Argan Oil sebagai Hidrasi dan Pelembap (Hydrating and Moisturizer)
Kelembapan kulit boleh hilang melalui pelbagai cara, antaranya ialah melalui sinaran matahari UV yang kuat, tekanan diri, kecederaan , kekotoran dan pencemaran di sekeliling anda. Hanya satu cara untuk menghalang kelembapan hilang dari permukaan kulit iaitu essential fatty acids. Asid ini bertindak sebagai penghalang dari kelembapan tersejat. Essential fatty acids boleh terlarut di dalam air dan membantu lapisan dermal kulit untuk menyimpan air di dalam kulit. Fatty acids juga memastikan kulit mengandungi sebum (minyak) yang cukup untuk kulit. Sebum adalah minyak semulajadi dihasilkan oleh kulit untuk melindungi kulit kering. ARGAN OIL adalah sumber essential fatty acids yang terbaik bagi mengekalkan kulit lembap sepanjang hari. Ciri-ciri ARGAN OIL yang ringan dan mudah menyerap yang membuatkan ianya sempurna sebagai pelembap untuk kulit.
Argan Oil mengatasi Parut dan Pigmentasi ( Scars and Pigmentation )
Argan Oil juga dapat mengurangkan kesan parut dan pigmentasi yang tidak sekata pada kulit. Membuatkan tona warna kulit lebih sekata. Untuk parut, ia bukan sekadar mengurangkan malah boleh menyembuhkan parut yang kecil, baru terjadi dan tidak terlalu parah dalam jangka masa yang singkat.
Argan Oil melindungi Sinaran UV Matahari
Radikal bebas (molekul kimia) di udara juga boleh merosakkan kulit. Terdapat sejenis molekul kimia yang aktif di bawah sinaran matahari, iaitu singlet oxygen . Ianya boleh merosakkan kulit dan mengurangkan kelembapan kulit. ARGAN OIL mengandungi fatty acid yang dapat melindungi sel kulit dari singlet oxygen. Singlet oxygen akan ternyah aktif dengan adanya ARGAN OIL. Maka kulit tidak akan mudah kering apabila terkena sinaran UV matahari. Asid ferulik di dalam ARGAN OIL juga menjadi anti oksidan yang kuat di bawah sinaran matahari dan meningkatkan kapasiti pembaikan tisu. Pembaikan tisu ini membantu Vitamin E didalam ARGAN OIL untuk lebih aktif bertindak membaiki kulit. Seperti yang kita ketahui bahawa ARGAN OIL mempunyai kandungan Vitamin E. Justeru, kesemua elemen ini adalah memastikan kulit tampak segar selalu dan bersinar sepanjang hari.
Argan Oil merawat Jerawat & Cela (Acne & Blemish)
Jerawat adalah satu masalah yang paling dibimbangi oleh kita. Kebanyakan krim anti jerawat mengandungi bahan kimia kuat yang boleh menipiskan permukaan kulit lalu menyebabkan sebum (minyak muka) keluar secara berlebihan. Tujuan minyak muka adalah untuk kelembapan kulit namun jika ianya keluar secara berlebihan di permukaan kulit muka, ia akan menyebabkan liang pori-pori kulit lebih terbuka dan besar, lalu menyebabkan lebih senang memerangkap kekotoran dan menyebabkan jerawat terhasil. Bukan itu sahaja, kulit juga akan kelihatan kemerah-merahan yang dipanggil sebagai peradangan kulit. ARGAN OIL berfungsi untuk menyembuhkan jerawat dan cela kerana anti oksidan, Vitamin E, sterol di dalam ARGAN OIL mempunyai kuasa anti radang dan anti jerawat. Ia mengawal pengeluaran sebum berlebihan ke tahap yang lebih sihat.
Argan Oil menambahkan Keanjalan Kulit (Elasticity)
Kulit akan meregang apabila berat badan naik ataupun ketika hamil. Justeru ianya boleh menyebabkan terjadinya stretch mark. Semasa perubahan tubuh berlaku, ARGAN OIL dapat membantu meningkatkan keanjalan kulit kerana ARGAN OIL meningkatkan pertumbuhan semula sel-sel kulit yang baru. Warna kulit juga lebih sekata di sekeliling perut ketika hamil. Penurunan berat badan juga merupakan perubahan tubuh badan berlaku dan ARGAN OIL dapat membantu pertumbuhan sel kulit baru yang lebih sihat dan sekata terjadi.
Penulisan oleh Ms. Qama