Hidup Sihat Dengan Bio Grape Seed

Hidup Sihat Dengan Bio Grape Seed

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Hidup Sihat Dengan Bio Grape Seed, Beauty, cosmetic & personal care, E 8-6 MEGAN Avenue 1, 189 Jalan TUN RAZAK, Kuala Lumpur.

14/05/2019

BIO-GRAPE SEED juga mampu mengatasi masalah:
- Mencegah kanser
- Melindungi jantung
- Menurunkan kolestrol
- Mengawal gula dalam darah
- Mengawal tekanan darah
- Melindungi tubuh dari kerosakan sel
- Melindungi mata
- Mengatasi diabetes
- Melembabkan kulit wajah
- Melindungi sistem percenaan
- Merawat alahan kulit
- Awet muda
BIO-GRAPE SEED juga mendapat pengiktirafan daripada SGS, MalaysiaDrug Control Authority serta LULUS KKM.

wasap.my/60122966397/BioGrapeseed

30/04/2019

Mengamalkan BIO-GRAPE SEED

KEBAIKAN BIO-GRAPE SEED*
🌹Menghalang kolestrol dalam darah
🌹Mengawal tekanan darah
🌹Mengawal paras gula dalam darah
🌹Anti penuaan
🌹Anti alahan
🌹Membaiki saraf mata

05/04/2019

JOM SHARE INFO BERGUNA INI

8 Langkah Untuk Gaya Hidup Sihat
Minum Air Secukupnya

1. Minum banyak air suam atau air mineral untuk membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan

Diet yang Sihat

2.Makan yang cukup tetapi bukan berlebihan. Cara terbaik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.

Jangan Merokok

3. Jangan merokok kerana ia menjejaskan kulit dan kesihatan.

Bersenam

4. Bersenam baik untuk kesihatan dan rohani. Lakukan walaupun hanya 10 minit sehari.

Tangani Stress

5. Elakkan tekanan. Tekanan mempercapatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut dikamar bagi meredakan ketegangan.

Tidur Berkualiti
6. Pastikan tidur anda benar benar berkualiti.

Terapi Aromaterapi
7. Luangkan masa untuk memanjakan diri walaupun dirumah. Cari pelbagai jenis bunga yang wangi untuk ramuan mandian.

Penjagaan Kulit
8. Benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang solekan (terutama malam). Kulit juga perlu bernafas.

JOM LIKE PAGE Hidup Sihat Dengan Bio Grape Seed INI UNTUK DAPAT INFO BERGUNA

04/04/2019

JOM SHARE INFO BERGUNA INI.

Ada beberapa cara semulajadi yang boleh diamalkan untuk menurunkan kolestrol. Antaranya adalah:

-Amalkan pemakanan seimbang. Kita adalah apa yang kita makan. Kebanyakan sebab kolestrol tinggi adalah kerana makan yang tak seimbang, kurang serat dan kurang air.

-Bersenam. Senaman bukan sahaja merendahkan tahap triglycerides tapi juga merendahkan index j***m badan.

-Konsisten dengan asid lemak omega 3 yang membantu melambatkan pembentukan plak di arteri juga merendahkan tahap triglycerides

JOM LIKE PAGE Hidup Sihat Dengan Bio Grape Seed UNTUK DAPAT INFO DAN TIPS BERGUNA UNTUK KITA

02/04/2019

JOM SHARE INFO BERGUNA INI.

Kepentingan mencapai bacaan gula normal

1.Gula darah yang tinggi boleh merosakkan lapisan saluran darah dan tahap gula dalam darah yang sentiasa tinggi secara berterusan juga boleh menyebabkan beberapa penyakit degeneratif. Manakala kadar gula darah yang rendah boleh mencetuskan pembebasan hormon stres kortisol. Atas sebab-sebab ini, otak kita diprogramkan untuk mengekalkan gula dalam darah dalam keadaan yang normal.

2.Sebaik sahaja gula darah melepasi paras normal,otak akan mengisytiharkan "kecemasan" dan hormon insulin berfungsi untuk mengeluarkan gula darah yang berlebihan daripada saluran darah.

3.Pada mulanya, insulin akan menyimpan gula atau glukosa tersebut di dalam otot dan hati di mana ia disimpan sebagai glikogen. Malangnya, keupayaan penyimpanan otot dan hati adalah terhad, jadi sebaik sahaja sudah penuh, insulin mula mengangkut gula yang berlebihan ke dalam sel-sel lemak. Ini seperti pesta besar untuk sel-sel lemak. Mereka gembira dapat mengambil semua gula yang berlebihanyang diberikan kepada mereka dan mula berkembang.

4.Di samping dihantar kepada sel lemak, gula darah yang tinggi juga boleh menyebabkan gula darah untuk menurun.

5.Seperti yang dinyatakan di atas, badan menghasilkan insulin untuk membersihkan gula darah yang berlebihan daripada saluran. Jadi,apabila gula darah sudah tinggi, kita akan mendapat banyak insulin dalam darah dan ini dapat mendorong gula darah berada di paras normal.

6.Apabila gula darah kita jatuh di bawah julat normal, otak kita mengisytiharkan satu lagi "kecemasan".

