Tips Bebas Jerawat Dengan Meeracle

Tips Bebas Jerawat Dengan Meeracle

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Tips Bebas Jerawat Dengan Meeracle, Beauty, cosmetic & personal care, E 8-6 MEGAN Avenue 1, 189 Jalan TUN RAZAK, Kuala Lumpur.

05/04/2019

JOM SHARE INFO BERGUNA INI.

7 PETUA HILANGKAN BEKAS JERAWAT DENGAN BERKESAN

Ini petua hilangkan bekas jerawat yang boleh anda cuba pada bahagian wajah, belakang, atau mana-mana bahagian badan.

1. ALOE VERA
Aloe vera adalah sumber vitamin yang amat bagus untuk melembapkan kulit serta memperbaiki strukturnya.

Selain itu, aloe vera tidak mengandungi bahan alergenik yang mampu memudaratkan kulit. Jadi, tak perlu risau menggunakannya kerana ia tidak mendatangkan kesan sampingan.

Gunakan gel dan sapukan pada bekas jerawat selama 30 minit sebelum dibilas.

2. SODA PENAIK
‘Baking soda’ atau soda penaik ini terkenal dengan bahan 1001 kegunaan, termasuklah untuk menghilangkan parut jerawat.

Ia mengandungi kristal sodium berkarbonat yang dapat memudarkan parut serta memperbaharui kulit menjadikannya lebih muda remaja.

Caranya, campurkan 2-3 sudu teh soda penaik dengan air suam. Sapukan pes ini pada bahagian berjerawat selama beberapa minit sebelum dibilas.

3. TIMUN
Selalu nampak orang gunakan timun untuk hilangkan keletihan atau ‘eyebag’ pada mata saja kan?

Tapi, sebenarnya timun turut kaya dengan khasiat vitamin A, vitamin C, dan magnesium. Kombinasi ini sangat sesuai untuk melembapkan dan berkesan menghilangkan kesan jerawat yang hitam, berlubang, atau timbul pada permukaan kulit.

4. MADU ASLI
Madu asli adalah satu lagi pelembap semulajadi pelbagai guna dan penawar kepada bermacam-macam masalah.

Seeloknya, dapatkan madu asli yang organik dan sapukan pada bekas jerawat. Biarkan sehingga kering dan meresap ke dalam kulit.

Untuk menambah keberkesanan, tambahkan 1 sudu teh serbuk kayu manis bagi setiap 2 sudu besar madu tersebut.

5. MINYAK ZAITUN
Minyak zaitun adalah bahan mesra-kulit yang memiliki pelbagai khasiat vitamin A, D, E, C, B1, B2, zat besi, dan antioksidan.

Ia juga bersifat anti-radang yang berkesan merawat jerawat dan memperbaharui kulit akibat bekas jerawat.

Sapukan minyak zaitun dan urutkan pada bahagian berjerawat dengan perlahan. Kemudian, ambil tuala bersih dan rendamkan pada air suam. Perah dan tutupkan bahagian wajah supaya stimnya meresap ke dalam kulit. Biarkan selama 1-2 minit sebelum membilasnya.

6. TOMATO
Kisar atau lenyekkan tomato merah untuk dijadikan pes. Sapukan pes ini pada wajah selama 15-20 minit. Bilaskan hingga bersih.

Selain tomato, anda juga boleh menggunakan avokado untuk kesan yang tidak kurang hebatnya.

7. CUKA EPAL
Campurkan 1 bahagian cuka epal dengan 1 bahagian air suam.

Gunakan kapas dan rendamkan pada campuran tersebut. Kemudian, tekankan pada bahagian berjerawat. Biarkan selama 5-10 minit. Bilaskan dan anda akan merasai perbezaannya!

JOM LIKE PAGE Tips Bebas Jerawat Dengan Meeracle INI UNTUK DAPAT INFO DAN TIPS BERGUNA.

