Surau Al Jannah
Surau dan komuniti untuk semua.
https://www.facebook.com/share/v/1BJAEWbGST/
Ciri ciri ibadah korban yang di terima :
"dan bergembiralah orang orang yang mukhbit" Surah Al Hajj ayat 34.
Maksud mukhbit : hati yang tawadduk, rendah hari, tenang dengan perintah dan larangan Allah dan ketentuan dan takdir Allah SWT.
4 ciri hati yang tenang -(1) hati yang bergetar ketika berzikir kepada Allah, hati yang bergetar ketika mengingat nikmat nikmat Allah SWT. (2) hati yang sabar ketika menerima musibah. (3) orang orang yang menjaga solat. (4) hati yang luas - tidak kedekut untuk bersedekah.
Semuga ibadah korban kita berhasil menjadikan kita orang orang mukhbit.
28/05/2026
Laporan bergambar program Hari Raya Aidiladha Surau Al Jannah 1447h/2026M pada hari Rabu, 27 Mei 2026.
LAPORAN DAN UCAPAN PENGHARGAAN
PROGRAM IBADAH KORBAN SURAU AL JANNAH 1447H
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, Program Ibadah Korban Surau Al Jannah bagi tahun 1447 Hijrah telah berjaya dilaksanakan dengan lancar, teratur dan penuh semangat ukhuwah.
Program pada tahun ini telah menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada ahli kariah dan masyarakat setempat. Sebanyak 6 ekor lembu dan 2 ekor kambing telah berjaya disempurnakan untuk ibadah korban serta diagihkan kepada para peserta, penduduk setempat dan golongan yang memerlukan.
Pihak Surau Al Jannah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga, masa, idea dan kewangan dalam menjayakan program ini.
Ucapan penghargaan khusus ditujukan kepada semua peserta korban yang telah memberikan kepercayaan kepada pihak surau untuk menguruskan ibadah korban pada tahun ini. Semoga segala ibadah dan pengorbanan diterima oleh Allah SWT serta dikurniakan keberkatan dan ganjaran yang berlipat ganda.
Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada YBhg. Datuk Mohd Razlan Rafii, Ahli MKT UMNO, atas sumbangan seekor lembu korban kepada Surau Al Jannah. Sumbangan ini amat bermakna dan mencerminkan keprihatinan beliau terhadap program kemasyarakatan serta kebajikan penduduk setempat.
Pihak surau turut merakamkan penghargaan kepada Madrasah Baiturrahmah atas sumbangan 2 ekor kambing bagi Program Ibadah Korban tahun ini. Semoga segala sumbangan dan usaha murni ini diberkati serta menjadi asbab kebaikan yang berpanjangan.
Tidak dilupakan juga kepada seluruh jawatankuasa pelaksana dan para petugas korban yang telah bertungkus-lumus sejak awal perancangan sehingga selesai program. Kerjasama yang diberikan dalam urusan penyembelihan, melapah, memotong, menimbang, membungkus, memasak serta pengagihan daging korban amatlah dihargai. Semangat kerja berpasukan dan kesatuan yang ditunjukkan membuktikan kekuatan ukhuwah dalam kalangan ahli kariah Surau Al Jannah.
Penghargaan turut diberikan kepada para penyumbang, penduduk setempat, sukarelawan belia, muslimat, tukang masak serta semua individu yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan perjalanan program berjalan dengan baik.
Pihak surau juga amat berbangga dengan komitmen dan kerjasama semua pihak yang sentiasa bersama-sama memeriahkan serta mengimarahkan program-program surau dari semasa ke semasa. Semoga budaya gotong-royong dan perpaduan ini terus dipelihara demi manfaat masyarakat dan generasi akan datang.
Akhir kata, semoga segala usaha, tenaga dan pengorbanan yang dicurahkan sepanjang Program Ibadah Korban 1447H ini diterima sebagai amal soleh di sisi Allah SWT.
“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan.”
Sekian, terima kasih.
Jawatankuasa Program Ibadah Korban
Surau Al Jannah
1447H / 2026M
25/05/2026
🌙 PROGRAM HARI RAYA AIDILADHA 1447H
📍 Surau Al Jannah, PPR Pinggiran Bukit Jalil
📅 27 Mei 2026 (Rabu) | 10 Zulhijjah 1447H
Tentatif Program
7.15 pagi – Kehadiran anak kariah & Takbir Raya
8.00 pagi – Ucapan Hari Raya Timbalan Pengerusi
8.15 pagi – Solat Sunat Aidiladha
9.00 pagi – Jamuan pagi
9.30 pagi – Program korban bermula
1.00 tengah hari – Solat Zuhur
1.45 petang – Makan tengah hari
2.30 petang – Agihan daging korban
4.00 petang – Gotong-royong bersihkan kawasan surau
4.30 petang – Tamat
📢 Anak kariah digalakkan membawa potluck untuk dikongsi bersama.
