Elyz Health & Beauty Collections

Elyz Health & Beauty Collections

Share

Kami memasarkan pelbagai jenis produk kecantikan & kesihatan dan produk aromatheraphy
Dimiliki oleh Elyz Delights CA0206014-M

06/07/2023

To improve our zest for life fill it with vitamin Cs...

-Courage
-Cheerfulness
-Confidence
-Creativity

Have a beautiful day peeps!
🥰

Photos 05/12/2020

Mendiang atuk and nenek
Ternampak gambar ini di wall sepupu
Sungguh,saya rindukan mereka..sangat.

Waktu kecil dulu, cuti sekolah hujung tahun paling dinantikan, sebab kami akan bertemu mereka.

Kini,hanya tinggal kenangan yang tersemat kukuh di ingatan.Kasih sayang yang selamanya kekal di hati.Hanya boleh tatap senyuman manis mereka pada gambar-gambar yang ada.

Rindu.

Photos from Elyz Health & Beauty Collections's post 01/12/2020

Ini antara keistimewaan dan keindahan jadi YL Independent Distributor - Promo yang sungguh mengancam jiwa dan semestinya berbaloi untuk dimiliki.Hanya oilers je yang mengerti hehehehhe.

So uols diluar sana kalau dah lama 👀 geng-geng YL distributor ni,kalau hati tercuit,kalau hati rasa bagai digaru apa tunggu lagi...tekan lah loceng pintu wassap,sis guide cara nak join team kami dan seterusnya memiliki item2 hebat pada harga promo.Gitu.

Photos 20/11/2020

Thank you .rungkai untuk gambar yang cantik ni.

Nanti nak tempah yang 2 color la untuk DDD.Suka p**ak tengok gambar contoh ni.

Kawan2 kalau yang berminat dengan macrame, bukan macaroon tau🤭 bolehla follow IG . rungkai.
Macam-macam dia buat..dream catcher,plant hanger dll.Serius menarik!

Photos 31/10/2020

Yang kurik yang kundi
Yang Merah saga
yang putih berseri
bukan gigi tapi Snowy Owl Diffuser la!

Dari Artik Snowy terbang, laju kalah paskal
Singgah di Bangsar mengantuk p**a
Nasib baik Peppermint ada dibekal
Botol besar 15ml p**ak tu ulalala!

Lapar Si Snowy, mencari makan
Terlanggar traffic light terluka p**a
Lavender 15ml Snowy sapukan
Maka siap sedia Snowy terbang ke rumah anda p**a

RM500 lengkap serba satu
khas untuk ER, maaflah SO tak ada
jangan tamak, ambil sorang satu
melepas kali ni, lepas ni tak ada.

Photos 24/10/2020

EO R.C ni ada campuran pelbagai eo. Antaranya 3 sekawan eucalyptus, myrtle, spine, spruce, marjoram, lavender, cypress dan peppermint. Banyak kan? Sebab tu rasa best sangat guna RC ni.👍😄

Kebiasaannya, eo RC digunakan untuk membantu mengurangkan masalah yang berkaitan dengan pernafasan. Antara masalah dan cara menggunakannya⤵️

➡️Melegakan batuk dan selesema. Sapu kawasan butterfly muka, tekak, dada, tapak kaki.

➡️ Tutup sebelah lubang hidung dan hidu eo yang telah dititik di atas tapak tangan untuk merangsang pengeluaran mucus.

➡️Membantu mengurangkan masalah sinus. Caranya:
🍃Boleh diffuse RC+thieves+peppermint pada waktu pagi.
🍃diffuse RC+thieves+lemon pada waktu malam.

Best kan. 😁
Dan yang paling best eo RC ni ada dalam Starter Bundle.

Photos 24/10/2020

Ada beberapa perkara tentang minyak pati Melrose yang kamu perlu tahu:

1. Nama je Melrose, ia bukanlah diekstrak daripada sekuntum bunga atau tumbuhan bernama melrose. Ia adalah gabungan 4 jenis minyak pati tumbuhan iaitu Melaleuca alternifolia (Tea Tree Oil), Melaleuca quinquenervia ( Naouli Oil), Rosemary dan Clove.