7.Otak berfungsi dengan pertolongan glukosa jadi apabila gula darah rendah, otak menganggapnya sedang mengalami kelaparan. Ia mengeluarkan hormon stres yang dipanggil kortisol/”cortisol”. Hormon ini akan memaksa anda untuk mencari makanan untuk memberi makan kepada otak anda.

8.Kortisol adalah sebab anda mungkin berasa marah, letih, pitam atau lapar yang tidak terkawal serta menginginkan karbohidrat glisemik yang tinggi. Kortisol juga merupakan hormon penyimpan lemak kerana ia membantu penghasilan glukosa dan meningkatkan paras gula darah apabila bacaan terlalu rendah.

JOM LIKE PAGE Hidup Sihat Dengan Bio Grape Seed INI UNTUK INFO DAN TIPS KESIHATAN YANG TERBARU.

01/04/2019

JOM SHARE TIPS PERMAKANAN SIHAT
Tips Membina Tabiat Pemakanan Sihat


tips pemakanan sihat

Kita adalah apa yang kita makan…
Ia merupakan satu nasihat pemakanan yang pop**ar.

Dan ia adalah satu peringatan bahawa makanan yang kita makan mempunyai impak secara terus kepada hidup, kesihatan, rupa dan sudah pastinya produktiviti kita.

Namun, berapa ramai yang mengaplikasikan nasihat ini dalam kehidupan seharian kita?

Untuk memahami nutrisi yang betul kadangkala boleh menjadi satu cabaran kerana terdapat begitu banyak pendapat dengan pelbagai idea.

Oleh itu lebih baik kita merujuk kepada mereka yang memang pakar dalam bidang ini.

Terdapat beberapa nasihat praktikal untuk menguruskan tabiat pemakanan kita dengan lebih baik:
1. Rancang makanan kita terlebih dahulu
Luangkan hujung minggu untuk merancang makanan kita setiap hari dan barang yang hendak dibeli di kedai supaya kita tidak terpaksa makan meggi pada lewat malam sebagai pilihan.

2. Buat diari pemakanan
Gunakan telefon pintar atau jurnal kita untuk merekod perincian setiap hidangan yang kita makan kemudian rujuk semula setiap perkara yang kita rekodkan setiap minggu.

Kita akan kagum dengan jumlah makanan yang kita makan.

Jika kita mahu lebih advance, terdapat aplikasi yang boleh membantu kita mengira jumlah kalori yang kita ambil setiap hari.

3. Lazimkan berpuasa
Manfaat kesihatan daripada berpuasa tidak boleh dipandang rendah.

Cubalah berpuasa dua kali seminggu (isnin dan khamis) seperti mana yang dinasihatkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Jika itu terlalu sukar, amalkan tiga kali sebulan (hari ketiga belas, empat belas dan lima belas dalam kalendar bulan Islam)

4. Mulakan hari kita dengan sarapan penuh nutrisi
Terlalu ramai orang menafikan sajian terpenting untuk permulaan hari mereka.

Sarapan bertindak sebagai catalyst (pemangkin) untuk tubuh badan dan minda kerana ia menjadi sepak mula kepada metabolisma kita.

Metabolisma p**a adalah enjin yang bertanggungjawab terhadap kepantasan fungsi otak dan tubuh kita.

Bersarapanlah dengan makanan yang dapat menguatkan otot daripada sumber protein yang baik seperti telur dadar.

Berikan juga karbohidrat yang penting seperti oat, muffin atau roti untuk otak kita.

5. Sentiasa bawa snek sihat
Kita sememangnya memerlukan snek sihat untuk memastikan tenaga kita sentiasa tinggi antara sela hidangan.

Kacang memberikan lemak yang baik untuk aktiviti otak yang baik dan mempunyai banyak tenaga.

Bawa sedikit bekalan kacang campuran dan buah-buahan kering dalam beg kerja kita.

Mengekalkan tenaga kita antara hidangan akan membantu kita untuk menjadi sentiasa bertenaga fokus dan produktif.

6. Makan buah
Buah adalah sumber karbohidrat yang diperlukan oleh otak dan sumber tenaga untuk tubuh.

Sebiji buah adalah snek yang ideal untuk mengekalkan tenaga dan aktiviti otak pada tahap tinggi antara hidangan.

Makanlah epal yang penuh fiber, pisang yang penuh potassium, atau buah berry yang penuh dengan anti-oksida.

Kebaikan pada buah-buahan ini adalah berlipat kali ganda.

7. Minum satu hingga dua liter air setiap hari
Air adalah sumber kehidupan.

Badan manusia terbina daripada 60 peratus air.

Dehidrasi menyebabkan kemalasan, kelambatan dan ketidakmampuan untuk fokus serta menyebabkan sakit kepala.

Badan kita memerlukan air untuk menyebarkan nutrien melalui saluran darah kepada organ tubuh, termasuklah otak.

Namun ramai daripada kita yang mengalami dehidrasi tetapi tidak menyedarinya.

Jangan keluar dari rumah tanpa membawa sebotol air. Jangan pergi gym tanpa membawa sebotol air. Jangan duduk di meja tanpa sebotol air.

Dan jangan lakukan apa-apa pun tanpa sebotol air!

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


E 8-6 MEGAN Avenue 1, 189 Jalan TUN RAZAK
Kuala Lumpur
50400