Panel Penasihat Klinik Kesihatan Gombak Setia
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Panel Penasihat Klinik Kesihatan Gombak Setia, Health/Beauty, Lorong Penghulu Mukim Setapak, Kuala Lumpur.
14/05/2026
Assalamualaikum wrt.. Mesyuarat Program Team Building PPKKGS bersama staff KKGS memerlukan RM40,000.00 utk tujuan ini.
Kepada para dermawan di luar sana mohon bantu, realisasikan program yg julung² di laksanakan di KKGS ini.
Kerjasama semua rakan² saya ucapkan jutaan terima kasih.
Juga
Menyerah kan Sijil Please penghargaan pda Dr Amilin yg pernah beli tugas sebagai pakar perubatan Keluarga di KKGS & Selaku Timbalan Pengerusi PPKKGS dari 2018- 2023. SeMuga Dr Amilin sentiasa di rahmati dan di redha Allah SWT walau di mana berada.
Pengerusi PPKKGS
13/05/2026
Hari saya berada di Klinik Pergigian Gombak Setia kerana sakit gigi... Saya di nasihatkan utk membuat temujanji bagi mencegah kelewatan rawatan sedia ada.
Bagi yg baru dan tiada pengalaman website MySejahtera ada lah sangat penting bagi kita utk menetapkan temujanji kita berjumpa Doctor Gigi.
Saya menasihat kan semua pelanggan agar sebelum ke klinik ini pastikan temujanji dalam MySejahtera ni di isi dan dipatuhi.
Saya juga berharap masa tunggu di Klinik ini juga dijaga dan diperhalusi. Agar pelanggan dapat perkhidmatan yg terbaik, berkesan dan teratur.
Pengerusi Panel
07/05/2026
With Ummi Iqzmayra – I just got recognized as one of their top fans! 🎉
07/05/2026
PENDAHULUAN
Wanita memainkan peranan yang sangat penting dalam pembentukan keluarga yang sejahtera dan masyarakat yang harmoni. Sebagai ibu, isteri, anak dan anggota masyarakat, wanita bukan sahaja bertanggungjawab mengurus keluarga, malah turut menjadi sumber kekuatan emosi, pendidikan dan sokongan kepada orang di sekelilingnya. Oleh itu, kesihatan dan kesejahteraan wanita dari segi fizikal, mental serta reproduktif perlu diberi perhatian yang serius.
Namun begitu, masih terdapat wanita yang kurang mendapat pendedahan yang jelas dan tepat mengenai pendidikan seksual, kesihatan reproduktif serta kepentingan perancangan keluarga. Pendidikan seksual yang disampaikan secara berhemah dan berlandaskan nilai-nilai murni amat penting bagi membantu wanita memahami perubahan tubuh badan, menjaga kesihatan diri serta membuat keputusan yang lebih bijak berkaitan kehidupan berkeluarga.
Selain itu, isu kesihatan seperti obesiti semakin meningkat dalam kalangan wanita dan boleh membawa kepada pelbagai penyakit seperti diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan masalah kesuburan. Tanpa kesedaran dan pengetahuan yang mencukupi, ramai wanita mungkin tidak menyedari kesan jangka panjang terhadap kesihatan diri.
Di samping itu, penjagaan kesihatan badan dan kulit juga merupakan aspek penting dalam meningkatkan keyakinan diri dan kesejahteraan wanita. Pengetahuan asas mengenai penjagaan tubuh badan, pemakanan sihat serta amalan gaya hidup yang baik dapat membantu wanita mengekalkan kesihatan yang optimum.
Sehubungan itu, program Hari Wanita ini dianjurkan bagi memberikan kesedaran serta ilmu pengetahuan kepada para wanita tentang kepentingan menjaga kesihatan diri secara menyeluruh.
OBJEKTIF
1. Memberi pendedahan kepada para wanita mengenai kepentingan kesihatan reproduktif, pendidikan seksual yang betul dan masalah seksual yang sering berlaku di kalangan wanita beserta sebab dan jalan penyelesaiannya.