04/04/2019

JOM SHARE INFO BERGUNA INI

5 Cara Mengatasi Kulit Kusam

APAKAH IMPAK AKIBAT DARIPADA KULIT KUSAM?
Kulit kusam boleh menjejaskan penampilan seseorang sehingga mengganggu tahap keyakinan diri. Terasa diri serba kekurangan dan malu berada dalam kelompok yang ramai. Memang rasa down sangat!

ATASI KULIT KUSAM

1. GUNA PELEMBAP
Amalkan menyapu pelembap kulit setiap hari. Memandangkan banyak produk pelembap di pasaran, disarankan agar berjumpa pakar kulit terlebih dahulu sebelum memilih yang sesuai dengan anda.

2. AMBIL MAKANAN MENGANDUNGI BETA KAROTEN
Buah-buahan dan sayur-sayuran misalnya mengandungi Beta karoten iaitu sejenis mineral antioksidan yang mempercepatkan proses kelembapan kulit. Apa lagi, jom makan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Dalam masa sama, ia membuang toksin dalam badan dan mengembalikan seri kulit kusam.

3. MINUM AIR 8 GELAS SEHARI
Kurang air dalam badan menyebabkan kulit jadi kering dan nampak tidak bermaya menjadikan anda tampil tua daripada usia. Latih diri minum air 8 gelas sehari untuk membantu mengekalkan kelembapan kulit.

4. JOM BERSENAM
Apabila bersenam, peluh yang keluar membawa sekali toksin dalam badan. Bukan sahaja menukar kulit kusam kepada lebih segar malah tubuh badan kembali bertenaga. Tahap konfiden anda juga pasti meningkat.

5. TAMBAH SUPLEMEN
Kekurangan masa mendapatkan makanan seimbang boleh diatasi dengan mengambil suplemen yang lengkap untuk atasi kulit kusam. Suplemen ini akan menampung keperluan nutrisi yang diperlukan oleh badan.

JOM LIKE PAGE Tips Bebas Jerawat Dengan Meeracle UNTUK DAPAT INFO DAN TIPS BERGUNA

03/04/2019

JOM SHARE INFO BERGUNA INI

Kelebihan Batu Permata Dalam Kecantikan Kulit Yang Tidak Ramai Tahu KECANTIKAN

Jika sebelum ini kita hanya tahu yang mana batu permata digunakan sebagai barangan aksesori tetapi tahukah anda bahawa sebenarnya ia juga mampu memberikan kulit wajah cantik berseri? Meeracle ada jawapannya.

Batu permata pada hakikatnya kaya dengan bahan mineral yang dapat merealisasikan kulit cerah berseri. Pasti tidak ramai yang tahu akan perkara ini kerana siapa sangka batu permata punya kelebihan untuk mencantikkan kulit bukan?

Jadi, dek kerana itu Meeracle jenama produk kecantikan kulit terkenal menjadi yang pertama di Asia dan Malaysia menghasilkan produk yang berasaskan formula batu permata dengan menggunakan ekstrak berlian, rubi dan mutiara.

Gabungan tiga ekstrak unik yang disumberkan dari Perancis ini kemudian dicipta untuk memberikan kulit lebih berseri serta halus muda.

Ekstrak Berlian :

Berfungsi dalam melembutkan kulit, memberikan tona kulit sekata, memudarkan kesan parut serta kedutan dan menjadikan kulit halus mulus berseri.

Ekstrak Batu Rubi Merah :

Ia memulihkan kesihatan dan keserian kulit, mendetoksifikasi dan menyucikan jangkitan kulit, memperbaiki peredaran darah serta menyuburkan kulit sekaligus membuatkan kompleksi tona kulit kelihatan seakan merah jambu semula jadi.

Ekstrak Mutiara :

Melembap, anti-penuaan dan mencerah kulit serta menganjalkan.

Batu permata merupakan bahan utama yang digunakan dalam produk rangkaian Meeracle kerana ia mengandungi bahan aktif semula jadi yang memastikan kulit mendapat hasil yang terbaik.

