Produk Kesihatan DND By Shaiful

Produk Kesihatan DND By Shaiful

Share

Membekalkan produk kesihatan keluaran DND di Kuantan. Untuk tempahan boleh hubungi 0139734449.

01/12/2022

KELEBIHAN ARABIC GUM

Arabic gum adalah sejenis makanan yang bagus untuk kesihatan dan mempunyai khasiat yang tinggi.

Mari kita baca tentang kebaikan Arabic Gum:

1. Mengawal paras gula badan

Kajian itu mendapati bahawa pengambilan serbuk arabic gum sebanyak 10g sehari selama 16 minggu telah menurunkan paras gula semasa berpuasa dan bacaan gula selama tiga bulan yang lepas (HbA1c) di dalam semua pesakit diabetes.

2. Menurunkan paras kolestrol

Hal ini kerana arabic gum kaya dengan serat yang boleh meningkatkan penyingkiran kolesterol dari badan seterusnya menurunkan paras kolesterol dalam darah.

3. Melindungi imunisasi badan

Fungsinya sebagai prebiotik boleh membantu meningkatkan imunisasi badan seterusnya boleh mencegah jangkitan penyakit.

4. Mengawal tekanan darah

Satu kajian mendapati bahawa pengambilan 10-25g gum arabic yang dilarutkan di dalam 250ml air minuman dan diambil pada waktu pagi selama 16-18 minggu telah menurunkan tekanan darah tinggi pesakit tersebut.

01/12/2022

KEBAIKAN VITAMIN A

Vitamin A adalah jenis vitamin pertama yang ditemui. Itulah sebab mengapa vitamin ini dinamakan dengan huruf pertama dalam sistem abjad.

Mari kita baca tentang kebaikan vitamin A :

1. Melindungi imunisasi badan

Fungsi vitamin A boleh meningkatkan aktiviti sel darah putih yang berguna dalam menangkis jangkitan kuman. Dengan pengambilan vitamin A yang mencukupi, tubuh boleh menjalankan perlindungan dengan baik.

2. Mengurangi risiko kanser

Salah satu kebaikan vitamin A ialah ia memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan perkembangan sel badan, termasuk sel yang dijangkiti kanser.

3. Menjaga kesihatan tulang

Makanan yang menjadi sumber vitamin A ternyata sangat diperlukan tulang untuk pertumbuhan dan perkembangan yang stabil.

4. Mengurangi risiko kanser

Tanpa pengambilan vitamin A yang mencukupi, gangguan mata seperti rabun malam boleh muncul. Vitamin A adalah komponen utama pigmen rhodopsin dalam retina mata yang sangat sensitif terhadap cahaya.

01/12/2022

KEBAIKAN HEMPEDU BUMI

Tumbuhan ini telah digunakan sekian lamanya untuk tujuan perubatan tradisional seperti merawat kencing manis, masalah penghadaman, demam dan pelbagai lagi tujuan perubatan yang lain

Mari kita baca tentang kebaikan hempedu bumi :

1. Bersifat antimikrob

Pokok hempedu bumi mempunyai sifat antimikrob iaitu mempunyai rintangan terhadap aktiviti mikrob yang dapat mengakibatkan penyakit.

2. Bersifat antikanser

Satu kajian telah mendapati bahawa ekstrak metanolik (dichloromethane) bersifat anti kanser di mana ianya menghalang pembahagian sel kanser kolon.

3. Mampu melindungi hati

Hempedu bumi dapat melindungi daripada kerosakkan hati haiwan di dalam satu kajian. Ini menunjukkan tumbuhan herba ini berpotensi untuk melindungi hati daripada mekanisma hepatotoksisiti.

4. Mampu merawat demam

Di China, pokok hempedu bumi ini digunakan secara tradisional untuk merawat demam dan panas badan. Mereka menganggap tumbuhan ini ‘pahit dan sejuk’ dan mampu untuk mengeluarkan panas badan.

30/11/2022

KEBAIKAN PEGAGA

Daun pegaga berbentuk bulat dan licin, serta boleh tumbuh meliar dalam semua keadaan tanah.

Mari kita baca tentang kebaikan pegaga:

1. Mengawal paras gula dalam darah

Kajian dalam makmal membuktikan bahawa pengambilan pegaga dapat meningkatkan penghasilan hormon insulin. Fungsi ini dapat membantu mengawal paras gula dalam darah.

2. Membantu merawat insomnia

Pegaga mempunyai keupayaan untuk merawat kegelisahan, tekanan, dan kemurungan. Oleh itu, ia juga mungkin boleh membantu merawat insomnia yang sering berlaku berikutan masalah-masalah tersebut.

3. Mengandungi antioksida

Polifenol, vitamin C, flavonoid, dan beta-karotena yang terkandung dalam pegaga meningkatkan aktiviti antioksida di dalam herba tersebut.

4. Mengurangkan kerisauan dan tekanan

Kajian ke atas tikus makmal mendapati pengambilan pegaga dapat mengurangkan kegelisahan akibat kurang tidur di samping mencegah kerosakan oksidatif. Namun begitu, perkara ini perlu dikaji lebih mendalam untuk memastikan khasiat berkenaan.

04/11/2022

KEBAIKAN VITAMIN E

Vitamin E biasanya dikaitkan dengan vitamin untuk kesihatan dan kecantikan kulit.

Mari kita baca tentang kebaikan vitamin E:

1. Tingkatkan imunisasi badan

Vitamin E sangat penting untuk sistem imun. Vitamin ini berfungsi dengan melindungi membran (lapisan paling luar) sel imun.

2. Melambatkan penuaan

Vitamin E mempunyai antioksidan yang kuat yang boleh mengurangkan kesan radikal bebas pada sel-sel badan. Nutrien ini juga berfungsi mengekalkan kekuatan dan kesihatan sel, dengan itu melambatkan proses penuaan.

3. Meningkatkan peluang hamil

Satu kajian telah dijalankan ke atas 40 wanita yang sebelum ini gagal implantasi. Selepas 12 minggu, kumpulan wanita yang mengambil suplemen vitamin E mengalami peningkatan ketebalan dinding rahim dan menigkatkan peluang untuk hamil.

4. Membantu menyihatkan paru paru

Satu kajian dalam Jurnal Pernafasan Eropah menunjukkan bahawa nutrien ini boleh mencegah keradangan pada orang yang mempunyai penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD).

03/11/2022

KEBAIKAN GINSENG

Ginseng sememangnya popular dengan khasiatnya. Malah, khasiat ginseng membolehkan herba ini digelar sebagai "Raja Herba"

Mari kita baca tentang kebaikan Ginseng:

1. Kaya dengan antioksida

Ginseng diperkaya dengan kebaikan antioksida yang dapat melindungi sel daripada kerosakan di samping menguatkan sistem imun badan.

2. Meningkatkan fungsi otak

Khasiat ginseng juga termasuklah dalam meningkatkan fungi otak seperti pembelajaran, memori, emosi dan kelakuan. Kajian ini mendapati pengambilan ekstrak ginseng sebanyak 200mg (dos tunggal) boleh meningkatkan pretasi mental dan mengurangkan kelesuan mental.

3. Meningkatkan tenaga

Ginseng juga baik untuk mereka yang selalu keletihan dan lemah. Satu kajian terhadap pesakit kelesuan kronik menunjukkan ginseng Asia boleh digunakan merawat masalah kelesuan kronik.

4. Mengawal gula dalam darah

Ginseng juga bagus untuk pesakit kencing manis atau individu sihat kerana herba ini boleh membantu mengawal gula dalam darah.

03/11/2022

KEBAIKAN OMEGA 3

Apakah khasiat makanan yang mengandungi minyak Omega 3 dari sudut kesihatan?

Mari kita baca tentang kebaikan Omega 3:

1. Menjaga Kesihatan Jantung

Banyak kajian telah membuktikan keberkesanan Omega 3 terutamanya EPA dan DHA dalam mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular seperti tekanan darah tinggi

2. Kurangkan Risiko Kanser

Satu kajian membuktikan bahawa pengambilan ikan sekurang-kurangnya tujuh kali lebih kerap setiap bulan dapat mengurangkan risiko barah kolorektal sebanyak 22%. Omega 3 juga berfungsi untuk menghalang pertumbuhan sel kanser.

3. Membantu pesakit Arthritis

Kajian klinikal sejak tahun 1990-an telah membuktikan bahawa pesakit yang mengambil makanan mengandungi Omega 3 dapat mengurangkan kebergantungan terhadapt ubat-ubatan anti keradangan dan kortikosteroid.

4. Mengurangkan risiko depresi

Meta analisis pada tahun 2016 membuktikan bahawa risiko kemurungan dapat dikurangkan sebanyak 17% dengan pengambilan makanan yang mengandungi Omega 3.

01/11/2022

KHASIAT MORINGA

Moringa dengan nama saintifiknya Moringa oleifera mengandungi pelbagai khasiat pada daun, buah, akar serta bijinya.

Mari kita baca tentang kebaikan Moringa :

1. Kaya dengan antioksida

Moringa diperkaya dengan kebaikan antioksida yang dapat melindungi sel daripada kerosakan di samping menguatkan sistem imun badan.