👕 Pakailah pakaian hari raya yang terbaik.
Sabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya perkara pertama yang kita lakukan pada hari ini ialah menunaikan solat, kemudian menyembelih korban.”
(HR al-Bukhari)
✨ Meriahkan Aidiladha, Eratkan Ukhuwah, Berkorban Demi Ketaatan ✨
9 Zulhijjah bermula Takbir Muqayyad sehingga 13 Zulhijjah.
Petikan dari Kuliah Maghrib Ustaz Zainal Abidin di Surau Al Jannah.
Semuga bermanfaat.
*KULIAH SUBUH*
*SURAU AL JANNAH PPR PINGGIRAN BUKIT JALIL*
📅 *Tarikh Ahad, 24 Mei 2026
⏰ *Masa Selepas Solat Subuh
👤 *Penceramah _Ustaz Zainal Abidin Bin Abdul Rahim
🎤 *Tajuk : Amalan 10 Hari Awal Zulhijjah
Live 🔴
*KULIAH MAGHRIB*
*SURAU AL JANNAH PPR PINGGIRAN BUKIT JALIL*
📅 *Tarikh Selasa, 19 Mei 2026
⏰ *Masa Selepas Solat Maghrib
👤 *Penceramah _Ustaz Yunus Zainal_
🎤 *Tajuk _*Kuliah Khas : Fekah/Panduan Ibadat Korban*_
19/05/2026
LAPORAN SUMBANGAN AL-QURAN DAN BUKU IQRA’
Alhamdulillah, pihak Jawatankuasa Kelas Mengaji Kanak Kanak Surau Al Jannah telah berjaya menyediakan sumbangan Al-Quran dan buku Iqra’ untuk kegunaan para pelajar kelas mengaji setiap Isnin hingga Rabu di surau.
Pembelian bahan pembelajaran tersebut telah dibuat hasil sumbangan wang tunai yang disalurkan oleh Pak Tam kepada Jawatankuasa Kelas Mengaji. Sumbangan ini amat membantu dalam menyediakan kemudahan pembelajaran yang lebih baik dan selesa kepada para pelajar.
Pihak jawatankuasa merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pak Tam atas kepercayaan serta sumbangan yang diberikan kepada Jawatankuasa Kelas Mengaji. Semoga segala kebaikan dan amal jariah ini dikurniakan ganjaran pahala yang berpanjangan serta diberkati Allah SWT.
Sekian, terima kasih.
Jawatankuasa Kelas Mengaji Kanak Kanak
Biro Dakwah dan Pendidikan.
19/05/2026
📢 *MEMO HEBAHAN*
*KULIAH MAGHRIB*
*SURAU AL JANNAH PPR PINGGIRAN BUKIT JALIL*
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa akan diadakan Kuliah Maghrib seperti ketetapan berikut:
📅 *Tarikh Selasa, 19 Mei 2026
⏰ *Masa Selepas Solat Maghrib
👤 *Penceramah _Ustaz Yunus Zainal_
🎤 *Tajuk _*Kuliah Khas : Fekah/Panduan Ibadat Korban*_
Sehubungan itu, semua ahli kariah dan muslimin muslimat dijemput hadir bagi memeriahkan majlis ilmu ini.
Semoga kehadiran kita semua diberkati Allah SWT.
*"Barangsiapa menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga" (HR. Muslim)*
Sekian, terima kasih.
— *Biro Dakwah Surau Al Jannah* —
16/05/2026
Hukum-hukum yang berkaitan dengan kurban :
1. Bagi orang yang berniat untuk berkurban, maka semenjak masuk sepuluh hari pertama Bulan Dzulhijjah, ia dilarang memotong rambut dan kukunya hingga datang waktu berkurban.
Ini berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh Muslim dalam Shahihnya dari Ummu Salamah bahwa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Jika kalian melihat hilal pertanda datangnya Bulan Dzulhijjah, dan kalian ingin untuk berkurban, maka janganlah ia memotong rambut atau kukunya). (H.R Muslim) Dalam sebuah riwayat : “Maka jangan sekali-kali ia mengambil rambut atau memotong kukunya” (H.R Muslim) .
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Website
Address
Jalan Bukit Jalil Indah
Kuala Lumpur
57000