JOM LIKE PAGE Tips Bebas Jerawat Dengan Meeracle INI UNTUK INFO DAN TIPS KESIHATAN YANG TERBARU

02/04/2019

JOM SHARE INFO BERGUNA INI.

10 CARA SELESAIKAN MASALAH JERAWAT TERUK

1. Buang toksin dalam badan

Sebenarnya cara terbaik ialah penjagaan kulit dari badan iaitu dengan membuang toksin yang ada dalam badan, dalam darah kita. Sebab bila terlalu banyak benda asing dalam badan ni bukan sahaja masalah jerawat tapi boleh menyebabkan masalah lain.

2. Elakkan penggunakan produk yang berminyak atau sebarangan

Sebelum beli apa-apa produk korang mesti kenali dulu jenis kulit korang macam mana sama ada berminyak, kering atau kombinasi dan sensitif. Bagi mereka yang alami masalah jerawat teruk ni, lebih kepada berminyak. Jadi pilih produk yang sesuai untuk kulit berminyak dan mestilah bebas paraben atau SLS (sodium lauryl sulfate) atau bahan kimia berbahaya yang lain.

3. Pemakanan yang sihat

Pastikan korang amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang supaya segala nutrisi dalam makanan akan serap masuk dalam kulit. Elakkan makanan yang berminyak atau tak sihat.

4. Elakkan makanan laut

Mungkin juga masalah jerawat korang disebabkan masalah resdung. Jadi cuba elakkan daripada makan makanan laut, kalau betul nak makan cukup la makan sedikit sahaja.

5. Makan buah-buahan yang kaya vitamin C

Ini kerana vitamin C merupakan antioksida yang sangat membantu untuk masalah kulit dan bagus untuk kesihatan.

6. Kawal stress

Stress akan menyebabkan jerawat akan mula naik lebih banyak. Jadi cuba la untuk kawal stress korang dengan tarik nafas selama beberapa minit atau mungkin boleh cuba hirup udara segar di luar.

7. Seimbangkan hormon

Pastikan hormon korang seimbang. Hormon yang seimbang membantu korang dari terlalu stress dan haid juga menjadi lebih teratur.

8. Elakkan memicit jerawat

Memicit jerawat boleh menyebabkan jerawat merebak ke tempat lain. Ini boleh meningkatkan risiko radang kulit.

9. Banyakkan minum air

Pengambilan air yang mencukupi membantu elakkan badan kurang air. Bila air kurang dalam badan, kulit mudah menjadi kering.

10. Pengambilan supplement

Supplement sebenarnya membantu merawat masalah kulit dari dalam badan supaya mendapat nutrisi yang secukupnya.

JOM LIKE PAGE Tips Bebas Jerawat Dengan Meeracle INI UNTUK INFO DAN TIPS KESIHATAN YANG TERBARU.

01/04/2019

CANTIK 10 Cara Jaga Muka Dengan Betul. Cubalah!

CARA JAGA MUKA
Wajah adalah mencerminkan diri anda. Jika wajah anda kelihatan bersih dan berseri, ianya dapat menunjukkan daya keterampilan diri anda. Ianya adalah anugerah Allah yang tidak ternilai, jadi kita perlulah menjaganya dengan baik.

Tetapi bagaimanakah kita dapat menjaga muka kita? Ketiadaan masa pada masa kini menyebabkan ramai orang tidak ada masa untuk menjaga muka. Berikut adalah tips yang ringkas, mudah dan berkesan, Insya-Allah.

1. KURANGKAN MEMAKAI PENCUCI MUKA
Orang kata, kena selalu pakai pencuci muka. Benarkah?

Pencuci muka mempunyai bahan kimia yang akan menyebabkan muka anda cepat rosak dan berminyak. Cuba elakkan memakai pencuci muka yang mengawal minyak (oil control) kerana ianya akan menghilangkan minyak secara sementara sahaja. Dan ianya akan menggalakan muka menjadi lebih berminyak. Dua kali sehari sudah cukup.

2. JANGAN CAMPUR PRODUK KECANTIKAN SESUKA HATI
Cara jaga muka ini sangat penting dan perlu diambil perhatian serius. Jangan memakai pelbagai produk kecantikan sesuka hati kerana bimbang kulit muka akan menjadi rosak.

3. SERBUK TEH DAN MADU
Campurkan serbuk teh dan madu. Buat seperti scrub dan juga boleh di sapu pada leher dan lengan. Untuk memudahkan anda melakukan scrubbing, simpan campuran tersebut dalam balang kaca dan simpan dalam peti sejuk.

Ianya untuk menjadikannya lebih tahan lama. Jika disimpan di luar, campuran itu akan bertahan selama 2 minggu. Lakukan setiap hari.

4. WAP PANAS
Ini cara jaga muka yang agak rumit. Wap panas boleh kecutkan pori-pori kulit dan mengurangkan pengeluaran sebum minyak. Caranya ialah dengan menggunakan daun bunga tahi ayam. Gunakan daun bunga tahi ayam yang hijau dan segar. Basuh daun tersebut hingga bersih.

Masukkan daun dalam periuk dengan air berisi separuh penuh dan didihkan. Selepas air mendidih, angkat periuk tadi dan letakkan di atas meja atau lantai (kawasan yang membuatkan anda selesa). Kemudian telunkupkan kepala anda dengan kain atau tuala yang tebal untuk menjalankan proses pengewapan.

Dekatkan periuk yang berasap ke muka anda (anda boleh mengagak jarak anda dari periuk mengikut keselesaan anda) dan biarkan wap itu meresap dalam kulit anda dalam 15-30 minit. Lakukan 2 kali seminggu.

Nota: Air rebusan daun bunga tahi ayam cuma boleh direbus semula sebanyak 2 kali.

5. MASKER BEDAK SEJUK DAN MADU
Ini cara jaga muka secara semulajadi. Campurkan bedak sejuk dan 2 sudu makan madu dan buatkan seperti mask pada wajah. Lakukan selama 30 minit sebelum tidur dan bilaslah dengan air selepas itu. Ianya dapat membuatkan kulit anda sentiasa tegang dan liang roma mula mengecil.

6. MASKER PUTIH TELUR ATAU PATI TIMUN
Ini juga salah satu cara jaga muka secara semulajadi. Kisar pati timun dan buatkan seperti masker pada muka anda dan biarkan sehingga kering. Kemudian bilaslah dengan air. Begitu juga dengan putih telur, buatkan mask pada wajah dan biarkan kering. Kemudian bilas dengan air.

7. TEH HIJAU (GREEN TEA)
Minum teh hijau sekali atau dua kali sehari. Teh hijau bagus untuk pengantioksida yang boleh mengurangkan jerawat.

8. MINYAK SAYURAN
Gunakan minyak sayuran sebagai pelembab wajah.

9. SENAMAN MUKA
Cara jaga muka ini boleh buat orang gelak. Ada yang kata, “Berkesan ke?“. Cubalah dahulu. Selalu menyebut ‘Ma Me Mi Mo Mu’ sebanyak 10 kali supaya dapat menguatkan otot muka dan bibir.

10. KURANGKAN MENYENTUH WAJAH
Ini cara jaga muka yang terakhir. Kita sememangnya tidak dapat lari dari menyentuh wajah apabila gatal atau adanya jerawat. Namun kuman-kuman yang terdapat pada jari kita akan menyebabkan kulit kita terdedah pada bakteria dan menyebabkan kulit naik jerawat atau keradangan.

Kalau hendak juga menyentuh wajah, sila bersihkan tangan anda dengan sanitizer atau air bersih. Gunakan kain apabila hendak memicit jerawat dan bilaslah dengan air biasa berulang kali. Ini kerana kulit muka kita sangat sensitif dengan bakteria dan kuman.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


E 8-6 MEGAN Avenue 1, 189 Jalan TUN RAZAK
Kuala Lumpur
50400