2. Meningkatkan kefahaman tentang kaedah perancang keluarga yang selamat dan sesuai bagi membantu perancangan kehidupan berkeluarga.
3. Memberi kesedaran kepada peserta tentang risiko dan bahaya obesiti terhadap kesihatan wanita serta kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat melalui demo masakan sihat dan senaman-senaman asas.
4. Memberi panduan asas mengenai penjagaan kesihatan badan dan kulit bagi meningkatkan kesejahteraan dan keyakinan diri.
5. Menggalakkan wanita untuk lebih prihatin terhadap kesihatan diri serta mengamalkan gaya hidup sihat demi kesejahteraan diri dan keluarga.
30/04/2026
SAMBUTAN HARI TUBERKULOSIS“Yes! We can end TB! - Led by countries, powered by communities” PERINGKAT KLINIK KESIHATAN GOMBAK SETIA ANJURAN UNIT TUBERKULOSIS KLINIK KESIHATAN GOMBAK SETIA BERSAMA UNIT TB/KUSTA PKD GOMBAK
TARIKH: 30 APRIL 2026
MASA: 8 PAGI - 12 TENGAHARI
23/04/2026
PROGRAM RTGs Raya
ANJURAN UNIT RAWATAN TERAPI GANTIAN SINTETIK
Bersama Panel Penasihat KKGS
Tarikh : 23 April 2026, Khamis
Masa : 8am-12pm
Tempat : Bilik Mesyuarat KKGS, tingkat 3
1. PENGENALAN
Program RTGs Raya Bersama Panel Penasihat dan Klien merupakan satu inisiatif bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak pengurusan, panel penasihat, dan klien. Program ini diadakan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri sebagai platform untuk memperkukuhkan jaringan kerjasama serta meningkatkan komunikasi dua hala dalam suasana yang santai dan harmoni.
2. OBJEKTIF
1. Mengeratkan hubungan antara staff kesihatan, panel penasihat dan klien.
2. Menghargai sumbangan panel penasihat dan kepercayaan klien.
3. Mewujudkan komunikasi yang lebih efektif dalam suasana tidak formal.
4. Meningkatkan imej organisasi melalui penganjuran program sosial.
3. BUTIRAN PROGRAM
● Tarikh: 23/4/26
● Masa: 8am- 12pm
● Tempat: Bilik mesyuarat kkgs, level 3
● Sasaran: Klien RTGs
22/04/2026
Mesyuarat Ke2 PPKKGS...
Berjalan dgn baik dan tersusun.
27/03/2026
Majlis Perpisahan pemindahan kerja ke Perak Penyelia Kanan MA En Sugumar A/L Baby... Staff yang baik dan berdedikasi dalam tugas harian...
Tahniah dan semuga berjaya selalu di mana berada.
Pengerusi
22/01/2026
Assalamualaikum wrt dan Salam Sejahtera,
Mesyuarat Panel Penasihat Klinik Kesihatan Gombak Setia Bil 1/26
dan
Penyerahan Sijil Pelantikan AJK PPKKGS pada penama².
Perancangan Tahun 26 sepertimana di sepakati adalah seperti berikut:
~ Program Penyerahan Buah Limau dan Kurma semperna CNY dan Kehadiran Bulan Ramadhan.
~ Program Warga Emas
~ 2 kali Program Mudah
~ Mental Health Program
~ Team Building Staff
~ Program Kemerdekaan Pemasangan Bendera.
~ Program² yg Perlu di Laksanakan.
Semuga kerja² dapat dilaksanakan dgn baik dan lancar utk tahun ni.
Pengerusi PPKKGS
Selamat Hari Deepavali buat semua Rakan2 yg beragama Hindu.
Ulung kali Panel Penasihat Klinik Kesihatan Gombak Setia mengadakan program sebegini. Terima Kasih pada Cikgu Thanga AJK Panel yang bertungkus Lumus menyiapkan persiapan kolum ni di KKGS... semuga program ni dapat menceriakan suasana Perayaan Deepavali KKGS kali ni...
Pengerusi PPKKGS
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Address
Lorong Penghulu Mukim Setapak
Kuala Lumpur
53100
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |
