Rahsia Kecantikan Muslimah
Dear Muslimah!
Maximise your woman needs �
Servis terus ke rumah anda.
- Body Masssage
- Reflexology
- Face Massage
- Physio/Rehab
- Home Care
Untuk details, whatsapp ke 017 765 1737
17/12/2021
Urut ni kan, bukan orang melayu je yang cari. Alhamdulillah ni lah antara customer kami yang panggil setiap minggu.
Tak pelik kalau chinese pun ada yang request utk tau.
23/07/2021
22/07/2021
Dulu orang tua pernah bilang,
"Kalau ibu dan ayah sudah tiada nanti, selepas kebumikan, jangan buru-buru balik lagi..
Tunggulah 10 - 15 menit karena di waktu itu, malaikat akan datang.. Jika masih ada anaknya di atas kubur, malaikat akan bertanya kepada arwah dengan nada yang rendah".
Nabi berkata,
apabila kita dimasukkan ke dalam kubur,
badan kita bersandar dengan batu, tanah dan kain kapan..
Akhirnya dihadapkan ke arah kiblat..
Dibuka muka kita,
p**i kita akan kena tanah..
Duduk dalam kubur menghadap kiblat.
Suami, isteri, anak-anak menangis..
Selepas itu,
diambil papan lalu ditutup..
Tanah pun diturunkan secara perlahan-lahan..
Bila sudah sampai separuh kubur,
tukang kubur pun naik melompat ke atas..
Bila melompat naik ke atas,
tutup..!
Dipijak-pijaknya kubur..
Nabi berkata,
bila berpaling saja muka orang yang mengantar kita ke belakang kubur,
kita mendengar bunyi derapan tapak kaki mereka pulang..
Derapan kaki-kaki mereka kita boleh dengar.. Maka pada saat itulah,
roh kita akan duduk..
Duduknya roh dan kaki melunjur..
Badan tegak.
Maka pada masa itulah,
kita akan memanggil orang-orang yang mengantar kita ke kubur..
Kalau isteri yang antar,
kita akan memanggil isteri kita.
"Dik, jangan tinggalkan Abang.. Dik katanya mau sehidup semati".
Isteri tak mendengar..
Isteri membawa cerek dengan daun pandan balik sambil lap air mata..
Sayang seperti apa pun isterinya,
dia akan balik..
Suami memanggil, "Dik, jangan balik, Dik.. Tunggu Abang, Pah"
Dia tak kan nengok..
Dia tetap balik.
Selepas itu,
kita akan melihat anak-anak kita balik..
Kita panggil anak-anak,
tapi tak dengar..
Selepas mereka semua pergi,
datanglah dua malaikat..
Yang hitam kedua-duanya..
Yang biru kedua-duanya..
Dan kita dengar langkah kaki malaikat lebih kuat daripada langkah kaki-kaki orang yang balik tadi..
Siap dengar bunyi rantai yang dibawa lagi..
Lagi menakutkan.
Yang tak pernah senyum dan ketawa,
malaikat masuk terus menghadap dan memanggil kita,
"Hai manusia" ..
Malaikat tak berkata,
"Hai ustaz, hai ustazah".
Malaikat tak menyebut.
Malaikat pun tak kenal kita.
Malaikat tak memanggil hajjah atau haji,
tapi memanggil,
"Hai manusia".
"Hai manusia, apa pendapat kamu tentang Muhammad bin Abdullah..?"
Itulah pertanyaan dia..
Maka kita akan menjawab,
"Dia itu adalah hamba Allah,
dia adalah pesuruh Allah..
Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah "
Kalau itulah jawaban kita,
selamatlah kita..
Dia tak bertanya lagi,
"Ma Robbuka..? Ma Nabiyyuka..?".
Kalau lulus pertanyaan ini,
maka lepaslah pertanyaan-pertanyaan yang lain..
Maka, malaikat tadi mendengar apa yang kita jawab..
Malaikat berkata,
"Kami sudah tahu kamu akan jawab seperti itu.. Kami tanyakan untuk memastikan bahwa kamu orang yang baik"
Maka, kata malaikat kepada kita,
"Tidurlah kamu di dalam kubur ini seperti tidurnya pengantin".
Maka ahli kubur tadi berkata,
"Pulangkan aku balik ke dunia.. Aku mau balik pada keluargaku.. Aku mau beritahu keadaan aku di kubur.. Tolong antarkan aku balik..!",
rayu si mati pada malaikat.
Rupanya, orang mati ini mau balik ke dunia bukan mau makan nasi,
bukan mau nonton TV..
Bukan..!
Dia balik sebab mau memberitahu pada anak-anak supaya sholat.
"Wahai anak-anakku dan isteriku, sholatlah." "Wahai suamiku, sholatlah".
