Tips Kurus Dengan Mudah
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Tips Kurus Dengan Mudah, Health/Beauty, Pandan Indah, Kuala Lumpur.
20/01/2017
WAJIB SHARE !
Waktu manakah paling sesuai untuk bersenam?
AWAL PAGI
Ramai menyokong bahawa senaman pada waktu pagi adalah waktu terbaik untuk dilakukan. Waktu ini jugalah antara waktu paling liat untuk anda lakukan senaman. Tapi jangan risau, bonus buat anda yang mampu lakukannya! Ini kerana senaman pagi mampu :
1) Melanjutkan kesegeran dan mood
Kajian yang dilakukan terhadap para pelajar yang bersenam hanya 20 minit di awal pagi mendapati kesegaran dan keceriaan mereka berterusan sehingga ke tahap 12 jam selepas melakukan senaman. Ini membuatkan orang yang bersenam waktu pagi lebih produktif dan ceria serta segar sepanjang melaksanakan tugasan untuk sepanjang hari itu.
2) Membakar lebihan lemak dalam badan
Mereka yang bersenam sebelum mengambil sarapan pagi didapati mampu membuatkan badan membakar segala lemak berlebihan yang ada dalam badan ke tahap yang maksima.
Badan juga memproses gula dalam badan lebih baik dan membuatkan tahap penerimaan glukos dalam badan meningkat.
3) Memberikan tenaga lebihan sepanjang hari
Mungkin ada yang rasa bersenam waktu pagi membuatkan anda keletihan selepas itu dan kurang tenaga untuk tugasan selepasnya. Itu adalah silap menurut kajian sebenar yang dilakukan oleh pengkaji.
Mereka yang dah biasa bersenam waktu pagi sebagai amalan tetap didapati telah meningkat tenaga dan kekuatan otak berada ditahap yang tinggi dan kreatif dan itu berlanjutan sepanjang 12 jam selepas bersenam.
4) Aktiviti pembakaran kalori berterusan
ika anda bersenam badan membakar sebanyak 420 kalori tenaga, kajian mendapati pembakaran tenaga berterusan walau anda sudah habis bersenam sehingga ke tahap 190 kalori lagi. Ini membuatkan anda bertenaga dan cergas bergerak selepas itu dan ianya kekal berpanjangan.
Berbanding jika anda tidak bersenam waktu pagi, kesannya adalah pergerakan anda akan menjadi lembab dan kelihatan kurang bermaya dan asyik nak lepak dan duduk saja.
Untuk tidak memberi kejutan terlampau kepada tubuh badan untuk bersenam pada awal pagi, lakukan senaman pemanas badan terlebih dahulu sebelum memulakan senaman berat yang lain.
PETANG @ MALAM
Realitinya tidak semua mampu untuk bangun seawal pagi dan bersenam. Jangan risau, ada lagi waktu lain yang juga sesuai untuk anda praktikkan untuk senaman sehari-harian. Petang atau malam merupakan antara waktu ideal selain pagi. Senaman pada waktu petang atau malam dapat membantu:
1) Mengurangkan tekanan yang dihadapai seharian kerana otak pada ketika ini akan bertindak lebih aktif dan memfokuskan kepada pergerakkan badan yang dilakukan. Sekaligus akan membuatkan tubuh lebih cergas dan mengalirkan cas-cas positif dalam badan.
2) Seeloknya bersenamlah sebelum waktu makan kerana ia dapat mengawal kadar makanan yang diambil pada waktu malam.
3) Lebih manfaat buat anda yang bersenam pada waktu petang kerana anda boleh melakukan senaman yang lebih berat berbanding waktu pagi kerana anda mempunyai waktu yang cukup untuk berehat sepanjang malam.
Lakukan senaman anda mengikut waktu yang dirasakan sesuai. Jangan p**a memilih waktu yang tidak sesuai akhirnya senaman yang dilakukan tidak mampu diteruskan dek kerana tiada masa. Semuanya terp**ang kepada anda untuk bertindak! Ingatlah, kesihatan tubuh badan penting untuk kualiti hidup yang lebih baik.
p/s : Sila SHARE untuk membantu rakan anda yg lain.
p/s/s : Saya sedang mencari 10 orang yg ingin hidup sihat & bertenaga seperti atlit sukan. Boleh whatsapp saya untuk dapatkan rundingan secara PERCUMA..Whats.ap 013-3568554
20/01/2017
9 TIPS MUDAH AZAM KURANGKAN BERAT BADAN.
Please SHARE !
15/01/2017
RAHSIA DIET AIZAT AMDAN
1. Jogging selama 35 minit setiap hari
2. Kurangkan makan
3. Pergi ke gym dua kali seminggu
4. Lakukan aktiviti diet secara konsisten
5. Makan nasi hanya seminggu sekali
6. Banyakkan makan sayur, organik dan berserat
7. Amalkan diet ikut saranan doktor
Hasilnya beliau BERJAYA menurunkan berat badannya dari 112kg ke 88kg..
14/01/2017
Admin mencari seorang pemenang , contest ini terbuka untuk semua , Admin tak nak buat lama-lama ya , Bila-bila masa sahaja contest akan tamat.
Baca dengan teliti syarat di bawah ๐๐ป
1 - Like page nie
2 - Komen "NAK " pada bahagian komen
3 - Share post nie
Pemenang admin akan pilih secara random !! Semoga sahabat2 yg join contest bersama kami sentiasa dimurahkan rezeki .
Selamat bercontest !
Aku nak K.U.R.U.S๐ด๐ด
14/01/2017
14/01/2017
RAHSIA AIR SEJUK DAN AIS
Oleh: Fadhilatus Syeikh Prof. Abd Majid Az-Zindani Hafizohullah.
Air sejuk dan ais mempunyai rahsia yang sangat menakjubkan dan dikira juga sebagai I'jazul Ilmi (Saintifik Al- Quran), ianya dapat membunuh dan mengusir syaitan, sihir yang telah sebati dalam tubuh manusia dan bahkan, akan menyebabkan syaitan lari keluar daripada badan manusia, kemudian pesakit itu akan mendapat kesihatan yang baik(insya Allah). Ada satu benda tetapi banyak penyakit dalaman dan luaran dapat disembuhkan, iaitu air sejuk bersama ais.
Air bersama ais adalah ubat (dengan izin Allah) bagi penyakit yang berkaitan dengan jiwa dan fizikal manusia seperti:
1. Was- was
2. Ketakutan
3. Perasaan bimbang
4. Kesedihan
5. Kegusaran
6. Kemurungan
7. Kejahatan diri
8. Panas baran
Iaitu dengan mandi air ais dan minum air ais.
Bahkan ianya merupakan ubat yang berkesan bagi penyakit yang berkaitan dengan Rheumatology, sakit sendi(saraf), iaitu dengan meminum air bersama ais walaupun di musim sejuk dan walaupun ketika dijangkiti dengan influenza, selsema dan batuk yang sangat teruk.
Untuk penyakit rheumatology, sakit kepala, pening yang teruk adalah caranya dengan kita minum air bersama ais dan mandi dengan air ais.
Sekiranya ada sebahagian anggota badan yang sakit, perkara yang kita perlu buat adalah dengan ambil seketul ais dan meletakkan ais dikawasan anggota yang kita sakit dengan mengurut anggota itu dengan ais.
Amalkanlah amalan ini setiap hari dan mandi dengan air ais, terutama ketika kita marah dan kecewa, ketika musim panas atau musim sejuk.
Ini adalah kerana syaitan berjalan didalam saluran darah manusia dan akan menyebabkan juga kesakitan dan kita tak mampu memadam syaitan melainkan dengan air ais, kerana syaitan dan jin adalah dua makhluk yang diciptakan dari api(moga- moga Allah melindungi kita dari mereka). Air sejuk dapat menyakitkan dan menghalau syaitan dari tubuh manusia.
Dan ada sekelompok wanita yang menghadiri ceramah Prof. Syeikh Abd Majid Azzindani HafizohULLAH ketika itu, menyatakan kami bersumpah dengan nama Allah!, bahawa kami telah mengamalkan perkara ini kerana mengikuti nasihat kamu pada tahun lepas wahai Syeikh dan hari ini, kami dapat lihat perbezaan yang sangat besar dan mendapat kesembuhan daripada banyak penyakit.
Firman Allah:
ููุงุฐูููุฑู ุนูุจูุฏูููุง ุฃูููููุจู ุฅูุฐู ููุงุฏูู ุฑูุจูููู ุฃููููู ู
ูุณูููููู ุงูุดููููุทูุงูู ุจูููุตูุจู ููุนูุฐูุงุจู (41) ุงุฑูููุถู ุจูุฑูุฌููููู ููุฐูุง ู
ูุบูุชูุณููู ุจูุงุฑูุฏู ููุดูุฑูุงุจู (42) .
Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba Kami: Nabi Ayub ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: " Sesungguhnya aku diganggu oleh Syaitan dengan (hasutannya semasa aku ditimpa) kesusahan dan azab seksa (penyakit)". (41)
(Maka Kami kabulkan permohonannya serta Kami perintahkan kepadanya): " Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu " (setelah ia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): " Ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin) ". (42).
Dan sebagaimana doa Rasulullah SAW:
ุงูููู
ุงุบุณููู ุนู ุงูุฐููุจ ูุงูุฎุทุงูุง ุจุงูู
ุงุก ูุงูุซูุฌ ูุงูุจุฑุฏ
Ya Allah bersihkanlah diri aku daripada dosa, kesalahan dengan air, salji dan (air) sejuk.
Maha Suci Allah!!!
Kebaikan- kebaikan mandi dengan air sejuk terlalu banyak sehinggakan Allah Azza Wa Jalla telah berfirman kepada hambanya yang soleh iaitu Nabi Ayub A.S, ketika Allah mengkhendaki kesembuhan bagi hambaNya daripada penyakit,
ุงุฑูููุถู ุจูุฑูุฌููููู ููุฐูุง ู
ูุบูุชูุณููู ุจูุงุฑูุฏู ููุดูุฑูุงุจู (42) .
Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu " (setelah ia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): " Ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin) ". (42).
Kebaikan- kebaikan air sejuk sangat banyak yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang dan tidak ramai yang mengamalkannya. Bagi kami, cukuplah kisah Nabi Ayub A.S yang sembuh menggunakan air sejuk.
Kesan dan kebaikan air sejuk keatas tubuh manusia adalah:
1. Mengurangkan pembengkakan anggota
2. Menegangkan kulit dan mencegah kedutan kulit
3. Membaik pulih sistem pernafasan manusia
4. Mencergaskan badan dan tekanan otot jantung
5. Menguatkan antibodi badan dan melawan penyakit
6. Mencergaskan kelenjar tiroid dan melambatkan keletihan badan.
7. Meningkatkan sistem nervosum, yang membantu kecepatan tindak balas manusia
8. Mencergaskan otot jantung manusia dan meningkatkan daya tahan manusia untuk menerima berita- berita yang tidak baik.
9. Mengaktifkan kelenjar pankreas dan ianya akan menghasilkan hormon insulin yang akan mempercepatkan pemprosesan gula dalam darah. Oleh sebab itu kita melihat ramai orang- orang tua yang sihat di negara besar seperti china kerana mereka sentiasa mandi secara beramai- ramai di tasik- tasik yang sejuk, yang suhunya mencapai kepada tahap sejuk beku. Dengan cara ini, ia akan meningkatkan antibodi badan dan membaiki sistem organ dalaman manusia. Oleh kerana itu, janganlah kita mengabaikan penggunaan air sejuk ketika kita mandi.
10. Bagi mereka yang ada masalah was- was juga dinasihatkan untuk menggunakan air sejuk kerana ianya dapat memusnahkan sihir dan gangguan. Sebagaimana firman Allah:
ููุงุฐูููุฑู ุนูุจูุฏูููุง ุฃูููููุจู ุฅูุฐู ููุงุฏูู ุฑูุจูููู ุฃููููู ู
ูุณูููููู ุงูุดููููุทูุงูู ุจูููุตูุจู ููุนูุฐูุงุจู
Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba Kami: Nabi Ayub ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: " Sesungguhnya aku diganggu oleh Syaitan dengan (hasutannya semasa aku ditimpa) kesusahan dan azab seksa (penyakit)".
Maka ketika itu, Allah menyembuhkan nabi Ayub dengan memerintahkan hambaNya mandi dengan air sejuk.
Adapun mandi dengan air panas, Ibnu Sina menyebut:
"Air panas dapat menghasilkan kecerdasan fizikal dan tenaga manusia".
Ini adalah bagi mereka yang takut untuk mandi menggunakan air sejuk. Tetapi pada hakikatnya ketika kita sudah mandi, kita akan merasakan kesegaran badan dan saraf.
14/01/2017
INFO DARI KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN :
=====================================
Sayuran yang dimakan mentah contoh taugeh.. daun kesum.. daun serai wangi dan lain-lain yang dibuat ulam... yakni tidak dimasak.. perlu direndam dengan air garam terlebih dahulu untuk mengelakkan daripada jangkitan virus e-coli.
- Petua beli ayam segar, beli ayam pada waktu pagi kerana bakteria pada ayam masih sedikit...kalau beli pada waktu tengah hari.. pastikan balik ke rumah terus cuci dan masukkan ke dalam peti sejuk beku... sebelum dimasak.. ini untuk matikan bakteria... masak ayam dengan sempurna... kalau tak cukup masak.. bakteria tak mati dan akan aktif semula bila makanan itu sejuk.
