Awek Jamu SuzyHoney
Suzy Solid Crew (Perunding Jamu Suzy Honey dan Jamu Semulajadi)
15/07/2021
Tudiaaa.
Terima kasih support SuzyHoney👏🏼👏🏼
Pengeposan On macam biasa. Nak cuba teh serai halia buang angin, sabun sabun natural, minyak urut, kapsul herba boleh roger roger ok.
Tak sempat join pos hari ni. Esok boleh lagi💃🏼
15/07/2021
Bertungku dalam pantang ..
Pastikan batu tungku tidaklah terlalu berat kerana batu yang berat akan membebankan si ibu yang berpantang.
Ikat kemas batu tungku supaya batu tidak melorot. Biasa dalam kain, akan di alaskan daun melitupi batu tungku dan dijadikan alas supaya kain pembalut tungku tidak mudah terbakar/ koyak.
Daun yang biasa diguna adalah, daun mengkudu, daun lengkuas, daun pandan atau sirih.
Selain itu aroma daun tersebut juga dapat memberi kenyamanan.
Bertungku dibuat dengan berhati hati, jangan terlalu menekan badan yang ingin ditungku. Layurkan saja batu di atas badan ikut keselesaan.
Tujuan bertungku adalah untuk melancarkan darah, melembutkan urat, membuang angin serta mengelak dari terkena kesejukkan dalam pantang.
Bila kali terakhir anda bertungku?
15/07/2021
Uolls, nampak tak?
Uncang teh serai halia dalam gelas tu? Terserlah serbuk halia dan serai tau! Bukan biasa biasa ni.
Bila uolls minum teh serai halia suzyhoney, ini bukan teh biasa! ❌
Ini teh untuk buang angin✅
Inilah teh untuk melawaskan✅
Inilah teh yang bagus untuk penghadaman✅
Serta membantu turunkan berat badan! ✅
Semestinya selamat diamalkan. Jom pekena segelas atau secawan.
15/07/2021
GUNA SABUN MONTOK SUZYHONEY, ASET MISB KEMBALI PEJAL DAN MONTOK! 😍
Siapa tak s**a kalau dapat aset yang pejal dan montok bukan?
Suzyhoney ada sabun yang boleh membantu para wanita pejalkan semula aset yang kendur!
Sabun Montok Suzyhoney selamat digunakan dan dihasilkan dari pueraria mirifica, aloevera, ylang ylang dan pegaga ini mampu memontokkan kembali aset para wanita.
Ramai yang cuba sabun montok Suzyhoney dan tersenyum tanda puas hati! Anda bila lagi?
15/07/2021
Kekerapan menyus**an anak boleh menyebabkan aset misB kendur.
Tapi tahukah anda? Kekenduran Aset MisB boleh dicegah jika amalkan tips di bawah👇
Memakai coli walau berada di rumah, kecuali waktu tidur malam✅
Memakan makan seimbang yang penuh zat yang diperlukan ✅
Petua orang dulu dulu, tidur meniarap boleh menyebabkan misB kendur✅
Pastikan coli yang dipakai sesuai dengan size misB dan bentuk badan ✅
Amalkan urutan misB ✅
Mengamalkan suplem.ent yang baik untuk mengekalkan kepejalan misB , contohnya yang ada kandungan pueraria mirifica✅
15/07/2021
01/07/2021
Pusingan kesuburan bagi wanita perlu diketahui oleh tuan badan sendiri. Penting untuk kita tahu perubahan hormon dan simpton fizikal yang berlaku.
Pernah dengar perkataan waktu subur? Jika ada simptom ni, maksudnya anda sedang proses waktu subur sekarang 🤗
#1 Keputihan
Mungkin anda perasan tentang perubahan dibahagian kawasan va**na yang mengeluarkan keputihan secara tiba-tiba. Ia kerana badan anda menghasilkan lebih banyak estrogen.
#2 Nafsu meningkat
Ketika pengeluaran hormon progesterone dihasilkan, ia menyebabkan anda rasa bernafsu terutama sekali tentang makanan. Jadi ia perkara normal kalau ada waktu anda selalu berasa lapar, kerana waktu itu waktu paling subur.
#3 Suhu badan tinggi
Ketika badan anda tinggi dengan hormon progesterone, suhu badan boleh meningkatkan. Periksa suhu badan anda pada setiap pagi, pasti ada perbezaan walaupun sedikit.
#4 Sakit dibawah perut
Ramai wanita yang mengadu kadang-kala pernah berasa sakit dibawah perut pada setiap bulan. Sakit itu akibat dari kitaran ovalusi (pengeluaran telur), dimana rahim mengembangkan dan menyebabkan rasa sakit.
