Panduan Gastrik

Panduan Gastrik

Share

Sumber informasi mudah untuk penyelesaian kesihatan

15/06/2023

Teh hijau yang diketahui ramai sebagai minuman yang sihat, bermanfaat, dan membantu untuk gastrik kerana kandungan nutrisi (khususnya antioksidan polifenol) yang tinggi yang menyembuhkan kesan-kesan gastrik dalam sistem penghadaman kita.

Post seterusnya min akan buat video lebih terperinci tentang teh hijau ini. Siapa yang biasa amalkan minum green tea lagi-lagi bila dia dah ada gastrik?

19/02/2023

AIR LEMON MEMBANTU UNTUK GASTRIK?

Manfaat air lemon tidak dinafikan dengan manfaatnya seperti meningkatkan metabolisme tubuh, membantu tubuh membuang toksin, memberi tenaga, dan juga untuk sistem penghadaman.

Dan manfaat ini yang amat membantu untuk mereka yang alami gastrik.

Adakah anda amalkan juga minuman air lemon?

13/02/2023

Kopi 3-in-1 tu memang tak boleh lah kalau dah gastrik tapi bagaimana jika ia dikira sebagai bentuk supplemen?

Masih boleh diambil jika anda memerlukan supplemen tersebut, cuma.........

Sekiranya ia mempunyai kandungan gula yang tinggi, atau bila diambil ja lepas tu datang pulak gastriknya, sebaiknya elakkanlah dulu ua😄

Kopi 3-in-1 supplemen apa yang korang tengah ambil sekarang ni?

04/02/2023

PUNCA PEDIH ULU HATI

Rasa pedih yang naik sampai ke tekak bukan boleh dibuat main-main. Siap yang kena tahulah azabnya macam mana. Ada yang tak rasa sangat ada yang sampai terbaring tahan sakit tahan pedih, dan kebanyakannya datang tanpa disedari.

Apa yang biasa dibuat bila anda alami pedih ulu hati? Min kongsikan tips dan panduan post seterusnya nanti. Ada promo sekali nantikan ya😉

14/01/2023

Tak dinafikan ramai yang mengalami gastrik, ada juga mengalami isu anxiety. Apakah kaitannya?

Anxiety yang dialami sedikit sebanyak akan menganggu malah membebankan tubuh yang sedia alami gastrik. Dapatkan kepastian dari doktor sekiranya anda ada mengalami anxiety, dan dapatkan nasihat doktor untuk langkah seterusnya, kerana sedikit sebanyak anxiety ini akan menyukarkan anda dalam menguruskan gastrik (contohnya isu seperti perut sebu dan rasa berdebar)

03/01/2023

BOLEH KITA MINUM SUSU JIKA GASTRIK?

Ada DM yang diterima bertanya jika gastrik bolehkah minum susu. Tidak dinafikan susu itu sendiri adalah sumber protein terbaik namun untuk yang alami gastrik ada kemungkinan ia tidak sesuai kerana sifat susu tersebut yang boleh menyebabkan gastrik bertambah teruk.

Untuk itu, alternatif kepada susu lembu adalah yang terbaik, paling mudah ialah susu kambing

23/12/2022

TIP GASTRIK: Cuba amalkan 1 sudu minyak zaitun sebelum tidur, untuk manfaat minyak zaitun memulih dan mengurangkan kesan2 gastrik yang dialami sewaktu kita tidur.

Ada yang amalkan minyak zaitun? Jika ya jenama apa? 😃

01/12/2022

Apakah yang dimaksudkan dengan CLEAN EATING?

Konsep clean eating ni biasanya digunakan untuk diet nak kurus namun ia juga boleh diguna pakai sebagai ikhtiar untuk isu gastrik yang dialami.

Umumnya clean eating bermaksud makanan yang segar, kurang (atau tiada langsung) gula dan garam tambahan, dan makanan tersebut mudah dihadam dan diserap ke dalam tubuh untuk manfaat nutrisi nya, dan seterusnya membantu untuk isu gastrik yang dialami

Adakah anda juga amalkan clean eating untuk uruskan dan kurangkan gastrik yang dialami?cer kongsikan makanan yang diamalkan yang termasuk dalam kategori clean eating😄

24/11/2022

Adakah kurma sesuai untuk gastrik?

Tidak dinafikan kurma menjadi pilihan untuk nutrisi segera yang tinggi kandungan vitamin dan mineral. Cuma yang bola dikatakan tak sesuai tu kerana kandungan gulanya yang tinggi per gram(hampir 90% dari jumlah karbohidrat)

Jadi bagaimana? Sebaiknya elakkan ambil buat sementara waktu lebih2 lagi jika anda alami gastrik yang teruk. Kerana gula yang terkandung akan menjadi penyebab gastrik yang lebih melarat ; ia kategori sama seperti roti putih dan nasi putih

Adakah anda juga biasa mengambil kurma ketika gastrik?

19/11/2022

SELAMAT MENGUNDI SEMUA✅semoga dipermudahkan urusan dan lancar ketika proses mengundi😄

13/10/2022

[MACAM MANA NAK TAHU SUPPLEMEN NI SESUAI KE TAK?]

Umumnya tiada masalah untuk mengambil supplemen ketika anda sedang alami gastrik. Ada yang memang dah ambil sejak dulu, n ada juga yang ambil sebagai ikhtiar untuk gastrik yang dialami.

Bagaimana nak tahu kesesuaian supplemen tersebut agar ia sekurang-kurangnya tak bagi gastrik anda makin teruk?

Jika anda ada ambil supplemen, cer komen apa yang anda sedang amalkan sekarang ni, nanti min reply n mungkin share tips sekali ☺️

Like post ni jika bermanfaat!

11/02/2022

Dengan bulan Ramadan yang semakin hampir, sebaiknya kita2 yang alami gastrik ni kita mulakan penjagaan/berpantang makan sebaiknya.

Kalau boleh kita tak nak lah simptom gastrik mengganggu kelancaran rutin berpuasa kita. Sakit tuu😅

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address


Kuala Lumpur