2. Menstabilkan paras gula dalam darah

Moringa juga mengandungi sebatian yang dinamakan chlorogenic acid yang dikatakan dapat mengurangkan paras gula dalam darah.

3. Mengurangkan keradangan

Moringa sering digunakan sebagai ramuan tradisional bagi merawat keradangan. Dalam kajian tabung uji, pengkaji mendapati bahawa isothiocyanates yang ditemui dalam daun, buah dan biji moringa memainkan peranan bagi melawan keradangan.

4. Menurunkan paras kolestrol dalam darah

Kadar kolesterol yang tinggi dalam darah sering dikaitkan dengan risiko penyakit jantung. Kajian mendapati moringa juga mampu memberikan kesan penurunan kolesterol yang sama.

18/10/2022

KHASIAT BAYAM BRAZIL

Bayam Brazil adalah antara tumbuhan yang cepat membesar dan senang ditanam. Tumbuhan ini boleh membesar sehingga 30 cm tinggi dengan saiz daun sekitar 2 hingga 3.5 cm lebar.

Mari kita baca tentang kebaikan bayam brazil:

1. Bantu cegah kanser

Bayam mengandungi sulfoquinovosyl diacylglycerol (SQDG) and monogalactosyl diacylglycerol (MGDG) iaitu komponen yang mencegah pertumbuhan kanser.

2. Melawan radikal bebas

Bayam memgandungi antioksidan yang mampu melawan radikal bebas serta mengurangkan risiko penyakit tersebut.

3. Meningkatkan kesihatan mata

Kandungan vitamin A dalam bayam juga penting bagi kesihatan mata kerana ia merupakan komponen bagi rhodopsin, iaitu sejenis protein dalam mata yang membolehkan anda melihat dalam keadaan cahaya yang rendah.

4. Baik untuk merawat sembelit

Bayam mempunyai kandungan serat yang tinggi. Selain mengurangkan berat badan, serat juga dapat mengelakkan daripada sembelit.

17/10/2022

KEBAIKAN MANJAKANI

Secara tradisionalnya, manjakani telah digunakan untuk penyembuhan luka dan dijadikan jamu untuk kesihatan wanita terutamanya setelah bersalin.

Mari kita baca tentang kebaikan manjakani:

1. Untuk kesihatan mulut

Terdapat satu kajian yang menggunakan ubat gigi yang mengandungi pelbagai herba termasuklah manjakani. Kajian itu telah mendapati bahawa ubat gigi tersebut boleh mengurangkan simptom sakit gusi(gingivitis) dan mengurangkan plak di dalam mulut.

2. Mengandungi antibakteria

Manjakani juga mempunyai aktiviti antibakteria yang boleh membantu membasmi bakteria.

3. Bertindak sebagai antikulat

Manjakani juga mempunyai aktiviti antikulat yang boleh membantu mencegah pembentukan kulat yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit.

4. Bertindak sebagai antiradang

Ekstrak manjakani mempunyai aktiviti antiradang. Hal ini kerana manjakani mempunyai flavonoid dan tannin seperti gallic acid dan ellagic acid yang sememangnya terbukti mempunyai aktiviti antiradang.

13/10/2022

KEBAIKAN TEH HIJAU

Teh hijau adalah antara minuman yang terkenal dan menjadi pilihan para peminat teh di seluruh dunia.

Mari kita baca tentang kebaikan teh hijau:

1. Meningkatkan fungsi otak

Kajian menunjukkan bahawa kafein akan meningkatkan fungsi otak seperti mengawal perasaan, masa tindak balas, memori dan kewaspadaan. Ini akan meningkatkan dopamin dan penghasilan gelombang dalam otak.

2. Mempunyai antioksidan

Teh hijau sangat terkenal dalam bidang perubatan kerana mengandungi kesan antioksidan. Antioksidan adalah sebatian yang melindungi sel kerosakan kesan kerosakan spesis oksigen reaktif.

3. Meningkatkan pembakaran lemak

Teh hijau membantu dalam meningkatkan kadar metolisme seterusnya membantu dalam pembakaran lemak. Kafein dalam teh hijau turut meningkatkan kekuatan fizikal.

4. Mengurangkan risiko kanser

Beberapa kajian telah membuktikan kesan positif teh hijau terhadap kesihatan. Pertama, teh hijau mengurangkan risiko kanser payudara dalam kalangan wanita sebanyak 20 – 30%.

12/10/2022

DND ROYAL COFFEE

Siapa sini pengemar kopi? Dah cuba DND Royal Coffee.

Dulu minum kopi mcm biasa2, try DND Royal Coffee baru stamina nya luar biasa.

Minum Royal Coffee, baru feeling mcm Royal.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kuantan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Kuantan