#5 Mood tidak menentu
Kalau nak tahu hormon berubah lebih senang, tengok mood anda macam mana. Mood tidak menentu, kejang perut atau perut sedikit buncit itu semua terjadi bila hari subur.
#6 Muka berminyak
Tanda paling ketara ialah bila kulit semakin berminyak atau muka naik jerawat. Simptom ini juga disebabkan penghasilan hormon progesterone yang tinggi.
Kini anda sudah tahu....
01/07/2021
Serai wangi ni bukan sebarang tumbuhan yang kita nampak pun macam semak je kalau merimbun. Semua bahagian dalam Serai Wangi berguna untuk dijadikan bahan seperti sabun, detegent dan juga bahan untuk hasilkan minyak uru.
Nak cerita kat sini, dalam set berpantang suzyhoney ada minyak serai wangi disertakan. Wangi la bau mak tang walau berlumur minyak.
Khasiat minyak serai wangi dapat legakan masalah kembung dan legakan sebu perut juga. Dalam berpantang ni, betul betul ibu berpantang kena rawat diri biar cepat sembuh.
Ya, dengan sapuan minyak serai si ibu berpantang dapat legakan badan yang diurut dengan minyak serai wangi. Dan boleh calit sedikit pada perut anak agar dapat legakan sistem pencernaan si comel.
Secara tak langsung, bau serai wangi yang semerbak ini serangga kecil macam nyamuk pun tak mahu datang dekat.
01/07/2021
Assalamualaikum. Moga sihat semua sahabat. Pagi ni saya seronok nak berkongsi sedikit info.
7 KELEBIHAN SERAI WANGI UNTUK KEHIDUPAN SEHARIAN
1. Mengandungi beberapa jenis antioksidan yang dapat melawan radikal bebas dalam tubuh kita.
2. Selalunya bahan utama dalam minyak angin kerana ia adalah herba yang bernilai tinggi untuk rawatan kembung perut, memulas, gastrik dan muntah.
3. Kelebihan serai atau kebaikan air rebusan serai juga antaranya membantu mengurangkan kolesterol.
4. Memberikan rasa relaks dan air rebusan serai juga didapati mampu mengurangkan rasa stres.
5. Air rebusan serai atau teh serai sering digelar ‘teh detox’ kerana ia boleh meningkatkan metabolisme dan membantu mengurangkan berat badan.
7. Serai wangi atau citronella khususnya amat berkesan untuk membantu menghalau nyamuk dan serangga di rumah.
Wah, banyak kebaikan serai wangi ni kan? Patut la Minyak Herba Serai Wangi Suzyhoney, laris dan banyak permintaan.
Good Morning 💙
Dear July.. Please be good to us.. 🤲
26/06/2021
REBUSAN AKAR KAYU ASAS UTAMA JA.MU. SUZYHONEY.
Step pertama kalau tinggal hasilnya kurang umph! Begitu lah yang kami war-warkan pada mereka yang baru nak berjamu dengan Suzyhoney.
Bukan sebarang diambil. Ada caranya yang harus dititikberatkan supaya kesan yang maksima dapat dirasai. Fungsi Rebusan Akar Kayu SuzyHoney bagus untuk detoks dalaman selain membantu menstabilkan hormon yang kucar-kacir bagi sesetengah wanita.
Mereka yang mengamalkan rebusan ini merasakan diri mereka lebih berkeyakinan! Kulit makin berseri dek kerana peredaran darah makin lancar, kebas tumit kaki hilang, period lawas dan masalah keputihan tiada lagi malah dalaman makin awet muda!
Dah molek dalaman dirapikan dengan Rebusan Akar Kayu SuzyHoney, jangan malas nak ke step kedua iaitu Set Pemulihan. Nak tahu lebih boleh borak tepi okay🤗
25/06/2021
Makan dan makan?
Risaunya bukan kepalang bila dah makan banyak membuangnya tidak. Punca lah tu nak bagi diri mengembang dan mudah rasa letih.
Bila berat badan makin naik, kita mula rasa letih, cepat penat dan mengantuk. Solusi tidur memang langsung tidak membantu. Sebaiknya cuba keluarkan toksin dalam badan dengan bersenam.
Lagi bagus untuk dalaman amalkan Set Kempis Suzyhoney secara konsisten. Angin dalam badan dapat dikeluarkan, tiada lagi sebu perut malah sistem pencernaan juga makin bagus.
Yang dah amalkan Set Kempis Suzyhoney memang puas hati. Aturan makan kena betul jangan semberono. Rujuk konsultan Suzyhoney anda.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Setapak
Kuala Lumpur
53300
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |
