Rahsia Kulit Berseri
Tips, Rahsia, dan Cara penjagaan kulit yang dijamin berkesan. Dapatkan Produk Kecantikkan TERKINI
08/02/2023
RESEPI KUAH MEE HAILAM DAGINGπ₯©π₯π
Bahan-bahan :
2ulas bawang besar
4ulas bawang putih
segemgam cili kering(di blender)
1ulas b.merah dihiris
3ulas b.putih di ketuk2
Sawi,carot dan telur
Bahan-bahan :
Tumiskan bhn hirisan smpi naik bau dan bhn yg di blender,sesudu sos cili,sos tiram dan kicap pekat mudim tp blh jer pakai ikut kicap kegemaran masing2 ye..
bila kuah dah didih. masukkn daging dan sesudu lada hitam..mask sampi empuk..bila dah empuk letak pecahkan telur dlm 3,4 biji,
masukn sawi,carot sedikit bancuhan air tepung jagung tuk pekatkn sedikit kuah.. masa nk mkn blh la dihidang dgn mi atau ketiow dan taugeh serta cili padi potong ye..
selamat mencuba!
Kredit : Eddy Lela de Boom
07/02/2023
02/02/2023
RESEPI SOTONG STIM THAI
:
Bahan-bahan :
-sotong (klu boleh guna yg besar & fresh)
-bwg putih dlm 7 ulas
-cili padi ikut tahap kepedasan masing2
-kicap sotong
-gula pasir / gula somtam (nk pakai dua2 pn blh,ikut selera masing2)
-serbuk pati ayam
-air perahan limau (saya campur air limau yg di perah sdri & yg beli siap dlm botol)
-daun & akar ketumbar
:
Cara-cara :
πcuci bersih sotong kemudian kukus dlm 5 minit jgn lama2 nti sotongny jd keras liat
πok dlm kuali masukkn gula somtan / gula pasir dgn akar ketumbar ,cili padi & bwg putih yg di cincang kasar.masukkn jga air limau & serbuk pati ayam
πguna api perlahan masak smpi sos mendidih & gula larut.kemudian boleh tambah separuh hirisan daun ketumbar.kacau sebati rasa semua ok cukup masam,manis,pedas & masin blh ttp api
πsotong yg dh siap di rebus td buangkn airny simpan dlm 1 sudu makan je
πok skrg blh tuang sos atas sotong yg dh di rebus.taburkan lg hirisan daun ketumbar & hirisan limau sbg hiasan.
πok siap utk di hidang..selamat mencuba..mmg sedap,cuba yaπ
:
Credit : IG
02/02/2023
Sambal kicap power....
Saje nak share, sape2 yg kurang mahir wat sambal kicap blhlah try resepi sis ni tau.mmg sedap sgt...makan ngn mee/ bihun sup ke...Mee rebus ganu ke...Soto ke...ape2 jelh yg sesuai.mmg mabeles sesangat..ππ
Resepinya...
Segenggam Cili padi
Seulas bawang putih
3 biji limau kasturi ( pilih buah yg masak)
Secawan kicap Manis
2 sudu gula pasir
tu kena buang biji dulu ye.klu tidak pahit nnti...
Caranya...blend je semua tu.kulit limau amik 2 biji blend.yg sebiji lagi perah dulu pastu hiris nipis.
Siap blend.masukkn kulit limau hiris tu.simpan dlm Peti ais...berbulan blh tahan.
02/02/2023
RESEPI SOTONG BAKAR BERSAMBALπππ
Bahan-bahannya
Sotong (saiz besar).. pemberian jiran hasil mencandat di pantai Mersing.
10 tangkai lada kering - dikisar
4 ulas bawang kecil
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
4 biji buah keras
1 btg serai
2 sudu besar sos tiram
air asam jawa -secukupnya
garam dan gula
Sedikit minyak masak
Cara2:
1. Sotong dibersihkan dan dikelar (tidak putus)
2. Kisar semua bahan (lada, bawang. buah keras dan serai)
3. Masukkan sos tiram dan air asam jawa.
4. Perasakan garam dan gula dan akhir sekali masukkan minyak masak
5. Ratakan sambal ke atas pemanggang letakkan sotong dan tutup permukaan sotong dengan lebihan sambal.
6. Masaklah lebih kurang 5 -6 minit, untuk keringkan air saya buka tutup pemanggang dan teruskan memanggang (balik2kan sotong) sehingga masak. jgn terlalu lama kerana sotong akan menjadi liat.
Kredit Resepi: Dzanariah
02/02/2023
{RESEPI KEK BATIK - Mudah & Sedap}
Sebelum anda mencuba untuk memasak Resepi kek batik yang sedap ini. Anda perlu prepare bahan-bahan yang telah di sediakan oleh resepi kuih muih desert seperti di bawah ini :
Bahan-Bahan :
bahan2 :
π 1 paket biskut meri (sy guna yg 600grm)
π 1 ketul butter (250grm)
π 4 biji telur
π 1 cwn milo
π 1 cwn susu pekat
π 1/2 cwn serbuk koko
π 1 cwn nestum
π 1 cwn air masak
π 1/2 cwn gula (resepi asal ada tp utk yg ni,sy xletak pun gula sbb xs**a manis)
Cara-Cara Memasak :
Cara-cara membuat kek batik.
masak butter,guna api yg sgt slow.then masukkn milo,serbuk koko n susu pekat.bila agak2 nk mendidih,masukkan telur dan lastly masukkan air.kacau hgga agak pekat (jgn pekat sgt.agak2 je).ttup api..masukkan nestum n patah2kan biskut.kacau smp sebati..then masukkn dlm loyang/bekas..mampatkn semampatnya..last,smpan dlu dlm fridge selama 30minit sblm makan..
selamat mencuba
02/02/2023
RESIPI NASI KAK WOOK BERPUAKA
Time panas panas merecikk. Ratah ayam part paling syiokkk.
Model utama:
Nasi putih tanak letak daun pandan simpul. Khasiat banyak tauuu.
Gulai Ayam:
~bawang bombay - 4 labu
~bawang putih - 5 ulas
~halia - 1 inci setengah
~lengkuas - 1 inci setengah
rempah kari daging - 3 sudu
~rempah kerutub - 1 sudu
~Kacang panjang - potong
~Terung potong kecik2
~Leher ayam, kaki ayam, sayap dan paha dipotong2 kecil.
~Santan (jgn pekat sgt)
~ Garam dan kiub ayam
~ 1 kerek nisan
Cara-Caranya
1. Blend bawang merah putih halia & lengkuas hingga lumat dan tumis sampai wangi.
2. Rempah kari & rempah kerutub bancuh dgn air dan gaul pada ayam. Perap sekejap.
3. Kemudian masukkan kedalam bahan2 yg ditumis tadi. Masukkan ayam dan masak ayam empuk. Masukkan santan. Masak sehingga mendidih dan kuahnya sedikit pekat. Masukkan terung dan kacang panjang.
4. Masuk garam, gula nisan dan serbuk kiub ayam. Masak sekejap.
Ayam Goreng Harum:
~1 ekor Ayam - potong kecik2
~Garam- 2 sudu kecik
~kunyit hidup - 2 inci tumbuk lumat
~serbuk kunyit - 1 sudu kecik
~serbuk cili - 1 sudu kecik
~*Daun kari 3 tangkai
daun kari untuk rasa, bau dan lalat tak s**a bau ni. Wallllahhhh!
Cara2nya
1) Ayam basuh bersih dan toskan.
2) Potong kecik. Lumurkan ayam dgn bahan2 diatas dan perapkan sekejap.
3) Goreng ayam dlm minyak terendam sampai sederhana garing.
Sambal Belacan Ala Kak Wok:-
4 biji cili kering - direbus
Cili padi ikut pedas
2 inci belacan
1 labu bawang besar dibakar
1 labu bawang putih dibakar
Gula, garam, perasa
Air asam jawa
Cara2nya:-
Blend semua bahan diatas kemudian masukkan perahan asam limau kasturi berserta dgn kulitnya.
Kredit Resipi - Rusmida Rusdi
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Kuala