2. Ia tiada unsur bau-bau bunga rose pun. Baunya amat menyegarkan, malah menyah bau kawasan yang hapak dan masam seperti bau asap rokok, bau peluh pada tilam dan bantal dan binatang peliharaan. Ia banyak digunakan di reban dan kandang haiwan kerana minyak ini adalah 'lembut' dan mesra pada haiwan.

3. Ia amatlah baik untuk kulit dan tinggi antioksida. Biasa kan guna Tea Tree oil untuk masalah jerawat? Melrose ada 2 jenis minyak pati dari keluarga Melaleuca!

4. Gabungan minyak pati membantu membaiki tisu rosak dan mengurangkan kesan keradangan. Ia baik untuk membasmi kuman akibat kesan luka, melecur atau terbakar, ruam gatal dan lebam.

5. Membantu melawan jangkitan dan mengurangkan sakit apabila sakit telinga.

Photos 23/10/2020

Burung Hantu a.k.a Feather the owl diffuser ni kan,comel sangat tau.

Happy betul budak kecik sorang ni dapat yang diidamkan.Berbulan mami memburu si burung hantu,nasib tak naik hantu🤭saya bagitau dia..Ok dik,itu hadiah birthday,in advance ye.Nanti 2nd November tak boleh claim hadiah dah.huahahahha

Sempat grab 5 October 2020.Owlsome bundle,exclusive untuk Essential Rewards.Nasib baik jari gumuks ku pantas buat order.Tak sampai 24 jam,habis si burung hantu diburu.Jerung banyak kat Malaysia ni🤭

Yang menariknya,saya tak keluarkan duit pun untuk grab set yang ohsem ni.Nak tau macam mana? Roger lah😉

Photos 22/10/2020

Sayang minyak pati anda?

4 tips ringkas untuk elak ia cepat teroksida:

1. Elakkan terkena cahaya matahari. Nanti dia kena sunburn! 😆 Ngehh.
Nanti cepat la dia teroksida, sebab cahaya matahari ada sinar UV yang mempercepatkan proses oksidasi bukan saja pada eo malah pada kulit kita uols!

2. Jangan biarkan botol minyak terbuka lama. Nanti masuk angin🙈!
Udara dan kelembapan akan hasilkan mendakan daripad proses oksidasi. Jadi minyak pati akan nampak keruh atau pudar.

3. Simpan minyak pati di kawasan yang redup, gelap dan sejuk. Haba akan buatkan minyak pati lebih cepat meruap dan teroksida.

4. Guna la, apa lagi kan kan kan.

#hamperakakyoyo 06/05/2020

Anak cik Siti mencari tuba
Tuba dicari di Tanjung Jati
Di dalam hati tidakkan lupa
Bagai rambut disimpul mati

5 tahun and still counting...
Kami akan terus menjadi jambatan buat anda untuk menyampaikan penghargaan,ucapan terima kasih dan kasih sayang anda

Klik di sini ya...😘

#hamperakakyoyo

01/12/2019

Face Mist + Face Oil + Baby Body Butter
Trio set by

Face Mist ~ Refresh and treat your skin! Toner dalam bentuk mist ini dapat melembabkan, mengurangi terlihatnya pori², mengurangi kilat pada wajah yang berminyak, dan membuat wajah menjadi lebih segar.

Face Oil ~ Di fokuskan untuk melembut dan menyihatkan kulit, selagi membersihkan dan meratakan tekstur kulit dari jerawat dan kemerahan! Clearer skin starts here!

Baby Body Butter ~ Ia mampu membantu kulit menjadi lebih moist dan sekata. Sangat sesuai untuk kulit yang sensitif dan kering. Ia tidak melekit bila di sapu terus meresap.

Cubalah, pasti terpikat 😘

Photos from Elyz Health & Beauty Collections's post 08/11/2019
Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Kuala Lumpur