kita bersama menjaga kesihatan.
14/04/2021
Sistem pernafasan manusia mempunyai bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian bawah terletak di dalam dada dan terdiri daripada saluran pernafasan dan pundi-pundi udara (air sacs).
Jangkitan kuman pada peparu boleh melibatkan saluran pernafasan (bronchitis) dan pundi-pundi udara (pneumonia).
Secara umum, jangkitan kuman di tisu paru-paru dikenali sebagai pneumonia. Ia adalah jangkitan kuman yang biasa dalam kalangan kanak-kanak kecil dan orang-orang tua.
Ini berlaku disebabkan oleh virus atau bakteria. Kadang-kala ia juga disebabkan oleh jangkitan awal pada sistem pernafasan di bahagian atas (batuk dan selesema) yang merebak ke bahagian bawah sistem pernafasan.
Jangkitan kuman ini boleh melibatkan keadaan yang tidak serius hinggalah kepada keadaan yang membahayakan nyawa.
07/04/2021
Selamat Hari Kesihatan Dunia. Kesihatan dalam genggaman kita semua untuk dijaga barulah dapat mengecapi nikmat dikurniakan.
Kesihatan adalah hak asasi setiap insan. Setiap orang berhak untuk hidup sihat tanpa mengira usia, jantina, etnik, taraf ekonomi dan pekerjaan. Sempena Hari Kesihatan Sedunia yang disambut pada 7 April setiap tahun, bersama membina dunia yang lebih sihat dan adil.
05/04/2021
ALHAMDULILLAH. DALAM USAHA MEMBANTU MASALAH KAHAK DEGIL!! Inshaallah mudah mudahan diberi kesembuhan.
3 Bulan dah kahak? Peparu dah penuh jangkitan kuman‼️
Dah try macam2 kaedah moden dan traditsional tp hasil masih sama?
Hubungi: 012-668 8016 AIZAT
02/04/2021
Assalamualaikum..Salam Jumaat..Moga dipermudahkan urusan kita hari ini.. Amiin
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Lakefield Sg Besi
Kuala Lumpur
57000
