Morha Serai

Morha Serai

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Morha Serai, Health/Beauty, Kuala Lumpur.

22/01/2020

Assalamualaikum.
*Saya nak cerita sebab apa Minyak Morha ada banyak saiz.*

Dulu Ustaz Hamid keluarkan hanya satu saiz lebih kurang 15-20ml. Harganya, sesuai dengan zaman itu. Tak silap saya rm3 sebotol. Minyak gamat ketika itu rm1-2 sebotol. Ertinya Minyak Morhabshi lebih tinggi harganya sebab ia bukan sekadar minyak angin.

Ini ditegaskan oleh allahyarham pada saya: "minyak morhabshi bukan minyak angin".

Ketika itu tambang dari pekan Jitra ke kampung Paya Kemuning 5 sen. Sekarang? Kalau naik grab rm5 agaknya. Saya tak tau.

Saya masih kekalkan minyak morha saiz 15ml dan dijual rm10. Saya cuba letakkan harga lebih rendah tetapi kos pengeluaran, kos pengurusan, dan kos pemasaran kini memang tidak sama macam tahun 1974.

Prinsip yang pernah kita belajar, lebih besar pengeluaran maka lebih rendah kos. Maka saya keluarkan saiz 120ml iaitu 8 kali ganda saiz asal. Saya letakkan harga rm45.

120ml bersamaan 8 botol 15ml. Jika kita darabkan sama-dengan rm80, betul? Justeru ramai yang bersetuju harga rm45 itu amat berbaloi. Nilaian sebotol 15ml cuma rm5.62.

Saya keluarkan saiz 30ml kerana permintaan sesetengah agen yang melihat saiz 15ml tak berapa berbaloi samada kepada pengguna atau pengusaha. Saiz itu tidak menyokong prinsip 'win-win situation'.

Secara mudah, jika 2 botol saiz 15ml berharga rm20, untuk saiz 30ml pengguna cuma perlu bayar rm18 sahaja. Jimat rm2.

Terbaru morha dtg dgn packaging baru kekal resepi asal dgn tambahan ramuan serai wangi yg dinamakan Morha Serai didatangkan dgn size 60ml berharga rm30 & size 150ml berharga rm55..

Hmm.. Banyak p**ak nombor². Terlalu teknikal. Saya rasa maklumat ini dah cukup bagi menjawab persoalan berikut:

*Adakah minyak morha murah kerana nilainya rendah?* Jawabnya tidak. Ia lebih mahal daripada minyak angin biasa. Cuma ia nampak murah apabila dibandingkan produk lain yang sama khasiatnya.

Jika lihat pada ribuan pengakuan pengguna sebenar sejak lebih 20 tahun, ternyata minyak morha memang banyak khasiatnya dan bermanafaat dengan izin Allah.

*Ternyata, minyak morha bukan minyak angin biasa.*

Terima kasih atas sokongan semua pihak. Insya-Allah kami akan terus mengeluarkan minyak morha dan meningkatkan kualiti perkhidmatan sejajar dengan perubahan zaman.

Kita sudah di tahun 2020.

Morha Beauty Centre

MS 84 Level UG
UTC Keramat Mall

019-6000654

07/12/2019

Apa yang membuatkan *minyak morha* cepat menyembuhkan penyakit dengan izin Allah?
-------------------------------------------------------
Inilah *10 herba terbaik* dunia yang terkandung dalam minyak morha:

1. *Myrrh* atau _Commiphora Myrrha_
-------------------------------------------------------
_berasal dari somalia, banyak tumbuh di afrika dan timur tengah hingga ke india. Myrrh terbit dari bahasa arab iaitu mur bermaksud pahit. Resin myyrh yang digelar 'miracle resin' ini amat dihargai sejak zaman mesir purba. Tentera rom dibekalkan myrrh apabila ke medan perang kerana sifatnya mampu menghilangkan kesakitan, menyembuhkan luka, membasmi kuman, dan menguatkan imunisasi tubuh manusia._
-------------------------------------------------------
2. *Mustaka* atau _Cyperus Rotundus_
-------------------------------------------------------
_merupakan herba terbaik di india dan wilayah sekitarnya terutama bagi merawat pelbagai jenis demam selain pelbagai masalah lain._
-------------------------------------------------------
3. *Safron* atau _Crocus Sativus_
-------------------------------------------------------
_terkenal sebagai herba termahal di dunia hingga diberi gelaran herba 1001 khasiat. Boleh dikatakan tidak ada bangsa yang tidak mengetahui keistimewaan safron atau zaafaran ini. Setiap kilogram safron berharga antara RM25-35k._
-------------------------------------------------------
4. *Hempedu Bumi* atau _Andrographidis Herba_
-------------------------------------------------------
_dianggap raja segala herba dan terkenal bukan sahaja di kep**auan melayu bahkan menjadi buruan para pedagang seluruh dunia dahulu kala. Ubat memang selalunya pahit. Ia bukan sahaja cepat menghentikan darah malah sering digunakan dalam rawatan darah tinggi dan kencing manis._
-------------------------------------------------------
5. *Misai Kucing* atau _Orthosiphon Stamineus_
-------------------------------------------------------
_sangat terkenal dalam perubatan di nusantara. Ia dikatakan bertindak menyingkir asid urik dan berkesan menghindari penyakit berkaitan hempedu dan buah pinggang. Bagi yang tahu, bukan itu sahaja khasiatnya._
-------------------------------------------------------
6. *Dukung Anak* atau _Phylanthi Herba_
-------------------------------------------------------
_ini walaupun namanya pelik namun mempunyai nilai perubatan yang amat tinggi meliputi penjagaan kulit, buasir, demam, hepatitis B, dan lain-lain. Barangkali itulah sebab dinamakan Dukung Anak yakni bagaikan seorang ibu yang melindungi anaknya dari apa sahaja ancaman._
-------------------------------------------------------
7. *Daun Sireh* atau _Piperis Folium_
-------------------------------------------------------
_sudah tidak perlu diperkenalkan lagi bahkan ia menjadi syarat utama dalam perubatan samada bersifat zahir mahupun bathin. Ia cepat menghentikan luka termasuk hidung berdarah._
-------------------------------------------------------
8. *Raja Kayu* .
-------------------------------------------------------
_sehebat namanya *RAJA* segala kayu. Ia digunakan dalam rawatan penyakit luaran dan dalaman serta digunakan secara meluas untuk urutan._
-------------------------------------------------------
9. *Minyak Zaitun* (olive oil) atau _Oleaeurofea_
-------------------------------------------------------
_tidak perlu diperkenalkan lagi lantaran seluruh dunia mengakui pelbagai khasiatnya. Selain untuk kulit ia sebenarnya boleh merawat strok, peredaran darah, dan banyak lagi._
-------------------------------------------------------
10. *Minyak Bijan* atau _Sesame Oil_
-------------------------------------------------------
_amat diminati masyarakat cina dan india sehingga digunakan dalam pelbagai perkara. Biji Bijan kaya dengan zat besi, kalsium, magnesium, zink, tembaga, Vitamin E , Vitamin B dan menyimpan pelbagai manfaat. Sesuatu yang ramai tidak tahu, ia baik untuk menegang payu dara dan alat kelamin lelaki._
-------------------------------------------------------
*Minyak morha* atau nama asalnya *minyak morhabshi* mengandungi semua herba yang tercatat di atas

Jom Dapatkan sekarang

22/11/2019

*APA ADA PADA MORHA?*

Sebagai seorang terapis dan practitioner dalam bidang saya, saya memang mengamalkan MORHA, samaada secara peribadi mahupun dalam rawatan. Kesannya memang 'amazing'!

Saya rasa terpanggil untuk berkongsi kebaikan Morha ini bila ada yang tidak yakin .

Minyak Herba MORHA adalah hasil formulasi seorang Dr. Homeopathy bertauliah, iaitu almarhum Dr Hj Abdul Hamid sejak 1957 lagi. Ia telah lama melalui evolusi penggunaan dan rawatan secara alami oleh ribuan pengguna yang mencari satu alternatif selamat dalam 'self remedy' mereka.

Ia bukan produk tepi jalan atau dibuat oleh mana-mana juru urut.
Bahkan Almarhum doktor yang memformulasikan MORHA ini ada manuskrip atau kitab perubatan herbanya sendiri. Bukankah ini sesuatu yang hebat?

Banyak gambar 'before and after yang kita boleh tunjuk dan rujuk. Antara yang rancak diviralkan dulu adalah adik Huzaifah yang mengidap eczema kronik yang saya ziarahi sendiri di HKL.

Saranan saya, sebelum kita buat sesuatu judgement atau skeptikal, kajilah dengan sebaik-baiknya. Buatlah sedikit penyelidikan ringkas. Al quran sendiri menurunkan perintah supaya kita membaca, mengkaji, tafakkur, tadabbur, buat research, selidik....IQRA'.

Kajian saintis mendapati, 'myrrh' @ morha merupakan salah satu herba yang terkandung dalam bahan pengawetan mumia Firaun. Myrrh ini jugalah digunakan oleh tentera zaman dulu dalam pengubatan mereka.
Hebat, bukan?

'Myrrh' nama saintifik adalah sejenis resin/getah pokok dari spesies yang sama dengan Arabic Gum dan banyak didapati di Somalia. Somalia dulu dikenali sebagai negara 'Habasyah'. 'Myrrh' p**a di dalam Bahasa Arab dirujuk sebagai 'Mur' yang bermakna pahit. Orang Arab dulu memanggilnya 'Mur habasyiyy' yang merujuk getah pokok dari Habasyah. Dari sinilah timbulnya 'Morhabshi' mengikut lidah orang Melayu kita.

Baru saya faham, kenapa anak-anak yang diberi minum MORHA oleh ibu mereka sebagai supplement susah nak demam/ sakit. Bila saya kaji lagi, rupanya myrrh ini adalah antara bahan utama dalam produk Morha.

Saya juga dapati 10 Herba yang diaduk dalam formulasi almarhum Dr . Hj. Abdul Hamid ini adalah antara Herba terbaik yang mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Maka tidak hairanlah ia mempunyai 1001macam khasiat! Ingat, MORHA bukan ubat mengikut definisi KKM, tetapi kajian menunjukkan herba-herba yang digunakan mempunyai keupayaan untuk merawat.

Bagi saya, MORHA adalah satu khazanah dan salah satu manifestasi kajian hebat almarhum Dr. Haji Abdul Hamid. Semoga Allah merahmati beliau dengan tinggalan amal jariah yang amat berharga ini.

Semoga bermanafaat.

Wallahua'lam.

13/10/2019

*B.U.A.S.I.R*
_Jika anda atau pasangan anda kena BUASIR elok baca:_

Bayangkan kita layur pada bahagian tengah sehelai plastik menggunakan api. Apa yang dapat kita lihat?

Ya. Bukan hanya di situ sahaja terbakar dan berlubang malah kawasan sekitar akan turut terjejas. Kadang² sampai hujungnya pun ikut mengerikut.

Gambaran itu tidaklah 100% tepat tapi begitulah keadaannya apabila seseorang menghidap buasir. Bukan hanya bahagian dubur sahaja yang menderita malah anggota tubuh seperti urat peha, betis, dan tapak kaki turut ditarik sama.

Ada pengidap buasir yang mengalami kembung perut dan lenguh². Ini menjadikan diri pengidap rasa amat tidak selesa.

Rawat buasir dengan minyak morha:
1. Kenakan minyak morha terus pada dubur yang sakit itu. Ia memberi rasa lega serta merta sambil memulihkan luka. Ia juga membunuh bakteria dan mengecutkan bengkak di sekitarnya.

2. Sapu minyak morha pada perut di depan dan belakang tubuh. Ini akan membantu melegakan perut kembung dan menjadikan pengidap buasir lebih selesa.

3. Sapukan juga pada paha, betis, dan terus ke tapak kaki. Urut dengan lembut dan picit perlahan² pada tempat² yang rasa sengal, terutama betis dan tapak kaki. Ada beberapa point pada tapak kaki yang apabila ditekan memberi kesan terus pada usus. Biasanya pesakit tau di mana yang harus dipicit.

Minyak morha mengandungi herba² terpilih termasuk resin myrrh, safron, raja kayu, serta minyak zaitun bagi merawat luka. Ia juga mengecutkan bengkak dan menghalang bakteria daripada merebak.

Kepantangan buasir ialah menyentuhnya dengan jari (kulit). Justeru gunakan botol khas yang mempunyai muncung semburan yang Morha sediakan.

Selamat mencuba. Moga Allah taala beri kesembuhan dan dapat terus beribadat dengan lebih selesa.

*sebarkan pada grup rakan² dan ahli keluarga. Mungkin ada yang sedang memerlukan*

19/12/2018

Minyak Morhabshi Serai adalah minyak urutan serbaguna memberi kesegaran aromaterapi, menghangatkan dan melancarkan peredaran darah.
Sesuai untuk urutan luaran dan kebaikan dalaman.👍
Apakah perbezaan Minyak Morhabshi biasa dan Minyak Morhabshi Serai?🤔
Minyak Morhabshi Serai masih mengandungi kandungan2 yang sama dengan minyak Morhabshi biasa, iaitu
Myyrh
Buah zaitun
Saffron
Sesame Seed
Tetapi dengan penambahan kandungan SERAI
😇KEBAIKAN SERAI😇
mengawal obesiti
merawat sakit perut
mengawal paras kolestrol
meningkatkan ketahanan imunisasi badan
merawat demam
merawat infeksi dan bertindak sebagai aitiseptik

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Kuala Lumpur
54000

Opening Hours

Monday 10:00 - 19:00
Tuesday 10:00 - 19:00
Wednesday 10:00 - 19:00
Thursday 10:00 - 19:00
Friday 10:00 - 19:00
Saturday 10:00 - 19:00
Sunday 10:00 - 19:00