Tapi malaikat kata,
"Tak boleh balik.. Kamu sekarang berada di alam barzakh.. Kamu tak boleh campur dengan alam dunia".
Nabi SAW kata,
kalau kamu orang yang baik,
kata Nabi SAW,
akan diluaskan kuburnya seluas 70 hasta,
dilebarkan 70 hasta dan dicerahkan kubur kamu..
Tetapi,
walaupun mayat tak boleh memberitahu kita,
Nabi sudah mengabarkan pada kita..
Itulah untungnya kita menjadi umat Nabi Muhammad SAW.
Sesungguhnya bekal yang paling baik adalah taqwa..
Jagalah sholat kita.
ALLAHU AKBAR.
Rasulullah S.A.W bersabda :"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala." (HR. Al-Bukhari)
Yg bilang aamiin Semoga akhir hidup kita semua ada didalam husnul Khotimah.
Aamiin Ya Robbal'aalamiin.
Semoga bermanfa'at.
22/05/2021
"Abang, klu Ira xde nanti, abg kahwin lain tak”. Lps bersalin, isteri "pergi" selamanya - Kisah Wanita Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Asalamualaikum para pembaca budiman. Syukur alhamdulillah dan terima kasih kepada Admin sekiranya tulisan [...]
12/03/2021
Suami Dan Isteri Bila Faham Agama.
Suami bila faham agama, dia akan ajarkan anak isterinya cara hidup beragama. Ajak bersolat, ngaji, dalami agama. Kalau tak pandai pun, dia izinkan isteri belajar. Bahkan tak culas dalam menafkahi mereka.
Suami bila mengerti agama, dia akan selalu ingatkan anak isteri tutup aurat sempurna. Tak biar mereka tabarruj. Sebab dia sedar, nanti jika tak tegur akan dipertanggungjawabkan segala dosa.
Suami bila cintakan cara hidup beragama, dia takkan biarkan anak isterinya bergaul bebas dengan lelaki lain. Berikhtilat, apalagi berkhalwat. Dia ada rasa cemburu. Tak dayus.
Suami bila inginkan agama dalam dirinya, dia akan sedaya upaya menarik tangan ahli keluarganya ke Syurga. Bukan jalan ke Neraka.
Begitulah cerita sang suami sejati. Besar tanggungjawab sebenarnya.
Isteri bila faham agama, dia s**a dengan cara hidup beragama. Bila diajak solat bersama, ngaji, dalami agama dia akan ikut tanpa banyak songeh. Bila dinasihati saat berbuat salah, dia tak keras melawan namun sedia berlapang dada menerima.
Isteri bila mengerti agama, dia akan selalu beramal dengan menutup aurat sempurna. Tak s**a bertabarruj walaupun diajak kawan-kawan. Sebab dia sedar, nanti dia dan suami akan dipertanggungjawabkan segala dosa. Dia tak mahu suaminya terpalit sama berdosa.
Isteri bila cintakan cara hidup beragama, dia takkan bergaul bebas dengan lelaki lain. Berikhtilat, apalagi berkhalwat. Dia berusaha menjaga diri dan maruah samaada di depan suami atau di belakangnya.
Isteri bila seronok hidup beragama, dia akan sedaya upaya menjadi pembantu ketua rumahtangga yang setia serta mendidik anak-anak menjadi soleh dan solehah. Sebab isteri lebih dekat dengan jiwa anak-anak.
Isteri yang solehah pastinya sentiasa menjaga tutur kata agar hati suami tak disakiti, bersifat qanaah, syukurnya tebal, mampu menjaga harta suami dengan baik dan saling berpesan-pesan pada kebenaran.
Begitulah cerita sang isteri sejati. Untungnya wanita, dia mudah ke Syurga
Kredit : khaulah al azwar
13/02/2021
[BERITA BAIK] 👏👏
Kami menyediakan perkhidmatan
◾urutan badan
◾rawatan fisioterapi & rehabilitasi
◾penjagaan warga emas
Semua terapi di rumah anda. Tak perlu dah tinggalkan rumah untuk dapatkan rawatan.
Jom book slot untuk dapatkan rawatan terbaik, in sha allah ❤️
wasap.my/60177651737/terapi
wasap.my/60177651737/terapi
20/11/2020
Semoga baby Ariana Nafisa tenang di sana, Aamiin.
Ayah bz Naikkan Rank Main pubg, BlNl Balik Kerja Tengok Ank dah Terlungkup dIm BaIdi Air Iemas Sememangnya terlalu banyak kes pengabaian ibu bapa terhadap kanak-kanak yang adakalanya meruntun perasaan kita apabila membacanya di media. Namun jika dikaji, apakah antara faktor mendorong ibu bapa lalai terhadap anak-anak? Antaranya, masalah kekurangan ilmu dalam jiwa. Ibu bapa tidak faham ilmu ke...
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Kuala Lumpur