- Panaskan makanan setelah sejuk.. jangan makan makanan yang telah sejuk selama lebih 4 jam... perlu dipanaskan sampai mendidih.
- Elakkan letak senduk nasi dalam periuk kerana pemegang senduk mungkin ada bakteria dari peluh ditangan kita...
- Elakkan telur separuh masak sebab mengandungi banyak bakteria yang boleh mnyebabkan demam panas dan kekejangan otak.
- Pastikan telur dibasuh sebelum digunakan.
- Makanan sejuk beku seperti nuget... ayam.. daging burger perlu di goreng terus selepas dikeluarkan dari peti sejuk beku... jangan biar makanan berada pada suhu bilik.. kerana mengundang bakteria... pastikan goreng dalam minyak yang betulยฒ panas.
- Pastikan tukang masak bersih semua memasak sebab 95% penyakit berjangkit dalam rumah berpunca dari tukang masak.... itu sebab orang berniaga kena amik suntikan vaksin... untuk elak dijangkiti penyakit dan menyebarkan kepada orang lain.
- Pastikan makanan dan minuman dalam tin di basuh dahulu sebelum digunakan untuk elakkan kencing tikus.
- Jika makan dikedai.. pastikan basuh dan lap sudu yang nak digunakan terlebih dahulu... jangan gunakan sabun tongkol yang disediakan kedai makan... sebaiknya gunakan pencuci cecair dan tak salah kalau bawa kemanaยฒ pencuci tangan bersama kita.. sekarang banyak penyakit berjangkit berpunca dari makanan...
- Khasnya ayam golek.. pastikn ayam itu panas... jangan beli kalau ayam sudah sejuk dan yang sudah siap potong...
- Pastikan papan pencincang ayam daripada plastik... kalau kayu jangan makan sebab serbuk kayu mungkin melekat pada ayam dan daging yang dicincang.
- Pastikan makanan yang dibugkus dengan polisterin perlu dilapikkan dengan plastik untuk elakkan pengaktifan selยฒ kanser yang terdapat pada polisterin.
sila share dkat kawan2 untuk faedah kesihatan bersama.
14/01/2017
PETUA MENGHILANGKAN SALURAN DARAH TERSUMBAT!
Boleh Try Ni !!
Testimoni seorang rakan fb..
Selepas mengamalkan selama seminggu, beliau yang ada penyaki darah tinggi dapat merasakan perubahan yang positif. Rasa 'berat' di tengkuknya dah hilang.
Caranya ialah:
1 cawan jus lemon
1 cawan jus bawang putih
1 cawan jus halia
1 cawan cuka epal
Campurkan semua jus dan cuka epal, kemudian masak perlahan hingga tinggal 3 cawan.
Minum 3 sudu dicampurkan dengan madu setiap pagi.
Semoga petua ini dapat memberi manfaat kepada semua dan terima kasih kepada yang share petua ni.
14/01/2017
9 CARA UNTUK KURUS :-
๐Jangan berlapar dalam pemakanan.
๐Ambik sesuatu yang pahit sebelum makan.
๐Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong setiap hari.
๐Elakkan minum minuman yang bergas.
๐Elakkan/kurangkan pegambilan garam dalam makanan seharian.
๐Jangan skip sarapan pagi.
๐Makan secara perlahan.
๐Kunyah makanan kepada cebisan kecil.
๐Makan dengan kerap tetapi pada jumlah yang sedikit.
SELAMAT MENCUBA.๐ค๐ค
14/01/2017
5 CARA UNTUK KEMPISKAN PERUT:-
๐Makan makanan yang betul.
๐ฅTingalkan makanan ringan.
๐Berhenti makan lewat malam.
๐Melakukan senaman setiap hari.
๐ฅKurangkan minuman bersoda,jus atau bergula.
RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL.๐ช๐ช
14/01/2017
6 SEBAB KENAPA ANDA CEPAT GEMUK:-
Kegemukkan merupakan masalah yg merisaukan khusus nya di remaja sekarang. Keinginan untuk tampil sempurna seringkali diertikan dengan memiliki tubuh yang ramping dan cantik merupakan idaman setiap orang.
1-Genetik.
2-Kerosakkan pada salah satu bahagian otak.
3-Pola makan berlebihan.
4-Kurang aktiviti bersukan.
5-Pengaruh emosional.
6-Keadaan persekitaran.
JOM SAMA-SAMA KITA BERUBAH.๐
14/01/2017
Nk kurus kenalah berkorban cara dan gaya hidup pemakanan kita.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Pandan Indah
Kuala Lumpur
